CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noiemo

[Penerbit] ** FAJAR PAKEER (FP) **

[Copy link]
Post time 22-12-2011 10:09 AM | Show all posts
sy dah baca " jodoh kau dan aku"
ok la, jln cerita dia x meleret, rasa mcm pantas je semua berlaku,
x berat sngt jln cerita dia ringan,
pon cinta pas kawen gak dia punya asas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 11:14 AM | Show all posts
Reply 112# chit_ana

dah baca novel ni....bestttttt!!!!!! bagi 4.5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 06:42 PM | Show all posts
novel hat mana yang 4.5 bintang tuh... cuba kobarkan kat den... nak pi beli nih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:19 PM | Show all posts
tgh baca mat pin napkin-umaira dzul widad

setakat ni bestla!
penulisan dia kali nih sikit2 nak sama mcm noor suraya plak...xtaula kalo org len yg baca perasan ke x...
tp setakat nih mmg best la baca...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 09:01 PM | Show all posts
novel hat mana yang 4.5 bintang tuh... cuba kobarkan kat den... nak pi beli nih...
asyriqa Post at 28-12-2011 18:42



    i think dia maksudkan 'kau antara bintang'-wannie nordin kut, coz tgk dia reply kt no 112... sowi kalo silap!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 10:50 AM | Show all posts


AKAN DATANG! KISAH CINTA REMAJA DARIPADA QASEH QAISARA UNTUK SEMUA PENGGEMAR NOVEL. JANGAN LUPA DAPATKAN NANTI ♥

ISBN: 978-967-365-106-1
Sem. Malaysia: RM17
Sabah/Sarawak: RM19

“Hidup siapa lagi orang nak susahkan kalau bukan hidup isteri orang…”

Mereka tinggal di rumah yang sama dan belajar di kolej yang sama. Namun kepala tak pernah sama. Zackhwan suka benar mencari pasal, Azrina pula mangsa utama.

“Kita dah jadi pasangan suami isteri di alam Facebook, jadi tak ada alasan untuk orang ceraikan awak. Orang betul sayangkan awak. Sayang sangat-sangat!”

Setiap kali terkena, Azrina hanya bersabar dan terus bersabar bersama perasaan benci yang membuak. Dia akan bertahan selagi boleh. Dari hari ke sehari, Azrina dapat menerima si wayar putus dengan perasaan senang. Tahulah Azrina, Zackhwan itu tidaklah senakal mana, hanya perangai semula jadinya yang suka melihat Azrina marah-marah. Comel sangat, kata Zackhwan.

Zackhwan pula sebenarnya bukan niat hendak mengena. Mungkin itulah caranya dia meluahkan kasih sayang terhadap Azrina. Kasih sayang yang berputik sejak mereka pernah bermain layang-layang bersama di zaman kanak-kanak. Semua kasih sayang itu Zackhwan simpan agar suatu hari menjadi kenyataan.

Namun cinta mereka hanya di alam kolej sajakah atau hingga ke akhirnya mereka akan bersama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2012 10:51 AM | Show all posts


AKAN DATANG!

ISBN: 978-967-365-092-7
Sem. Malaysia: RM22
Sabah/Sarawak: RM25

Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam. Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih daripada itu. Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segala hal. Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirinya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri diambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.

Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.

“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”

Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.

Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sediakala?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 10:52 AM | Show all posts


AKAN DATANG! BUKU TERBARU DARIPADA NOVELIS BEST-SELLER TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH UNTUK SEMUA PENGGEMAR NOVEL ♥

ISBN: 978-967-365-105-4
Sem. Malaysia: RM18
Sabah/Sarawak: RM21

“Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?”

Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah—rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup ‘berkahwin’ sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

“Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula.”

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah hidup bersama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 04:53 PM | Show all posts
OFF TOPIC

dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai GENG ULAT BUKU
http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:06 PM | Show all posts


AKAN DATANG MAC. JOM DAPATKAN!

ISBN 978-967-365-110-8
Sem. Malaysia RM17
Sabah/Sarawak RM20

“Sorry, bang!”
“Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!”

Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea.

“Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!”

Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya… Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.

“Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!”

Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya selamba. Bagi Azzalea, segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.

Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan nota misteri, gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan berantakan pula jadinya. Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu hubungan mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula diatur.

Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana mengatur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak boleh dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 10:06 PM | Show all posts


AKAN DATANG MAC! JOM DAPATKAN!

ISBN 978-967-365-117-7
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Kerana keluarga, Azam Zikry dan Hanis Aqilah disatukan. Di awal perkahwinan, cinta tidak pernah bertandang dalam hati mereka berdua, terutama sekali Azam Zikry. Namun, kalau dah sering kali bersua muka, hati siapa yang tidak terjentik rasa?

“Walaupun kita tak pernah kenal dan tak pernah bercinta, Hanis nak abang terima Hanis seadanya.”

Keajaiban cinta berlaku antara Azam Zikry dan Hanis Aqilah. Daripada benci, ada cinta mula berputik. Daripada menyampah, menjadi sayang yang amat. Namun, ada ribut yang melanda rumah tangga mereka. Sarah muncul menuntut hak. Amir Fikry juga mahukan kembali haknya. Manakala Haikal, masih tidak sudah-sudah menangih kasih. Hati, semuanya dipenuhi kemarau.

Adakah kebahagiaan yang baru dibina Azam Zikry dan Hanis Aqilah bakal menemui titik noktah ataupun sebaliknya? Apakah Sarah dan Amir Fikry, berjaya mendapatkan kembali hak mereka? Mampukah Haikal terus menagih kasih yang tidak kesampaian? Kemarau kasih siapakah yang bakal menjauh daripada diri dan menemui titik akhir? Titik bahagia!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 03:01 PM | Show all posts
cantek2nyer cover..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 06:58 PM | Show all posts


Kata Hikayat:-
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan. Pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

PINTU dewan gelanggang dibuka seseorang. Satu detapan kaki kedengaran melangkah masuk ke dalam, mencuri perhatian Apy Elina yang baru sahaja ingin mencatat sesuatu pada Hikayat Cinta. Bayangan seorang remaja lelaki kelihatan. Melangkah masuk ke dalam. Tanpa disedari, bibirnya terukir satu senyuman. Perlahan-lahan Apy Elina mengangkat punggung. Hikayat Cinta yang selalu menemaninya itu diletak di tepi. Dengan berhati-hati dia mengatur langkah turun ke gelanggang bola keranjang untuk berhadapan dengan remaja lelaki yang tinggi lampai dan berbadan tegap seperti seorang atlet itu.
Adam Alexander. Sudah lama aku tunggu-tunggu saat ini. Kau mungkin tak kenal aku tapi aku kenal kau dan aku masih ingat lagi kejadian di gelanggang bola keranjang tempoh hari. Benarlah kata pepatah Melayu, kalau ada jodoh takkan ke mana. Ah, kita memang dijodohkan untuk saling balas dendam, detik hatinya.
Pandangan mata Apy Elina masih lagi tidak terlepas daripada memandang tepat wajah anak kacukan Melayu-Cina di hadapannya itu. Walaupun hakikatnya jantungnya berdebar-debar apabila berhadapan dengan orang yang kental seperti Adam Alexander, tetapi sebenarnya dia gembira kerana dapat berhadapan dengan manusia yang pernah mencari pasal dengannya itu.
“Show me what you got,” kata Alex sambil melempar sebuah bola jingga ke arah Apy Elina.
Apy Elina menyambut bola itu dengan kemas. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lebar sekali lagi manakala mata masih tajam memandang ke arah Adam Alexander. Peperangan baru sahaja bermula…Adam Alexander!

HARGA: RM24((SM)/RM27(SABAH&SARAWAK)
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 06:59 PM | Show all posts
Cover cantik ,harap cite secantik dengan cover
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:20 PM | Show all posts
Ada sesiapa dah baca novel Kau, aku, kita?



Kata nya best seller di POPULAR

Leh kongsi tak pada yang dah baca tu berbaloi tak nak membeli?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:49 PM | Show all posts
cover cantik...
penulis baru...
kena tggu review...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 12:33 PM | Show all posts
Ada sesiapa dah baca novel Kau, aku, kita?



Kata nya best seller di POPULAR

Leh kongsi tak  ...
miza86 Post at 7-3-2012 20:20



    dah baca buku ni...
    bestla jugak...bg 3 bintang...bg yg suka citer ringan xde konflik yg menyesakkan kepala..
    kelakar jer ngan watak dua2 iman tu..
    iman si hero tu artis popular..yg heroin lak iman jugak...kakak sulung yg kena jaga 4 org adik kot(klu x silapla..dah ingat2 lupa)
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 11:57 AM | Show all posts
Reply 135# miza86

aku dah baca..aku rasa tak best mana pun..biasa2 je..takat ni,aku prefer jemari seni or alaf21 or kakinovel.tp novel melayu skang kalo dibaca, sama je ceritanya... aku tak tau la org lain pya taste..tp aku rse biasa je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:21 PM | Show all posts
Reply 138# elnor_81


Kalau cerita tipikal, yang hero heroin gojes nak mampos
pastu kawin paksa. memang dah lemau jalan cerita cam tu.
Lebih suka yang bahasa sempoi macam JS
Rasanya kita sama taste kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:59 PM | Show all posts
Reply 139# miza86

yup!JS punya bhs sempoi..aku ske hlovate pya cter...then xarine pun bes..citer lain dr yg lain..adileah also ok...tak sbr nak tggu pesta buku ni...nak borong abis2 novel...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073725 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list