CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5522|Reply: 69

Aku pelik ngkorang buat macam tak penting jer isu ni

[Copy link]
Post time 20-5-2010 03:24 AM | Show all posts |Read mode
Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak
A kadir Jasin

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnyasemalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

------------
p,s - iniisu penting.. harta negara... lapanganmiyak oi... bukan rega singgit dua ringgit.. dua lapangan minyak tu bernilai berbilion ringgit.. senyap bawah karpet jer.. surat khabar diam jek.. mediadiamjekk... hahh.. tak lama lagi apa pulak rete negara yang nak di bagi pree kat negara lain pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 03:40 AM | Show all posts
isu thalia kena buang jad protege ziana zain lg hot kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 03:59 AM | Show all posts
isu kurang best kot...bagi brunei takper jgn singapore...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 05:08 AM | Show all posts
Reply 1# kermittx

sokkabar dan media anjing BN , gila ko depa nak heboh heboh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 07:14 AM | Show all posts
takpe ringgit dah naik berbanding US dolar....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 07:34 AM | Show all posts
perkataan tidur tak tinggal tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2010 07:41 AM | Show all posts
tak pe bagi brunei, sama melayu mah!..:re:
pasni tak tau lah apa kerejaan beend nak kasi lagi kat brunei atau other neighbouring country..pemurah betul ye kere jaan beend ni...syukur aku ada kerejaan mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 07:51 AM | Show all posts
tak sangka Pak Lah, diam-diam (tidur) berisi
:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 07:57 AM | Show all posts
secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.


apa motif sebenar bagi Brunei Blok L dan Blok M? masa tu Malaysia tadak duit ke? Berapa Brunei bayar pd pihak yg terlibat tu? Betul la isu ni kerajaan Malaysia mcm nak tutup2 je dari pengetahuan umum.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:04 AM | Show all posts
Esok lusa dengan Malaysia ni sekali digadaikan asal lepas tembolok sendiri..

Pemimpin mcm nilah pengkhianat negara sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:06 AM | Show all posts
Akhirnya tinggal spender ajer......itupun kalau nasib baik, kalau nasib tak baik....spender pun hilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 08:06 AM | Show all posts
harta negara beb.. estimated loss adalah 320 billion... itu anggaran tu.. hanya Allah yang tahu berapa nilai lapangan minyak tu.. dengan tengah2 negara takder duit ni.. boleh diam diam bagi khazanah negara senyap2 kat orang lain.. lepas tu semua diam.. 320 billion bukan sikit.. kenapa tak bincang dalam parlimen.. ?? ex-PM mahathir pun dah hangin leadership sekarang manage negara mcm manage kampung jah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:09 AM | Show all posts
Najib x kisah pun, so rakyat Malaysia x perlu kisah .....
lepas ni nak bagi apa pula ye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:10 AM | Show all posts
Takper kermix............. rakyat masih cukup makan katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:12 AM | Show all posts
mula2 kena tengok ialah... negara mana2 yang mula2 claim kawasan tu dia punya? ini disebabkan ada pertindihan claim di kawasan tu.

lepas tu tengok apa alasan kedua-dua negara claim kawasan tu dia punya.

then selepas ni... kena rajin baca2 update perkembangan kedua-dua blok tu... manaler tau ada nama scomi yang dapat kontrak buat sesuatu projek kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:12 AM | Show all posts
Nampaknya Tun Det lebih perihatin dan sayang dgn khazahah kita...mana Pak Lah? jawab la jgn dok diam2 tanam ubi je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 08:18 AM | Show all posts
takde ke sape berani suarakan benda ni ke pihak atasan?
kerajaan pun diam (tidur) berisi nampaknya...
mungkin tidur diulit duit kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:28 AM | Show all posts
biar betul die lepaskan 2 block mcm 2 jer.....
ap sebab die wat mcm 2 kan.....
hurmmmmm.....nape xder sape2 pon yg dedahkan isu ni???
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:46 AM | Show all posts
Isu poligami tanpa izin Bung Mokhtar lagi penting kot?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:48 AM | Show all posts

Rindu nak tengok Pak Lah tidur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.085967 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list