CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2337|Reply: 6

Propaganda "Sedara" Islam di Palestine

[Copy link]
Post time 17-8-2006 04:19 PM | Show all posts |Read mode
WELCOME TO PALESTINE

The 2nd and 3rd fact look very convincing.

Jangan ingat USA je dan Yahudi ada propaganda, Palestine punya propaganda pun ada, propaganda arab terkutuk dan jahanam.

Nauzubillah, no wnder there's no peace in palestine

lihat vidoe ini

http://www.youtube.com/watch?v=t_B1H-1opys&search=pallywood
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2006 02:02 PM | Show all posts

sape boleh kupa pasal nie..

saya tak bleh tgk video2 dia...pasal kene block...
tapi betul ke propaganda ni...??
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 21-8-2006 03:33 PM | Show all posts

Assalamualaikum wbr...

Hmm... Saya teringat satu artikel yg saya baca dr email kiriman kwn saya, sumber dr web saifulislam.com. Bacalah sendir sebahagian dr pengalaman penulis. Hm... tp ttg propaganda tu sya xtaula. Wallahu'alam. RTp mmg benar, negar2 Timur Barat bknlah semulia yg kita sangka. Malahan tidak keterlaluan dikatakan masyarakat Islam Timur lebih Islamic dr mereka. Lgpun skrg kan dh akhir zmn. Sesungguhya syiar Islam akan mekar di Timur, sptimana yg Rasulullah sabdakan(saya xingat sumber hadith ni, sapa2 yg ingat leh la tlg saya ye..)  

saya pastekan sbhagian... nk baca pnuh layarilah: http://www.saifulislam.com/ilmiah.html

KELAYAKAN DIRI YANG DITETAPKAN ILAHI
untuk berdepan dengan tribulasi

Serba salah.

Duduk rasa bersalah, berdiri tak tentu arah. Saya berasa gusar dan tidak selesa untuk berbuat apa sahaja semenjak berita perang baru di bumi Syam memenuhi media. Ia mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku pada tahun 1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Pagi itu saya bertolak dari Amman ke Istanbul dengan menaiki pesawat Middle East Airlines (MEA), penerbangan kebangsaan Lubnan. Kapal terbang yang saya naiki akan berhenti di Beirut selama 2 jam sebelum menukar pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Akan tetapi saya berasa sedikit hairan kerana saya dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menempuh beberapa lapisan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman sebelum dibenarkan menaiki pesawat berkenaan.

Ketibaan kami ke Beirut juga berada dalam suasana yang agak pelik. Kelihatan begitu ramai askar yang mengawal lapangan terbang dan ia bukan pemandangan biasa di situ. Ini bukan kali pertama saya transit di Beirut. Kami diperiksa oleh pihak askar sebelum dibenarkan masuk ke dewan transit. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Tak apalah, yang penting saya hanya perlu berada di situ sekitar dua jam kerana pesawat ke Istanbul akan berlepas pada jam 3:30 petang.

Satu jam...

Dua jam...

Tiga jam...

Saya mula gelisah. Penumpang-penumpang lain yang transit juga nampaknya semakin resah. Ada yang mula tidak senang duduk dan menyerang kaunter pertanyaan dengan pelbagai soalan.

"Apa sudah terjadi? Mengapa kami tersangkut di sini? Apa yang berlaku?", seorang pelancong Eropah bertanya kepada pegawai bertugas. Merah mukanya menahan marah.

"Ya, kami mahukan penjelasan. Apa yang berlaku?", penumpang-penumpang yang lain juga mendesak pegawai tersebut.

"Kami belum mendapat pelepasan daripada pihak tentera untuk membenarkan pesawat terbang. Ia mungkin berlarutan hingga 24 jam", pegawai tersebut memberitahu.

Apa? 24 Jam... Aduh, saya kebingungan. Orang ramai mula kecoh. Dalam kesibukan pegawai-pegawai bertugas menenangkan keadaan, tiba-tiba satu letupan besar berlaku.

"BOOM!!!", bunyinya seperti letupan bom dan saya yakin jaraknya tidak jauh dari lapangan terbang.

Ya Allah, bangunan lapangan terbang bergegar dan saya seperti lemah lutut berdiri sendirian di tengah-tengah kekalutan itu. Orang ramai hening seketika. Terdiam dan terpinga-pinga mencari punca letupan tersebut.

Kami tidak mendapat sebarang penjelasan dari pihak berkuasa. Saya berasa sedikit menyesal. Kerana mahu menjimatkan 30 Dinar, saya memilih untuk transit di Beirut, berbanding dengan penerbangan terus Amman - Istanbul dengan menaiki pesawat Royal Jordanian atau Turkish Airlines.

"Hmm. Ya Allah. Kalau ditakdirkan aku mati, biarlah matiku dalam perjuangan dengan penuh kemuliaan. Janganlah pula mati ketika transit sendirian di Beirut ini", saya cuba mententeramkan diri.

Suasana lapangan terbang menjadi agak tenang berbanding sebelum letupan. Masing-masing masih terpinga-pinga memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku petang itu.

Dalam keadaan yang agak gusar, fikiran saya terbang mencari kembali memori-memori saya tentang Lubnan. Beirut yang saya baca sebagai Paris Timur Tengah, sememangnya bandar yang menakutkan. Saya terfikir, alangkah deritanya jiwa Sheikh Fathi Yakan berjuang di Lubnan kerana pada pemerhatian saya, Beirut menjuarai keruntuhan moral paling teruk di kalangan negara Arab. Saya masih ingat ketika kali pertama saya transit di Beirut setahun sebelumnya. Saya bertanya kepada seorang pegawai MEA di kaunter pertanyaan, "boleh saya tahu di sini ada tempat Solat atau tidak?"

"Tempat solat? Oh, kamu boleh Solat di tepi tangga itu.", pegawai tersebut menunding jari ke arah tangga gelap menuju ke restoran di tingkat atas balai transit.

Saya terkejut. Subhanallah. Saya sedang di Beirut atau di Paris? Alangkan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle pun ada tempat Solat.

"Boleh saya tahu di mana arah kiblat?", saya bertanya lagi.

"Kiblat? Kiblat?", pegawai tersebut bertanya kepada rakan-rakannya dan kesemua mereka ketawa.

"Maaf encik. Kami tidak tahu kiblat di mana.", pegawai tersebut menjawab dengan bersahaja. Malah saya rasa begitu terhina.

Saya masuk ke bilik air dan mengambil wudhu' di sinki. Tandasnya hanya bertisu, tiada paip air. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Hari itu saya bersolat di atas sekeping kotak yang saya bentang ke arah kiblat yang saya ijtihadkan berpandukan kedudukan matahari dan laut yang sayup-sayup kelihatan di seberang landasan kapal terbang.

Lubnan baru sahaja bangun dari kebinasaan selepas beberapa siri peperangan terutamanya Peperangan Saudara Lubnan (1975-1990). Bangunan-bangunan yang runtuh dan berlubang kesan bom masih banyak yang terbiar di sekitar kota Beirut. Tetapi tidak perlu kita pergi jauh menyelongkar lorong-lorong Beirut di Nejmeh Square. Cukup sekadar di lapangan terbangnya, sudah membuatkan kita tertanya-tanya, masih Islamkah Lubnan ini?

Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri Beirut tambah menjelekkan apabila saya melihat gelagat wanita-wanita Arab dari negara Teluk yang berjubah hitam. Mereka menuju ke bilik air, dan kemudian keluar bersalin kulit seperti ular. Dari jubah hitam, yang tinggal hanyalah pakaian jahat dengan solekan melampau, tanpa segan memegang jubah hitam yang sudah dilipat di tangan mereka. Aduh, saya rasa keIslaman saya amat dihina ketika di Beirut. Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan dan luar, sehingga saya terfikir, apakah mereka tiada langsung mempelajari sesuatu dari peperangan lalu?

Selepas hampir 8 jam saya terkandas di Lapangan Terbang Beirut itu, akhirnya pesawat yang saya naiki dibenarkan berlepas ke Istanbul. Saya menarik nafas lega, tetapi masih kebingungan dengan letupan bom yang menggegarkan lapangan terbang sebentar tadi.


HUKUMAN ALLAH YANG TIDAK MEMILIH SOLEH DAN 'TOLEH'

Kita tidak boleh berlengah membantu umat Islam di Lubnan. Pelbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang yang perlu serta boleh diusahakan. Jika mereka memerlukan bantuan perubatan, kita segara berikan sedaya mungkin. Jika mereka perlukan wang, kita segera hulurkan bantuan. Yang pasti, mereka juga perlukan doa. Tapi bukan doa sebarang doa. Mereka memerlukan doa yang 'didengar oleh Allah'. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk melayakkan diri agar doa kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah.


Golongan Gay di Beirut - BBC
Langkah pertama kita adalah dengan meninggalkan maksiat. Tidakkah kita masih ingat, kepada liputan media  terhadap krisis moral di Lubnan, terutamanya di Beirut, baru beberapa bulan yang lalu. Beirut adalah sarang pelacuran homoseksual yang menggerunkan dunia Arab. Penyanyi-penyanyi wanita Lubnan pula berjaya menyebarkan virus mereka hingga lagu perempuan cela itu berkumandang dari gerai-gerai kitab di perkarangan masjid kita setiap Jumaat. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Bosnia juga cela sebelum disembelih Serbia. Afghanistan, Iraq,  malah Baghdad di tahun 1258 juga sama. Begitu juga dengan Palestin di ambang kedatangan Zionis. Semua bencana ini telah bermula oleh kemungkaran besar-besaran umat Islam kepada Allah. Dengarlah amaran Allah kepada kita:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya." (Al-Anfaal : 25)

Kita perlu bertindak membantu setiap insan yang dizalimi. Soal Syiah atau tidaknya Hizbullah serta kewajaran menyokong mereka, harus diketepikan dengan melihat bantuan yang dimaksudkan ini adalah atas dasar manusia yang dizalimi. Mereka berhak dibantu. Kecuali pada soal meletakkan harapan agar kemenangan Hizbullah dapat memerdekakan bumi Palestin, maka itu menjadi suatu topik berasingan yang perlu dipertimbangkan dengan empirical evidence dari sejarah pertembungan Sunni Syiah yang panjang. Isu hari ini adalah penduduk Palestin dan Lubnan mesti dibantu.
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 21-8-2006 03:37 PM | Show all posts
Dan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, perubatan dan sebagainya, tidak memberikan sebarang makna jika kita tidak menghentikan segera MAKSIAT yang menjadi punca dan pengundang kepada musibah ini.

Sudah berulang kali kita sebutkan bahawa kejahatan ini datang dari Regim Yahudi dengan Amerika Syarikat sebagai sumber kekuatannya. Maka maksiat paling besar yang kita lakukan hari ini adalah pada ketidak upayaan kita untuk membenci Yahudi dan Amerika Syarikat kerana kita sudah terlalu membudayakan diri dengan segala yang Yahudi dan Amerika. Mampukah rakyat Malaysia dan dunia umumnya mengutuk Yahudi ketika mereka sendiri sedang enak menjamah cara hidup Yahudi dan Amerika, a.k.a Hollywood?

Malaysia harus melihat bahawa hedonisma yang menyuntik nilai-nilai Yahudi dan Amerika ke jiwa masyarakat kita, sebagai jenayah yang serius. Kerana deretan acara hiburan di TV1, TV2, TV3, NTV9, 8TV dan TV9, masyarakat kita menjadi lumpuh dan terperosok ke lubang biawak Yahudi. Mereka mahu marah kepada Yahudi dan Amerika, tetapi mereka tidak sampai hati kerana mereka sudah ketagih Yahudi dan Amerika melalui hiburan, filem Hollywood, dan 1001 cabang hedonisma itu.

Mampukah kita menolak Yahudi dan Amerika di Lubnan ketika Yahudi dan Amerika itu begitu lazat dan enak untuk dinikmati di Malaysia?

Lantas, marilah kita semua bertaubat kepada Allah. Mohon istighfar dan kembali taat kepada-Nya. Jika bantuan ringgit dan suara lembik OIC kita tidak sampai ke Palestin dan Lubnan, marilah kita segera memaksa diri untuk berubah, agar layak berdoa memohon bantuan dari Allah. Kewajaran Malaysia memimpin OIC juga harus difikirkan kembali kerana rumah tangga sendiri juga nampaknya terlalu payah untuk diurus.

Hanya dengan jati diri Muslim yang sebenar sahajalah, kita mampu keluar dari papan catur tangan-tangan ghaib itu.


--saifulislam online

wallahu'alam


p/s: erm, saya pun xdpt bukak gak. kena blok. maybe tenet slow kot.huhu,dial up je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 04:30 PM | Show all posts

salam

I dah lama tahu di Palestine byk maksiat... bukan di Palestine shj... negara2 Arab yg lain pun tak kurang juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 04:41 PM | Show all posts
aduh....
begitu ke??
RISAULAH...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2006 11:46 PM | Show all posts
aku dapat buka site tu, memang slow.  ada banyak lagi video setup nih.  

pernah juga tunjuk keburukan-keburukan orang melayu di mesia kat site tu.

aku heran juga kenapa dia orang rakam dia orang nak tipu?  kalau nak buat propoganda, tentu dia tak rakam dan tayang setup dia.  tu yang pelik, macam ada propoganda atas propoganda (double propoganda).  samada, ada tak tujuan lain yang kita tak paham sebab bahasa dia orang ditranslate oleh orang lain?

video-video ni aku boleh abaikan, sebab ada video yang real dan sahih tentang kekejaman zionist ni.  bagi aku ia tak der nak mengubah pendirian aku.  baik orang melayu, arab, parsi, india semua ada yg buruk perangai dan ada yang sebaik ummah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061698 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list