CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 805|Reply: 1

Simone lebih dikenali dengan gelaran 'tarik diri'

[Copy link]
Post time 1-8-2021 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Bintang gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles menarik diri dari menyertai acara senaman lantai akhir Olimpik, menyaksikan dia hanya mempunyai satu lagi peluang untuk beraksi di Tokyo.
"Simone menarik diri daripada menyertai acara senaman lantai dan akan membuat keputusan mengenai acara batang titian selepas ini. Apa saja pun kami sentiasa di belakangnya," jelas Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (USAG).
Simone yang pernah meraih empat emas Olimpik, berkata dia sedang bergelut dengan masalah hilang kemampuan untuk mengorientasikan diri di udara.
Atlet berusia 24 tahun itu hadir ke Tokyo untuk memburu lima emas bagi menyamai rekod jumlah emas terbanyak yang diraih di Olimpik namun menarik diri dalam acara pertama iaitu berpasukan wanita.
Dia kemudiannya tidak mempertahankan kejuaraan dalam acara all around semalam dia mengumumkan juga tidak akan beraksi dalam acara melombol dan palang bertingkat.
Dia mengakui sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental di temasya berkenaan apabila sering memuat naik di akaun median sosial miliknya.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2021 06:07 PM | Show all posts

PELUANG Simone untuk meraih emas di Tokyo semakin pudar. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054442 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list