CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Pulau Pinang] PPM Wilayah Satu rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM3.3 juta

[Copy link]
Post time 15-2-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode
PPM Wilayah Satu rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM3.3 juta

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 15, 2022 @ 3:18pm[email protected]




Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Asisten Komisioner, Shamsol Kassim menunjukkan gambar tangkapan dan rampasan berhubung kejayaan keberhasilan pasukan polis marin wilayah 1 dalam operasi Op Landai, Op Gelora dan Op Khas sempena Tahun Baharu Cina di perairan laut wilayah bagi Januari dan Februari 2022 pada sidang media di Bilik Mesyuarat Pasukan Polis Marin W1, Batu Uban,l Georgetown. NSTP/MIKAIL ONG



GEORGETOWN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai mengikut Akta Kastam 1967 bernilai lebih RM3.3 juta menerusi operasi khas di beberapa perairan negara ini.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, berkata operasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak Januari lalu itu membabitkan sekitar Zon Langkawi, Kedah; Pulau Pinang; Perak dan Selangor.

Beliau berkata, pihaknya merampas sebanyak 2.2 juta batang rokok dengan nilai RM3 juta, selain 4,227 liter minuman keras bernilai RM9,087.

"Kita turut merampas dua kereta, satu bot, dua enjin bot serta masing-masing satu motosikal dan lori.

"Dalam operasi ini, seramai 12 individu turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Pejabat PPM Wilayah Satu, Batu Uban di sini, hari ini.

Shamsol berkata, agensi penguatkuasaan itu turut menahan 39 bot penumpang atas pelbagai kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60.

Katanya, antara kesalahan ialah membawa penumpang melebihi had, penumpang tidak memakai jaket keselamatan dan memiliki lesen tamat tempoh.

"Kami turut melakukan penguatkuasaan terhadap bot pukat tunda yang beroperasi di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Menerusi penguatkuasaan itu, sebanyak 52 bot pukat tunda ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985," katanya.

Daripada 52 bot pukat tunda itu, 16 bot pukat tunda ditahan di Perak, Langkawi (14), Selangor (13) dan sembilan lagi di Pulau Pinang.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.627021 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list