CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 738|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hayati pengorbanan pejuang dahulu

[Copy link]
Post time 24-8-2021 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Hayati pengorbanan pejuang dahulu[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 24, 2021 @ 6:11pmbhnews@bh.com.my



NIBONG TEBAL: Jika tiada pengorbanan pejuang terdahulu, pasti generasi kini tidak dapat tidur nyenyak di atas bantal dan tilam yang empuk seperti dinikmati pada hari ini.

Demikian luahan Pegawai Waran I (B) Mohamad Baharom, 63, yang menyaksikan rakan seperjuangan terkorban dalam pertempuran dan serangan hendap bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terpelihara.

Mohamad berkata, negara memang mengecapi kemerdekaan pada 1957, tetapi negara masih diancam komunis dan pengganas selepas itu, yang mengorbankan ramai pejuang.

"Generasi kini, ada yang lahir terus menikmati pendingin hawa, tidur di atas bantal dan tilam yang empuk. Nikmat ini tidak akan dirasai jika tiada pengorbanan daripada perjuangan orang terdahulu.


"Namun sayang, tidak semua tahu bagaimana keamanan ini dikecapi, hanya sekadar ikut laung 'Merdeka' tetapi dalam jiwa, kosong," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Buaya, Sungai Kechil Ilir, di sini.

Menyingkap perjalanannya sebagai anggota keselamatan, bapa kepada tujuh anak itu memulakan karier dalam ketenteraan dengan menerima latihan sebagai rekrut di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).

Selepas tamat latihan, beliau ditukarkan ke Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) sebelum bertukar ke Kor Risik empat tahun kemudian hingga bersara pada 2001.

Selama 25 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau pernah bertempur dengan pengganas komunis dan berjaya menahan seorang anggota Parti Komunis Malaya di Sadoa,Thailand.

Kata Mohamad, beliau juga melalui peristiwa yang hampir meragut nyawanya ketika berkhidmat sebagai anggota Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia pada 1994.
"Kami berdepan serangan hendap kumpulan militia tidak kira masa dan bila-bila saja, nyawa akan melayang.
"Paling diingati adalah ketika menyelamatkan anggota tentera Nepal yang ditahan oleh kumpulan militia serta peristiwa melihat rakan seperjuangan cedera dan terkorban di depan mata," katanya.

Sempena Hari Kemerdekaan, penerima Pingat Gagah Berani (PGB) itu menyeru generasi muda untuk menghayati sebenar-benarnya erti kebebasan dengan menghargai perjuangan orang terdahulu, yang menjadi tonggak keamanan dikecapi hari ini.
"Negara kita memang sudah merdeka tetapi sebenarnya dari segi perbuatan dan pemikiran, kita belum cukup merdeka.
"Ramai yang tidak pernah tahu atau ingin ambil tahu pengorbanan orang dahulu. Hayatilah maksud merdeka ini dengan sebenar-benarnya," katanya.

Pegawai Waran I (B) Mohamad Baharom,63, pesara menunjukkan pingat keberaniannya dalam misi itu yang menganugerahkannya Pingat Gagah Berani (PGB) ketika ditemui di rumahnya di Nibong Tebal. - Foto Mikail Ong






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.424816 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list