CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 649|Reply: 0

[Selangor] Mayat tersangkut pada ranting pokok

[Copy link]
Post time 16-1-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba dengan bantuan polis dan bot nelayan tempatan mengeluarkan mayat lelaki yang tersangkut pada ranting pokok di tepi Sungai Kuala Selangor, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Kuala Selangor: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tersangkut pada ranting pokok di tepi Sungai Kuala Selangor, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira 9.20 pagi itu disedari pemancing yang mencari udang di sekitar kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.31 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian dalam operasi mencari mangsa berusia lingkungan 40-an.

"Pemeriksaan mendapati mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti tersangkut di ranting pokok tepi sungai terbabit.

"Anggota bomba dengan bantuan polis dan bot nelayan tempatan berjaya mengeluarkan mayat mangsa pada 1 petang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045127 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list