CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)

[Copy link]
Post time 19-1-2026 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Ada sebuah kisah yang ingin saya ceritakan kepada pembaca sekalian. Kisah mengenai kedai makan di sebuah daerah di kawasan Hulu Perak yang sentiasa dipenuhi pelanggan sehinggakan mengundang tanda tanya kepada penduduk dan peniaga-peniaga berdekatan.

Jujurnya, masakan di kedai tersebut bukanlah sesedap mana, tapi boleh dikatakan saban hari tetap penuh dengan pelanggan, seolah-olah tiada warung pilihan lain di kawasan tersebut.

Tetapi rupa-rupanya tersingkaplah satu rahsia tersembunyi yang tidak diketahui ramai. Kenyataan yang sukar diterima oleh akal dan fikiran.

Iya, jawapannya sudah tentulah pelaris. Tetapi apakah pelarisnya? Okey, jom kita ikuti kisah yang ingin diceritakan oleh sahabat baik saya yang bernama Nasir ini.

Begini ceritanya…

Semakin hari semakin pelik rasanya. Namun Nasir tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa. Risau pula kalau tekaannya itu disalah tafsir dan dituduh sengaja ingin memburuk-burukkan orang lain. Tetapi setiap kali terfikir hal demikian, hatinya berdetik, seperti ada sesuatu yang tidak baik berlaku di situ.

Sudah hampir dua tahun Nasir bekerja sebagai pembantu di gerai Mak Som. Pelanggan pula boleh tahan, sehinggakan kalau hujung minggu memang tidak menang tangan dibuatnya. Gerai Mak Som memang sentiasa jadi tumpuan, sudahlah harganya murah, masakan pula memang banyak pilihan.

Namun kini situasinya berubah apabila sebuah kedai makan baharu di buka di seberang jalan. Gerai Mak Som bertukar sepi. Pelanggan tidak lagi berpusu-pusu ke gerainya, mereka telah beralih selera ke gerai berdekatan.

Sebelum ini sudah beberapa kali juga Nasir makan di sana. Niatnya sekadar ingin mencuba adakah masakan di sana lebih sedap berbanding gerai Mak Som, tetapi indah khabar dari rupa. Masakannya tidaklah sesedap mana, rasanya masakan di gerai Mak Som lebih sedap dan umphh! Tetapi yang peliknya kenapa gerai tersebut tetap penuh dengan pelanggan?

“Saya sudah try makan di kedai itu Mak Som, memang tak sedap! Saya order mi kari, sudahlah kuahnya cair, masin pula! Seratus kali lagi sedap Mak Som masak,” kata Nasir pada satu petang.

Mak Som hanya tersengih. Dia tahu setiap masakannya memang sentiasa mendapat pujian pelanggan. Dia pula bukan baru berniaga di situ, malah sudah lebih 20 tahun. Jika tidak memenuhi cita rasa pelanggan masakan boleh bertahan selama itu.

“Alah, biarlah. Sudah rezeki dia. Mungkin sekarang ini orang penuh sebab kedai dia masih baru dan orang hendak cuba. Nanti kalau mereka sudah jemu barulah dia orang buat pilihan,” kata Mak Som bersangka baik.

Nasir tersengih kelat. Kadang-kadang geram juga dia dengan Mak Som. Apa yang dikatanya langsung tidak diambil kisah. Sentiasa bersangka baik walaupun ada bukti nyata di depan mata. Tapi hendak buat macam mana, sudah memang begitu sifatnya, tidak suka buruk sangka kepada orang lain.

Sesekali Nasir menoleh ke arah warung yang terletak kira-kira 300 meter di seberang jalan hadapannya. Bukan dia busuk hati atau dengki dengan perniagaan orang lain, tetapi dia yakin memang ada sesuatu yang tidak kena di situ.

“Kita ini kalau berniaga tidak boleh busuk hati. Jangan dengki antara satu sama lain. Rezeki kita Allah sudah tentukan. Tengok ini walaupun gerai kita kurang pelanggan tapi masih dapat tempahan katering dari masjid dan surau, kan ada rezeki lain tu,” sambung Mak Som sebelum beredar ke dapur.

Memang begitulah sikap Mak Som. Dia tidak pernah kisah langsung dengan saingan dan sebagainya, baginya setiap rezeki manusia memang telah ditentukan oleh Allah SWT. Dia tidak pernah merungut atau buruk sangka dengan orang lain, sebab itulah rezekinya sentiasa murah.

Tetapi Nasir tetap tidak berpuas hati. Dia tekad untuk menyiasat apa yang berlaku. Bukan dia seorang sahaja yang perasan dengan apa yang berlaku, malah beberapa teman rapatnya juga berfikiran sama dengannya.

Mereka juga tertanya-tanya kenapa warung baharu tersebut terus dipenuhi pelanggan walaupun terdapat gerai-gerai lain di sekitarnya, malah yang lebih pelik lagi pelanggan yang singgah pula semuanya terdiri daripada orang luar yang melalui kawasan tersebut.

“Betul beb, aku pun perasan juga dengan apa yang kau cakap ini. Kalaulah betul kedai dia sedap mesti ramai orang di taman dan kampung ini yang singgah makan minum di situ, tapi masalahnya pelanggan dia semua orang luar dan bukannya orang tempat kita ini.

“Kalau kedai dia cantik dan penuh dengan dekorasi, lain ceritalah, ini sama je macam yang lain,” kata Jenal bersungguh.

Nasir dan beberapa rakan lain yang berada di situ terus mengiyakan, tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Jenal .

“Aku kasihan dengan Mak Som. Walaupun dia jenis tidak pernah dengki atau curiga dengan rezeki orang lain tapi aku tetap rasa tidak puas hati. Aku syak mesti ada ‘sesuatu’ tentang kedai tu,”

“Lagipun aku ini susah hati juga, kalaulah lama-lama nanti kedai Mak Som kurang pelanggan, mesti dia sudah tidak mampu hendak bayar gaji aku, lepas itu terpaksalah dia berhentikan aku kerja,” kata Nasir tertawa.

Rakan-rakannya yang berada di situ turut tertawa geli hati. Betul juga apa yang dicakapkan Nasir itu. Jika kedai Mak Som tutup nanti tidak pasal-pasal dia pun terpaksa berhenti kerja. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list