CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 0

[Selangor] Hulu Langat alami keadaan berdebu pula

[Copy link]
Post time 13-1-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jalan raya yang berdebu sekitar kampung dan taman perumahan di Hulu Langat selepas berlakunya banjir besar pada bulan lalu. Foto Hazreen Mohamad

Hulu Langat: Selepas tiga minggu dilanda banjir besar, kawasan sekitar daerah ini dipenuhi debu tebal pula hingga menyebabkan kesihatan penduduk di situ terjejas.

Tinjauan di Kampung Sungai Serai, Batu 18, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding hari ini mendapati kebanyakan rumah dan kenderaan terpaksa dibersihkan kali kedua berikutan debu tebal.

Penduduk Kampung Sungai Serai, Mohd Ali Rajak, 56, berkata, kediamannya baru sahaja selesai dibersihkan namun perlu dibersihkan lagi.

"Ada alami juga batuk-batuk akibat debu di kawasan ini, rumah pula terpaksa dibersihkan setiap hari ditambah pula dengan cuaca panas dan kering.

"Kesan ketara di bahagian lantai kita boleh nampak debu yang melekat dan terpaksa dibasuh dan dicuci berkali-kali," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Nor Asmara Yusof, 68, berkata, dia bernasib baik kerana rumahnya berada jauh dari jalan besar.

"Debu dan habuk setiap hari ada di rumah, hari-hari saya terpaksa sapu, ia lebih teruk selepas banjir yang melanda.

"Saya bersyukur ada banyak pihak yang membantu selepas kejadian banjir, dapatlah kurangkan beban kami dan keletihan membersihkan rumah," katanya.

Menurutnya, walaupun bersyukur cuaca kini panas, namun harapan disandarkan supaya pihak berwajib dapat menyembur air agar debu dapat dikurangkan di kawasan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052347 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list