CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4817|Reply: 25

Jadi Wali Utk Maid

[Copy link]
Post time 8-9-2009 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Camni ceritanya...
Maid aku nak kawin hujung tahun nie...ngan balak dia..org Indon gak but kerja kat sini..
pastu dia suruh aku jadi wali hakim dia...
korang rasa ok ke tak...
ada apa-apa masalah tak di kemudian hari..

nie first time kiranya aku jadik wali wei...hmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 09:03 AM | Show all posts
nape tak ambik wali hakim je since dia jauh dr negara dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:09 AM | Show all posts
Wali Hakim Atau Wali Raja

Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali. Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkannya kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:  Tidak Ada Wali Nasab

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Al-Khamsah)

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.

Kedua:  Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.

Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.

Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keadaan sebenar.

Ketiga:  Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.

Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang  lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.

Keempat:  Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah

Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin”.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

Kelima:  Wali Enggan

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:12 AM | Show all posts
Wali Berada Jauh Atau Ghaib

Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.

Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.

Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.

Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti dalam satu daerah sahaja.

Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui surat supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain untuk mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang segera) kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.

Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.

Dalam kes Hashim bin Mat Isa lawan Fatimah bte Ahmad (1977, Jld. III, I JH), Yang Arif Kadhi Besar Kedah, Syeikh Ismail bin Hj. Omar (pada masa itu) memutuskan perkahwinan kahwin lari yang dibuat di Pekan Siam, Padang Besar, Thailand itu tidak sah.

Fakta kesnya adalah seperti berikut: Kedua-dua pasangan itu warganegara Malaysia. Pengantin perempuan tinggal bersama bapanya (wali) di Batu 5, Jalan Sanglang, Kedah. Pengantin perempuan dan pasangannya telah berkahwin lari di Kampung Pekan Siam, Padang Besar, Thailand. Sekembalinya ke Kedah pasangan itu mahu mendaftarkan parkahwinannya. Permohonan itu dibuat di Mahkamah Syariah Alor Setar, Kedah. Ketika menyampaikan keputusan permohonan pendaftaran perkahwiann itu, Yang Arif Kadhi Besar memutuskan:
“Perkahwinan pasangan itu tidak sah pada hukum syarak keranan jarak di antara tempat wali berada pada masa itu dengan tempat akad nikah yang dibuat di Kampung Pekan Siam itu tidak sampai dua marhalah dan perempuan itu diperintahkna supaya bereddah”.
Sebagai pengajaran dari keputusan Mahkamah itu, maka adalah mustahak mana-mana perkahwiann yang hendak dibuat di luar kariah, daerah dan negeri hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pejabat kadhi yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)

Dalam Islam, terdapat satu prinsip Undang-Undang Islam yang menyatakan:
“Tiap-tiap sesuatu yang boleh seseorang melaksanakan dengan sendirinya, bolehlah ia mewakilkan sesuatu itu kepada orang lain”.

Menurut prinsip tersebut, telah sepakat Fuqaha bahawa setiap akad yang dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai bidang kuasa, maka akad itu boleh juga ia mewakilkan kepada orang lain misalnya dalam akad nikah, jualbeli, cerai, sewa menyewa, tuntutan hak dan akad yang lain.

Dalam hal akad nikah ini, apabila seseorang wali aqrab itu  berada jauh, tidak dapat hadir pada majlis akad nikah atau wali itu boleh hadir tetapi ia tidak mampu untuk menjalankan akad nikah itu, maka wali itu bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie.

Begitu juga bagi bakal suami. Kalau ia tidak dapat hadir pada majlis akad nikah kerana ia sedang belajar di luar negeri, maka ia bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie bagi menerima ijab (menjawab) nikah itu. Walau bagaimanapun bagi perempuan (bakal isteri) ia tidak ada bidang kuasa mewakilkan kepada orang lain untuk megahwinkannya kerana haknya ada di tangan walinya.

Menurut Jumhur Fuqaha, syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi wakil wali ialah:

Lelaki
Baligh
Merdeka
Islam
Berakal (akal tidak lemah)
Wakalah itu tidak boleh dibuat semasa orang yang memberi wakil itu menunaikan ihram haji atau umrah.
Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu dengan sendirinya sesuai dengan yang ditentukan semasa membuat wakalah itu kerana orang yang menerima wakil tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin memberi wakil  atau bila diserahkan urusan itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil: “Terserahlah kepada engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu, engkau sendiri atau orang lain”. Maka ketika itu, boleh wakil berwakil pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu.
Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang telah ditentukan oleh orang yang memberi wakil. Misalnya seorang berwakil kepadanya untuk mengahwinkan perempuan itu dengan si A, maka wajiblah kahwinkan perempuan itu dengan si A.
Kalau wakil itu mengahwinkan peempuan itu dengan si B, maka perkahwinan itu tidak sah.
Mengikut amalan di Malaysia, selalunya wakalah wali dibuat di hadapan Kadhi atau Pendaftar Perkahwinan dengan disaksikan oleh dua orang saksi.
Sebelum melakukan walkalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji latar belakang orang yang hendak menereima wakil itu.

Penutup

Demikianlah bidang kuasa wali adalah amat penting dalam perkahwinan kerana ia menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan. Oleh itu, setiap ibu bapa dan pengantin perempuan sebelum melakukan sesuatu perkahwinan hendaklah meyemak dahulu siapa yang  berhak menjadi wali mengikut tertib dan susunan wali. Sekiranya para ibu bapa dan penjaga tidak mengetahui tentang wali maka hendaklah merujuk kepada mana-mana Pejabat Kadhi, Imam atau orang alim untuk mendapat penjelasan.


RUJUKAN
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/wali.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 09:15 AM | Show all posts
nape tak ambik wali hakim je since dia jauh dr negara dia?
mimi77 Post at 8-9-2009 09:03


maid nie skrng ngan aku...amik wali hakim ? camna tu ? tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:28 AM | Show all posts
bukan semua org boleh jd wali hakim..ko nak ke  tanggung dosa klu perkahwinan tu nnt x sah?..baik ikut undang2..baca laa yg aku dah paste tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2009 09:32 AM | Show all posts
soh dia pergi pejabat agama la...
adesssssssss...
tp maid dia pakai pas kerja kan??
aku rasa x leh kot???
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:32 AM | Show all posts
maid nie skrng ngan aku...amik wali hakim ? camna tu ? tak faham
trajet Post at 8-9-2009 09:15


Wali hakim tu wali yg ditauliahkan oleh Jabatan Agama, kat Malaysia kadi yg menikahkan perempuan.  Adik aku dulu kat kawin kat oversea, tp sebab nak kawin ikut prosedure Malaysia, buat macam cara kat atas. Isi borang semua.  Pada hari nikah, pihak sana call bapak aku depan imam yg nikahkan dia kat sana, dan bapak aku pun cakap dia setuju serahkan tugas wali hakim kepada imam tu.

Engkau setakat jadi saksi boleh kot, mana boleh jadi wali hakim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 09:54 AM | Show all posts
Wali hakim ni hanya yang diberi tauliah saja layak Bro. Jurunikah maid hang tu sah ke tidak. Keluarga dia tahu ker tidak. Maid jiran aku kahwin kat malaysia dgn indon jugak, Tapi rupa0rupanya tu laki no. 2 dia. Laki kat indon masih belum cerai lagik.

Baik ko hati2. Nanti dapat saham sama. Indon bukan boleh percaya sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 10:09 AM | Show all posts
aku dah call pejabat agama tadi..memang betui wali hakim nie ..kena go thru mahkamah.
banyak procedurenya...pastu lak kalu pas lawatan buleh kawin kat sini.
memandangkan maid aku nie , pakat permit kerja..tak leh kawin kat sini.

thanks pendapat korang semua..
aku suruh je maid aku  balik indon & kawin kat sana...habis cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 10:46 AM | Show all posts
Mcm2 cerita maid ni.. elok le kalau kerajaan luluskan minimum gaji 800 tu... kurang le skit kemasukan mrk ni kat Msia ni... encourage anak bangsa sendiri lak jadik pembantu rumahtangga.. gaji 800, berepf dan socso... makan tanggung , rumah free, barulah ramai awek2 kilang tukar profesion... but sebelum tu kerjaaan kena naikkan gaji majikan 100%.. amacam, setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 10:59 AM | Show all posts
ev700, kerja2 lain rasanya ada kot anak bangsa nak sanggup kerja. jadi maid ni anak2 muda zaman skrg ni payah sikit nak buat, tak vogue gitu. kerja kilang tu mereka rasa lebih high standards, lagipun boleh OT.

ibu2 tunggal pulak, mungkin sanggup setakat yang kerja 7am-6pm je lah kot, sebab dia pun ada family sendiri kat rumah nak diuruskan. those yang nak service macam maids sedia ada ni yang siang malam ada kat rumah, agak payah kot nak cari yang local, walaupun ada.
tapi kalau saya, memang prefer helper yang daily lah instead yang stay over. cuma some of them, kita kena fetch pulak tiap hari sebab tak ada own transport.

even these past years my friends dok sibuk cari yang local, most of them tak jumpa2.
also yang local ni, kerap nak balik kampung, ye lah ada family kan, dekat pulak tu. some majikan macam rasa reluctant, sebab majikan pun ada their own affairs to care of.
kira macam.. agak payah to get this situation to be realized ideally.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:49 AM | Show all posts
aku dah call pejabat agama tadi..memang betui wali hakim nie ..kena go thru mahkamah.
banyak procedurenya...pastu lak kalu pas lawatan buleh kawin kat sini.
memandangkan maid aku nie , pakat permit  ...
trajet Post at 8-9-2009 10:09 AM


hah kan senang..
x sakit pala..
x dapat saham..
hehehehehehe..
settle masalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 01:03 PM | Show all posts
yelah..malas nak runsingkan kepala...
nnti balik nnti nak bagi tau dia..tak leh kawin kat sini..kena balik indon..

maid aku nie bagus sgt kerjanya..tak yah suruh..tau aje nak buat apa...
kira dia nie ringan tulang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 01:06 PM | Show all posts
bab naik gaji RM800 tu..aku tak setuju langsung...
unless they provide maid gred A gitu..mcam telur gred A..

ini tak..kalu setakat maid yg ada kat market skrang nie..hampeh..
kalu dah terpaksa gak... aku tak teragak-agak nak berkira ngan dia org nie...
yelah tolak duit sewa bilik , duit makan , duit elektrik..biar depa rasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 01:11 PM | Show all posts
ok la..
moga hang bahagia selalu hendaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 01:22 PM | Show all posts
bab naik gaji RM800 tu..aku tak setuju langsung...
unless they provide maid gred A gitu..mcam telur gred A..

ini tak..kalu setakat maid yg ada kat market skrang nie..hampeh..
kalu dah terpaksa ga ...
trajet Post at 8-9-2009 13:06



Gue setuju jika maid tu berkualiti dan memenuhi kriteria yang gue nak, i.e. pandai speaking london dan well educated. Masak2 no hal kalau tak pandai sebab gue amik maid bukan nak suruh dia masak tapi lebih kepada uruskan anak2 pergi balik sekolah, cuci pakaian & kasut sekolah dia orang, tengokkan dia orang ikut jadual masa tidur tengah hari, masa buat homework, check homework dia orang & ajar serba sikit, masa tgk tv dan masa main sepanjang gue tak ada di rumah dari pukul 8am sampai ke 6pm maksimum. Pasal masak2 pulak, gue boleh masak pagi2 or lewat malam, of course yang sempoi2. My anak suka sup, orang kata masak campak2 je. Kemas rumah once a week, sama2 buat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 01:51 PM | Show all posts
errrr... kak sarah... nak tanya... kemas umah seminggu skali? huhu... aku yg takde anak ni pun naik rimas tgk umahku walo sari tak bersapu,.. kekadang ku pejamkan mata gak walo tak bape boleh nak pejam...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 02:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by ParinAmat at 8-9-2009 14:28

1# trajet

nape tak lantik wali hakim yang betul2 hakim? atau ko memang kerja sebagai hakim?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 02:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by ParinAmat at 8-9-2009 14:28

1# trajet

nape tak lantik wali hakim yang betul2 hakim? atau ko memang kerja sebagai hakim?
ParinAmat Post at 8-9-2009 14:26



aku bukan hakim la...
nak lantik wali hakim bukan senang...
pulak tu...tukang jurunikahnya org indon lak...
sure tangkap muat je , jrunikahnya..

future husband to be maid aku nie , risau kalu jumpa takut ada yg ketiga mengacau...
tulah dia suggest suh kawin..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.116418 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list