CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1702|Reply: 17

Perogol kanak-kanak aktif semula !

[Copy link]
Post time 16-1-2010 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Van putih sambar budakOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
anbia@hmetro.com.my



AMPANG: Belum selesai kes penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, dan Sharlinie Mohd Nashar, 5, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa, kelmarin.
Nenek mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila cucunya, murid tahun enam, dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Dagang di sini.
Menurutnya, ketika berjalan kaki bersendirian, sebuah van dinaiki seorang lelaki menghampiri cucunya sebelum berhenti.
“Lelaki tempatan berambut panjang dan memakai kemeja-T putih terus keluar dari van dan menghampiri cucu saya.
“Dia memeluk lalu menangkap cucu saya dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, cucu saya meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu menyumbat mulut murid perempuan itu dengan kain sebelum menariknya masuk ke dalam van terbabit.
“Selepas berjaya mengheret masuk ke dalam van, dia menutup muka cucu saya dengan pita pelekat bagi mengelakkannya menjerit meminta tolong.
“Cucu saya dipaksa duduk sebelum dipakaikan tali pinggang keledar. Cucu saya cuba melawan dan melepaskan diri, namun lelaki terbabit menolak dan mengugutnya supaya diam,” katanya.
Difahamkan, sebelum matanya ditutup, mangsa sempat melihat beberapa botol arak dalam van berkenaan sebelum lelaki itu menghidupkan enjin dan meninggalkan tempat kejadian.
“Penjenayah itu kemudian memandu ke arah Wangsa Maju sebelum berhenti berhampiran pondok pengawal yang menjadi pintu masuk utama satu kawasan perumahan.
“Lelaki itu keluar dari van dan berjalan ke arah belakang kenderaan itu tanpa diketahui tujuannya. Kesempatan itu digunakan cucu saya untuk membuka pintu van perlahan-lahan sebelum bergegas melarikan diri tanpa menoleh belakang,” katanya.
Kanak-kanak itu bernasib baik kerana arif dengan kawasan berkenaan sebelum menuju ke rumah datuk saudaranya di Jalan Setiawangsa untuk mendapatkan bantuan sebelum membuat laporan polis. “Saya hanya menyedari kejadian itu selepas dihubungi ibu saudaranya kira-kira sejam selepas dia terselamat. Kami sekeluarga tidak tahu motif lelaki itu melarikannya.
“Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan takut pergi ke sekolah. Akibat terlalu takut, cucu saya demam panas dan kini berehat di rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti penjenayah terbabit.
Oktober lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik seorang lelaki menggunakan van putih selepas diumpan dengan wang RM5 di Kampung Sungai Pinang, Batu 3, Jalan Kapar, Klang, kira-kira jam 8.30 malam.
Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri walaupun sudah diperkosa penjenayah yang sempat membawanya bersiar-siar.
Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.
Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya.
Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.
Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa.
Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2010 02:58 PM | Show all posts
hahh.. perogol bawah umur aktif semula.... nih pemuda umngok cawangan mana nih... adakah org yg sama merogol anak tiri kekasih gelapnya duulu ataupun perogol bawah umur yg pernah menjadi ketua menteri melaka...????
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 03:09 PM | Show all posts
Ya Allah... tmn dagang mana ni..?? kat star lrt ke atau yg kat belakang carrefour ampang tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2010 03:11 PM | Show all posts
hahh.. perogol bawah umur aktif semula.... nih pemuda umngok cawangan mana nih... adakah org yg sama merogol anak tiri kekasih gelapnya duulu ataupun perogol bawah umur yg pernah menjadi ketua menteri ...
totokreturn Post at 16-1-2010 14:58
Kau meroyan lagiii...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 03:15 PM | Show all posts
Kau meroyan lagiii...:kant:
Shamkul Post at 16-1-2010 15:11


pemimpin2 umgok ko ajer yg suka merogol budak bawah umur nih.. sebab tuh aku tanya pemimpin yg mana satu....bukan meroyan pong...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 03:15 PM | Show all posts
syukurlah budak ppuan tuh selamat..me takut dengar cerita2 mcm nih, sbb me pun ada anak ppuan..smoga anak2 me sntiasa dilindungiNYA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2010 03:18 PM | Show all posts
budak 12 thn keluar malam2 p kedai sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 03:18 PM | Show all posts
budak 12 thn keluar malam2 p kedai sorang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2010 03:23 PM | Show all posts
xabes2 lg ker??? naper la byk lg org giler camni kat mesia nih??
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 03:33 PM | Show all posts
Harap yang bersalah menemui sinar keinsafan...............
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 03:44 PM | Show all posts
harap2 jangan la sekali lagi lim guan eng kena penjara lagik sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 04:10 PM | Show all posts
aku doakan perogol kanak2 ni mati kena lenyek dgn trailer.:@.amiiinnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 04:13 PM | Show all posts
harap2 jangan la sekali lagi lim guan eng kena penjara lagik sekali....
totokreturn Post at 16-1-2010 15:44


errkk...die ni kenapaa..??apa kaitan nye dgn perogol kanak2 niee....:re::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 06:38 PM | Show all posts
selagi tak terkena kat anak2 VVIP, selagi tu lah takde usaha serius nak prevent benda camni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 06:44 PM | Show all posts
errkk...die ni kenapaa..??apa kaitan nye dgn perogol kanak2 niee....:re::geram:
eRiKa Post at 16-1-2010 16:13


sebab lim guan eng pernah kena penjara 2 tahun kerana melindungi dan mempertahankan budak bawah umur kena rogol ngan ketua menteri melaka sampai beranak....iaitu pemimpin umngok....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 06:45 PM | Show all posts
selagi tak terkena kat anak2 VVIP, selagi tu lah takde usaha serius nak prevent benda camni.
Mulan Post at 16-1-2010 18:38


anak vvip tadah free jah noks.. asalkan dapat enjoy....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2010 08:03 PM | Show all posts
budak 12 thn keluar malam2 p kedai sorang2
emas916 Post at 16-1-2010 15:18

biasalah melayu mudah lupa.....
nak kena ada budak kena culik, rogol dan mati lagi sorang baru la melayu2 islam abngsat akan berhati2 selama bulan...
lepas tu back to normal balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 08:05 PM | Show all posts
selagi tak terkena kat anak2 VVIP, selagi tu lah takde usaha serius nak prevent benda camni.
Mulan Post at 16-1-2010 18:38

there's nothing u can do about it kalau mak bapak sendiri yg cuai..
don't expect police kena iring semua budak2 ke hulu ke hilir...

kalau kau rasa ada better option...sila kemukan utk halang benda ini berlaku??
jgn hanya sembang jah tapi tak bagi contoh langkah2 yg perlu di lakukan pihak berkuasa...

benda lagu ni for me masalah parents yg cuai dan tak bertanggungjawab..org jahat ada di mana2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.238306 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list