CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 11

Mana suruhanjaya untuk Taufik?

[Copy link]
Post time 17-11-2009 02:42 PM | Show all posts |Read mode
BERITA kematian seorang anak Melayu yang ditembak polis minggu lepas menjadi bahan bualan hangat. Di pejabat, di warung kopi, di kaki lima. Juga di pejabat 'orang-orang besar'.

Mamat pun tak terkecuali. Mamat sungguh simpati dengan keluarga si mati, iaitu Muhammad Taufik Noorzan, yang baru berumur 21 tahun. Masih mentah, belum berumah tangga dan berniaga kecil-kecilan. Menurut laporan akhbar, Allahyarham menjual char kue tiaw.

Orang ramai sudah maklum dalam kes kematian anak muda ini. Kisah bagaimana dia berkelahi dengan kawan-kawannya bukan suatu yang luar biasa. Manusia sentiasa berkelahi, sampai kiamat pun dia akan berkelahi.


Allahyarham mati ditembak polis. Laporan akhbar mengatakan dia cuba menyerang anggota polis dengan b sebilah pisau memotong sayur. Tindakan polis mungkin disifatkan sebagai mempertahankan diri, tetapi ia mengundang malang bagi Muhammad Taufik.

Kini, kematiannya mencetuskan debat besar. Keluarga si mati mahu menyaman pihak polis.

Polis cuai, kata Umi Khalsum Manula, ibu saudara si mati.
Pihak polis pula berkata, anggotanya mengikut peraturan. “Ketika kejadian, anggota itu sudah melepaskan tembakan amaran selain memujuk pemuda itu tetapi dia semakin liar dan cuba menyerang anggota polis,” kata Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamsyah Mustapa.

Pandangan Mamat dalam hal ini mudah saja. Maaf jika Mamat bercakap dengan nada yang geram sedikit. Mungkin juga bunyi macam perkauman.

Mamat mahu menyarankan satu suruhanjaya ditubuh untuk menyiasat kematian Muhammad Taufik. Jika kematian Teoh Beng Hock dan Kugan boleh disiasat dengan rapi suruhanjaya untuk mereka, mengapa tidak tubuhkan suruhanjaya untuk Muhammad Taufik?

Baru adil dan nampak adil. Jangan salah anggap. Sebelum pertikaman lidah ini menjadi lebih kelam kabut dan ribut, elok pertimbangkan cadangan Mamat ini. Mamat ikhlas.
Penubuhan suruhanjaya juga boleh memberi perhatian lebih halus kepada sebarang usaha mencari penyelesaian kepada insiden malang ini. Membawa kes ini ke mahkamah akan memakan masa.

Sebelum isu ini dipolitikkan, Mamat mengesyorkan kerajaan menubuhkan suruhanjaya seberapa segera. Kewibawaan polis, kemusykilan keluarga dan orang ramai akan terjawab apabila suruhanjaya ini tertubuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 02:45 PM | Show all posts
Kalau KUGAN nie mesti DAP jadi orang tengah....siap DEMO lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:45 PM | Show all posts
nyawa manusia ikut gred kut ??????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:46 PM | Show all posts
susah gak kalau dah tembak orang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:47 PM | Show all posts
Taufik nie saper?yang accountant BMF ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:47 PM | Show all posts
depa2 kata polis tu MAKSUM. x pueh hati kalu pi la jadi polis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 02:47 PM | Show all posts
Taufik nie saper?yang accountant BMF ke?
wineps Post at 17-11-2009 02:47 PM


owhhhh sowi....dah tau citer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:15 PM | Show all posts
nampak gaya polis 2 m'sia ni kena banyak ngok ceta2 siasatan dlm tv contoh csi dan sewaktu ngannya...mungkin boleh baiki mutu prestasi keja depaa......(ceta org putih ya jgn ngok gerakkhas pulak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 03:24 PM | Show all posts
org dh salah, watpe nak dibela...dlm paper kata dia gaduh ngan kawan dia sebab kawan dia tinggalkan dia kat alor star..pastu dia jalan kaki smpi arau terus ambil pisau n attack kawan dia..siap pg balai polis lg inform polis sbb nak bergaduh......

yg si taufik ni takleh ke naik bas smpi ke arau? kalau nak berkelahi pun, kalau dh smapi pegang pisau tu boleh mengundang maut...takde sapa ke nak bgtau perkara yg sebenar? apa punca sebenar pergaduhan?mamat ni ada rekod jenayah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:25 PM | Show all posts
Jom Demo
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:28 PM | Show all posts
dorg tuu orang ADA-ADA (dialog cerita bujang lapok)...arwah tu org kebiasaaan jeee...mana nak dpt tempat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 03:34 PM | Show all posts
owhhh dia Melayu patut laa:kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.261823 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list