CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 4

[Sabah] Sabah rekod 84 kematian disebabkan COVID-19 13/09/2021

[Copy link]
Post time 14-9-2021 07:46 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sebanyak 84 kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan pada 13 September 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 18 kes kematian berlaku di Kota Kinabalu, 14 kes di Sandakan, 10 kes di Kota Belud, sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau.

"Sementara itu, empat lagi kes kematian turut direkodkan masing-masing di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas. Tiga lagi kes kematian juga dilaporkan di Tuaran, dua kes di Keningau, Putatan, Papar dan Tenom.

"Manakala Semporna, Kunak dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Masidi menjelaskan orang ramai sekali lagi diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan, pengedaran, restoran serta pasaraya hendaklah telah lengkap divaksinasi (telah menerima dua dos vaksin).

Katanya, ia pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 September 2021.

"Bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh Sabah sehingga ke hari ini baru mencapai 52 peratus populasi dewasa, maka tarikh kuatkuasa ini dianjakkan ke 21 September 2021, yakni tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus.

"Adalah juga dimaklumkan bahawa terdapat kelambatan para pekerja di sektor perdagangan
dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua, khususnya jenis vaksin Astra-Zeneca," katanya.

Oleh itu katanya, para majikan boleh memohon pengecualian sementara. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua.


Yap Siong Han
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 07:48 AM | Show all posts
huish ...

banyak juga kes kematian kat Sabah semalam rupa nya ....
sebab FC focus kat penurunan kes saja ...

semoga arini berkurangan kes kematian ...

jager diri kengkawan kat Sabah

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk nye kematian. 84 ni figure kematian utk Sabah sahaja semalam ya FC?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 02:07 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 14-9-2021 01:53 PM
Byk nye kematian. 84 ni figure kematian utk Sabah sahaja semalam ya FC?
ha`ah ...

kata Masidi tu kes semalam saja ... terkedu juga baca ...
sebab semalam tu baca penurunan kes Covid kat Sabah ...

kes Sarawak makin mencanak naik... tu yang focus kat Sarawak ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 02:18 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 14-9-2021 01:53 PM
Byk nye kematian. 84 ni figure kematian utk Sabah sahaja semalam ya FC?
ok kompom ... 84 kematian Sabah semalam ...

jumpa artikel ni :

KOTA KINABALU: Sabah mencatat 84 kematian akibat Covid-19, semalam, rekod harian tertinggi pernah dicatatkan sejak lebih setahun pandemik itu.

Jumlah itu meningkat sebanyak 31 kes berbanding 53 kes yang dilaporkan kelmarin selain jauh melepasi catatan tertinggi sebelum ini iaitu 55 kes kematian yang direkodkan pada 4 September lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kematian semalam, daerah Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak dengan 18 kes, diikuti Sandakan sebanyak 14 kes.

“Selebihnya, sebanyak 10 kes kematian dilaporkan di Kota Belud, diikuti sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau.

“Selain itu, masing-masing empat kes direkodkan di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas, diikuti tiga kes di Tuaran, masing-masing dua kes di Keningau, Putatan, Papar dan Tenom, manakala Semporna, Kunak dan Nabawan masing-masing mencatat satu kes,” kematian dalam kenyataan media malam tadi.

Secara kumulatif, katanya, sehingga kini Sabah mencatat sebanyak 1,674 kes kematian akibat Covid-19 atau mewakili 0.96 peratus daripada keseluruhan kes positif yang direkodkan setakat ini.- HMetro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090594 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list