CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Sarawak] Rompak telefon, wang tunai: Remaja diheret ke mahkamah

[Copy link]
Post time 3-3-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang remaja lelaki dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merompak sebuah telefon pintar, wang tunai berjumlah RM450 dan seutas jam milik seorang remaja perempuan pada Februari lalu.

Tertuduh berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Maris Agan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terbabit dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Midin, Semerah Padi, sekitar jam 3.30 pagi pada 2 Februari lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Semasa sebutan kes, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Aiman Mutallib Mohamad Shariff tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menyatakan tiada jaminan ditawarkan kerana menggelakan tertuduh melakukan kesalahan berulang terhadap mangsa serta menggelak daripada melarikan diri.

Kemudian, tertuduh memohon agar diikat jamin kerana perlu membantu bapanya membuat kerja-kerja kontrak bagi menampung keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 beserta seorang penjamin tempatan iaitu bapanya.

Mahkamah memutuskan sebutan semula bagi pengurusan kes pada 5 April depan, dan tertuduh diperintahkan untuk mengambil peguambela sebelum tarikh tersebut.


sarawakvoice.com/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list