CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tieyramisu

Rich Dad Poor Dad

[Copy link]
Post time 17-6-2009 12:56 PM | Show all posts
Ermmm...buku ni dah lama aku hadamkan. Tambah lagi sejak aku join MLM satu ketika dulu. Senang citer byk MLM Leader gunakan sebagai 'silibus' untuk memantapkan motivasi diri.
Sangat bagus utk self-motivation..
Cerita yang paling aku ingat ~ tentang bagaimana seseorang yang memasuki pintu dan akhirnya berjumpa dengan pintu yang sama. Moralnya...hehehehe korang bacalah dulu ye.

Dan petikan paling aku suka dari buku ini ialah ~ "When I need a money, i give a money...and it come back in multiple".

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 11:41 PM | Show all posts
Pengenalan

Terdapat Kemahuan

Adakah sekolah menyediakan murid- murid tentang dunia sebenar?"Belajar bersungguh- sungguh dan dapatkan markah yang tinggi dan anda akan mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi dengan kemudahan yang banyak," ibubapaku pernah memberitahu.Sasaran mereka di dalam kehidupan adalah untuk menyediakan pelajaran kolej untuk aku dan kakak ku supaya kami mempunyai peluang yang besar untuk berjaya di dalam kehidupan.
Apabila akhirnya aku mendapat diploma pada tahun 1976-dengan kelulusan terbaik dan hampir dengan kedudukan teratas di dalam kelas, di bidang perakaunan dari Florida State Universiti - ibubapaku mula mencapai sasaran mereka. Ia membanggakan mereka..Menurut rancangan utamanya ,aku akan berkerja di "Big 8" salah sebuah firma akauntansi dan ini akan membuatkan aku mempunyai pekerjaan yang bagus dan pencen dalam usia yang muda.

Aku rasa payahlah kalau nak ikut satu- satu ayat, jadi aku kira kalau tak lari dari landasan yang ingin diterangkan di dalam bahasa Inggeris tu, boleh kot...?

So korang yang ada buku tu boleh bermula kembali membacanya.Dan kekalau aku nyer terjemahan kat sini rasa tak kena, bolehlah buat koreksi...eh...pembetulan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 09:08 AM | Show all posts

Balas #6 attokz\ catat

attokz sure dah jadi jutawan sekarang... hehe...

tak perlu jadi kaya untuk hidup senang...

tapi perlu rezeki yang berkat untuk hidup bahagia...

tajuk thread ni ingatkan mak dia kawin dua....ada bapak tiri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 06:17 PM | Show all posts
Michael,suamiku, mengikuti jalan yang sama.Kami datang dari keluarga yang bekerja keras dan mempunyai etika kerja yang kuat.Michael adalah pemegang sua ijazah di dalam bidang kejuruteraan dan undang- undang.Dia dengan segera siambil bekerja oleh sebuah firma guaman yang terkenal di Washington, DC., yang mahir di dalam undang- undang hak cipta dan masa depannya nampak cerah dengan mempunyai pekerjaan yang baik yang sudah tentu menjanjikan saraan awal.

Walaupun kami mempunyai pekerjaan yang bagus, namun ia tidak sebaik yang kami jangkakan.Kami telah bertukar kerjaya beberapa kali, untuk tujuan yang baik tetapi kami tiada pelan untuk hari tua. Dana persaraan kami datangnya dari penjanaan pendapatan masing- masing.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 06:28 PM | Show all posts
Pada suatu hari di tahun 1966,salah seorang dari anak kami pulang ke rumah dengan rasa kecewa.Dia berasa bosan untuk belajar.

"Mengapa saya membuang masa untuk mempelajari pelajaran yang saya tidak gunakan di dalm kehidupan sebenar?" dia seperti membantah.

"Sebab jika engkau tidak mendapat markah yang baik, engkau tidak akan dapat ke kolej" aku memberitahu tanpa berfikir.

"Tidak kira samada saya ke kolej atau tidak, saya akan menjadi kaya."balasnya.

"Jika engkau tidak berjaya lulus ke kolej, engkau tidak akan mendapat pekerjaan yang baik."
Aku pula membalas dengan sedikit gabra dan juga dengan sifat keibuan.

Anak lelaki itu mencebik dan dengan perlahan menggelengkan kepala dengan sedikit kekecewaan. Kami telah berbual tentang keadaan ini beberapa kali.Dia hanya menundukkan kepala dan hanya menjeling.Nasihat keibuan hanya sia- sia.

Walaupun bijak dan bersemangat, dia mempunyai budi bahasa dan seorang anak muda yang menghormati kami.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 06:43 PM | Show all posts
"Ibu", dia memulakannya.
"Perhatikan di sekekliling.Orang kaya tidak menjadi kaya kerana pelajaran mereka.Lihat Michael Jordan dan Madonna.Bill Gates telah gagal dan telah dikelurkan dari Harvard, dan dia adalah pengasas Microsoft dan dia adalah salah seorang yang paling kaya di Amerika dan umurnya dalam lingkungan tiga puluhan.Ada seorang pemain besbol yang mendapat empat juta dollar setahun walaupaun dia di labelkan sebagai kurang waras.
Kali ini aku pulak yang kena syarahan.
Kami berdua terdiam agak lama.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2009 07:52 PM | Show all posts
apa buku ni?  lama benar dah? sri tak lahir2 lagi! ho... lamanya dah, masih ada pembaca yg ingat? hebat, hebat. tapi kan, kenyataan - tak berpejaran tinggi pun blh berjaya dan kaya raya tu... kang budak2 nak SPM baca, dah jadi malas belajar. tunggu je keajaipan, berjaya tanpa pelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by sri_andalas at 19-6-2009 19:52
apa buku ni?  lama benar dah? sri tak lahir2 lagi! ho... lamanya dah, masih ada pembaca yg ingat? hebat, hebat. tapi kan, kenyataan - tak berpejaran tinggi pun blh berjaya dan kaya raya tu... kan ...


Pelajaran kita di Malaysia hanyalah asas pengetahuan pada peringkat remaja saja.
Pastu banyak sekatan.
Aku dulu amik 'geologi'
Bila balik Malaysia kerja tang tu tak der lak.
Jadi aku tukar nak jadi jurutera.
Sijil pulak negara kita kata kena tukar bidang.
So kena belajar lagi 4 tahun.
Kalau ada orang tua lagi masa tu, boleh kecek.
Kalau tak der....mana nak cari duit.
So kena kerja nak cari duit dulu.
Makin lama makin berumur.
Tak kan kaki dah ketaq baru nak gi vacation main ski....
Sinario dia kita cari duit secepat mungkin dengan cara pemikiran dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2009 09:27 PM | Show all posts
Sambung...
Nasihat yang aku berikan adalah nasihat yang sama di mana ibubapaku telah berikan kepadaku dahulu.Dunia sekarang sudah berubah tetapi nasihat yang sebegitu tidak berubah.
Mendapat pelajaran yang baik dan markah yang bagus tiada lagi menjamin kejayaan dan tidak seorang pun perasan kecua;i anak- anak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 09:35 PM | Show all posts
"Mak", sambungnya."Saya tidak mahu bekerja keras seperti mak dan ayah.Mak membuat banyak wang dan kita tinggal di rumah yang besar dan mempunyai banyak barang permainan.Jika saya mengikut nasihat mak, saya akan menjadi seperti mak;bekerja keras dan kuat hanya untuk membayar cukai dan terikat dengan hutang.Tiada jaminan kerja atau persaraan syarikat.Saya memerlukan sesuatu yang baru."

Kata- katanya benar.Dia memerlukan suatu jawapan yang baru.
Nasihat ibu bapaku dahulu mungkin boleh di terima pakai bagi mereka yang bekerja dan lahir pada tahun 1945 tetapi ia mungkin tidak lagi bagi kita yang lahir di dalam kesadaan dunia yang kerap bertukar.
Tiada lagi boleh aku mengatakan kepada anak- anak ku "Pergi ke sekolah, dapatkan markah yang tinggi dan cari kerja yang tetap dan terjamin."
Aku tahu bahawa aku perlu nmencari cara baru untuk memimpin anak- anak dalam pelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 09:40 PM | Show all posts
Sebagai seorang ibu dan juga seorang akauntan, aku lebih menumpukan kepada pembiayaan pelajaran mereka.Terdapat ramai anak- anak muda sekarang mempunyai kad kredit sebelum mereka menamatkan persekolah tinggi namun mereka tidak pernah mempunyai pengajaran tentang pengurusan kewangan ,bagaimana untuk membuat pelaburan malah tidak tahu bagaiman faedah kredit dikira.
Jika tanbpa pengetahuan tentang kaedah kewangan mereka belum bersedia untuk menghadapi dunia di mana  perbelanjaan menekankan kepada penyimpanan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 10:13 AM | Show all posts
?????
tak berapa nak faham. nak cerita pasal apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:28 PM | Show all posts
rasanya tak perlu kot translate sepatah demi sepatah....
lebih menarik kalo translate the main lesson...
then bleh kita bincang2 lesson2 dia...

bg aku, buku dia nih mmg senang nak paham..
dulu aku mmg judge a book by its cover..haha..ingatkn buku nih org2 kaya ja akan paham..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by mardhiah12 at 30-7-2009 09:28

merged
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 01:32 AM | Show all posts
siapa pernah main board game di casflow 101?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 11:16 AM | Show all posts
byk review kata buku nie best....tapi ntah cam tak minat nak baca
sebab tak byk duit kot....

apa2 pun i cuma nak highlite.....azizi tu gaji dah memang BESAR k
so modal besorr sebelum dpt pulangan besorrr....
kalo rakyat marhein nie....berdikit-dikit dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2012 08:14 PM | Show all posts
tau tak kat mana nak dapatkan versi bahasa malaysia buku ni? sama ada ebook atau buku di kedai buku. tadi semak dgn konikuniya, popular, mph, semua pun takde buku ni versi bahasa malaysia.

thanks..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059892 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list