CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mahathirGX

Bigfoot (merged: orga_zone, pipersfather)

[Copy link]
Post time 28-12-2005 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by mysara at 28-12-2005 04:27 PM
sbb ini thread myth.. sara nak citer le sikit apa yg opah sara ceritakan...

mmg ada bigfoot nih... tapi kalu org melayu sebut gergasi...
kediamannya mmg kat dlm hutan.
kan ke byk hutan dara yg ...

paper hari nie cakap  yg  bigfoot ni kemungkinan besar beruang..  ..entah la   Sara   .


~ :stp::stp::stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 04:36 PM | Show all posts

Reply #21 chumpon's post

besor bebenor le beruang tu yer...
tapi sara yakin... gergasi tu mmg ada..
sebagaimana adanya ulor besor yg maleh merayap tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 01:23 PM | Show all posts




Bayangkan kalau Bigfoot berdiri kat puncak bangunan ni macam KingKong !.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 01:46 PM | Show all posts

Reply #23 chumpon's post

heh.... bangunan tu mcm tempat bigfoot tuh melompat2 atau menggaru2 bandannya aje :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 05:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 08:20 PM | Show all posts

4 tingkat?!!!

wahhh, ni sudah lagi karut marut berunsur tahyul dan penipuan yg tak masuk dek akal.... heran aku.... 4 tingkat tu... jgn memain... mengalahkan king kong bandi amuk dah nih.... bleh pecaya ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2005 04:50 PM | Show all posts
Tok Batin pun letak jawatan bila tengok   Bigfoot nie !


:lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 11:38 AM | Show all posts

Lord of The Jungle...BIGFOOT

Bigfoot,Sasquatch, Yeti atau Orang Mawas dikatakan sejenis monyet gergasi prasejarah yang diketahui hidup ketika zaman Pertengahan Pleistocene.so,apa pendpt korang...if one day,this Thing is truly exist..n populasi nya btmbah..x mustahil bende ni bhijrah ke bandar coz in term of survival dlm hutan..they hv 2 fight each other..ramai yg mgatakan this Thing pmalu..tp x mustahil sbenarnya ganas n agresif.bkn ape..cthnya KING KONG..hmm..so,apa2 pun,The Truth Is Out There..usah biarkan hidup anda dselubungi Bigfoot..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2006 04:54 PM | Show all posts

Bigfoot Mungkin Saki Baki Monyet Pra-sejarah



[size=-2]MONYET GERGASI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 04:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 04:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 04:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 04:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 05:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 05:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 10:19 PM | Show all posts


aku kureng setuju ngan pendedahan berleluasa tentang bigfoot kat m'sia nieh ... nape nak kena heboh heboh sampai owang owang luar pong dah datang kat mesia nieh ntuk carik bigfoot tuh? ... well pikir laa sendiri ape jadik after this ...

heh ... ape perasaan kowang kalo selama nieh kowang idup bebas and tetiba jerh satu dunia nak tangkap kowang ... hantar kowang ntuk jadik ujikaji kat lab ... ambik sampel tuh sampel nieh ... pastuh maybe kena kurung dalam zoo ... mungkin ader gak sesetengah masyarakat yg tak berotak (kalo ade pong otak udang) akan ambik part part dibadan kowang kununnya akan jadik ubat ... paling worst skali kowang mungkin gak akan kne tangkap pastuh kne awet ntuk jadik koleksi owang owang kaya ...

heh ... pada pendapat aku ... bigfoot nieh patut dibiarkan bebas ... kalo nak wat research pong jgn sampai ganggu life diowang ... tak perlu laa menjadi bahan hebahan besar besaran media media yg sememang nyer laparkan duit ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ijad1986 This user has been deleted
Post time 5-1-2006 10:44 PM | Show all posts
Sebenarnya masih banyak lagi kawasan yang belum diterokai manusia di dunia ini. Tapi kalau nak kata bigfoot ini akan bertambah jumlahnya & mungkin berhijrah ke bandar, itu mustahil sebab jumlah mereka adalah sangat sedikit & mungkin mengambil masa beribu tahun untuk mewujudkan sebuah komuniti masyarakat yang ramai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 11:09 PM | Show all posts
hmm...aku masih lagik kurang percayer ler ttg kewujudannyer..tapi we weill see it..dun wuri....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 11:23 AM | Show all posts
Meragui mitos Bigfoot
Oleh DR. MOHD TAJUDDIN ABDULLAH


Saya mengenali Orang Asli bernama Kangkong bin Mintol sejak bulan Disember dalam tahun 1977. Tatkala itu saya telah dibawa oleh seorang penyelidik American Peace Corp. bernama Rodney Flynn untuk mengenali kesan kaki binatang dan menjejaki kesan tapak kaki badak hingga sampai di Sungai Selai yang terletak di tengah hutan belantara Endau Rompin.

Kangkong berasal dari Kampong Juaseh yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari pekan Labis, Johor. Berbadan kecil dan sasa, Kangkong telah hidup serasi dengan hutan Endau Rompin sejak dari dia dilahirkan.

Selepas berkahwin beliau telah berpindah ke perkampungan baru yang disediakan kerajaan.

Rumah kayunya mempunyai satu bilik yang dilengkapi dengan ``air dari besi dan api dari wayar''. Keadaan sekarang ternyata amat jauh berbeza dengan hidupnya yang berpindah-randah dengan mendirikan pondok kecil di hutan.

Gaya hidup Kangkong yang sederhana itu serupa dahulu tanpa ada apa-apa harta dunia. Beliau pemalu pada kali pertama saya menemui tetapi amat bangga menyambut saya yang berkunjung ke rumahnya hampir tiga dekad yang lalu.

Pada ketika itu saya telah ditugaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil alih tugas Rodney bagi menjalankan penyelidikan mengenai taburan dan ekologi badak sumbu (Dicerorhinus sumatrensis) di Malaysia.

Tanpa pegetahuan khusus mengenai spesies badak yang terancam itu, saya terhutang budi kepada Kangkong yang banyak berkongsi pengalamannya mengenai cara-cara menjejaki binatang liar serta pelbagai ilmu yang diperoleh mengenai survival di hutan. Selama lebih kurang lima tahun Kangkong juga telah membawa saya menjelajah dan merentasi hutan Endau-Rompin daripada Juaseh ke Selai dan Kemidak di Labis dan keluar di Kampung Peta di Kluang.

Kadangkala kami berjalan kaki dan keluar di kawasan Felda di negeri Pahang atau Kampung Bekok. Perjalanan dengan kaki yang mengambil masa tujuh hingga 14 hari sambil menanggung beban hoversack dengan muatan makanan dan peralatan kerja seberat 30 hingga 40 kilogram.

Hampir setiap tahun Kangkong dan rakan Perhilitan membantu saya menjalankan inventori hidupan liar di Endau Rompin. Lima atau enam kumpulan penyelidik akan meredah secara serentak hutan Endau Rompin sambil merekod hidupan liar yang ditemui secara langsung atau tidak langsung melalui bunyi, kesan makanan, najis, kubang atau kesan tapak kaki. Setiap pemerhatian direkodkan dalam borang inventori khas dengan maklumat nama spesies, cara cerapan, ukuran kesan dan tarikh serta masa pemerhatian.

Kesahihannya

Setiap data terkumpul akan dibentang dan diperbahaskan di kalangan penyelidik jabatan. Begitulah cara semak dan mengesahkan (check and balance) untuk memastikan kesahihannya maklumat sains biologi dan ekologi.

Pengalaman yang saya peroleh daripada Kangkong membolehkan saya menerokai semua hutan belantara dari Mersing di Johor, Taman Negara hingga Belum di Perak dan Wang Kelian di Perlis. Pegalaman menjejaki badak ini juga telah membawa saya ke hutan Kinabatangan di Sabah dan tanah tinggi Bareo di Sarawak.

Hasil kajian secara saintifik itu telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Biological Conservation 1984 (Flynn RW, Abdullah MT. 1984. Distribution and status of the Sumatran Rhinoceros in Peninsular Malaysia. Biological Conservation 28: 253-273) dan jurnal terbitan tempatan Malayan Nature Journal 1983 (Flynn RW, and Abdullah MT. 1983. Distribution and number of Sumatran rhinoceros in the Endau-Rompin Region of Peninsular Malaysia. Malayan Nature Journal 36: 219-247).

Sebagai pegarang bersama, kami tiada catatan mengenai Bigfoot. Dalam kajian kepelbagaian hidupan liar bersama beberapa rakan hingga kini tidak pernah kami membuat cerapan atau catatan mengenai Bigfoot.

Jadi bagaimana pula cerita Bigfoot mendapat liputan meluas di Malaysia dan luar negara sejak tiga minggu yang lepas?

Persoalan ini ada kaitan rapat dengan budaya serta pemikiran pelbagai masyarakat di Malaysia. Dalam masyarakat Orang Asli dan etnik tempatan memang terdapat banyak cerita-cerita penglipur lara yang berunsurkan mitos dan legenda.

Semasa kami berkhemah di hutan belantara Endau Rompin, Kangkong sering bercerita kepada saya mengenai penglipur lara masyarakatnya.

Saya juga pernah mendengar cerita mitos mawas yang amat besar dan berbulu dadanya. Di Bareo, seorang daripada masyarakat Kelabit menceritakan mengenai kuda belang dan singa yang terdapat di hutan yang terletak 1,000 meter dari aras laut.

Di Sabah dan Sarawak ada masyarakat etnik percaya bahawa kehadiran pokok hujan panas telah meyebabkan harimau takut untuk tinggal di hutan kepulauan Borneo. Sejarah lisan kita juga menceritakan mitos Puteri Gunung Ledang di Johor dan Puteri Santubong di Sarawak.

Demikianlah mitos dan legenda yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita dari zaman tanpa Internet dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang hidup segar dalam ingatan hingga hari ini.

Sangat malang pula apabila hari ini cerita-cerita sedemikian telah dicampur aduk antara mitos masyarakat kita, kewartawanan pop dan pseudosains. Jika kita lebih cermat dan peka, kita perlu memeriksa kesahihan fakta sains, yang mawas mungkin juga bermaksud orang utan atau bahasa Latin ialah Pongo pygmaeus.

Apakah spesies ini telah disalah- tafsirkan sebagai Bigfoot? Spesies ini hanya terdapat di Borneo dan Sumatera sahaja. Mengenai cerita kuda belang pula, spesies ini hanya terdapat di benua Afrika dan singa pula terdapat di India dan Afrika sahaja.

Apakah masyarakat di Malaysia yang berhasrat maju dalam Wawasan 2020 ini kian terhibur dengan cerita-cerita Bigfoot yang tidak pernah direkodkan oleh ahli sains di negara ini?

Saya juga meragui perakuan seorang bekas zoologis WWF-Malaysia yang seolah-olah cuba megesahkan kehadiran Bigfoot Endau-Rompin. Apakah jenis pseudosains saperti perakuan zoologis tersebut merupakan hidangan minda yang terbaik untuk masyarakat kita? Kita perlu berfikir sejenak agar dapat membezakan antara mitos dan fakta yang sahih.

Berhati-hati

Pengalaman silam saya bersama Orang Asli atau masyarakat etnik tempatan telah banyak mengajar saya untuk berhati-hati. Orang Asli dan masyarakat etnik biasanya adalah orang yang sangat bermurah hati dan amat suka melihat tetamu terhibur, mereka akan cuba mencari impian yang diingini tetamu atau mencerita sesuatu yang mahu didengari. Kalau kita begitu mendesak untuk mendengar Bigfoot maka cerita Bigfootlah akan diperdengarkan. Dan jika memberikan pensel dan kertas, akan terlakar sesuatu yang kita desakkan.

Begitulah juga apabila saya mendesak dengan impian untuk melihat badak berkubang, maka saya telah dibawa oleh seorang Asli di Rompin memanjat puncak gunung yang tidak mungkin boleh dinaiki binatang besar tersebut. Apabila sampai di puncak gunung dan ternyata gagal melihat badak berkubang, dia menunjuk ke arah puncak-puncak gunung yang lain yang kelihatan di sekeliling Endau Rompin. Maka itulah impian kami untuk melihat badak berkubang di puncak gunung yang tidak kesampaian selepas 29 tahun menerokai hutan belantara Malaysia.

Berapa lamakah impian Bigfoot ini akan diteruskan lagi? Kita perlulah bijak menilai antara mitos, legenda, kesahihan fakta sains dan impian melihat Bigfoot.


- Profesor Madya Dr. Mohd. Tajuddin Abdullah ialah Ketua Prgram Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... na&pg=re_01.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 11-1-2006 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 5-1-2006 04:56 PM

wakaka
ni nampak tipu ni
mcm pakai baju costume je
:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.081153 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list