CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41296|Reply: 301

SAKA - KISAH KROIT92

[Copy link]
Post time 16-9-2007 10:51 AM | Show all posts |Read mode
20 tahun diganggu saka    Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besarseakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujianAllah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itusanggup �mengorbankan� keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyangyang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencanamengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu.Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untukberkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskandatuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untukmengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu.Ikuti luahannya:

  Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan sayaterutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa keranakanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lainmenyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya danadik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besardan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggikira-kira dua meter sehingga mencecah siling.



  Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekalibarulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayahpulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapiapabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibatlembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannyaterasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumahpula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hinggalapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merahmalah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

[ Last edited by  BabeYSHa at 26-11-2008 08:29 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2007 10:52 AM | Show all posts
Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 10:52 AM | Show all posts
Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada �belaan� keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 10:52 AM | Show all posts
Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

�Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai �wali� ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan �khadam� untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

�Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

�Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,� katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 10:53 AM | Show all posts
Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang �ia� sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 10:53 AM | Show all posts
Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi �amalannya� diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2007 10:54 AM | Show all posts
INFO: Saka

# Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi.

# Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.

# Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam.

# Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat al-Quran.



>sumber: berita harian, Ahad, 16 September 2007
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:19 AM | Show all posts
mak datuk panjangnya cerita   kau kroit....tapi aku baca gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 11:21 AM | Show all posts
saka tu boleh dilepaskan, kena ada la saudara mara yang berani terima saka tu dan kemudian cari la bomoh yang boleh lepaskan saka tu, buang kelaut.

kat kampung aku dah banyak kejadian macam ni,

ada satu kes dimana, semasa sakit tenat dia boleh makan berpinggan-pinggan nasi, keluarga mereka sedar ada benda yang tak kena, lepas ditanya barulah neneka diorang mengaku,sehinggalah ada saudara mara yang sanggup warisi saka tersebut, kemudian selepas itu barulah dia meninggal,

orang dulu-dulu guna saka untuk senangkan kerja diorang, jaga rumah, jaga tanah, untuk berperang, tolong kerja berat banyaklah kerja-kerja makhluk halus ni dulu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 11:21 AM | Show all posts

Reply #8 Kimmy's post

ko baca sampai abis ke?  good boy.. terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #9 ska_n_dal's post

dia kalau nak pindahkan tu macam cerita waris jari hantu tu ek?

tapi kalau kes saka, mesti mende tu kuat makan..kuat makan tul..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:43 AM | Show all posts
hoh..takutnye..ade gak ek saka zaman moden mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:45 AM | Show all posts
benda2 camtu masih ada dalam masyarakt kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 11:48 AM | Show all posts
abang kroit pernah tersnap gambar hantu kat van jenazah, rupa cam manusia cuma berkapan, pastu tangan dia cam patah, kepala, tangan lebam2...sekali tengok cam panda nak kuar van mayat.. tapi seram woo..dulu, pastu abang takut dia pi delete..saka kut, ada lebam2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 16-9-2007 11:19 AM
mak datuk panjangnya cerita   kau kroit....tapi aku baca gak


baca memang panjang..tapi kroit cut & paste jer...  anyway nice story mory..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 16-9-2007 11:23 AM
dia kalau nak pindahkan tu macam cerita waris jari hantu tu ek?

tapi kalau kes saka, mesti mende tu kuat makan..kuat makan tul..

tapi rasa nyer tak semua saka cam
ada gak yang tak tuntut apa-apa
tapi itu cuma setakat ni la - dah 30 taun
selepas ni belum tau lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by ska_n_dal at 16-9-2007 11:21 AM
saka tu boleh dilepaskan, kena ada la saudara mara yang berani terima saka tu dan kemudian cari la bomoh yang boleh lepaskan saka tu, buang kelaut.

kat kampung aku dah banyak kejadian macam n ...

nak buang saka tu cam mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:54 AM | Show all posts
serammmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 11:58 AM | Show all posts
panjang nyer..... aku dh abes baca....

aku penah dgr klu nk buang saka nih kene wat perjanjian ngan benda nih..... bwk saka nih masuk hutan pastu bagi dia uncang kacang ijau yg dijahit...

pastu soh dia jaga.... dia akan turut kata sbb tuan dia soh......kiranya tinggalkan saka tu dlm utan  laa...

aku pon tatau btol ke tak sbb aku xbela saka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 12:00 PM | Show all posts

Reply #19 rourouleya's post

wakaka..tergelak aku baca..cam ko tipu mende tu lar.. bijak, bijak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077944 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list