CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2472|Reply: 21

Rezeki baru Dayang - KOSMO

[Copy link]
Post time 4-9-2006 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Rezeki baru Dayang
PETIKAN KOSMO
3 SEPTEMBER 2006


Meskipun One In A Million (OIAM) belum pasti menjanjikan kemenangan, rezeki Dayang Nurfaizah terus datang melimpah.
Selepas ditawarkan bekerjasama dengan karyawan Indonesia dalam filem sulungnya, gadis berkulit hitam manis ini 'diikat' pula sebagai jurucakap jenama kopi popular, Nescafe.

"Ironinya saya bukan seorang peminum kopi seperti mana saya menyukai teh," akuinya jujur ketika dihubungi.

Bagaimanapun atas ajakan Nescafe, dia memberanikan diri untuk mencuba apatah lagi jenama itu memang sudah dikenali sebagai pembuat kopi terunggul.

"Kalau saya tahu sedapnya rasa kopi, mungkin sejak kecil lagi sudah ketagih!" dia berlucu sambil memberitahu kontraknya bertempoh dua tahun.

Pernah menjadi duta kosmetik ZA tidak lama dulu, Dayang menjelaskan persetujuannya menerima tawaran tersebut bukanlah kerana wang semata-mata.

"Sejujurnya saya tidak menilai perjanjian ini dari sudut wang ringgit, sebaliknya mengenangkan hubungan baik yang terbina antara saya dengan pengeluar Nescafe iaitu Nestle sejak kebelakangan ini," beritahunya.

Sebelum ini Dayang terlibat dengan kempen Dodoi Si Manja melalui rakaman semula lagu rakyat berjudul Suriram di bawah kelolaan syarikat tersebut.

Memperkenalkan rangkaian minumam Nescafe Body Partner, Dayang telah menjalani penggambaran iklan pertengahan Ogos lalu dan kini ia sudahpun ditayangkan di kaca televisyen.

Penggambaran iklan media cetak dan billboard akan turut dimulakan dalam waktu yang terdekat.
"Saya gembira dengan pelantikan ini dan amat menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh pihak Nestle," ucapnya yang baru saja menyambut ulang tahun ke-25 Julai lalu.

Namun, di sebalik nada ceria atas kejayaan kerjaya yang dikecapi, Dayang kecewa apabila reputasinya cuba dicalarkan oleh sesetengah pihak.

Pembabitannya dalam program realiti 8TV, OIAM bukan saja mencetuskan sensasi atas keberaniannya mencuba, malah menimbulkan khabar angin yang mengatakan dia selalu "melarikan diri" daripada sebarang aktiviti yang diaturkan.

"Kebanyakan undangan yang diterima sudah pun dipersetujui sejak awal lagi. Lantas adakah adil jika saya membatalkannya demi OIAM ? Sebagai seorang peserta, saya sudah mencuba sedaya upaya yang termampu untuk turut serta dalam apa jua aktiviti.

"Bukan saya tidak komited, tetapi mereka harus faham, selain OIAM, saya turut mempunyai tanggungjawab yang lain sebagai seorang artis. Saya berusaha kerasa dua kali ganda untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan berharap kata-kata yang kurang enak ini akan berakhir," katanya dalam nada terkilan.

Enggan menganggap kemelut sedemikian melemahkan semangatnya, Dayang hanya mahu memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga peminat.

"Saya sedar bila OIAM semakin di penghujung, cabaran dan risiko yang terpaksa dihadapi semakin kuat. Saya reda dengan sebarang keputusan dan takdir yang datang kelak," sambungnya tenang.

Turut memberitahu LUKA akan memulakan penggambaran Januari tahun depan, dia optimis impian peminat setia untuk melihat da beraksi di layar lebar bersama Dian Sastrowordoyo akan terlaksana satu hari nanti.


Aku letak sini sebab ada cerita pasal benda lain sekali, bukan pasal nescafe jer
Takde scanner la, tak dapat nak scan gambar kat dalam ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 4-9-2006 12:12 AM
Rezeki baru Dayang
PETIKAN KOSMO
3 SEPTEMBER 2006

Meskipun One In A Million (OIAM) belum pasti menjanjikan kemenangan, rezeki Dayang Nurfaizah terus datang melimpah.
Selepas ditawarkan bekerj ...



alhamdulillah...:pray:

dalam orang duk mengata2 dayang, rezeki dia semakin murah. syukur....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 4-9-2006 03:50 AM
alhamdulillah...semoga dayang terus berjaya.....

Dayang Sayang Karl.....



:geram::geram:wakakkakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:34 PM | Show all posts

Reply #1 houdini's post

CAK antara yg buat komen psl dyg tak ada masa road show OIAM ni. Dia tak bg tau le Dyg tp semua org tau siapa yg d maksudkan.

CAK ni kalau nak tabur fitnah pun at least buat homework dulu..jgn main hentam keromo. Buek malu press aje. Walhal Dyg dah bg tau awal2 dulu masa nama dia masuk OIAM, yg dia dah ada show sepjg thn 2006.

kalau 8Tv ok apahal plak CAK yg ober...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:12 PM | Show all posts
syukur alhamdulillah:pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 4-9-2006 02:34 PM
CAK antara yg buat komen psl dyg tak ada masa road show OIAM ni. Dia tak bg tau le Dyg tp semua org tau siapa yg d maksudkan.

CAK ni kalau nak tabur fitnah pun at least buat homework dulu..jgn m ...



biaselah tu. sengaja nak meng "sensasikan" cerita dan melariskan surat khabar diorang. :geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2006 09:42 PM | Show all posts
org bodoh je yg komen tanpa sebab
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:18 PM | Show all posts
Sronok aku dengar cite ni.Hope rezeki dayang makin melimpah.And yang paling aku nanti2kan lakonan dayang!!!Cepat la.Last aku tgk dyg berlakon time cit cit azwan ali edisi khas hari raya dulu.Klaka sngt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 11:35 AM | Show all posts
Januari tahun depan, baru start berlakon. agak2nye, bulan bape kuar cite ni kat panggung yek??? x sabar aku nak tunggu saat dan waktu tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 5-9-2006 04:35 PM




dapat gak aku tengok gambarnyee... thanks houdini. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 08:47 PM | Show all posts
Aku tak sempat lagi menengok iklan ni. Lagilah aku jarang tengok TV melainkan OIAM. Masa OIAM tu tak de plak iklan Nescafe.

Sapa2 rajin tu, letak le kat Utube..boleh aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 08:48 PM | Show all posts
Kaku ke tak Dyg dlm iklan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:38 PM | Show all posts
semoga rezeki Dayang berpanjangan dan berkat ke akhirnya!!!:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 5-9-2006 04:35 PM


hehe..cam best je iklan ni..bile la dpt tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 5-9-2006 04:35 PM



tomey nya dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2006 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by Munc at 5-9-2006 08:48 PM
Kaku ke tak Dyg dlm iklan tu?




Tak kaku, Dayang nampak natural jer :bgrin:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 09:10 AM | Show all posts


Gambar kedua tu dia tulis "mengambil nafas sebelum penggambaran"

Rasanya salah tu, sebab scene tu ada tunjuk dalam iklan tu
Rasanya memang ada dalam storyboard
Memang nak kaitkan nescafe dengan kesihatan
Sebab tu diaorang buat scene yoga tu

p/s : nescafe baru ni best gak, tapi ada 3, mana satu yang Dayang suka ek ? :bgrin:

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 09:57 AM | Show all posts
ni Nescafe Breakfast kan? ke bkn? aku memang dah stop minum nescafe lepas abis belajar dulu...balun tea jer...ish kena start balik la ni...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by Munc at 4-9-2006 02:34 PM
CAK antara yg buat komen psl dyg tak ada masa road show OIAM ni. Dia tak bg tau le Dyg tp semua org tau siapa yg d maksudkan.

CAK ni kalau nak tabur fitnah pun at least buat homework dulu..jgn m ...



CAK memang ntah hape2....
aku meluat sungguh kalau baca artikel dia....
yang bab ina kulai jer aku suka...
muahahhahah!!
(sebab dia kutuk ina kulai..)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.224369 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list