CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4701|Reply: 23

Peluk Islam (merged: moonah, lady_yuna, minahrock)

[Copy link]
Post time 1-8-2006 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Inspektor PDRM Peluk Islam

慣uan Edmund

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 04:25 PM | Show all posts
alhamdullilah....bertambah umat muhammad
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 1-8-2006 08:03 PM | Show all posts
Lebih senang naik pangkat agaknya... Itulah kebiasaannya.
Kami redha mereka peluk islam kerapa pilihan mereka tersendiri walau apa alasanpun kami tak perlu tahu.
Tapi bagai mana pulak 100,000 or yg nak keluar tuuuu? Alhamdullilah jugak kalau anda menghormati pilihan mereka dan redha akan takhir bagi mereka begitu.

[ Last edited by  tiM at 1-8-2006 07:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 08:17 PM | Show all posts
kalau ada yang nak berbincang mengenai thread ini, sila ke RSF dan anda sekelian boleh berbincang atas platform comparative religion.  anggapkan thread ini sekadar memberi maklumat sahaja.

wasslam.

threadnya di sini:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

[ Last edited by  ibnur at 1-8-2006 10:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 11:37 AM | Show all posts

masuk islam

assalamualaikum sebagai pembuka bicara...di sini yuna ingin bertanya dan ingin minta pendapat dr sahabat sahabat sekalian..

sebenarnya yuna nak tanya mcmana yea seorg yg bukan islam ingin masuk islam?sebabnya...GF adik ipar yuna cina dan diorg bercadang utk nikah gantung pada bulan november...dia berasal dari pulau pinang...perlukah dia menghadiri kursus utk mualaf?dan kalau nak nikah di luar drp pulau pinang..boleh ker..harap semua boleh membantu yuna

sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 12:15 PM | Show all posts
Yang mualaf itu adalah wanita.  Kena berwali hakim ni.  Kebiasaannya, penolong pendaftar nikah cerai (naib khadi) yang nak daftarkan nikah tu mestilah dari kawasan di mana alamat kad pengenalan.  Dalam kes mualaf biasanya boleh dinikahkan di pejabat khadi daerah atau negeri.  Kalau ada keluarga angkat islam, boleh rujuk ke naib khadi kawasan keluarga angkat.  Atau sebaiknya pergi ke pejabat agama islam (bahagian nikah, cerai dan rujuk) yang berhampiran.  Boleh terus buat permohonan di sana.



Bagi permohonan nikah perlu ada yang berikut....

2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin

i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya. bahagian yang ni, biasanya boleh dirunding bergantung kpd kesesuaian dan bagi mengelak masaalah yang berbangkit kelak. ~ ibnur

ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.

iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon

iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

- Salinan Sijil Kelahiran.

- Salinan Kad Pengenalan.

- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI

- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.

- Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.

- Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.

- Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.

- Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.

- Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=502

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2006 12:39 PM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

terima kasih ibnur...yg pasal kawin saya dah faham bila ibnur terangkan cuma kalau ppuan nie nak masuk islam..apa yg dia kene buat?perlukah dia convert to islam skrg..dan kene register kat mana2 or kene hadiri kursus utk saudara baru?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:24 PM | Show all posts
saya nasihatkan mengucap sekarang, pastu pergi PERKIM untuk dptkan nasihat.. mengucap dlm bahasa melayu je.. soal pendaftaran tu hanya birokrasi jabatan agama, boleh diuruskan kemudian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 07:10 PM | Show all posts
Syukur Alhamdulillah... harap dia masuk Islam atas kesedaran bahawa tuhan yang layak disembah adalah Allah bukan disebabkan perkahwinan.  Suami dan orang sekeliling perlu memberi bimbingan dan sokongan kepada dia untuk menunjukkan betapa indahannya Agama Islam... jangan sisihkan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 07:47 PM | Show all posts
Dia dah fikir panjang dan memahami ke Islam, kalau dia tak bersedia dan ada was2, baik dilambatkan,tak perlu tergesa-gesa kerana dia perlu betul2 memahami, ingat Islam=submission so 100% commitment.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 11:19 AM | Show all posts
salam

MUDAHKAN jangan SULITKAN
RINGANKAN dan JANGAN BERATKAN

mudah aje jadi org ISLAM niiiii
PERCAYA KEPADA TUHAN
dan dlm semua agama, TUHAN tu TETAP yang SATU
dan BERAMAL KEBAIKAN dan TINGGALKAN KEMUNGKARAN

mungkin inilah ISLAM yg diterima TUHAN kotttttt
bukan ISLAM yg diterima hanya OLEH MANUSIA!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by juliet_86 at 29-8-2006 07:47 PM
Dia dah fikir panjang dan memahami ke Islam, kalau dia tak bersedia dan ada was2, baik dilambatkan,tak perlu tergesa-gesa kerana dia perlu betul2 memahami, ingat Islam=submission so 100% commitment.


tak setuju.. orang Islam sendiri susah 100% commitment... cukup dia yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad saw pesuruhNya.. soal amal ibadat, kemudian boleh belajar, yg penting Islam dahulu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by lady_yuna at 29-8-2006 12:39 PM
terima kasih ibnur...yg pasal kawin saya dah faham bila ibnur terangkan cuma kalau ppuan nie nak masuk islam..apa yg dia kene buat?perlukah dia convert to islam skrg..dan kene register kat mana2 or ...


Assalamualaikum lady_yuna,

Yang terbaik setakat ini ialah PERKIM.
Mubaliq or pendakwah or Ustaz nya adalah terdiri dari 'Saudara Baru' juga.

Mereka lebey memahami masaalah yg di hadapi olih mualaf.
Kursus juga di berikan......

Kursus yg di berikan agar seseorg mualaf itu TIDAK TERIKUT IKUT cara oghang melayu cum Islam beribadat.(cara bidaah)
Dan pastikan bakal suami nya DAPAT MEMIMPIN nya mengikut lunas lunas Islam.

Pertama sekali ialah solat, menutup aurat etc.
BUKAN setakat tukor namer jer!!!!
Lepaih tu idup seperti sebelum memeluk agama Islam.

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 02:47 PM | Show all posts


alhamdulillah..semoga berjaya dalam hidup...

kim salam eh..semoga perkahwinan mendapat rahmat dan berkat..amin
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by palong at 30-8-2006 12:38 PM


tak setuju.. orang Islam sendiri susah 100% commitment... cukup dia yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad saw pesuruhNya.. soal amal ibadat, kemudian boleh belajar, yg pen ...


Habis tu nak ambik orang2 kita sebagai contoh ke? Dah kita dilahirkan Islam manalah boleh kita keluar, di mana dia pula ada pilihan... Apalah awak  merepek ni, she has to understand dan saya tidak cakap pasal fardhu ain, sebab bila dia masuk dia tak boleh keluar balik semula, jikalau dia keluar dia akan digelar "apostate" dan macam2 complication akan berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 30-8-2006 11:19 AM
salam

MUDAHKAN jangan SULITKAN
RINGANKAN dan JANGAN BERATKAN

mudah aje jadi org ISLAM niiiii
PERCAYA KEPADA TUHAN
dan dlm semua agama, TUHAN tu TETAP yang SATU
dan BERAMAL KEBAIKAN dan TI ...



Semoga dia berusaha mengenal Tuhan(ALLAH) at the first stage!  Kalau disogok macam kita disogok, terima cara warisan.........hmm confuse all the way............

Allahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2006 04:06 PM | Show all posts
salam

terima kasih ayahpeen
tapi masalahnya orang islam sendiri yang MENYUSAHKAN
perit manusia bila mereka nak masuk islam
macam macam cerita
bukannya nak mudahkan
tapi membebankan

dan kalaulah dia yg lady yuna katatu
dah MENGAKU dalam hatinya
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
dan dah mula ikut sikit sikit APA YANG DITURUNKAN
bukankah dia dah ISLAM??????
bahkan lebih baik dari kita ni kottttttttttttttt
pasal masih dok tang tuuu jugak
tak naik naik punnnnn
tambahan buat KALUT saja lebihhhhhhhhh

SESUNGGUHNYA ISLAM ITU MUDAH
DAN MUDAHKAN
MENGIKUT KESANGGUPAN
KAMU MENGADAP TUHAN KAMU NANTI
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 11:15 AM | Show all posts

Utusan Malaysia - Bicara Agama

Keinginan mengembara bawa Michael Wolfe kepada Islam

Michael Wolfe bersama rakannya, Alex Kronemer (kiri) dan Safi Qureshey ketika lawatan ringkas ke pejabat Pakistan Link pada 19 Januari 2003.

Susunan ZUNAIDAH ZAINON
SELEPAS 25 tahun menjadi penulis di Amerika Syarikat (AS), Michael Wolfe ingin mencari sesuatu yang berupaya melembutkan perasaan sinisnya dalam melihat prospek kehidupan. Lahir dalam keluarga yang mempunyai dua pegangan agama lantaran ayahnya berketurunan Yahudi manakala ibunya penganut Kristian menyebabkan Wolfe agak tertekan apabila membicarakan isu perkauman dan kebebasan.

Untuk mencari dimensi baru dari sisi hidup yang berbeza, Wolfe mengambil keputusan mengembara ke Afrika Utara sejurus tamat pengajian universiti. Akhirnya beliau yang ketika itu berusia awal 20-an memutuskan menetap di benua tersebut selama tiga tahun.

Pergaulan dengan masyarakat Arab dan Eropah yang kebanyakannya beragama Islam menguak perasaan Wolfe tentang obsesi orang Barat terhadap kelas sosial. Apa yang diperhatikannya, Islam tidak pernah membezakan umatnya berdasarkan kaum ataupun warna kulit tetapi berpandukan kepada ajaran dan kepercayaan agama.

揝aya ingin mencari satu laluan yang boleh melepaskan diri daripada pengasingan istilah budaya materialistik tetapi fahaman konvensional yang saya ikuti sejak kecil terlalu rapat.

揟ambahan pula latar belakang saya yang bercampur aduk menyebabkan saya mempunyai dua pegangan (agama) berbeza. Namun, kedua-duanya sangat meragukan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 07:32 AM | Show all posts

Semakin Ramai Penduduk Korea Selatan Peluk Islam

Semakin ramai penduduk Korea Selatan peluk Islam
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali yang melawat Korea Selatan baru-baru ini


SELEPAS tragedi 11 September, lima tahun lalu, satu perkara luar biasa berlaku di kalangan masyarakat Korea Selatan terutama generasi muda apabila mereka mula menunjukkan minat mengetahui dan mendalami Islam.

Fenomena ini boleh dilihat pada setiap minggu apabila Masjid Utama Seoul menerima kunjungan lebih 200 penduduk yang kebanyakannya pelajar universiti dan golongan muda.

Sejak kejadian itu, bilangan penduduk yang memeluk Islam terus meningkat, kira-kira 100 orang setiap tahun, kebanyakannya remaja serta penuntut universiti.

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Muslim Korea (PMK) Ahmad Cho Min Haeng, berkata jumlah penduduk beragama Islam di seluruh Korea Selatan, kira-kira 150,000 orang termasuk kira-kira 10,000 rakyat Pakistan dan Indonesia yang mencari rezeki di negara itu.

Katanya, setiap minggu, Masjid Utama Seoul di bandar Itaewon yang diketuai Imam Sheikh Sulaiman Lee juga menerima kunjungan lebih 700 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat.

Beliau yang memeluk Islam pada usia 22 tahun berkata, di seluruh Korea ada lapan masjid antaranya di Wilayah Busan dan Kwangju.

Katanya, PMK berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada rakyat Korea mengenai ajaran Islam melalui dakwah, seterusnya menepis tanggapan buruk dan salah faham mereka terhadap agama itu.

Sejajar usaha itu, badan itu kini dalam perancangan melaksanakan projek pembinaan sekolah agama bagi memberikan pendidikan Islam kepada golongan muda.

Setakat ini, hanya ada sebuah madrasah di Masjid Utama Seoul, iaitu Madrasah Prince Sultan yang mendapat pembiayaan melalui derma pemimpin dan golongan diraja negara Islam dari seluruh dunia terutama Arab Saudi dan Kuwait.

揃agaimanapun, derma yang kami terima masih tidak mencukupi bagi memberikan pendidikan sempurna kepada kanak-kanak Islam di Korea dan memerlukan lebih banyak sumbangan negara Islam di seluruh dunia.

揗adrasah ini bukan sekolah rasmi bagi penduduk Muslim di Korea dan mata pelajaran yang diajar hanya terhad kepada Bahasa Arab, Pengajian al-Quran, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris yang diajar empat guru.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil media dan ejen pelancongan yang mengunjungi Korea Selatan dalam program 慙awatan Suai Kenal Muslim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 07:38 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.139095 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list