CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38981|Reply: 234

Berita Roda2 Kehidupan

[Copy link]
Post time 12-5-2006 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Disini insyallah sayer letakkan berita2 ttg roda2 kehidupan manusia:nerd:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2006 04:15 PM | Show all posts
Rugi RM200,000

PENDANG: Kira-kira 40 penduduk Taman Simpang Jaya, Tokai, di sini, mendakwa kerugian kira-kira RM200,000 selepas ditipu seorang lelaki yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan seorang pemimpin politik kanan negeri.

Penduduk mendakwa, lelaki pertengahan usia itu mendakwa boleh membantu mereka mendapatkan rumah kos rendah dan tawaran pembelian bahan perniagaan lebih murah kerana mempunyai hubungan baik dengan pemimpin berkenaan.

Kejadian itu dikatakan berlaku lebih setahun setengah yang lalu dan sehing ga kini, mangsa belum menerima sebarang faedah yang ditawarkan lelaki berkenaan .

Berikutan itu, sekumpulan penduduk terbabit mengadakan sidang akhbar semalam memaklumkan kejadian itu.

Mangsa, Lim Beng Keok, 46, berkata mereka diminta membayar wang pendahuluan RM2,000 bagi rumah kos rendah dan RM3,000 bagi rumah kedai.

揇ia mendakwa ada hubungan rapat dengan pemimpin itu dan kononnya boleh membantu kami 憁emotong barisan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:16 PM | Show all posts
Rogol anak angkat

MELAKA: Seorang tukang kayu yang mengambil kesempatan menjadikan anak angkatnya yang berusia 19 tahun sebagai alat pemuas nafsu ditahan di rumahnya di Pulau Gadong, dekat sini, Selasa lalu.

Anak angkatnya yang sudah bosan kerana sering dirogol bapa angkatnya itu sejak beberapa tahun lalu membuat keputusan membuat laporan polis selepas berbincang dengan kakak angkatnya.

Sebelum ini, dia dikatakan enggan membuat laporan polis kerana bimbang ibunya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis terkejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, tukang kayu yang juga bapa angkat mangsa berusia 55 tahun ditahan beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Katanya, sebelum ini, mangsa dipercayai takut membuat laporan polis kerana sering diugut bapa angkatnya itu.

揃erdasar laporan mangsa, kebanyakan kes rogol itu berlaku di rumah mereka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:17 PM | Show all posts
Tidur dalam stor

KOTA BHARU: Empat remaja termasuk dua masih bersekolah dipercayai sanggup tidur dalam stor sebuah pasar raya di Jalan Padang Garong, dekat sini, kelmarin untuk bersembunyi sebelum mencuri pakaian.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu terbongkar apabila perbuatan mereka dikesan seorang pekerja pasar raya terbabit kira-kira jam 10.50 pagi yang kemudian menghubungi pengurus pasar raya terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata pemeriksaan yang dilakukan pengurus itu menemui empat remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.

揔esemua mereka ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

揌asil pemeriksaan pelbagai pakaian bernilai RM900 ditemui dalam satu beg dipercayai dicuri dalam pasar raya berkenaan.

揇ifahamkan, pada malam sebelum itu empat remaja terbabit menceroboh masuk ke dalam stor pasar raya itu dan dipercayai bermalam di situ,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:18 PM | Show all posts
Menang loteri RM3.5J

KULIM: Seorang peniaga terkejut menerima sepucuk surat mengatakan beliau memenangi satu cabutan loteri luar negara berpusat di Sepanyol bernilai Euro 785,790 (kira-kira RM3.5 juta).

Mohd Nor Affandi Harun, 32, berkata surat yang dialamatkan ke rumahnya di Taman Kemuning, di sini, diterima Selasa lalu.

Menurutnya, surat itu antara lain mengatakan dia adalah seorang daripada 17 orang di seluruh dunia yang bernasib baik kerana memenangi loteri berjumlah Euro 13 juta (RM58 juta).

Beliau berkata, loteri dikenali Euromilliones Loteria International itu mengadakan cabutannya pada 24 Februari lalu manakala senarai pemenang dikeluarkan pada 28 April lalu.

揝elain surat itu, terdapat satu borang yang perlu diisi oleh saya untuk menuntut wang hadiah berkenaan dan saya dikehendaki mengisi butir peribadi dan juga nombor akaun bank yang akan digunakan untuk memasukkan wang berkenaan.

揟arikh akhir untuk menghantar borang terbabit ialah selewat-lewatnya 2 Jun ini melalui faksimili.

揃agaimanapun saya tidak melakukannya kerana berasa curiga dengan perkara itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:20 PM | Show all posts
Buang kerja tanpa sebab

BUTTERWORTH: Enam pekerja sebuah agensi percutian berpejabat di Bandar Sunway, Seberang Jaya mendakwa 慸ipermainkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2006 04:21 PM | Show all posts
Pelajar cedera dibelasah rakan

KOTA BHARU: Dendam lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar dibelasah sekumpulan tiga pelajar perempuan yang berlagak samseng, selepas tamat waktu persekolahan, kira-kira jam 1.30 tengah hari, dua hari lalu.  

Norsyamimi Mohd Sabri, 16, pelajar tingkatan empat mendakwa dipukul tiga pelajar tingkatan lima ketika dalam perjalanan pulang iaitu berhampiran dewan sekolahnya.

Menurutnya, ketika itu dia sedang berjalan keluar sambil ditemani sepupunya, Nurul Fatin Yaakub, 17, sebelum dipanggil kumpulan pelajar perempuan itu.

Katanya, ketika menghampiri kumpulan terbabit, seorang daripadanya menampar mukanya hingga membuatkannya terpaksa mempertahankan diri.

揔etika itu, dua lagi pelajar lain menarik tudungnya sehingga tercabut dan menarik pula rambutnya.

揔etika itu juga, mereka bertiga turut menendang kaki dan dada sehingga terjatuh.

揗ujurlah Nurul Fatin datang meleraikan pergaduhan itu dan melaporkan kepada guru yang kebetulan ternampak kejadian itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:22 PM | Show all posts
Bomoh tipu 16 penduduk

KOTA TINGGI: Seorang bomoh perempuan dipercayai menjadi dalang menipu beberapa penduduk di sini `menjual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2006 04:23 PM | Show all posts
Lapan perompak ala Mafia

TAIPING: Sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi hanya mengambil masa 10 minit bagi 憁engosongkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:25 PM | Show all posts
Mangsa lacur di UK diselamatkan

KUALA LUMPUR: Seorang gadis Melayu adalah antara 19 wanita Malaysia yang berjaya diselamatkan dalam serbuan di dua rumah pelacuran di sekitar kawasan West Park dan Birmingham di London.



Selain gadis Melayu berusia lingkungan 20-an dari Johor itu, seorang lagi rakannya berbangsa Cina dari Perak turut ditahan pihak Scotland Yard dalam serbuan awal pagi, kelmarin.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, berkata pihaknya hanya sempat menemu bual dua daripada 19 wanita terbabit dan mereka mendakwa ditipu teman lelaki masing-masing.

揗angsa mendakwa dibawa makan angin ke London oleh teman lelaki masing-masing, tanpa menyedari mereka bakal dijual sebagai hamba seks kepada sindiket pelacuran.

揝iasatan awal mendapati teman lelaki mangsa mempunyai hutang yang banyak dengan ceti haram di Malaysia dan sebagai jalan mudah mendapatkan wang mereka dipaksa melacur,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:26 PM | Show all posts
40 penduduk mangsa tipu guna nama Syed Razak

ALOR STAR: Kira-kira 40 penduduk Taman Simpang Jaya, Tokai, dekat sini menjadi mangsa penipuan berjumlah RM200,000 seorang lelaki yang 憁enggula-gulakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 04:32 PM | Show all posts
Ikan keli punca kebakaran

LONDON: Seekor ikan peliharaan dianggap punca kebakaran yang hampir meragut nyawa seorang wanita serta dua anaknya.



Seekor ikan keli berukuran 16 sentimeter yang diberi nama Kipper, dikatakan menjadi punca kebakaran apabila ia bergaduh dengan seekor ikan lain di dalam akuarium.

Air memercik dan kena pada plak di bawah akuarium berkenaan, lapor The Sun.

Ia mengalirkan arus elektrik ke kabel lampu akuarium yang kemudian terbakar dan mencairkan penutupnya. Cairan panas itu menitis ke atas sofa dan menyebabkan ia terbakar.

Sharron Killahena, 25, anaknya Nicole 6 dan Kerry 2, tidak menyedari kebakaran yang berlaku kerana sedang tidur di Poole, Dorset.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila bunyi penggera mengejutkan pemilik rumah, Simon Justice, 25, yang tidur di bilik berasingan. Dia segera mengejutkan mereka dan menyelamatkan diri.

揥alaupun rumah kami ranap dan enam ekor ikan mati, sekurang-kurangnya kami masih hidup untuk menceritakan kisah pelik tetapi benar ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 07:51 PM | Show all posts
Geng perompak kedai emas tumpas


SIMPANG RENGGAM 12 Mei - Polis Kluang berjaya menumpaskan sekumpulan lima lelaki yang merompak barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000 di sebuah kedai emas di Jalan Datuk Teo Chiew Kor, di bandar Kluang, dekat sini, 30 minit selepas kejadian pada pukul 1.30 petang ini.

Rompakan di Kedai Emas Sri Intan itu berlaku dalam tempoh lima minit apabila kumpulan terbabit menggunakan parang, kapak dan tukul besi untuk memecahkan cermin tempat menyimpan emas di kedai tersebut.

Bagaimanapun, seorang daripada perompak terbabit disahkan meninggal dunia di Hospital Kluang setelah terlibat dalam kemalangan betul-betul di hadapan Balai Polis Layang-Layang dekat sini apabila bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan ketika cuba mengelak sekatan polis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Pemangku Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad memberitahu, kumpulan itu melarikan diri bersama barang kemas tersebut dengan sebuah kereta Iswara menghala ke Johor Bahru.

Bagaimanapun sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu, polis terus mengadakan Ops Tutup untuk menutup pintu keluar dari bandar Kluang.

``Tidak lama kemudian pasukan kereta peronda polis Machap dan Simpang Renggam berjaya mengesan kereta tersebut dan mengejar mereka.

``Apabila menyedarinya, mereka membuang paku payung ke arah kereta peronda tetapi polis berjaya mengelaknya daripada terkena tayar.

``Ketika berhampiran Balai Polis Layang-Layang, apabila nampak sekatan polis, kereta Iswara itu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah van menyebabkan penumpang di hadapan mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia,'' katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Layang-Layang lewat petang ini.

Mohd. Fawzi memberitahu, hasil siasatan ke atas kereta Iswara itu polis menjumpai semula barangan kemas yang dirompak serta sekurang-kurangnya lima topeng muka yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Sementara empat lagi perompak terbabit mengalami kecederaan di muka, kepala dan badan dan telah diberikan rawatan.

Mohd. Fawzi berkata, kumpulan perompak berusia 20 hingga 35 tahun termasuk yang berasal dari Kedah dan Perak itu akan dikenakan tahanan reman esok.

Pemandu kereta itu juga akan dakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu, malah kereta itu juga menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Polis juga katanya, yakin dengan penangkapan kumpulan tersebut dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah lain yang membabitkan kumpulan tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 07:53 PM | Show all posts
SEMAKIN BAHAYA...






Gunung Berapi Merapi yang terletak berhampiran kampung Srumbung dekat bandar Yogjakarta di Jawa Tengah terus memuntahkan lahar panas dan kepulan asap yang mengancam keselamatan penduduk

di persekitarannya.

Gunung berapi setinggi 2,914 meter itu telah mengeluarkan kepulan asap lebih tiga minggu lalu dan mula mengeluarkan lahar panas sejak seminggu lalu, yang mendorong ahli-ahli sains untuk mengeluarkan amaran bahawa gunung itu dijangka meletup pada bila-bila masa.

Pejabat yang memantau kegiatan gunung berapi itu berkata dalam laporan hariannya bahawa lahar merah, yang

sebelum ini dilaporkan mengalir turun hingga ke paras

200 meter, kini telah sampai 1,500 meter melalui lereng selatannya.

Perkembangan terbaru itu telah mendorong Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla untuk mengarahkan pihak berkuasa supaya memulakan operasi pemindahan kira-kira 17,000 penduduk yang tinggal di lereng gunung berapi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 07:54 PM | Show all posts
7 kakitangan RMIT hidapi ketumbuhan otak kesan pemancar telefon

MELBOURNE 12 Mei - Dua tingkat teratas Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) di sini ditutup selepas tujuh kakitangannya dikenal pasti menghidapi ketumbuhan otak, yang dikhuatiri ada kaitan dengan pemancar telefon bimbit yang dipasang di atas bumbung bangunan berkenaan.

Menurut para pegawai, kedua-dua tingkat itu yang menempatkan pejabat perumahan universiti teknikal itu diarah ditutup semalam selepas empat kakitangannya didapati mempunyai ketumbuhan otak sejak dua minggu lalu.

Laporan Sky News Online pula menyebut, lebih 100 kakitangannya telah diarah bekerja dari rumah ataupun tempat-tempat lain.

Selain itu, tiga lagi kes dikesan sejak 2001 di kalangan kakitangan yang bekerja di kedua-dua tingkat itu, menurut para pegawai Kesatuan Pendidikan Tinggi Kebangsaan (NTEU) hari ini.

Syarikat telefon terbesar di Australia, Telstra, telah membina menara telefon bimbit di bangunan itu dan mengeluarkan satu kenyataan yang berkata, peralatan itu mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan telah diuji dari semasa ke semasa.

揚iawaian itu ditetapkan oleh Agensi Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Radiasi Australia dan disusun mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang tegas,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 08:01 PM | Show all posts
Kilang hangus depan mata


KOTA BHARU: Seorang pengarah syarikat hanya mampu menahan sebak melihat kilang menjual tayar baru dan terpakainya musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Lundang di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, malam kelmarin.  

揝aya hanya mampu berdiri menyaksikan api membakar dan memusnahkan beberapa mesin serta barangan lain dalam kilang itu.

揔edengaran juga beberapa letupan kecil dari dalam kilang, mungkin berpunca daripada mesin dan timbunan tayar menyebabkan saya terpaksa menjarakkan diri kerana takut kilang itu meletup,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2006 08:02 PM | Show all posts
2 beranak ejen sindiket judi

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
masni@hmetro.com.my

MELAKA: Dua beranak yang tinggal serumah di kawasan perumahan eksklusif di Bukit Katil, dekat sini, dipercayai memperoleh pendapatan RM100,000 sebulan hasil daripada kegiatan sebagai ejen judi haram di negeri ini

Malah pendapatan lumayan itu menyebabkan mereka boleh tinggal di kawasan perumahan berkenaan tanpa menimbulkan syak jiran mengenai pekerjaan mereka.

Mereka juga hanya menggunakan sebuah daripada empat bilik yang ada dalam rumah itu sebagai `pejabat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 08:03 PM | Show all posts
Syarikat perdaya gadis

Oleh Mazlan Hasan
mazlanhassan@hmetro.com.my

IPOH: Ibu bapa terutama yang mempunyai anak gadis lepasan diploma dan ijazah perlu berhati-hati terhadap tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan oleh sebuah syarikat berkaitan industri perabot, di sini, kerana ia berkemungkinan cuba memperdayakan mereka.

Kegiatan itu terbongkar selepas ada ibu bapa dari negeri lain termasuk di Johor yang sangsi terhadap tawaran oleh ejen berkenaan apabila memeriksa alamat syarikat berkenaan yang terletak di Jelapang, di sini.

Malah, mereka terkejut apabila mendapati alamat yang diberikan itu adalah alamat sebuah rumah manakala nombor telefon bimbit yang diberikan ejen berkenaan pula ditutup.

Seorang ahli keluarga mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 43, dari Taman Jati, di sini, berkata kejadian itu bermula apabila bapa saudaranya dari sebuah tanah rancangan Felda di Segamat, Johor menghubunginya minggu lalu mengenai tawaran syarikat berkenaan.

Katanya, dia diminta mencari alamat sebuah syarikat perabot di Jelapang berikutan bapa saudaranya mahu menghantar anak perempuannya yang mendapat tawaran kerja sebagai akauntan.

揃erikutan itu, saya mencari alamat berkenaan tetapi terkejut apabila mendapati ia adalah alamat sebuah rumah di luar pengetahuan penghuninya dan bukan syarikat atau kilang seperti yang dinyatakan.

揝aya kemudian memaklumkan perkara itu kepada bapa saudara yang turut terkejut kerana anaknya serta empat lagi anak penduduk di Felda itu sudah bersiap bertolak ke Ipoh untuk bekerja dengan syarikat berkenaan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 08:04 PM | Show all posts
Diancam banjir lumpur

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

ULU TIRAM: Kira-kira 30 keluarga di Kampung Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2006 08:04 PM | Show all posts
Baliklah walau hanya seketika

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

SETIU: 揂bah, kami tidak bermaksud melukakan hati abah dengan meletakkan syarat untuk bertemu tetapi kami terpaksa melakukan semua itu kerana kami masih sayangkan abah.

揓ika betul abah sudah insaf, kami bersyukur dan mendoakan abah berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

揟etapi pulanglah kerana kami rindu, biarpun seketika,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.455665 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list