CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

[Kedah] Bot langgar boya, lelaki dikhuatiri hilang

[Copy link]
Post time 22-8-2021 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Bot langgar boya, lelaki dikhuatiri hilang[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - Ogos 22, 2021 @ 8:31pmbhnews@bh.com.my


Bot gentian kaca (kiri) dinaiki empat nelayan bergerak tanpa pengemudi sebelum tersadai dalam belukar selepas terlanggar boya di Pulau Lalang, Langkawi. - Foto IHSAN MARITIM MALAYSIA





LANGKAWI: Seorang lelaki dikhuatiri hilang manakala tiga rakannya terselamat selepas bot gentian kaca dinaiki terlanggar boya di perairan Pulau Lalang di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Mohamad Ewandi Husnan, 22, belum ditemui hingga ini manakala tiga rakannya berusia antara 18 dan 53 tahun diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan sejurus menerima maklumat kejadian.
"Difahamkan, bot gentian kaca dinaiki empat lelaki itu dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan sebelum terlanggar boya pada kedudukan 0.5 batu nautika selatan Pulau Lalang.

"Berikutan perlanggaran yang kuat, keempat-empat lelaki terbabit tercampak ke laut ketika bot masih bergerak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Zawawi berkata, tiga mangsa dengan seorang daripadanya patah hidung dan dua lagi masing-masing cedera ringan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan pada jam 10.20 pagi.

Mangsa yang masih hilang, Mohamad Ewandi Husnan, 22, selepas bot dinaiki bersama tiga rakannya terlanggar boya di perairan Pulau Lalang, Langkawi. - Foto ihsan MARITIM Malaysia

"Usaha mencari mangsa yang hilang turut disertai Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta komuniti nelayan.
"Semua mangsa yang terselamat dilaporkan stabil dan dihantar oleh bot nelayan tempatan ke pangkalan nelayan Kampung Sungai Menghulu," katanya.

Beliau berkata, bot dinaiki mangsa dilaporkan bergerak tanpa pengemudi sebelum ditemui tersadai dalam belukar di Pulau Lalang pada jam 12.20 tengah hari.
"Operasi SAR ditamatkan jam 7.30 malam tadi akibat keadaan gelap dan akan disambung jam 7 pagi esok jika mangsa belum ditemui.

"Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.523089 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list