CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11866|Reply: 43

merged : KAEDAH HYDROPONIC

[Copy link]
wacayasamalula This user has been deleted
Post time 9-3-2006 10:07 AM | Show all posts |Read mode
sonok siot tengok gambar2 hidroponik nih

http://www.geocities.com/hidroponik_malaysia/index.htm










[ Last edited by  razifah at 13-8-2008 08:42 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


wacayasamalula This user has been deleted
 Author| Post time 9-3-2006 10:08 AM | Show all posts
cuma wa terpikir gak... berbaloi ke tanam sendiri drpd pi beli kat pasar? takut kang kos tanam sendiri lebih tinggi drpd beli di pasar

yg kedua.... cukup ke utk makan hari2... kalau sebulan sekali je boleh petik hasil... tak guna gak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 10:09 AM | Show all posts
segar2 sayur hidroponik nih..igt dulu time kempen hidroponik..berebut org beli bekas tu..skang ni senyab gitu aje
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 11:36 AM | Show all posts
wacaya..
bukan soal cukup ke tak..terlebih cukup nanti..
sbb matangnya serentak..unless u tanam sikit2
nanti siap nak bagi2 lak kat jiran2
maklum ler sayur ni bukan lama sgt tahannya

tader kat sini sape2 nak share camne nak tanam secara hidroponik tu? lily mmg bab2 menanam yg bleh makan hasil ni merupakan cita2. yang belum  lagi menjd kenyataan..takat tanam sayur belakang umah mak je
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 11:50 AM | Show all posts
wa...tak tau la org lain...tp neisya rasa meloya....
tp rasanya kalau yg tanam kat atas tanah tu...lagi sedap...macam strawberi juga..yang tanam kat CH tu...yg tanam atas tanah lagi mahal...lgpun lagi sedap dan mahal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by neisya at 9-3-2006 10:57 AM
neisya tak lalu sayur hidroponik ni..


lor nape pulak tak lalu :hmm: rasanya sayo hidriponik ni lagi fresh dan terjamin kebersihannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2006 12:01 PM | Show all posts
tu la ashra...rasa loya semacam...tak tau pasal pe...
Reply

Use magic Report

wacayasamalula This user has been deleted
 Author| Post time 9-3-2006 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by Lily_Savage at 9-3-2006 11:36 AM
wacaya..
bukan soal cukup ke tak..terlebih cukup nanti..
sbb matangnya serentak..unless u tanam sikit2
nanti siap nak bagi2 lak kat jiran2
maklum ler sayur ni bukan lama sgt tahannya

tader k ...


sebab tu kena tanam berperingkat-peringkat....

just imagine... asal nak masak sayur je pi peti sat kat tepi rumah.... freshh giler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2006 01:51 PM | Show all posts
waaaa..aku pon bercita2 nak start tanam sayur2 bila masuk rumah baru arituh..
now dah pindah rumah baru..abt a week plus..tapi rancangan masih lom terlaksana..
tunggu la sikit masa lagi..bila wa dah settle down ngemas rumah..hehehe

wei...wa..betui ke senang bangat nak tanam kangkung??
cucuk jer btg/akar dia..then dia terus idup ke??
bukan tanam dari biji benih ke?

agak2..kalu tanam kat satu  bekas plastic hyroponic tu...bole muat tak bekas tu??
agak2..dpt byk mana sayur tu nati??
aku ada 3 bekas plastic tu...(err..bapak den punyo sebnrnyer..tapi den kipnap..hehehe)
ingat nak tanam..satu jenis sayur at satu bekas
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 10:29 AM | Show all posts

KAEDAH HIDROPONIK

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Oleh di sebabkan harge sayur makin melambung, apakata kita tanam sayur ngan cara hidroponik. So saper yang ada pengalaman, gambor, kemahiran tentang tanaman hidroponik dan tau kat mana nak dapatkan kit hidroponik, citerlah. Sebenarnya aku pun nak belajar.

[ Last edited by  noor_hannah at 7-7-2006 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:54 PM | Show all posts

HIDROPONIK

kak noor buka thread ini untuk yg berminat menanam dgn kaedah hidroponik...
sumber dari: http://agrolink.moa.my/doa/maha2000/hidro.html

HIDROPONIK UNTUK WARGAKOTA

PENDAHULUAN

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.

Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi "hidroponik takung" adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad.

HIDROPONIK TAKUNG


1. Kelebihannya

(a) Kos rendah dan tidak memerlukan kerja-kerja yang berat seperti mencangkul , merumput dan menyiram.
(b) Dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu dalam kawasan yang sempit seperti beranda (balcony)atau halaman dalam (patio) rumah-rumah pangsa, kondominium dan sebagainya.

(c) Memerlukan kawalan penyakit/ serangga yang minimun. penggunaan racun perosak yang rendah, justeru itu tidak terdedah kepada risiko sisa baki racun perosak.

2. Kaedah Penyedian Dan Peralatan Yang Diperlukan
(a) Takung Hidroponik



Untuk pokok hidup subur, takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Panjang dan lebar takung tiada dihadkan tetapi tinggi takung dihadkan kepada 10-15 cm sahaja. Untuk kemudahan, adalah disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.


Takung ini boleh menampung sebanyak lapan pokok sayuran berdaun seperti Gambar (1) dan (2). Jenis takung ini adalah sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja.

Penutup takung adalah perlu untuk melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena sinaran dan kepanasan matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup ini hendaklah mempunyai lubang-lubang dibuat untuk meletakkan bakul semaian.Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.Takung dan penutup ini boleh dibeli dari kedai-kedai swasta tertentu.

(d) Bakul dan Media Semaian
Bakul semaian plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang , atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benihJuntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja
Pada permulaan penanaman, bahagian bawah bakul perlulah direndam dalam larutan baja buat seketika untuk membasahi media tanaman.

(c) Penyediaan Larutan Baja
Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu.
Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan boleh digunakan juga tetapi perlu mengambil air selepas pertengahan hujan lebat supaya tidak mengandungi bahan-bahan kotor.

(d) Menyemai
Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benik bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.
(e) Penjagaan
Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak menjadi cair.
Kawalan serangga/penyakit boleh dibuat dengan menbuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang- kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

PERHATIAN


Rajah 1: Kaedah Penanaman Hidroponik Takung
(a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah 1 yang disertakan.

(b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.

(c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.

(d) Disyorkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja.

(e) Sila berhubung dengan Jabatan Pertanian di negeri-negeri atau Ibu Pejabat Kuala Lumpur sekiranya terdapat sebarang kemushykilan.


(f) Pegawai Pakar  dan maklumat tambahan dari MARDI
Dr. Mahamud Shahid (MARDI)
e-mail : mahamuds@mardi.my

--------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT MENCUBA !
Cetakan 1995
No. Terbitan : BP 81.1/2-95/3R
Diterbitkan oleh Jabatan Pertanian,
Kuala Lumpur.


note:  teringin juga nak mencuba..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:56 PM | Show all posts
ooo
tadi forumner nih pun tanya pasal hidroponik

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:59 PM | Show all posts
thanx syd.. kak noor tak perasan jimmy dah buka thread.. takpe, kak noor merge kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:01 PM | Show all posts

Hidroponik Untuk Warga Kota

http://agrolink.moa.my/doa/maha2000/hidroponik.doc

PENYELIDIKAN KINI:

•        Pengeluaran sayur jenis buah menggunakan media organik tempatan.

-        habuk sabut kelapa
-        habuk gergaji kayu getah
-        kombinasi antara keduanya

•        Penggunaan baja semburan daun bagi meningkatkan prestasi pengeluaran sayur jenis daun secara hidroponik.

PENYELIDIKAN DI RANCANG:

•        Penggunaan Zeolite sebagai satu cara membaikki media organik tempatan dalam pengeluaran sayur jenis buah.

TEKNOLOGI YG DI SYORKAN:

•        Pengeluaran sayur hidroponik menggunakan takung tanaman 12 lubang.

•        Varieti sayur jenis daun:
Kailan, pak choi, semua jenis sawi, pegaga, salad dan ulam-ulaman (pudina, kesum, ulam raja, cenderum), daun sadri, kucai, daun bawang, kangkung, bayam dll.

•        Amalan kultur:
-        Penggunaan span sebagai blok penanaman (growing blocks)
-        Penanaman tanpa menggunakan raga/cawan.
-        Penggunaan baja yang menjamin pengeluaran sayur yang kurang mengandungi nitrat.

•        Pengendalian lepas tuai:
-        Kaedah pembungkusan yang betul bagi sayur hidroponik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 7-7-2006 02:59 PM
thanx syd.. kak noor tak perasan jimmy dah buka thread.. takpe, kak noor merge kan..



saya pun berdebar gak
mana lah tahu kan
saya bukan reti sangat jenis2 tanam pokok ni

tu yang saya dok tilik2 tadi tuh

hehe :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:03 PM | Show all posts
nak tunggu jimmy ontact dr mahamud dari mardi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 7-7-2006 03:03 PM
nak tunggu jimmy ontact dr mahamud dari mardi..


Insyhaallah dlm masa terdekat ni. Nanti kalu dapat info saya akan share. Thank
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 07:01 PM | Show all posts
RIJ Hidroponik Mahu
Lahirkan Petani Berjaya

WAKIL pengedar dan pembekal barangan hidroponik wilayah Persekutuan dan Selangor, TIJ Hidroponik, berhasrat melahirkan lebih ramai petani hidroponik yang berjaya di samping mengeluarkan sayur yang bebas daripada racun melalui program yang dijalankan syarikatnya.

Pengurus RIJ, Che Ros Che Dolah berharap penubuhan syarikat itu dapat menarik lebih ramai pelapis muda membabitkan diri dalam sektor pertanian.

"Ini adalah masa untuk menarik lebih ramai tenaga muda membabitkan diri dalam sektor pertanian, kerana sebelum ini kebanyakan mereka menganggap sektor ini tidak memberi pendapatan lumayan," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, RIJ ditubuhkan empat bulan lalu hasil persetujuan bersama dua rakan kongsi iaitu Jamil dan Ida, berbekalkan modal milik persendirian.

RIJ berfungsi dengan membekalkan barangan hidroponik tanpa pam dan menjadi juru rundiang kepada syarikat swasta dan jabatan kerajaan yang ingin membabitkan diri dalam bidang pertanian menggunakan kaedah itu.

Katanya, operasinya merangkumi membekalkan rumah dan rak hidroponik domestik dan komersil, memproses dan membekal baja hidroponiknya, mengadakan promosi, pameran dan jualan serta melantik agen bagi mengembangkan perusahaannya.

RIJ beroperasi bermula jam sembilan pagi hingga enam petang di Kampung Palimbayan, Sungai Pencala, Jalan Damansara.

Che Ros berkata, satu set barangan hidroponik dijual pada harga RM25 merangkumi takung hidroponik domestik, penutup takung (polystyrene), bakul media, benang media, baja hidroponik dan cawan penyukat baja.

Menurutnya, peralatan itu diperolehi daripada pembekalnya di Melaka, malah RIJ juga memberi perkhidmatan penghantaran percuma kepada syarikat yang memebeli barangan dalam kuantiti yang tinggi.

Sehingga kini, kebanyakan hasil pertaniannya dibekalkan kepada syarikat swasta dan ada juga yang dibeli oleh pengunjung kampung itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 08:05 AM | Show all posts

Reply #9 noor_hannah's post

Kalu dapat no phone RIJ tu lagi canteekk.. Saya duk jauh la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by wacayasamalula at 9-3-2006 10:07 AM
sonok siot tengok gambar2 hidroponik nih

http://www.geocities.com/hidroponik_malaysia/index.htm



http://www.geocities.com/hi ...



jimmy, cuba buka website yg wacaya bagi tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.114988 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list