CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang yakin PICK tidak akan terganggu

[Copy link]
Post time 17-8-2021 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang yakin PICK tidak akan tergangguSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 17 Ogos 2021


Kon Yeow bertanya sesuatu kepada orang ramai yang datang ke RiVAC untuk menerima suntikan vaksin di Gurney Paragon, Georgetown pada Selasa.



GEORGETOWN- Kerajaan Pulau Pinang yakin Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan terganggu walaupun berlaku perubahan politik di negara ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau percaya dengan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali bahawa perkhidmatan awam negara tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara.

"Saya berharap, dengan pergolakan dan perubahan politik tidak akan mengganggu PICK untuk memastikan 'herd immunity' dicapai," katanya pada sidang akhbar di Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di Gurney Paragon, di sini pada Selasa.

Katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi berwajib di Pulau Pinang seperti biasa.

"Saya dimaklumkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) juga akan bermesyuarat hari ini walaupun jemaah menteri telah meletakkan jawatan semalam. Ia menunjukkan perkhidmatan di dalam kerajaan masih berjalan," katanya.



Pada Isnin, media melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Muhyiddin dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan kerjasama bipartisan yang dicadangkan beliau juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, dua lokasi tumpuan, Gurney Paragon dan Design Village di Batu Kawan dipilih untuk dijalankan program RiVAC di negeri ini.


"Di Gurney Paragon sebanyak 6,000 dos vaksin pertama disediakan kepada penerima bermula Selasa, manakala di Design Village yang akan dibuka esok pula 4,000 dos vaksin bakal diberi.

"Kedua-dua lokasi pusat program RiVAC ini dijangka selesai memberikan vaksin dalam tempoh lima hari dari tarikh ia dibuka dan akan beroperasi semula 21 hari kemudian bagi dos vaksin kedua dijangka pada September," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.200624 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list