CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 8

Setiap Hari Sakit Kepala, Faradhiya Risau Ada Ketumbuhan Otak

[Copy link]
Post time 14-2-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara terlalu lama duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, ia akhirnya memberi kesan emosi kepada penyanyi Farahdhiya.


Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, memberitahu sepanjang waktu itu dia sering merasa sakit kepala sehingga terfikir dia mengalami ketumbuhan pada bahagian otak.




Foto: IG




“Ketika tempoh PKP, setiap hari saya rasa sakit kepala sehingga merasakan ada ketumbuhan pada otak. Saya terpaksa makan ubat setiap hari.


“Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor beritahu ia hanyalah disebabkan tekanan.


“Memang betul rasa tertekan kerana setiap hari berkurung di rumah sahaja ketika itu,” ceritanya kepada mStar.




  



Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berakhir selepas industri seni kembali aktif.


Menurut Farah, dia kini sibuk dengan pelbagai tawaran kerja dalam bidang nyanyian dan lakonan.




  



“Sekarang saya kembali aktif menerima tawaran bekerja dan tidak ada masa untuk diri sendiri.


“Jika ada hari cuti saya lebih suka duduk di rumah berehat dan tidak keluar berjumpa kawan-kawan,” ujarnya.


Pada perkembangan nyanyian, Farah memberitahu dia tampil dengan lagu baharu berjudul Tewas yang merupakan kolaborasi pertamanya dengan penyanyi rap asal Korea Selatan, Dennis.




  



Lagu ini menggabung tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea.


Farahdhiya juga berharap dapat menembusi pasaran antarabangsa kerana lagu ini dirancang turut dipasarkan di Korea Selatan.




  



“Selain memberi kelainan kepada peminat, kita juga perlu mengikut peredaran zaman.


“Lagu genre balada akan sentiasa diminati pendengar. Sesekali perlu tampil dengan lagu sebegini kerana saya rasa ia tengah in.


“Saya juga amat teruja apabila lagu ini akan dirakamkan dalam bahasa Inggeris dan Korea untuk tujuan pasaran di Korea Selatan. Siapa tahu jika ada rezeki untuk kembangkan kerjaya di sana,” katanya.




  



Selain lagu, Farah juga bakal tampil dengan drama baharu berjudul Aisya di saluran Viu dan Roti Cicah Susu di saluran Astro Ria. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2022 02:05 PM | Show all posts
“Ketika tempoh PKP, setiap hari saya rasa sakit kepala sehingga merasakan ada ketumbuhan pada otak. Saya terpaksa makan ubat setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 sinus ke ..stress ke..
Pergi check.doctor lahhhh
Takyaj.google
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni pun jadi news ke.. haha. Dah tua dah pun, darah tinggi la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawanya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke tgk die masak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2022 05:04 PM | Show all posts
shernazz replied at 14-2-2022 02:12 PM
Entah2 sinus ke ..stress ke..
Pergi check.doctor lahhhh
Takyaj.google

apalah chouls nih kan dia dh beritahu dh cek doctor misti kes tak baca habis ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 05:05 PM | Show all posts
hahaha ada pulak marah dia korang patut marah tt ni buka cerita pasal FD ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Addrianna replied at 14-2-2022 05:04 PM
apalah chouls nih kan dia dh beritahu dh cek doctor misti kes tak baca habis ni

Ala ye ke
Mak lum lah iols baca sambil tgk tv ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.086602 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list