CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: azazral

Mendadak Dangdut

[Copy link]
Post time 6-11-2007 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by buiscasey at 5-11-2007 10:29 AM
tgk kat youtube jer.. jgn support filem indon....


sirik yach
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 04:15 PM | Show all posts
christian is more famous than titi jika di indonesia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 06:11 PM | Show all posts
tipu kanan kiri tu mcm best...

[ Last edited by  azazral at 6-11-2007 06:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 06:11 PM | Show all posts
malaysia pun titi tak se femes dian n acha...
mungkin mendadak dangdut bole naik kan nama dia di msia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 01:36 PM | Show all posts
Jangan Harap 'Gelek Gerudi' Dalam "Mendadak Dangdut"
06-11-2007 10:22:43 AM                                                     
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
                                                                                                                        
JANGAN harapadaaksi 'gelek gerudi' penyanyi dangdut Indonesia Inul Daratista ataugelek360 darjah dalam filem "Mendadak Dangdut" lakonan Titi Kamal,Kinaryosihdan Dwi Sasono.

Selama menonton filemselama 90 minit ini, lenggok yang dibawakan lebih kepada dangdut versiTiti Kamal kerana itulah pertama kali beliau beraksi tanpa mempunyaiapa-apa pengetahuan tentang dangdut.

LakonanTiti sebagai Petris menceritakan seorang penyanyi lagu berentak rockalternatif tiba-tiba bertukar secara mendadak kepada muzik genredangdut. timbul rasa lucu, sedih, bimbang dan marah bercampur baurmenjadi satu dan wujudlah satu rasa yang cukup selesa.

Bukaninginmemuji orang belakang tabir filem "Mendadak Dangdut", tetapi filemarahan Rudi Soedjarwo manakala skrip dihasilkan oleh Monty Tiwainimemang sarat dengan mesej yang positif untuk ditonton olehsetiaplapisan masyarakat.

Filem terbitan Sinemart Pictures ini mengisahkan Petris yang pemarah, ego dan sering memandang remeh tentang semua perkara.

Apabilaberlaku sesuatu perkara buruk, Petris mesti menuduh danmemarahikakaknya, Yulia (Kinaryosih) kerana tidak mampu berbuat sesuatuyang dapat memberi kesenangan kepada dirinya.

Namun,olahan cerita yang secara tidak sengaja membangkitkan kemarahan yangmemuncak Petris terhadap Yulia ini berjaya  ditepis akhirnyamelalui suasana sedih dan muram.

Ia seolah-olah memberi pengajaran kepada orang yang sombong agar berlembut hati dan menghargai orang lain.
Sejakdari peristiwa itu, Petris mengucapkan terima kasih kepada Yuliaatassetiap perkara yang dilakukan oleh kakaknya merangkap pengurusketika beliau bergelar penyanyi rock alternatif dahulu.

Garapanfilem ini begitu baik sekali dengan memasukkan unsur-unsur realismayang tidak semua filem Indonesia tonjolkan. Melalui teknik kamera 'handheld',babakketika Yulia dan Petris berlari menyelamatkan diri daripada pihakpolismenunjukkan keadaan pada masa itu yang kelihatan cemas dan takut.

Jadi goyangan kamera yang disengajakan itu membuktikan betapa kecamuknya perasaan mereka berdua.
Selainitu,unsur realisma diterapkan melalui pakaian, bahasa pertuturan dan tempattinggal mereka memaparkan kemiskinan serta kelas ekonomi rendahyangmereka hadapi.

Yulia dan Petris yang biasahidup mewah dibandar terpaksa memakai pakaian lusuh dan tinggal dirumah kecil yangtidak seindah dahulu dengan tidur bertilam nipis sertabertemankannyamuk.

Subteks juga terkandung di dalamnya melalui penyampaian aspek dari pandangan lelaki (male gaze dan voyeurism) yang membayangkan wanita sebagai simbol seksual.

Maksud disebalik istilah male gaze dan voyeurism ini mampu ditafsir oleh penonton dari pelbagai sudut.
Ciri-ciri ini dimasukkan dalam watak kanak-kanak lelaki bernama Mamat yang suka melihat dada wanita dengan bernafsu.

Senario ini adalah sesuatu yang tidak menghairankan kerana budak zaman sekarang sudah pandai berfikir.
Imaginasi mereka kadangkala sungguh jauh dan ada yang boleh mengatasi orang yang lebih tua daripada mereka.
Tetapi pemikiran yang negatif ini harus dibendung agar tidak berlaku perkara yang buruk.

Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka.
Tetapi dalam situasi Mamat, dia dijaga oleh neneknya sedangkan ibunya bekerja sebagai pembantu rumah di negara Arab.

Ditambahpula dengan kemiskinan yang melanda diri Mamat, dia bukan sahaja tidakmendapat didikan daripada ibu bapa malah juga di sekolah. Turutdipaparkan babak ibu Mamat yang kembali ke Indonesia setelahdiderateruk oleh majikannya ketika menjadi pembantu rumah di negaraArab.

Paparan itu boleh ditafsirkanseolah-olah menyindir rakyat Malaysia.Seperti diketahui, sudah banyakisu kes majikan di Malaysia yangmendera pembantu rumah dari Indonesia.

Namun bagi penerbit "Mendadak Dangdut" Novi Christina sendiri, mereka tidak menuding jari kepada sesiapa pun.
"Ituhanyacerita yang tidak bermaksud untuk mengata sesiapa. Ia menonjolkanrealisma kerana kes tersebut memang berlaku di Indonesia dan bergantungkepada individu itu untuk membuat andaian masing-masing," kata Noviyangmensasarkan filem tersebut kepada mereka yang berumur antara 15hingga30 tahun.

Juga dipaparkan rakan lelakiPetris dan Yuliabernama Rizal (Dwi Sasono) merangkap ketua kumpulandangdut "Senandung Citayam" yang mengumpul duit untuk menukar jantina.

Iaseolah-olah memaparkan situasi seorang lelaki yang inginmenukarstatusnya kepada wanita dalam bentuk sindiran dalam humor(lelucon).

Darisegi lakonan Titi Kamalmemang tampak berkesan melalui nyanyian lapanbuah lagu dangdut dan aksiTiti yang berjaya melakonkan watakPetris dengan bersahaja walaupunlenggok tariannya keras. Antara lagu-lagu hasil ciptaan Monty Tiwa yangdinyanyikan oleh Titi adalahBunuh Reality, Jablai (Jarang dibelai),Mars Pembantu, Selalu ada,Buronan Cinta dan Dangdutkah Kita.

Kinaryosihjuga harus diberipujian kerana beliau juga memainkan peranan yangpenting sehinggamembuatkan penonton tersentuh dengan sikapnya yangtenang dan sabar menahan kerenah Petris. Paling terharu apabila Yuliatetap menyayangi Petris walaupun Petris selalu menyakitkan hatinya.

Tidakhairanlahjika Titi Kamal dan Kinaryosih menerima banyak penghargaan antaranyaPasangan Terbaik, Pasangan Popular dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaikdalam Anugerah Filem Indonesia 2007.

Filemindie ini turut memberitahu kepada khalayak tentang tugas utamapenyanyi dangdut sebagai penghibur penonton supaya mereka melupakankesusahan hidup dan masalah yang dialami.

Filemyang membelanjakan hampir RM800,000 ini bukan sahaja menghiburkan malahdalam masa yang sama mengajak penonton berfikir maksud-maksud yangterselindung di sebalik tirai "Mendadak Dangdut".




[ Last edited by  LimaWira at 7-11-2007 01:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 01:57 PM | Show all posts
aku pun tak rasa paparan bibik Rodziah kena dera teruk dek majikan Arab tu sebagai sesuatu yg menyindir...sebab realitinya memang berlaku kpd semua Amah, indo ke pilifina ke....yg berkerja di negara asing dan dilayan buruk oleh majikan....malah kalo diikutkan berita bebaru ni, pak arab pukul amah indon sampai mati kan? tu lagi teruk...dan bila elemen ini disentuh dlm Mendadak Dangdut, memanglah releven dan kena pada tempatnya...

Mendadak Dangdut ditayang secara terhad di cineleisure damansara utk cinemagoer sekitar lembah Klang....masa aku tgk ada 5 org je penonton....apa2 pun filem ni memang best siyalll....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068156 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list