CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rindupati

Ucap Selamat Pd Perayaan Non-Muslims(merged: Syd, zulyusoff)

[Copy link]
Post time 13-10-2005 09:26 AM | Show all posts
Hmmm pedih telinga aku dengar orang caci maci orang lain ni..caci ulamak pulak tu...
hmmm macamlah yg bercakap tu pandai bebeno ...

Kalau kita takde ilmu ..dengarlah cakap yg berimu...jangan pepandai nak buat teori sendiri pulak...

as for yg aku tahu...deepavali perayaan keagamaan. gongxi fa cai ni tahun baru cina berdasarkan kepada calender cina...

so baiduri and u guys yg masih tak faham2 i...read between the lines

at the end of the day.. nak "dengar dan taat" atau nak dengar dan buat bodoh...tanya iman sendiri...

selamat meneruskan ibadah puasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2005 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by no0rm at 13-10-2005 08:03 AM


tak betul ker sure heboh tu haram ? habis apa hukumnya? makruh? harus? atau sunat? Maksud dia haram utk org Islam sahaja,  ... Ianya juga tidak haram kpd penganut agama Islam Hadhari.....nko ta ...



nampak komen tu mcm org tak penah blajar agama, ataupun org tu bukan beragama
Islam kot. fatwa mana la yg menghalalkan konsert tu ye? ustaz dia tak ajar ke no0rm?

[ Last edited by rani at 13-10-2005 10:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by rani at 13-10-2005 09:59 AM



nampak komen tu mcm org tak penah blajar agama, ataupun org tu bukan beragama
Islam kot. fatwa mana la yg menghalalkan konsert tu ye? ustaz dia tak ajar ke no0rm?


sesetengah org tau .. cuma " trend mengurangkan rasa bersalah" tu timbul.... itu jer... ianya di sebabkan perkara tersebut kita suka buat, jadi cuba jadikan perkara tersebut seolah2 halal dan  tentang sapa2 yg cuba mengharamkannya .......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 11:49 AM | Show all posts
Saya tak caci pun Mufti Perak tu. Apatah lagi membantah bila dia cakap Sure Heboh tu haram serta pemulauan pesakit AIDS. Saya dpt terima pandangan beliau & saya sendiri boleh beri good reasons kat sini. Saya cuma nak tau apa concrete reasons mengapa Deeparaya boleh jatuh jadi haram. Mengapa pulak bila kita wish rakan2 bukan Islam pada hari perayaan boleh jadi haram seolah2 kita membenarkan kebenaran agama mrk? Mengapa pulak sama2 celebrate contohnya berkunjung ke rumah mrk pada hari perayaan mrk pun boleh jadi haram? Ada sesiapa kat sini arif tentang perkara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 02:41 PM | Show all posts
Fatwa mufti sesat? Hukum siapa? Mufti ke Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by kuihkoci at 13-10-2005 02:41 PM
Fatwa mufti sesat? Hukum siapa? Mufti ke Allah?


Habis tu nko nak expect Allah begitau nko direct ?!!! atau nko nak cari terus hukum dari AlQuran dan Alhadis ?!! Boleh nko buat Qias sendiri ... lepas tu buat Ijtimak dgn org yg sependapat dgn nko dan last sekali nko buat ijtiihad sendiri ...... supaya  lebih senang sesat lagi yer....;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2005 03:53 PM | Show all posts
x nak komen apa dulu.....tumpang baca.............
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 04:17 PM | Show all posts
Mufti benar kita ikut, mufti bertanggungjawab kita sanjung, mufti baik kita hormat. Tetapi kalau mufti pun dah merapu, hany orang yang tak ada akal sahaja yang akan ikut membuta cakap dia. Pakailah akal sedikit, kita sebut Selamat Deepavali, makan maluku, roti jala dengan kari ayam, bergelak ketawa kat rumah kawan baik kita walaupun dia beragama dia sendiri dengan berhala sembahyang dia kat rumah dia tidak bermaksud kita ikut menyembah dewa Hindu. Dia mufti, dia sepatutnya pandai agama, dia sepatutnya tahu tanggungjawab dia. Umat Islam biasa bukan tahu apa-apa, ramai yang akan ikut membabi-buta, di manakah tanggungjawab dia? Kita paham dia hanya manusia biasa seperti kita, yang boleh membuat salh, tapi dia patut bertanggungjawab. Jangan jadi macam Taliban, sebab akibatnya umat yang akan susah. Islam itu sempurna, tetapi malangnya orang macam inilah mencacatkan agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2005 04:59 PM | Show all posts
Bagi saya Mufti Perak tu okay jugak. Ada jugak benda2 yg dia cakap betul. Contohnya dulu dia kata mayat2 mangsa Tsunami hendaklah dibakar. Sebab dibakar krn mayat sudah busuk, dah tak dikenalpasti agama & bangsa, then kalau dibiarkan saja mayat tu nanti akan membawa penyakit berbahaya kpd mrk yg masih hidup.

Bnyk lagi termasuk pemulauan pesakit AIDS. Bagi kebanyakkan org ianya nampak kejam ttp nak ke orgramai hidup bersama2 pesakit AIDS termasuk duduk serumah bagi sokongan moral? Tepuk dada tanya selera. AIDS tu penyakit yg amat bahaya & sehingga kini tak ada penawarnya. Kalau terkena jangkitan AIDS, maka gelaplah masadepan kita. Lagipun ramai pesakit AIDS sendiri yg mengundang bala. Bukan tak berperikemanusiaan ttp kadang2 buat apa nak kasihan pd org yg tak kasihan pd diri sendiri.

Bagi saya kalau kita sekadar mempersoalkan mengapa sesuatu hukum itu boleh jatuh haram, tak bolehlah ia dikatakan mencabar ilmu seorg ulama atau hendak mencaci & merendahkan kedudukan ulama. Ini yg dikatakan exchanging views di mana kita sama2 belajar tak kira apa kedudukan kita. Tak semestinya bila ulama mcm Mufti Perak mengeluarkan sesuatu hukum & ianya pelik serta bertentangan dgn pegangan kita, maka kita jadi marah. Nak bandingkan Mufti Perak dgn Taliban whoever adalah melampaui batas. So pls be open-minded.

PS. Saya masih ingat kata2 arwah saya, apa sekalipun kita mesti menghormati kedudukan seorg ulama sebab ilmu mrk lebih tinggi ttp tak semestinya kita mengagung2kan & mendewa2kan mrk.

[ Last edited by Baiduri Othman at 13-10-2005 05:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 05:06 PM | Show all posts
Bertanya dan mempersoalkan adalah sesuatu yang berbeza.. yang silap adalah sesetengah orang menganggap bertanya itu sebagai mempersoalkan...atau mencabar ilmu mereka. Padahal yang bertanya itu betul betul tidak tahu dan ingin mencari kepastian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by Brader_Jon at 13-10-2005 05:06 PM
Bertanya dan mempersoalkan adalah sesuatu yang berbeza.. yang silap adalah sesetengah orang menganggap bertanya itu sebagai mempersoalkan...atau mencabar ilmu mereka. Padahal yang bertanya itu betu ...


Tepat sekali. Terima kasih krn memperbetulkan. Dlm kes ni, memang bertanya & nak tau sgt mengapa Deeparaya, Kongsiraya boleh jatuh hukum haram.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 05:36 PM | Show all posts
sama2 kita meraikan rasanya tidak salah .

apa salah kalau kita kunjumg berkunjung kan .

tapi salah kalau kita sama2 membesarkan perayaan mereka .

biarlah mereka saja menguruskan hal keagamaan depa .tolak ansur atau tidak ..  rasanya

bukan menjadi soal .   tetapi jangan lari dari akidah Allah itu satu  !!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 06:07 PM | Show all posts
Buat masa sekarang cakkk agak bersetuju dengan Bai, dess dan b.john....

Bukan mempertikaikan....cuma ikhlas ingin bertanya kepada yg lebih arif....

Semoga dengan penerangan yg diberikan dapat menjelaskan persoalan yg timbul.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by cyborq at 13-10-2005 06:17 PM



Mufti dah mera pu..atau hati ngko dah gelap pekat!!,orang yang takdak akai macam ngko saja sanggup hina ulamak sendiri!!..
dalam ruangan forum ni dah diterangkan secara terang-terangnya apa m ...


dalam thread ni aku rasa ada 2 isu iaitu sambutan deepavali dan hari raya aidilfitri yg digabungkan menjadi deeparaya dan satu lagi adakah boleh kita mengucap/melawat penganut agama lain semasa perayaan agama mereka. dlm petikan berita yg dicopy paste tuh tak dinyatakan apekah aktiviti2 yg boleh dan yg tak boleh dalam menghormati perayaan agama lain.
persoalan yg banyak dinyatakan dr "pihak2 yg tak bersetuju" ialah isu yg kedua..mereka iingin mengetahui ape batasan yg dikatakan bersama-sama meraikan perayaan agama lain seperti:
1.boleh tak mengucapkan ucap selamat deepavali/thaipusam/krismas
2.menghadiri jemputan makan sempena perayaan tersebut
3....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by kapakterbang at 13-10-2005 06:34 PM


dalam thread ni aku rasa ada 2 isu iaitu sambutan deepavali dan hari raya aidilfitri yg digabungkan menjadi deeparaya dan satu lagi adakah boleh kita mengucap/melawat penganut agama lain semasa ...


psssttttt Sila kembali kpd Surah Al Kafirun :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by Cakkkk....aaaa at 13-10-2005 06:07 PM
Buat masa sekarang cakkk agak bersetuju dengan Bai, dess dan b.john....

Bukan mempertikaikan....cuma ikhlas ingin bertanya kepada yg lebih arif....

Semoga dengan penerangan yg diberikan dapat ...



Nak tanya apa lagi pada yang arif,ulamak mufti Perak bukankah arif tentang hal ni??....pendapat ulamak lagi disanggah,
nak siapa lagi yang bagi pendapat...
Selagi peraturan2  agama islam tak sealiran dengan pemikiran korang..selagi tu la korang semua akan cari pendapat
yang  seboleh2nya sealiran dgn gaya hidup pemikiran korang.Betul??
Nak ikut macam kristian ubah peraturan2 kitab injil sebenar supaya sesuai dgn pemikiran diaorang
Apa...?.peraturan2  Al-Quran & Sunnah dah tak sesuai ker untuk diterjermah dalam kehidupan agama majmuk di
Malaysia.
Islam tak larang kita hidup bermajmuk dengan orang kafir....tapi jangan dok ikut pi merayakan perayaan agama diaorang dan memandai2 campur aduk perayaan agama islam dgn perayaan agama lain plak.
Kalau pergi kerumah orang india misalnya..untuk mengucapkan Happy Deepavali (meraikan perayaan berkenaan)dan
terus makan juadah masakan diaorang yang tak tau asal-usul cara penyembelihan & masakan diaorang....
itu dah memang tak betul
tapi kalau nawaitu korang hadir kerumah diaorang sekadar menghormati kawan/jiran dan kebetulan mereka ketika itu sedang buat openhouse sempena perayaan agama diorang..mungkin dimaafkan,jangan plak pi wish Happy Deepavali ,
secara tak langsung
meraikannya@setuju yg diaorang menganut agama tersebut
sekiranya terpaksa,makan ala kadar shj ,etc makan kacang cap tangan & minum air kotak...kalau takdak makanan ala kadar berkenaan ,semuanya heavy2..mengelaklah secara sopan.
Tapi seeloknya, demi ruh islam yang dikurniakan Allah atas korang ..cuba elak sebaik mungkin untuk meraikan @ terjebak dgn perayaan agama lain(yang sememangnya sesat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2005 06:32 AM | Show all posts
cuba elak sebaik mungkin untuk meraikan @ terjebak dgn perayaan agama lain(yang sememangnya sesat)


:setuju:

Sepatut nya KITA (org Islam) ber:pray: agar mereka ini(penganut Agama Hindu dll) mendapat TAUFIQ n HIDAYAH Allah swt.
Tak kasihan kah komer melihat mereka di dalam KESESATAN.???
Adakah ini SIFAT/PERIBADI seorg MUSLIM?

Komer sanggup ketawa riang/senyum meraikan orang yg dah SAH akan KESESATAN nya??? :hmm:

Sepatut nya komer berDAKWAH kpd mereka!
:cak:

Di antara KAEDAH/CARA berdakwah ialah menjalin sillaturrahim dan akhlak.
TETAPI bukan lah dgn meraikan Hari Kebesaran mereka!!!
Ini TIDAK PERNAH di amalkan olih Rasulullah saw n para sahabat r.a.

So, jangan lah keliru/confuse dgn Semangat Muhibbah or terms BerTOLERANSI yg acap kali di ucapkan.
:pray:
Reply

Use magic Report

Nazgul This user has been deleted
Post time 14-10-2005 07:10 AM | Show all posts
Selamat Depawali tu = Selamat "berada dalam kesesatan...."

Apabila  bila orang kafir merayakan perayaan yg menunjukkan kejayaan mereka menyukutukan ALLAH..kita dengan senang hati mengucapkan selamat kepada mereka...ISLAM jenis apakah kita ini????
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by rani at 11-10-2005 04:18 PM
nak tau hukum yg lebih jelas, rajin2 la ke surau dan ambik tau pasal hukum-hakam agama
sendiri. ramai di antara kita hanya islam pada nama. bila keluar satu2 hukum, mula la kata
ustaz ni dah ses ...

:setuju::setuju::setuju:

Memang ramai yg macam tu. Sekarang ni pulak zaman artis pergi umrah. Bila balik cam tu jugak. Buat umrah berkali2. Bukan apa, konon2 nak tunjuklah. nyanyi, nyanyi jugak. goyang goyang jugak, seksi sampai nak terkeluar benda2 yg tak sepatutnya pun seksi, jugak tapi konon2 akhirat tu tak dilupa lah konon.

Diorg ni semua nak memutihkan  watak yg sedia kotor. Walau  berkali2 buat umrah, kalau duit tak berkat, tak berkat jugaklah jadinya, tu sebab bila balik cam tu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by Cakkkk....aaaa at 13-10-2005 06:07 PM
Buat masa sekarang cakkk agak bersetuju dengan Bai, dess dan b.john....

Bukan mempertikaikan....cuma ikhlas ingin bertanya kepada yg lebih arif....

Semoga dengan penerangan yg diberikan dapat ...


persoalannya ... dari awl lagi terang2 mrk ni tidak setuju , dan mengeluarkan pendapat spt contoh " aku rasa ..... " .. Dlm soal akidah , mana boleh ikut rasa atau sedap gigi masing2 .... mufti terpaksa bertanggung jawab atas apa yg dia keluarkannya SETELAH mendapat pandangan ulamak2 yg independent. Spt soalan aku yg lepas, adakah mrk sanggup counter ijtihad dari mufti? adakah mrk sanggup bertanggungjawab atas apa yg mrk ijtihadkan itu ? siapakah mrk utk ijtihad ?

waAllahu'alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059303 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list