CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 11

Anak Sensitif

[Copy link]
Post time 17-11-2009 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Salam Satu Cari....

Apakah pendekatan terbaik untuk memberi semangat bagi anak - anak yang sensitif dan juga menjadikan anak - anak seorang yang berjiwa kental?

Contohnya, mudah menangis walaupun tidak dimarahi hanya kerana kalah berebut mainan dengan adik?
Ataupun apabila melakukan kesalahan; belum lagi disoal siasat dah berjurai air mata.

Kadang - kadang kesian juga tengok kanak - kanak yang sebegini. Risau jatidiri mereka akan lemah bila meningkat dewasa.

Terima kaseh.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 01:15 AM | Show all posts
sorry...boleh tahu berapa umur anak ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:40 AM | Show all posts
sensitif ke manja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 12:11 PM | Show all posts
sorry...boleh tahu berapa umur anak ?
KakFie Post at 19-11-2009 01:15


Apa yang Ai tengok, mostly anak sulung. Even yang dah sampai umur 9 tahun pun masih ada sifat macam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 12:11 PM | Show all posts
sensitif ke manja?
kuntakpindek Post at 19-11-2009 10:40


Sensitif kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 01:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by mammavoque at 19-11-2009 14:14

sbb tuh mak ayah kene tegas.... baru la anak x sensitif...
anak aku 9taun kalo marah mmg nages ar sbb dah salah dia...nak saje2 nages sbb berebut menan ngan adik dia mmg saje tempah sakit ler....

nih aku la sbb aku ibu yg ala2 komando...sbb aku x suke anak aku nages x bertempat... rimas kalo tang nih la.... anak adik ipar aku jenis kaki ngamuk... ms g huliday ngan dorang ari tuh nak2 naik satu kete pening smpi muntah kayak aku ngan peel anak2 dia..so aku dah pesan kat somi aku kalo share kete..aku x mo lagi dah..hazab oooooo

bukan belagak tp x tahan oooo manjang ngamuk jerit, raung2 mcm histeria gtuh... kang silap2 aku yg bersilat kalo dah mak ngan bapak x leh kawtim anak sdiri...kenot tahan kalo cam nih keadaannye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2009 03:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by mammavoque at 19-11-2009 14:14

sbb tuh mak ayah kene tegas.... baru la anak x sensitif...
anak aku 9taun kalo marah mmg nages ar sbb dah salah dia...nak saje2 nages sbb berebut  ...
mammavoque Post at 19-11-2009 13:47


Betul tu. Tapi bila tegas sangat kesian pulak kat anak tu. "Adik buat takpe. Naper kakak je kena marah?". Kadang - kadang kesian jugak bila si kakak ni dididik agar tak membalas apa yang adik - adik buat. Dapat sepupu - sepupu yang ganas, memang lagi kesian. Terpaksa la lari keliling rumah.

Ai, penah berhenti keta kat RnR highway semata - mata tak tahan dengan kerenah sepupu - sepupu yang masih kecil sibuk bergaduh dalam kereta. Sedangkan si ibu buat tak tahu je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 06:17 PM | Show all posts
Akak sangat setuju dengan your concern pasal ketahanan diri anak yang sensitif.  Setengah orang dia tak nampak kesan being over sensitive pada ketahanan diri.  Lalu diturut segala kemahuan anak sebab takut dia nangis, takut dia depress.  Bagi akak cara tu salah.
Salah seorang anak lelaki akak dulu pun sensitif...semasa umur dia between 5-7.  Akak pun risau tentang ketahanan diri/jiwa dia pada masa tu..ditambah pulak dia lelaki, lagilah akak risau.

Selalunya anak sulung jarang sensitif, naturally ketahanan diri anak sulung ni lebih tinggi dari anak lain.  unless kalau dia terlalu banyak "tertekan" sebab terlalu banyak kelebihan diberi pada adik dan terlalu banyak dia kena mengalah.

Masa mula akak detect sifat anak akak yang over sensitive dulu, akak tengok balik background family akak dan husband.  Kadang-kadang sifat oversensitive ni runs in the family jugak.  True enough, memang ada kes-kes over sensitive individuals dalam family.

Lepas tu akak observe the positive sides and the negative sides of these individuals.  Dari situ akak boleh nampak, sudut mana yang kita perlu ubah.  Being over sensitive ada positfnya...hati mereka lembut, jadi senang untuk dibentuk berbanding individu/anak-anak yang keras hati., langsung tak mendengar kata.   Jadi dari sudut tu syukur alhamdulillah.

Dan approach akak, akak tegas dengan dia.  Tegas tu bukanlah bermaksud selalu tengking/selalu pukul ye, takut ada yang salah faham pulak istilah tegas ni.  Nanti thread ni jadi off topic pulak..

Di tadika/sekolah pun dia sensitif jugak...sampaikan menurut cikgu dia , bila eraser jatuh waktu cikgu mengajar pun dia dah mula sebak.  Takut cikgu marah bila dia kena tunduk ambik eraser.  Sedangkan cikgu tu ok je.
Dia tak boleh "kalah", mulalah dia sensitif.  Dengan kawan2 pun sensitif jugak, tak boleh bergurau.

Disebabkan akak memang rapat dengan pihak sekolah dia dulu, so akak bincang dengan cikgu dan akak beri "mandat" pada cikgu untuk tegas dengan dia jugak walaupun cikgu berasa kesian.  Akak kata, this is for his own good pada masa hadapan...akak nak dia jadi seorang yang berjiwa kental...resilient.  Akak tak nak anak-anak yang tak boleh kata "no" bila perlu.

Yang penting, kita jangan brush off terus apa yang dia risau dan menyebabkan dia sensitif.  Kita perlu dengar apa "masalah"  yag menyebabkan dia menangis.  Kita perlu jadi listener jugak supaya dia akan sentiasa cari kita bila dia ada masalah tak kiralah waktu dia kecil atau besar nanti.  Lepas tu kita tanya.."adakah menangis will solve the problem?".  Contohnya " kalau kalah, bila menangis boleh menang ke?".

Kita kena question balik cara dia respond to situation.  Lepas tu kita tanya balik apa yang sepatutnya dia lakukan?  Biar dia sendiri beri jawapan, supaya dia nampak sendiri bagaimana dia sepatutnya bertindak balas dengan keadaan.
Dalam proses soal jawab ni kita tak boleh terlalu berlembut, kena cakap dengan tegas untuk menunjukkan yang kita serius dan dia jugak perlu serius.  Kalau terlalu lembut membelai pun tak boleh.

Masa tu akak cakap kat dia in any situation you have to TRY not CRY.  Bila nampak dia nak nangis je..akak akan tanya, nak C (keh) or T(teh)? dengan suara yang tegas.   Dia akan jawab (teh).  So dia tak jdi nangis dan cuba untuk overcome emotion dia dan cuba untuk resolve apa saja kesukaran yang dia hadapi.

Alhamdulillah sekarang dia ok...  In fact akak sangat kagum dengan self esteem dia.   Bersekolah di negara omputih, waktu swimming semua pakai swimming shorts saja tapi dia nak pakai body suit..sebab tutup aurat kata dia.  Masa first time pakai, kawan2 ketawakan dia, akak tanya "are you okay?"  Dia kata dia ok, dia still nak pakai full suit, tak nak ikut kawan2 pakai shorts.  Since then kawan2 dah tak ketawakan dia dah...mereka faham pendirian dia.  Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2009 09:38 AM | Show all posts
Akak sangat setuju dengan your concern pasal ketahanan diri anak yang sensitif.  Setengah orang dia tak nampak kesan being over sensitive pada ketahanan diri.  Lalu diturut segala kemahuan anak sebab  ...
KakFie Post at 19-11-2009 18:17


Thanks Akak Fie sebab faham dan sudi berkongsi pengalaman.

Bila sebut tentang kaji background ni, ada sangkut paut jugak dari segi layanan saudara - mara dikedua belah pihak. Kadang - kadang, disebelah sana layan bak putera - puteri raja. Apa saja kesalahan dibiarkan saja sambil bergelak - ketawa dengan alasan 'biasalah, budak - budak'.

Sedangkan pada usia sebeginilah kanak - kanak mudah menerima apa yang diajarkan kepada mereka. Sayang anak berpada - pada janganlah sampai anak menyalahkan ibu dan bapa diatas kelakuan mereka seperti mana 'Sazali'.

Sesi soal siasat adakalanya tak menjadi bilamana setiap soalan dijawab dengan jawapan yang jauh sekali off topic.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 12:05 PM | Show all posts
pada saya cara paling mujarab lagi berkesan ialah meninggalkan anak di dalam hutan. Bkn kita mahu buang dia ke dlm hutan tp ini adalah kaedah atok nenek moyang kita zaman dahulu supaya anak2 kita gigh, tegar ngan cabaran, xkan mudah sensitif tp lebih kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 10:52 PM | Show all posts
mcm anak marsya yang kedua...umur dia 1 tahun 8 bln dia dah dapat adik...so kesian gak kat dia,rasa tak puas nak bagi sepenuh perhatian kat dia..maklumlah bila ada baby kecik n nak menguruskan rumahtangga pla...sebagai surirumah tangga ni, pangkat tu agak berat sikit...semuanya di bahu kita...

bila dah sedar2 anak yg ke2 marsya nih tetiba sensitifnya makin menjadi..dia jadi malu2 kat marsya n selalu kata yang diri dia tu jahat...

bila dah jadi gitu marsya jadi sebak n terfikir myb dia jadi mcm tu koz marsya sendiri..
mula2 tu marsya diskus ngan hubby, akan datang nih marsya nak luangkan masa lebih sikit kat dia,taknak bnyk sgt perkataan 'no' kat dia kalau dia cuba nak kacau adik dia, bagi dia peluang utk jadi diri dia n cuba layan dia mcm b4 dia ada adik dulu...so Alhamdulillah ada perubahan positif sikit...dia dah nak peluk marsya, nak bercerita n tak  selalu marah2 lagi...

ops lupa bagi tau , waktu sensitif dia tengah teruk mula2 dulu kalau kita puji pun dia marah...kesian kan ..rasa bersalah sangat kat anak...Alhamdulillah, dia dah berubah n marsya pun cuba merubah diri marsya jadi ibu yang baik...:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 12:34 PM | Show all posts
mcm anak marsya yang kedua...umur dia 1 tahun 8 bln dia dah dapat adik...so kesian gak kat dia,rasa tak puas nak bagi sepenuh perhatian kat dia..maklumlah bila ada baby kecik n nak menguruskan rumahta ...
marsya_adelia Post at 20-11-2009 22:52


Ibu bapa kadang - kadang tak sabar nak hasil yang cepat. Bila kata 'No' anak - anak mesti kena terus patuh. Takde tapi - tapi. Antaranya sebab malas nak berleter atau panjangkan isu. Bila si anak sedikit degil, mereka dihukum. Ini yang membuatkan si anak mula menjauhkan diri dan adakalanya memberontak secara diam.

Lebih teruk apabila si anak semakin berani untuk menunjukkan kekerasan terhadap apa yang mereka rasa sebagai punca mereka 'diabaikan' iaitu si adik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.100940 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list