CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11001|Reply: 50

Di Sebalik Perang Dunia

[Copy link]
Post time 12-11-2008 02:43 PM | Show all posts |Read mode
PERANG DUNIA PERTAMA

Di Eropah pada abad ke-19, penjajahan tersebar luas. Kekuatan bangsa Eropah seperti Inggeris dan Perancis telah membangun kekuasaan penjajahan di keempat penjuru dunia. Jerman, yang telah membangun kesatuan politiknya lebih lama daripada negara-negara lain, bekerja keras untuk menjadi pelopor dalam perlumbaan ini.

Pada awal abad ke-20, hubungan yang didasarkan pada kepentingan telah membahagikan Eropah menjadi dua kutub yang berlawanan. Inggries, Perancis, dan Rusia berada di satu pihak dan manakala Jerman bersama Kaisar Austria-Hungaria (...yang diperintah oleh keluarga Hapsburg asal Jerman berada di pihak lainnya).




Ketegangan antara kedua kelompok ini semakin hari semakin meningkat, hingga akhirnya berlaku suatu pembunuhan pada tahun 1914 yg telah penyebab untuk berperang. Prince Franz Ferdinand, pewaris tahta Kekaisaran Austria-Hungaria, dibunuh oleh kaum nasionalis Serbia yang berusaha menekan pengaruh kekaisaran tersebut di daerah Balkan.

Dalam waktu yang amat singkat, terjadi pelbagai hasutan dan peristiwa ini menyeret seluruh benua Eropah ke dalam kancah peperangan. Sumbu sudah dinyalakan...




Pertama: Austria-Hungaria melancarkan perang terhadap Serbia. Rusia, sekutu abadi bangsa Serbia kemudian menyatakan perang terhadap Austria-Hungaria. Kemudian satu demi satu negara Jerman, Inggries dan Perancis mula memasuki kancah peperangan ini.

Bahkan sebelum perang bermula, Dewan Tertinggi Jeneral Jerman telah membuat rancangan untuk menguasai Perancis melalui serangan mendadak...iaitu pihak Jerman memasuki Belgia dan kemudian melintasi sempadan dan terus masuk ke Perancis. Tetapi pihak Perancis telah pantas bertindak untuk menghentikan kemaraan pasukan Jerman di tepi Sungai Marne dan bermulalah serangan balas.

Kedua pasukan menderita dan menanggung banyak kerugian nyawa, namun tiada kemajuan di garis depan pertempuran. Tentera Perancis dan Jerman bersembunyi di parit untuk melindungi diri. Akibatnya, pertempuran sengit yang berlarutan hingga beberapa bulan, hampir 400,000 orang tentera Perancis terbunuh, manakala tentera Jerman pula mencapai angka korban seramai 350,000 orang.

[ Last edited by  anakencana at 18-11-2008 05:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2008 03:11 PM | Show all posts

PERANG DUNIA PERTAMA (1)



Perang parit menjadi strategi utama Perang Dunia Pertama. Selama beberapa tahun berikutnya, boleh dikatakan para tentera hidup dalam parit-parit ini. Kehidupan kedua pihak tentera tersebut sangat sukar dan sentiasa diancam terus-menerus dengan bom dan menghadapi ketakutan dan ketegangan yang luar biasa. Mayat2 sepasukan mereka bergelimpangan dan terpaksa tidur di samping mayat-mayat tersebut. Bila hujan turun, parit-parit itu dibanjiri lumpur.

Lebih dari 20 juta anggota tentera yang bertempur di Perang Dunia I mengalami keadaan yang mengerikan di dalam parit-parit ini, dan sebahagian besar meninggal di situ..




...pada tahun 1914, garis barat perang ini terpaku di jalan buntu.

...dan pada awal tahun 1916, Jerman mengembangkan rancangan baru untuk menawan garis barat...iaitu serangan secara mendadak menyerang kota Verdun (yang dianggap sebagai kebanggaan orang Perancis). Tapi sebenarnya matlamat serangan ini tidak berhasil, melainkan pihak tentara Perancis mengalami kekalahan besar sehingga melemahkan pertempuran mereka. Jeneral Tinggi Jerman Falkenhayn memperlekehkan pihak Perancis bahwa setiap seoarng tentera Jerman saja dapat membunuh 3 orang tentera Perancis.

Kemudian pada 21 Febuari 1916, para pemimpin Jerman memerintahkan tenteranya untuk "keluar dari parit mereka," namun tiap seorang tentera mereka  tewas dalam sekitar 3 minit. Meskipun serangan berlaku tanpa henti selama berbulan-bulan, namun Jerman gagal menduduki Verdun.

[ Last edited by  anakencana at 12-11-2008 03:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 03:41 PM | Show all posts
Tima kaseh sifoo utk info ini. Byk yg telah sy pelajari....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 03:47 PM | Show all posts

PERANG DUNIA PERTAMA (2)



...kemudian atas campurtangan, pihak Inggeris telah membalas serangan Jerman di Verdun yang disebut sebagai "Pertempuran Somme" dengan mengebom ratusan ribu kelongsong meriam.

Dibawah arahan Jeneral Douglas Haig pihak Inggeris telah menghujani bom kubu parit pihak tentera Jerman terus-menerus selama seminggu..di susuli dengan serangan infanteri. Beliau begitu yakin pihak Inggeris akan mampu bergerak sejauh 14 kilometer di hari pertama dan menghancurkan semua garis pertahanan Jerman dalam masa seminggu saja.




Serangan bermula pada 1 Jun. Pasukan meriam Inggeris menggempur pertahanan Jerman selama seminggu dan pada hari terakhir minggu tersebut, para pegawai tinggi Inggeris memerintahkan tenteranya untuk keluar dari parit (kubu)... namun yg berlaku adalah disebaliknya...
... selama serangan pengeboman tersebut para tentera Jerman berlindung/bersembunyi dengan berhati2 di dalam sebuah lubang khas parit sehingga pihak Inggeris tidak dapat membayangkan kekuatan sebenar pihak Jerman. Ketika tentera Inggeris bergerak melintasi garis depan pertahanan, secara mendadak tentera Jerman yg menyorok di dalam larit tersebut muncul menyerang mereka dengan senapang mesinnya. Sejumlah 20,000 orang tentera Inggeris terkorban dalam masa beberapa jam pertama perang tersebut. Di dalam kegelapan malam itu, daerah di antara dua garis pertempuran dipenuhi dengan puluhan ribu mayat dan juga mereka yang tercedera parah sambil mencuba merangkak berundur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 04:05 PM | Show all posts

PERANG DUNIA PERTAMA (3)



Malangnya, "Pertempuran Somme" tidak selesai selama dua minggu seperti mana yang dirancangkan oleh Jeneral Haig, tetapi berlarutan hampir lima bulan... dimana tempoh serangan yang banyak mengorbankan nyawa pasukan masing2.

Dan.. di akhir pertempurannya kedua belah pihak secara keseluruhan telah kehilangan seramai 900,000 anggota tenteranya. Dan untuk ini, garis pertahanan depan hanya berjarak 11 kilometer dan pasukan ini dikorbankan demi 11 kilometer sahaja.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 04:22 PM | Show all posts

PERANG DUNIA PERTAMA (4)



Moral dari peperangan ini... kedua belah pihak hanya melakukan lebih banyak serangan dan setiap serangan ini menjadi pembunuhan diri sendiri. Di kota Ipres di Belgium sahaja, berlaku tiga pertempuran dan hampir 1/2 juta tentera terkorban dalam pertempuran ini.

Dan... setiap serangan mempunyai mesej yang sama: Ribuan nyawa melayang hanya kerana bergerak beberapa kilometer ke hadapan...

Peperangan yang mengerikan ini dikatakan tidak mempunyai alasan yang kuat dan kukuh kecuali mengorbankan berjuta nyawa orang yang tak bersalah.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2008 05:06 PM | Show all posts

MENGAPA? (1)



Jadi, apakah penyebab bencana ini.... yang telah mengubah Eropah menjadi lautan darah?

Mengapa para pemimpin negara-negara berkuasa menjerumuskan bangsa mereka ke dalam lembah kematian yang sia-sia ini?

Sebelum perang, banyak orang berpikir bahwa perang seperti ini akan sangat bermanfaat, dan bahkan diperlukan. Banyak orang yang menyambut semangat peperangan dengan gembira ketika misi perang diumumkan. Para pemimpin dengan bangganya menghantar anggota tentera mereka ke medan peperangan.




Penyebab utama kesilapan besar ini adalah keyakinan mereka akan sebuah gagasan, melalui ajaran Darwin (Darwinisme). Ahli sejarah Amerika, Thomas Knapp menjelaskan pekara ini sepertii berikut:

Berperang itu sendiri bukanlah pekara yang mengejutkan. Perang sebenarnya sudah dirancangkan di kalangan pemerintah Eropah secara serius sekitar sepuluh tahun sebelum 1914. Bahkan ada cukup bukti untuk menunjukkan bahwa sejumlah masyarakat Eropah dari pelbagai pihak menyambut semangat peperangan ini. Perang dianggap suci.. menggairahkan dan membuat jiwa muda kembali. Sistem pendidikan di sebahagian besar negara Eropah ini telah dirasuk oleh satu sikap mental bersaing dari fahaman Darwinisme Sosiol, di mana perang dilihat sebagai simbol yang mbersemangat dan memuliakan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 05:42 PM | Show all posts

MENGAPA? (2)

Sosiol Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme....



Darwinisme kononnya dipanggil asas saintifik kepada kolonialisme. Ini kerana Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih Eropah merupakan bangsa yang paling maju, dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu, beliau turut mencadangkan bahawa semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah "hukum alam" yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, "The Origin of Species"... beliau telah menulis:

Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Caucasian, dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorila.

Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan meng璯unakan konsep "perjuangan untuk terus hidup" (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih sesuai akan terselamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.




Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai "Sosiol Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah diterima dengan meluas dalam dunia sains yang masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi sumber justifikasi asas kepada kolonialisme Eropah.

Sosiol Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad kesembilan belas yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang konsep "perjuangan untuk terus hidup." Mussolini seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah mendapat inspirasi daripada Sosiol Darwinisme.

Namun, berlawanan dengan pernyataan Darwin, manusia bukanlah haiwan yang bertahan hidup dengan tujuan berperang diantara satu sama lain. Di dalam Al Quran, Allah menyatakan hal berikut tentang orang yang suka memulakan perang:

... dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (QS Al-Qashash: 77)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2008 05:55 PM | Show all posts

BENIH-BENIH PERANG BARU... (1)



Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihaki Tentera Bersekutu.




Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosiol di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku..

[ Last edited by  anakencana at 12-11-2008 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 06:15 PM | Show all posts

BENIH-BENIH PERANG BARU... (2)

Punca Perang Dunia I



Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 06:38 PM | Show all posts

BENIH-BENIH PERANG BARU... (3)

Holokus



Holokus merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi".

Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holokus ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.




Terdapat segolongan orang, yang dikenali sebagai "Holocaust deniers" (penafi Holokus). Menurut orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.




Kegiatan Holokus dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.

Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum -- beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah

[ Last edited by  anakencana at 12-11-2008 06:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 10:27 PM | Show all posts
panas wajah hamba ....
betapa manusia sanggup menjadi kejam demi kerna dunia yang sementara ini...
tambah info pleeezzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 01:45 AM | Show all posts
mase allah nak jadikan manusia khalifah kat muka dunia ni, malaikat dh tau, manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi... tapi kezaliman tetap akan dibalas diakhirat nanti.. malah lagi pedih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:35 AM | Show all posts
Perang Dunia pertama boleh juga dikatakan perang saudara (secara literal) sebab monarki di Eropah masa tu kebanyakannya bersaudara. Kalau tak salah aku, Kaiser Wilhelm II Jerman pangkat anak sedara King George V England dan Tsarina Russia (atau Tsar Nicholas II sendiri) ada bau-bau bacang dengan kerabat England....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:52 AM | Show all posts
Bangsa Eropah tu memang gitulah tabiat diorang...berperang dan membunuh ni jadi jadi kesukaan diorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #3 din_atos's post

Byk yg telah sy pelajari


salam din_atos,

makasih ler ..i would think its the mindset that needs to be changed...

membaca/mengkaji isu Sejarah dan Geografi, jika betul caranya.. cukup bermanfaat, tapi selalunya dah macam nak usang..

skema sangat budaya kita.. kebanyakan kita melihat ijazah di universiti sebagai tiket untuk pekerjaan.. sedangkan pada sesetengah orang masuk universiti untuk menjadi manusia berilmu..

..katanyer... "Jika kita merasakan ilmu yang kita pelajari tidak bermakna, ayuh kita memaknainya. Dunia tanpa sempadan. Ilmu ada di mana-mana. Malah di hujung jari. Antara nak atau tidak sajer..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #12 Nape?Tak caye?'s post

betapa manusia sanggup menjadi kejam demi kerna dunia yang sementara ini...


salam,

well said.. couldn抰 agree more with you..

Artikel Harun Yahya nie mencabar pikiran untuk lebih bersikap analytic dalam menerima sesuatu idea terutama tentang teori evolusi yang ada basis untuk mempercayai dari sudut sejarah dan ayat2 Al Quran...semuanya penuh agenda dan propaganda

[ Last edited by  anakencana at 13-11-2008 11:17 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #13 nasrulfx's post

mase allah nak jadikan manusia khalifah kat muka dunia ni, malaikat dh tau, manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi... tapi kezaliman tetap akan dibalas diakhirat nanti..


Katanyer ... " manusia itu raja dibumi sebab itu ia boleh meletakkan kaki atas meja sambil beri arahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #14 alphawolf's post

Perang Dunia pertama boleh juga dikatakan perang saudara (secara literal) sebab monarki di Eropah


Kuasa cerita memang luarbiasa... pengasingan agama dari politik adalah kesan ketakutan manusia akibat kekejaman dan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa di Eropah.. (semasa "lying foundation for country")... sistem monarki beraja yg panjang dan complicated di Eropah nie membuatkan minda kita terbuka untuk mengaitkannya dengan keadaan semasa....

Konsep Penjajahan Eropah:
Imperialisme: Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.

Kolonialisme:  Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

Mekantilisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by anakencana at 13-11-2008 10:53 AM


salam din_atos,

makasih ler ..i would think its the mindset that needs to be changed...

membaca/mengkaji isu Sejarah dan Geografi, jika betul caranya.. cukup bermanfaat, tapi selalun ...


sy mmg minat pasal sejarah. Klu kat astro mmg cenel History is my faveret. Dari sejarah tu kita blaja apa yg kita ada hari ni. Tp bg pendapat sy la, Malaysia skrg patut lebih maju & taraf pendidikan lebih tinggi dr apa kita capai skrg. Setuju?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.529174 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list