CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4945|Reply: 48

Menanti kehadiran kali kedua Anwar ke Parlimen sebagai PM

 Close [Copy link]
Post time 9-5-2008 08:03 PM | Show all posts |Read mode

Petikan daripada Harakah Daily.


Mohd Rashidi Hassan
Fri | May 09, 08 | 4:40:05 pm MYT

Dato' Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kaki ke Parlimen kali pertama selepas 10 tahun, sewaktu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan pembukaan Parlimen, minggu lepas. Ketika itu beliau hadir untuk menemani Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut, beserta dengan 82 orang anggota Parlimen kali ini begitu menggerunkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, khususnya dari Umno. Hadirnya Anwar ke Parlimen membawa mesej yang sangat jelas, bahawa, beliau pasti akan kembali ke Parlimen, bukan untuk menjadi Ketua Pembangkang, tetapi sebagai ketua kerajaan baru. Pakatan Rakyat memerlukan sokongan hanya dari 30 orang ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru di Persekutuan menggantikan BN. Penegasan Anwar dalam beberapa siri kenyataannya, bahawa terdapat kalangan ahli Parlimen BN yang sedia menyertai Pakatan Rakyat, dipandang sinis pemimpin Umno. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, semuanya beranggapan bahawa Anwar hanya menjual cerita. Bagi mereka Anwar hanya berilusi dan mencetuskan propaganda untuk menggoyahkan kerajaan. Beberapa bulan lepas sewaktu Anwar mensasarkan untuk pembangkang memperolehi sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum, semua mereka mengatakan ianya hanya angan-angan kosong! Sewaktu Anwar mengatakan kaum Cina dan India akan menolak BN dalam PRU ke 12, Anwar ditempelak dengan mengatakan beliau hanya berilusi dengan omongan kosong. Sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengatakan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam bahaya, tiada siapa kalangan pemimpin Umno yang mahu mempercayainya. Kuasa memerintah selama 50 tahun menyebabkan pemimpin Umno/ BN benar-benar lupa diri. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Seri Najib Tun Razak dan ramai pemimpin Umno seolah-olahnya sedang berada di dalam 'buaian mimpi kuasa'. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menempelak Abdullah dengan mengatakan, setelah BN terjejas teruk dengan keputusan PRU yang sedemikian rupa, Abdullah masih tidak sedar. Mahathir mengingatkan betapa seriusnya, kemungkinan Anwar dan Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan, malangnya Abdullah, Najib, Muhyiddin Yassin dan juak-juak mereka masih tidak sedar! Peranan anggota Pakatan Rakyat di Parlimen Kehangatan sidang Dewan Rakyat sudah dijangka. 82 orang anggota di kelompok pembangkang bukannya mudah untuk ditangani BN. Selepas PRU 1999 yang menyaksikan Barisan Alternatif ketika itu, bersama pembangkang lain, memperolehi 45 kerusi Parlimen pun sudah cukup membuatkan BN menggelabah. Tambahan sekarang ini. Sama ada PM, TPM, Menteri dan backbenchers BN sudah pasti tidak akan 'senang duduk' apabila bertembung dengan wakil Pakatan Rakyat. Perbalahan anggota Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat bukannya perkara baru. Sewaktu Allahyarham Tun Zahir Ismail menjadi Speaker dahulu, lebih gamat dan gawat daripada sekarang. Cumanya kehangatan perdebatan itu tidak diketahui secara jelas kerana tiada siaran secara langsung. Pada sidang kali ini, ramai orang baru. Sama ada anggota Parlimen BN atau Pakatan Rakyat, sama seperti Speaker dan Timbalan Speaker, kebanyakannya orang-orang baru yang belum mahir dengan peraturan mesyuarat Parlimen. Apapun anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat ketika ini, tidak seharusnya berperanan sebagai pembangkang yang menidakkan segala program kerajaan. Anggota Parlimen tidak seharusnya bertindak sebagaimana pembangkang seperti dahulu. Justeru, tidak harus ada lagi anggapan 'mencuri prime time' untuk mencetuskan berita atau mendapatkan tempat di media massa. Khusus bagi rakan-rakan dari DAP, mereka sering dijadikan sasaran. Mereka sering 'dipergunakan media' untuk dilaga-lagakan dengan KeADILan, PAS, bangsa Melayu, agama Islam dan kini dengan Raja-Raja Melayu. Penulis tidak mempersoalkan sama ada benar atau tidak sesuatu fakta yang disebutkan menurut undang-undang. Undang-undang bukan segala-gala, kita turut terikat dengan persoalan etika, kesopanan dan ketatasusilaan. Lebih berat lagi jika sesuatu bentuk kebenaran, dilontar pada waktu dan kepada sasaran yang salah. Mereka harus ingat bahawa media massa dalam negara ini masih milik BN yang pada bila-bila masa sahaja sedia merosakkan Pakatan Rakyat. Anggota Parlimen Pakatan Rakyat harus menyedari bahawa, rakyat pada ketika ini, mahukan sebuah pakatan yang ampuh dan tidak kelihatan goyah atau berkecamuk. Mereka harus berperanan sebagai wakil 'the government in-waiting', selaras dengan komitmen Anwar, untuk membentuk Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 atau mungkin lebih awal daripada itu. Harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat Hakikatnya rakyat mahu pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Kerajaan BN dilihat tidak stabil kerana parti yang menjadi tongaknya, berserabut. Pada waktu ini, BN tidak mungkin lagi boleh menjadi sebuah kerajaan yang boleh dipercayai rakyat. Kekalahan besar dalam PRU ke-12 8 Mac lepas membongkar pekung sesama parti komponen BN. Apabila ramai pemimpin kanan BN tewas, maka tuding menuding jari sesama mereka berlaku secara terang-terangan. Pemimpin Umno, MCA, MIC dan Gerakan menyalahkan sesama sendiri. Pemimpin PPP langsung tidak berbunyi. Malahan dalam Umno sendiri, suara-suara mendesak Abdullah Badawi meletakkan jawatan terus kedengaran. Perang dalam parti untuk merebut jawatan utama akan berterusan sehingga Disember depan. Tidak mungkin Umno akan stabil apabila akan berlaku perang besar dalam parti. Gerakan menentang kepimpinan Abdullah yang didakwa sedang membawa kemusnahan kepada Umno dan BN, diketuai oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, dengan hasrat untuk mencabar beliau bagi jawatan Presiden Umno. Gerakan menentang pemerintahan Abdullah turut disertai Dr Mahathir yang tidak henti-henti menyuruh beliau meletakkan jawatan. Keserabutan dan kekecamukan dalam Umno, barangkali akan melanda MCA, MIC dan mungkin juga Gerakan yang akan membuat pemilihan tahun ini. Hagemoni BN yang sudah berkuasa lebih 50 tahun kini benar-benar tercabar. Dicabar dari dalam dan luar parti. Maka bagi rakyat, kemungkinan untuk Kerajaan BN memastikan keadilan, kesakmaan dan kestabilan amat sukar. Dalam keadaan tekanan ekonomi dan peningkatan harga barang yang meruncing, ditambah dengan keserabutan yang dihadapi Abdullah Badawi dalam parti, sudah tentu ia gagal ditangani dengan baik. Dari segi politik pun BN tidak stabil. Dari sudut ekonomi juga BN gagal menyeliakannya dengan baik. Daripada dua aspek ini, BN sudah kelihatan pincang. Apabila BN goyah, rakyat tiada pilihan untuk bergantung kepada Pakatan Rakyat. Dan Anwar sebagai tonggak kepada Pakatan Rakyat harus berusaha mengemukakan jalan keluar kepada kemelut rakyat dan negara ketika ini, Rakyat mahu Anwar membantu memulihkan ekonomi negara, antaranya dengan memacu pertumbuhan dalam negara dan membawa FDI masuk dengan segera. Sudah tentu Anwar amat bersedia sekarang ini. Segala harapan dan janji beliau sejak sebelum pilihan raya sudah dikota. Kini rakyat menunggu janjinya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat. Maka, jika sekarang ini, Anwar mengatakan bahawa beliau sudah memperolehi 41 orang ahli Parlimen BN yang sedia menyertai Pakatan Rakyat, apakah kata-katanya boleh dipercayai dan mendapat sokongan rakyat? Sudah tentu! Kini rakyat menanti beliau kembali menapakkan kaki kali kedua ke Parlimen sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 08:09 PM | Show all posts
ceh
pehal plak letak kat sini
kecoh ar
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:15 PM | Show all posts
aku tak paham ape sal la letak kat sini..kac warning ini budak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:26 PM | Show all posts
ni bod gossip artis la dik..

anyway.. ANWAR SUX!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:30 PM | Show all posts
fenin2 ni board apa ekkkk...ke ku dah tersalah tempattt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2008 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by ntahapehapentah at 9-5-2008 08:15 PM
aku tak paham ape sal la letak kat sini..kac warning ini budak


releks ar... kasi chance kat dak newbie nih...
heheheheh...

wahai tuan umah.. len kali search dulu board le ye....
ni sepatutnyer dok kat current issue...
kalu salah lg.. ko kasi hangin orng kat sini...:@ :@ :@ :@

mod...perlukan bantuan ..pindahkan la benang nih kat tmpt sepatutnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:40 PM | Show all posts
ya tuhannnn...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 09:11 PM | Show all posts
ni CI ke GOSSIP ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:16 PM | Show all posts
motif masuk board GOSIP??? kt CI da penuh sgt ka?? klu gila kuasa sekali pon, masuk la board yg sepatutnya....  
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:17 PM | Show all posts

Reply #1 bayumentari's post

tak sabar kekdahnya.... main redah jek kan board pon... :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:32 PM | Show all posts
ni penyokong kuat ni kot!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:35 PM | Show all posts
go anwar..hehehe..saje jee
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:45 PM | Show all posts
macam salah umah je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:00 PM | Show all posts
anwar = pak pandir = kuat berangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:04 PM | Show all posts
Aku ingat anuar zain yg nak jadi pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 10:07 PM | Show all posts
Tuan rumah ingat Nuar Zain kot?...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:08 PM | Show all posts
no politic here........... :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:58 PM | Show all posts
penyokong Anu War Berahi El-Juboree Wal Yahudi meroyan sampai salah Bod ke..bikin malu je..pastu copy paste cerita yg berapa minggu punya tah....prfggggggggghhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 12:24 AM | Show all posts
Anu War Berahi El-Juboree Wal Yahudi ?
wakakakka bunuh saja:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.462124 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list