View: 5264|Reply: 22
|
Caprice 'Perang' Dengan Aaron Aziz, Gaduh Betul Atau 'Marketing'?
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan ada seorang artis yang tiba-tiba sahaja cuba cari pasal terhadapnya.
Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story yang dimuat naik 15 jam lalu, Caprice mengatakan individu berkenaan bermain 'game' dengan orang yang salah.
Penyanyi berkenaan turut mendakwa ia mungkin salah satu strategi 'marketing' iaitu dengan mempergunakan dirinya terlebih dahulu bagi melariskan produk.
"Tidak mengapa, saya cover dulu muka awak atas rasa hormat. Saya bagi peluang untuk abang fikir betul-betul.
"Lihat story seterusnya agar anda tahu OG sebenar. Sebelum artis lain masuk dalam industri, cuba teka siapa yang mulakan gelombang itu?" katanya.
Turut memuat naik perkongsian di IG 'feed', kedengaran suara seorang lelaki dipercayai milik pelakon Aaron Aziz.
Berdasarkan video berkenaan, kedengaran individu itu menyebut ayat ambil 'beat' dan buat lagu serta menyebut nama seseorang berserta komen yang ditulis.
Kedengaran juga perkataan 'disposable' yang selalunya merujuk pada 'vape'. Berkemungkinan dialog berkenaan diungkapkan ketika sesi 'live'.
Meninjau di IG Aaron, aktor kelahiran Singapura itu membuat hantaran 'panas' di IG Story.
Beberapa minit lalu, Aaron memuat naik video memaparkan dia sedang bertikam lidah dengan Izuan Razali, pelakon yang baru-baru ini dikecam teruk gara-gara aksi 'prank' tepuk meja di sebuah restoran.
Berdasarkan video berkenaan, kedua-dua pelakon itu berada di sebuah kedai yang menjual barangan berkaitan rokok elektrik itu.
Perkongsian di IG Story dan feed tidak dapat dipastikan adakah merujuk pada orang yang sama atau pun individu berbeza.
Di akaun Tiktok Izuan pula, dia turut memuat naik video sama dengan kapsyen memohon maaf.
Sementara itu, di ruangan komen 'posting' Caprice, ramai percaya isu yang dibangkitkan hanyalah startegi pemasaran semata-mata.
Betul-betul atau marketing saja ni? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Menguap skala infinity |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham dan malas nak paham |
|
|
|
|
|
|
|
Elok plak xkena sound kkm segala..sejak bila vape dgn rokok xsama kesan
Lg satu marketing xpayah pki mask ke..sila Saman! |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... jantan2 pun nak main perli2 ker??
hahhahahaa... jantan sgt kan sikit2 sentap... |
|
|
|
|
|
|
|
Makin naik minyak pula perangai peti ais kayu tu ye.. Strategi nak kekal relevan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ak nk bg conclusion laaa…bahawa thread ni sgt membosankan. And para acik kepam dalam ni pasti bersetuju. |
|
|
|
|
|
|
|
Napa aku rasa bang haron ni mcm dh downgrade je classy dia |
|
|
|
|
|
|
|
marketing tak menjadi... sebab dua2 kesenduan dan suam kuku... jadi tak ramai audience kisah atau nak layan...
yang akan beli pun mat rempit jer nyah benda2 ni... acik2 sek2 porum semua tak layan nak isap2 wap air lepastu hembus sambil ketik2 keyboard mengumpat... lagi bagus beli susu esen atau kek mamasabariah... kurang2 boleh kambus benda2 tu buat tambak tanah untuk bina rumah atas tapak sendiri berbanding beli rumah area damansara / kl tapi tanah sekang2 kera kena berhimpit macam tin sardin... kucate plak takyah beli sebab 2023 akan ada infaq secara percuma bertan2 sebelum expired... |
|
|
|
|
|
|
|
Sketsa hanat apa 3 mangkuk ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak keluar kisah mat haron ni lately. Gay scene la, bekap kaklong mafia kfc la, tesla la..... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa makin sangkak ya si rogayah harun ni? sejak mula2 covid dulu bukan main lagi heshe laki bini potray imej insafi diri siang malam kunyah skrip masyaallah tabarakolloh pelbagai?? kulu kilir tunggang kopiah n berjubah acah2 dah tak kuasa kejar glemer.. ujung2 kuar drama duk riba peluk pelakon cikki yihhhh
sah2 la korang dah sangkak kedana sebab tu sauk segala job n create gosip tongong.. tengok muka jah makin tua berkepam macam abah2 tak cukup duit desperate jual peti ais sangkak tepi jalan temasek.. dulu verangan hidup yislamik ujung2 kantoi sangkak.. cash la sebab fake |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham. Pastu malas nak paham. Simpanlah RAM ROM otak ni utk yg best lagik |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 12-3-2022 05:01 PM
marketing tak menjadi... sebab dua2 kesenduan dan suam kuku... jadi tak ramai audience kisah atau na ...
Tapiiii klau abam harun peluk iols,iols akan memendap dkat dada heols berbanding keprissss no thanks jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan haron ni umur dah nak msk 50??????? pe gaduh ngn dak kecikkkkkkk!!?? Lagi satu dia bkn amik spm lah topi nanas eh nasi.. dia org spore .. n satu lagi topi nasi ni dia sekolah kat malaysia ke juga!??? |
|
|
|
|
|
|
|
Buruk bila laki gaduh sindir menyindir
Euwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
sampah
sendu
sentap
fonen
pergi mamp
|
|
|
|
|
|
|
|
Org tgh sibuk nak buat second post mortem tongmo nida korang sibuk bergaduh kat kedai vape... |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan la nasi basi ni, dok ulang2 post spend time dgn anak tiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|