CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16769|Reply: 68

Bunga-bunga PELIK

[Copy link]
Post time 11-8-2009 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 11-8-2009 10:14

Bunga pelik   
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my   



       Warna kelopak Yesterday, Today, Tomorow berubah ikut usianya




NAMANYA amat unik - bunga Yesterday, Today, Tomorow selain turut dikenali Sunday Morning atau Morning Noon Night.

Namun, bukan saja namanya pelik, malah bunga yang namasaintifiknya, Brunfelsia pauciflora juga mempunyai ciri unik kerana bunganya bertukar warna mengikut usianya iaitu semakin matang, semakin cerah warnanya.
        




Bagaimanapun, bunga yang turut dikenali Brunfelsia biru ini dan dalam kategori kelompok renek, bukan saja menawan, tetapi berbau harum.

Ciri-ciri ini menjadikannya antara bunga paling laris sebagai pilihan menghias laman.

Bunga daripada keluarga Solanaceae yang turut mempunyai 30 spesies lain dalam kategori sama, dikatakan berasal dari Brazil biarpun ada jurnal botani mendakwa ia berasal dari Afrika Selatan.


Bagaimanapun, biarpun profil asal di dua negara itu, bunga Yesterday,Today dan Tomorrow ini banyak ditemui di laman kediaman di Asia dan kawasan beriklim tropika di Amerika tengah dan Selatan.

Sekali imbas ia seperti bunga melur, tetapi kelopaknya lebih lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 9 kaki. Bunga ini mempunyai lima kelopak dan wangi. Ia berwarna ungu, dan putih yang menggambarkan usia sebenarnya.

Jika anda menemui bunga warna ungu tua, ini bermakna ia baru berkembang. Setahun kemudian, ia mengeluarkan bunga berwarna ungu muda seperti lavender dan apabila matang, ia berwarna putih.

Ia yang sering menjadi tumbuhan laman dan hiasan laman sebagai pokok pagaran dan wangian, juga membiak melalui keratan batang dan biji benih, tetapi buahnya amat jarang ditemui.
   




Bagi mereka yang sukakan kelainan di laman, pokok ini boleh ditanam dalam pasu untuk dijadikan hiasan dalaman dan sesuai untuk mengharumkan kawasan yang mempunyai ruang terhad.

Malah bagi memastikan keserian dan wanginya menguasai ruang yang diingini, peminat bunga ini digalakkan menanam pokok berkenaan didalam pasu untuk memudahkan usaha mengalihya ke sudut laman rumah.

Pokok ini dikategorikan tumbuhan yang ‘mesra’ iklim sederhana tetapi memerlukan air yang banyak serta cahaya matahari.

Bagaimanapun,ketika musim panas ia lebih sesuai diletakkan di kawasan yang agak redup.

Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga Yesterday, Today dan Tomorrow ini, sebaliknya satu tumbuhan beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat.

Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini.

Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan.

Info

Nama: Yesterday, Today, Tomorrow

Nama Saintifik: Brunfelsia pauciflora

Nama Lain: Brunfelsia biru, Morning-Noon-and-Night, Brunfelsia Floribunda

Spesies famili: Solanaceae

Asal: Brazil dan Afrika Selatan  

Tip tanaman


Pokok bunga ini seelok-eloknya ditanam di dalam pasu bagi memudahkan usaha mengalih tumbuhan ini terutama ketika musim hujan. Ini bagi mengelak tumbesarannya terjejas atau rosak akibat hujan.

Pokok ini juga perlu sentiasa dipangkas bagi mengawal pembesarannya serta pengeluaran bunga. Pangkasan ini juga dapat menjadikan bentuknya lebih menarik.

Perkara yang perlu diutamakan ketika menyiram pokokini adalah menjarakkan tempoh siraman. Memadailah jika ia disiram dengan air mencukupi dan tidak kerap bagi memastikan akar pokoknya tidak rosak akibat terlalu banyak air.

Masa paling elok bagi siraman adalah pada awal pagi atau petang. Ini bukan saja dapat menjimatkan air tetapi pada masa sama, menjaga kesuburan tumbuhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2009 10:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 10:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 10:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:02 PM | Show all posts
1# Syd

Rupa bunga yang gambar number 3 tu macam alien...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2009 01:49 AM | Show all posts
mana nak dapat bunga2 ni ya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:11 AM | Show all posts
YTT tu nama tempatan dia bunga pekan kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 10:42 AM | Show all posts
4# Syd

Bunga ni macam rupa kain batik yang dilipat untuk buat hantaran...hahahahahaha.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 10:51 AM | Show all posts
cantik!!
bunga tempatan ker nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 04:04 PM | Show all posts
1# Syd
bunga ni memang wangi....
tadi beli 3 pokok....satu pokok dalam RM6 (pokok kechik - dlm poli bag))
tokey tu tak nak jual yg besar sbb katernya tak byk yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 10:26 PM | Show all posts
11# darly

Pokok YTT tu ke?...jiran i beli pokok agak besar...RM5.00 sepolibag...i pulak ambik je batangnya kat jiran sebelah...semai...Alhamdulillah...setelah banyak kali mencuba...hidup......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 10:44 PM | Show all posts
12# shiina
oh yer ker.....
takper lah......dah belipun.....
dan dah tanam dah kat tanah tadi.....
wpun kechik tapi ade gak 2/3 kuntum bunga......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 10:46 PM | Show all posts
13# darly

Yelah...harga memang tak sama kat tempat2 yang berbeza...biasanya memang ada bunga yang jual di nursery tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 11:05 PM | Show all posts
Shiina...
memang tanam pakai batang dia je ker.....
ohhh kalau gitu....bila besar sikit nak patah2kan dia...
dan tanam lagi.....suka sbb kolor purple dan berubah jadi putih
dan bau wangi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:18 AM | Show all posts
15# darly

Ye...i ambik batang2nya dari jiran...banyak yang i semai...tapi yang hidup...hanya sebatang...anyway Alhamdulillah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 10:56 AM | Show all posts
ytt miss dah berselerak. nak kena trim ler. nanti miss amik pic
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:59 AM | Show all posts
I punya YTT bukan naik tinggi...merebak ke tepi je...tapi maintain rendah...entah kenapa jadi begitu...jiran punya naik tinggi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 11:23 AM | Show all posts
ada satu bunga nih.
sebijik mcm vagina u ols.
ngeri plak i ols nak tepek.
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 12:17 PM | Show all posts
miss nyer ytt camtulah. bukan naik meninggi tapi ranting panjang ke bawah jek. pokok tak tinggi pong dalam 2 kaki jek kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.323216 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list