CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1933|Reply: 20

Guru berpolitik dengan bersyarat - Hishammuddin

[Copy link]
Post time 3-4-2009 07:42 AM | Show all posts |Read mode
cuba fikirkan apakah syarat-syarat tu selain dari yg tersurat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 07:43 AM | Show all posts
Erkkk...janji sokong BN..........larik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:44 AM | Show all posts
janji sokonjg kerjaan.
ptuihhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 07:44 AM | Show all posts
yang pertama mesti .......ahli politik dalam gabungan BN saja ...mungkin kalau join Pakatan silap-silap posting terumbu layang-layang atau pun pulau mabul....atau pun pulau batu putih...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:54 AM | Show all posts
fox jumpa ni kat tenet... sumber: http://72.14.235.132/search?q=ca ... mp;client=firefox-a


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (16)

13 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2000:

Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian

Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan
Kementerian Pendidikan mendapati bahawa sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir guru
yang telah menunjukkan sikap dan perbuatan anti-kerajaan serta tidak profesional dalam
profesion keguruan. Sikap dan perbuatan ini telah mencemarkan nama baik profesion
keguruan khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya.
2. Sikap dan perbuatan anti-kerajaan serta amalan tidak profesional itu termasuk:
2.1 menyediakan soalan peperiksaan penggal dan ujian bulanan yang berbau politik;
2.2 menghasut pelajar supaya membenci kerajaan yang memerintah;
2.3 meracuni fikiran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya memandang rendah pemimpin-pemimpin negara;
2.4mengadakan ceramah, perbincangan, dan perbahasan yang mempunyai unsur membenci serta anti-kerajaan;
2.5 mempengaruhi pelajar sehingga menyebabkan pelajar melukis atau melakar bentukbentuk lukisan yang memberi maksud membenci atau menyindir tindakan atau dasar kerajaan;
2.6 memperlihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti-kerajaan dengan pelbagai cara baik secara langsung mahupun tidak langsung sama ada berbentuk lisan atau tulisan, ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di surau, semasa kaunseling dan sebagainya; dan
2.7 melakukan apa-apa sahaja amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan Etika Profesion Keguruan.

3. Sukacita diambil perhatian bahawa Ketua Setiausaha Negara dalam arahannya yang
bertarikh 5 Ogos 1999 {Rujuk: PM (S) 11287 Jld. 3} telah membuat larangan penglibatan
pegawai-pegawai kerajaan dalam politik sebagaimana tercatat dalam Peraturan 21,
PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Selain daripada itu,
Ketua Setiausaha Negara juga telah mengingatkan semua pegawai kerajaan supaya
berpegang teguh kepada prinsip 'neutrality of the civil service' dan memberikan sokongan
taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah.

4. Dalam arahan yang sama, Ketua Setiausaha Negara juga telah mengingatkan
semua Ketua Jabatan agar mengambil perhatian serius terhadap larangan-larangan yang telah dibuat dan memastikan semua kakitangan awam memberi taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa dan ketika kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

5. Selain daripada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/1999 bertarikh 11 Mei 1999 telah menegaskan bahawa semua kakitangan dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dilarang terlibat dalam aktiviti anti-kerajaan. Pegawai- pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga telah ditegah melakukan apa juga bentuk kegiatan berunsur politik, baik dalam pejabat, di kawasan sekolah ataupun dalam bilik darjah.

6. Bagi memastikan perbuatan-perbuatan dan salah laku yang dinyatakan di atas tidak berulang dan terus dihentikan, Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan dengan ini diarah supaya mengingatkan semua pengetua dan guru besar agar mematuhi arahan-arahan yang berikut:
6.1 Peraturan 4(1) dan Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993;
6.2 Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 5 Ogos 1999 {PM(S)11287 Jid. 3} yang bertajuk: 'Penglibatan Pegawai-Pegawai Kerajaan Dalam Politik',
6.3 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/1999 bertarikh 11 Mei 1999 yang bertajuk: 'Larangan
Terhadap Penglibatan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti- Kerajaan.'
6.4 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1987 bertarikh 11 November 1987 yang bertajuk: 'Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah; dan
6.5 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 4/1986 bertarikh 13 Mac 1986 yang bertajuk: 'Panitia Mata Pelajaran'.

7. Selain daripada itu, pihak Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan juga hendaklah:
7.1 mengingatkan semua pengetua dan guru besar bahawa pengetua dan guru besar adalah 'accountable’ dan bertanggungjawab meluluskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan di sekolah;
7.2 memastikan setiap sekolah mempunyai Manual Prosedur Kerja pengurusan kurikulum yang secara bertulis mengandungi tatacara pengurusan panitia serta prosedur dan peraturan peperiksaan dan penilaian;
7.3 menentukan bahawa soalan-soalan peperiksaan dan ujian di sekolah hanya boleh dikendalikan secara sah setelah ia diluluskan oleh Pengetua dan Guru Besar yang berkenaan; dan
7.4 mengawasi segala ceramah, ucapan dan aktiviti yang diadakan dalam kawasan sekolah serta pengajaran-pembelajaran guru dalam kelas yang boleh ditafsirkan sebagai berbau politik, menyebelahi mana-mana parti politik ataupun unsur-unsur menentang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan dan Kementerian Pendidikan.

8. Dengan ini adalah diingatkan kepada semua pengetua dan guru besar bahawa pada
masa akan datang, jika berlaku lagi perkara-perkara negatif yang dinyatakan di atas di sesebuah sekolah baik dalam apa bentuk sekalipun, maka pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah PENGETUA dan GURU BESAR itu sendiri. Dalam hal ini, tindakan tatatertib bukan sahaja boleh diambil terhadap guru yang terlibat atau guru-guru berkenaan, tetapi tindakan tatatertib juga boleh diambil terhadap seseorang pengetua atau guru besar sekolah berkenaan kerana kelalaian menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan.

9. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua/Guru Besra dan guru- guru di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan.

Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.
1.
Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3.
Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4.
Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7.
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8.
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9.
Ketua Nazir Sekolah
10. Pegawai Perhubungan Awam
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:58 AM | Show all posts
sebagai seorang guru biar aku bagi laporan sekitar sekolah aku.. dari 100 peratus org guru lelaki - 95% sokong PAS, guru Pompuan -90% pro PAS..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2009 08:02 AM | Show all posts

Reply #6 kermittx's post

mana2 sekolah pun statistik camtu kebanyakan
penuh le segala pulau kat M'sia ni yek
klu dibenarkan berpolitik
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 08:07 AM | Show all posts
dari pengalaman aku. biasa kalau cikgu yg aktif politik ni, murid dia akan terabai. terutama guru yang berpolitik & nak kejar pangkat dlm politik (cth.. nak jadi JKKKKK, ketua bahagian situ sini...)

bila dah pencen, lagi galak derang berpolitik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 08:14 AM | Show all posts
ada sorang cikgu tu siap sedih sbb tak dpt gi pwtc... aku dah macam ... boleh berpolitik ke kat sekolah? maklumlah budak baru belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 08:18 AM | Show all posts
double standard jeh semer nih...kalau guru ni aktif sikit dengar ceramah bukan kerajaan je dah bising bagai dah...tak kenang jasa kerajaan lah, siap ditanya siapa yang bayar gaji lah... itu baru aktif dengar ceramah jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 08:20 AM | Show all posts
setahu fox, hanya office politic ajo yg ado kat skolah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 06:33 PM | Show all posts
maka bersepahlah cikgu dan cikgi yang berideologi kan BN..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 06:47 PM | Show all posts
takde masa......dengan workload yang ada sekarang pun.....siap on time pun dah besyukur dan ...lagi2 pulak nak siapkan awal2.....memang cikgu yang join politik....akan mengabaikan tanggungjawab kepada murid dan profession......teachers' core business is teaching....for the sake of the children and the nation...please let us do just that.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:21 PM | Show all posts
x yah letak syarat pon.. skrg ni pun ramai guru2 biasa cam puterik amenok tu terang2 an kempen kat sekolah.. pengetua boleh wat apa.. senyap je.. sbb kuasa amenok lagi besar..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:42 PM | Show all posts
aku rasa civil servant kena sokong kerajaan kot..kalau PR memerintahm taat setia itu akan beralih kepada PR..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:46 PM | Show all posts

Reply #1 iqbalriad's post

alahai... samalah dgn syaratnya student tak dibenarkan berpolitik
especially yg kat oversea
tp kalau tubuhkan kelab Penyokong UMNO takpe..
siap boleh p join Perhimpunan Agung UMNO lagik (sure tambang flight ditanggung tu)
padahal dah terang2an dalam surat perjanjian kata tak leh melibatkan diri dalam politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 07:49 PM | Show all posts

Reply #13 anya8797's post

setuju dengan statement u ni..
tugas utama cikgu berpolitik
apa kejadahnya mengarut nak soh berpolitik tu
nanti2 tu adalah kalau cikgu yg tak join politik, susah naik gaji bila time evaluation atau[un susah nak naik pangkat...
arrghh.. jahat BN ni
nanti karang ramailah anak murid yg terbiar bila cikgu2 ni berpolitik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:57 PM | Show all posts
ini belum dibenarkan betul2 lagi, kalau dah dibenarkan tak tau la mcmane

http://mstar.com.my/berita/cerit ... 22&sec=mstar_berita


Di KUALA LUMPUR, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.

Pertuduhan ini merupakan kes pertama melibatkan "politik wang" sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Junaidi Abdul Hamid, 46, didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada dua anggota Umno, Noranizah Abd Hamid dan Adnan Samad masingmasing RM200 sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai ketua Umno bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua Umno bahagian Raub.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 08:15 PM | Show all posts

Reply #18 bulat's post

kesiannya
bg rasuah cipu mcm tu dah kena cekup..
isskk.. len kali bg le million2 .baru leh lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 08:19 PM | Show all posts

Reply #19 dahlia976's post

nasib bilis mcm tu lah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077489 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list