CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Sarawak] Program PICKids di Sarawak capai 52.8 peratus sejak dimulakan bulan lepas

[Copy link]
Post time 5-3-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-3-2022 08:29 AM



Gambar hiasan Bernama

KUCHING: Sarawak telah mencapai 52.8 peratus kanak-kanak menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sejak ia dimulakan pada 3 Februari lepas.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Rosemawati Ariffin berkata, peratusan itu adalah 150,927 orang daripada 286,000 kanak-kanak secara keseluruhan yang layak diberikan vaksinasi COVID-19 di negeri ini.

"Untuk makluman, Sarawak masih melaksanakan PICKids menggunakan pendekatan berasaskan sekolah dengan menyasarkan murid- murid yang berada di sekolah, tadika dan taska, di samping meningkatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) secara berperingkat.

"Sehingga kini, pelaksanaan PICKids melalui kaedah pendekatan berasaskan sekolah amat memberangsangkan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Rosemawati berkata, seramai 46,475 (25.0 peratus) daripada 185,900 orang kanak-kanak yang tidak mendaftar dalam aplikasi MySejahtera telah diberi vaksin COVID-19 di sekolah dan sebanyak 906 (70.8 peratus) daripada 1,279 sekolah telah pun dilawati untuk PICKids.

Katanya, Sarawak menyasarkan 100 peratus sekolah akan dilawati sehingga akhir minggu kedua bulan Mac 2022.

"Sebagai tambahan, PPV jangkau luar (outreach) yang dikendalikan oleh anggota kesihatan KKM dan juga pengamal perubatan swasta ke kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak akan diteruskan bagi memastikan kanak-kanak di kawasan tersebut turut mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19," tegasnya.

Mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bahawa ibu bapa dan penjaga boleh membawa kanak-kanak untuk mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih bermula 1 Mac 2022, Dr Rosemawati berkata, beberapa PPV di Sarawak akan melaksanakan vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) bermula 5 Mac 2022.

Antaranya, di Dewan Suarah Sibu (Sibu), Klinik Kesihatan Kota Samarahan (Samarahan) dan Klinik Kesihatan Bintulu (Bintulu).

"Ibu bapa digalakkan untuk menelefon PPV tersebut terlebih dahulu sebelum hadir untuk menerima suntikan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/05


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.251613 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list