CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6753|Reply: 6

OST BILUT-SEMALAM HARI INIKU

[Copy link]
Post time 30-7-2006 09:37 PM | Show all posts |Read mode
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kali ini EMI menerbitkan serta mengedarkan sebuah album kompilasi bagi lagu tema filem Bilut yang berjudul Bilut Semalam Hari Iniku. Album ini memuatkan 18 buah lagu termasuk 13 dialog di dalam satu cakera padat.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam Semalam Hari Iniku (Mawi), Cinta Seorang Teman (Bob AF2), Bunga Tanjung (Sharifah Aini), Warkah Berlagu Pilu (Felix), Pop Ye Ye (V.E) dan banyak lagi.

Album ini boleh dikatakan istimewa kerana artis-artis yang muncul di dalam album ini terdiri daripada artis-artis baru, veteran dan artis yang telah tiada antaranya; Mawi, Jerichos Rosales, Sudirman, Ahmad Jais, P. Ramlee, Ella dan ramai lagi. Malah, album Bilut Semalam Hari Iniku ini juga turut menampilkan penampilan khas pelakon serta penyanyi popular yang berasal dari Filipina iaitu Jericho Rosales dengan lagu yang berjudul Gadis Melayu.

Album Bilut Semalam Hari Iniku ini merupakan sebuah album kompilasi yang cukup menarik, lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini sememangnya cukup pelbagai.



OK LAH KORANG TU JERK...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 07:45 AM | Show all posts

BILUT - SEMALAM HARI INIKU -

Album Bilut - Semalam Hari iniku


ALBUM: Bilut - Semalam Hari Iniku
ARTIS: Variasi
GENRE: Runut Bunyi


BILUT memuatkan himpunan lagu yang terpilih untuk melatari filem yang dihasilkan sempena 50 tahun sambutan Felda. Bertemakan Semalam Hari Iniku, album terbitan EMI Music Malaysia dengan kerjasama Mega Waja Sinar memuatkan 18 lagu diselangselikan 13 petikan dialog daripada filem itu.

Lagu tema disampaikan juara AF3, Mawi berjudul Semalam Hari Iniku. Lagu bergenre folk ini dicipta LY, bagaimanapun digubah semula Mohar daripada kumpulan Mohram. Dibawa oleh Mawi dengan beremosi, ia memutikkan suasana romantis sekali gus mengajak pendengar menghayati mesej yang cuba disampaikan lewat lagu itu.

Menariknya, lagu itu juga dinyanyikan semula oleh Ezlynn dalam versi pop. Kompilasi ini turut memuatkan lagu hit penyanyi terkenal negara seperti Aduh Tsumawi - versi akustik (Amuk), Pop Ye Ye - 60抯 Mix (VE), Nazam Berkasih (Syura), Patah Hati (Sudirman), Rindu Bayangan (Carefree), Berkorban Apa Saja dan Getaran Jiwa (P Ramlee & KRU).

Album ini turut menampilkan aktor dan penyanyi Filipina, Jericho Rosales dengan lagu Gadis Melayu. Istimewanya lagu ini didendangkan dalam bahasa Melayu, sekali gus menguji kemampuan aktor itu membawakan lagu tempatan.

Menariknya, pembeli juga akan menerima sebuah booklet yang dipenuhi info dan lirik lagu. Sinopsis filem juga disertakan, memuatkan paparan cerita perjalanan filem itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 03:28 PM | Show all posts
besh la tajuk.. smalam hari iniku..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 14-9-2006 03:28 PM
besh la tajuk.. smalam hari iniku..


Sayu ar dengar lagu Mawi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:59 PM | Show all posts

Mawi - Semalam Hari Iniku - OST Bilut

Sapa dah dengar lagu ni? lagu tema untuk filem bilut. kategori slow song...

Kalu tak silap lagunya sampai 6 minitt. lama betull
Sampai tertido aku dengarr

Pendapat? best tak lagu ni? bagi aku tak best sangat
Sloww sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 04:13 PM | Show all posts

Reply #1 Fantasia's post

xperasaan nak dgr pon...:no:
mawi? :puke: :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2006 02:55 AM | Show all posts
tak penah dengar pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063832 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list