CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
 Author| Post time 7-1-2021 05:20 PM | Show all posts
auza_chiyoko replied at 7-1-2021 03:01 PM
Porum ckp xbole? Xphm....xleh post ke ape..

erm tu la, aku dah taip panjang-panjang dah part 2, nak post sekali tu porem cakap strings unattached amende ntah. frust pulak aku. aku kalau bercerita aku memang suka letak gambar senang kome nak imejin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2021 05:22 PM | Show all posts
sekngucing replied at 7-1-2021 04:43 PM
Getyysburg memang berhantu

Pada 1996..ada slot dunhill double.main movie Gettysburg nilah...ada p ...

nokksss aku nak share gak. Aku ni suka translate citer2 ni kat opis time rehat aku malas nak keluar kan.  aku start nulis kt opis ni, hari isnin lepas opis belah sana kena ganggu.  Opis aku ni 2 bangunan. Acik cleaner nampak makhluk berbulu mata merah. ah sudah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2021 05:26 PM | Show all posts
saden replied at 7-1-2021 01:43 PM
aku pernah cakap, US ni boleh tahan dia punya angker. jangan memain ye

ada yang cakap tu roh-roh orang Asli Amerika yang berdendam dengan USA tu yang dahsyat-dahsyat jugak gangguan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 7-1-2021 04:43 PM
Getyysburg memang berhantu

Pada 1996..ada slot dunhill double.main movie Gettysburg nilah...ada p ...

Abah awak ada keluar ka mlmtu.
Bunyi clear noo...
Nk ngusik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 7-1-2021 06:06 PM
Abah awak ada keluar ka mlmtu.
Bunyi clear noo...
Nk ngusik la tu

Keluar dgn adik2 dia pg minum...bunyi clear...

Tak sangka hantu pun pandai buat bunyi kereta....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk suka la dgr2 gini


Saya pun pernah bbrapa kali..dgn mcm bunyi "dammm" mcm guna tapak tgn tampar pintu sekuat hati.

Tp sbb pernah tgk kucing gedik masuk dr celah grill dia terjatuh hempas pintu kayu..


Sejak aritu dok agak..mgkin kucing.

Tp kdg tu bunyi kuat sekali ja..

Kdg rasa mcm bukan..tp dok pujuk hati..tu kucing
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2021 10:16 PM | Show all posts
3 Hari Yang Tak Mampu Ku Lupakan : Kisah Gettysburg
Malam Kedua

Hari tu jugak, mak dan kakak aku pegi ke Silver Bay untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jadi tinggallah aku seorang diri di rumah hari tu.  Dah sorang-sorang tu, aku teringat pulak peristiwa malam tadi. Aku yakin bunyi benda jatuh yang aku dengar tu adalah bunyi jam antik tu, dan aku yakin jugak yang jam antik tu jatuh kat ruang tamu.  Aku terfikir jugak, sape yang kuat sangat sampai boleh alihkan jam antik tu dari tempat asalnya?  Jarak jam antik tu dari tepi pintu bilik basuh baju ke ruang tamu tu dalam 15 kaki la jugak.  Pastu, pukul 3 pagi pulak tu.  Makin aku fikir, makin seriau pulak rasanya.

Malam tu aku ajaklah kawan aku 3 orang temankan aku kat rumah. Kitorang berempat melepak kat bahagian bawah rumah je tengok dvd. Aku ingat lagi kitorang tengah layan movie Jay And Silent Bob Strike Back.  Jam menunjukkan hampir 3 pagi.  Kawan aku lagi 2 orang tu dah berdengkur atas lantai. Tinggallah aku dan kawan perempuan aku, K kat sofa tengah sembang-sembang.  

BAM!

Kami sama-sama terdengar bunyi pintu utama kat tingkat atas dihempas dengan kuat.  Kebetulan tingkap kat tingkat bawah ni memang betul-betul bawah pintu, punyelah kuat hempasan pintu tu sampai tingkap tu sekali bergegar.  K dah cemas, dia ingatkan mak dan kakak aku dah balik.  Mustahil diorang balik sebab kenduri tu esok, kalau balik pun mesti diorang dah maklumkan kat aku awal-awal.

K kan perempuan, tak gentleman la kalau K pulak yang pegi tengok amende tu. Jadi aku pun bangunlah dari sofa berjalan menuju ke arah tangga.  Aku pun sebenarnya rasa tak sedap hati sebab aku perasan, bunyi pintu tu tepat-tepat pukul 3 pagi.  Tapi takkan nak tunjuk kecut depan perempuan kan?

Tangga aku ni diapit dengan dinding sesekat, jadi kalau ada orang naik turun pun memang tak nampak.

Aku baru pijak anak tangga yang pertama bila aku terdengar bunyi bedebap dari aras atas.  Uish berdebar aku.  Rupa-rupanya bunyi tu adalah bunyi kasut aku bergolek-golek turun tangga. Macam ada orang main tolak kasut aku dari anak tangga teratas. Satu demi satu kasut aku bergolek-golek sampai bertimbun kat kaki aku.  Tergamamlah aku, dahle semua tu kasut aku.  

Macam aku cakap tadi, tangga ni ada dinding sesekat, jadi memang K tak nampak apa sebenarnya yang berlaku. Aku pun kutiplah kasut-kasut aku tu, campak dalam almari kasut kat tingkat atas.  Aku periksa pintu utama memang dah tertutup dan berkunci rapat.  Pastu aku cepat-cepat turun ke bawah.  Aku tipu K aku cakap aku lupa nak kunci pintu, angin yang tolak tadi.  Kitorang pun sambungla tengok movie tadi sampailah K terlentok atas bahu aku…..

Bersambung

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2021 08:51 AM | Show all posts

rumah saya pun mcm ni gak.  sy tido bilik bawah, bilik tu sebelah je ngan ruang tamu. sekali tu terdengar bunyi ketaaangggg macam ada benda jatuh. memang terbangun terus pegi ruang tamu tapi tengok takde ape

sy tido ngan kucing, tapi kucing2 sy tak dengar ape pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks TT sbb sudi translate cite2 seram dri reddit ni
Dah lama xde tred best kat bod seram
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 8-1-2021 08:51 AM
rumah saya pun mcm ni gak.  sy tido bilik bawah, bilik tu sebelah je ngan ruang tamu. sekali tu te ...

Hrp2 bukan bnda yg membahyakan kan..
Bukan org jahat..
Kalau entiti pun..hrp tak ganggu ...
Kucing selalu mesti alert kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:21 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 7-1-2021 05:26 PM
ada yang cakap tu roh-roh orang Asli Amerika yang berdendam dengan USA tu yang dahsyat-dahsyat jug ...

Orang selalu kaitkan dgn roh orang asli US. Tapi aku rasa orang asli US pun kena terrorized dgn jin2 kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 08:35 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-12-2020 08:50 AM
Sepertiyang dijanjikan aku sambung translate lagi beberapa citer menarik yang dikongsioleh Redditor  ...

Beraninya mamat ni. Sengsorang diaa. Kalau pergi bertapa tu satu hal le
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
3 Hari Yang Tak Mampu Ku Lupakan : Kisah Gettysburg

Malam Ketiga

Malam ketiga, hari Ahad malam Isnin. Mak dan kakak aku masih belum balik lagi dari kenduri kawen tu.  Aku masih lagi keseorangan di rumah.  Aku akui, sebagai peminat paranormal, separuh dari diri aku dilanda ketakutan dengan gangguan demi gangguan yang aku alami, separuh lagi sebenarnya rasa teruja dengan gangguan tu.  Yelah selama ni aku cuba baca pengalaman orang lain je, sekarang aku sendiri yang mengalaminya. Tapi aku taknak la tidur kat rumah sorang-sorang lagi malam ni, jadi aku jemput kawan aku Tony dan TJ untuk temankan aku.

Tony dan TJ ni pun geng-geng peminat paranormal macam aku jugak. Pada Tony dan TJ aku ceritakan apa yang berlaku 2 malam selepas kitorang balik dari Pickett’s Charge tu.  Malam tu kitorang tunggu di bilik bawah tanah, pasang semua lampu yang ada kat rumah tu sambil menunggu sesuatu berlaku.  Tunggu punya tunggu, sampai mengantuk kitorang jadinya.  Tony dan TJ dah mula menganjing aku, diorang ingat aku ni menipu je.  Jadi diorang amek keputusan nak balik rumah jugaklah malam tu.

Jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Kitorang bertiga dah ada dalam kereta aku. Tapi sebelum aku bawak diorang balik rumah ni, aku mintak diorang tunggu sampai 3 pagi. Ok, kitorang tunggu.  Masih takde apa-apa.

“Aku serius ni, memang aku kena kacau 2 malam dah”, aku cuba yakinkan Tony dan TJ.  Merah-merah muka aku menahan malu.  “Ah, tipulah kau.  Kalau kau takut tidur kat rumah sorang diri, cakap jelah. Takyahla buat cerita kene kacaulah, apelah”.  Tony masih tak percaya dengan cerita aku.  TJ pun tak habis-habis nak menganjing aku, pastu siap panggil-panggil entiti yang kacau aku tu munculkan diri depan kitorang.

“Eh TJ, dahle tu. Tak payahla nak seru-seru, karang benda tu betul-betul kacau kita baru kau tau”.  Aku dah putus asa lalu aku pun pusing kunci kereta.  Tak hidup.  Tersenyap terus Tony dan TJ.  Aku pusing lagi kunci kereta sampai berkali-kali, pun tak hidup-hidup jugak.  Pusing punya pusing, BOOM! Enjin kereta aku meletup.  Tony dan TJ punyalah terkejut, terkeluar jeritan pondan lorong diorang.

Tadi Tony dan TJ sakan ejek-ejek aku, sekarang ni diorang berdua main tolak-tolak pulak, diorang taknak keluar dari kereta. “Ni kan kereta kau, kau pegilah tengok apa jadi ngan enjin kereta ko tu”.  Jadi aku pun, bukaklah but enjin, oh rupanya ada hos kat enjin tu tercabut.  Aku pun masuklah ke garaj, carik spanar, bawak sekali air tin 3 untuk TJ dan Tony sekali.  Nasib baiklah aku amek subjek Kemahiran Hidup.

Dah dibetulkan, kereta aku akhirnya hidup jugak.  Tapi TJ dan Tony taknak balik lah pulak.  Sebaliknya kitorang bertiga lepak kat luar rumah tu, minum sambil bincang adakah kereta rosak tadi tu gangguan atau kebetulan.

Tengah sembang-sembang tu, mata TJ terbeliak luas,pastu tetiba TJ berundur dan lari meninggalkan kitorang.  Tony pun sama, sampai terlepas tin Sprite dia.  Tony pun tetiba ikut TJ lari tinggalkan aku sorang-sorang kat situ.  Aku ingatkan ada ‘sesuatu’ di belakang aku, aku pun toleh belakang, tapi tak ada apa-apa.  

Tony dan TJ dah kat seberang jalan.  Aku ingatkan diorang ni tengah bergurau, aku pun pegi lah kejar diorang.  Tony dan TJ lari macam tak cukup tanah.  Tapi aku berjaya tangkap Tony, niat aku cuma nak mintak diorang berhenti je, sekali tu Tony tumbuk muka aku pulak.  Eh gurau kasar diorang ni.

“Ko dah kenapa ni Tony?”
“Bro, tolonglah jangan dekat kitorang, tolonglah”.  Tony merayu.  Tapi aku masih berkeras nakkan penjelasan.  Masa ni TJ entah sampai mana entah.  Dengan nada terketar-ketar, Tony pun cakap, “Bro, mata kau. Mata kau tetiba jadi merah.  Anak mata, bola mata kau, semua warna merah”.  Aku macam tak percaya, tapi Tony masih lagi taknak pandang mata aku.  Aku cakap kat TJ biarlah aku hantar dia balik ke rumah dia naik kereta, tapi Tony lagi sanggup jalan kaki walaupun masa tu dah nak pukul 4 pagi.

Aku taknak dah tidur rumah malam tu, jadi aku pun pegilah rumah ayah aku dan tidur sana.  Ayah aku macam pelik jugak, tapi syukurlah mata aku nampak normal dah masa ni.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
3 Hari Yang Tak Mampu Ku Lupakan : Kisah Gettysburg

Episod Akhir

Esoknya, mak aku pun baliklah dari kenduri, tengok-tengok, pintu depan tak kunci,  lampu satu rumah terpasang, pastu pintu garaj ternganga luas. Benganglah mak aku, lagi-lagi bila dapat tau yang semalam aku tidur rumah ayah aku.  Mak aku tak kisah sebenarnya tapi tu lah kenapa biarkan rumah kitorang macam tu, nasib baiklah pencuri tak masuk.

Aku pun terus-teranglah pada mak aku, pasal gangguan 3 malam, aku cerita dari mula, dari masa jam antik tu jatuh lagi.  Mak aku pun mengaku jugak, sebenarnya mak aku pun pelik jugak pasal jam tu.  Sebelum ni kitorang duduk rumah tu aman-aman je, macam mana pulak tiba-tiba boleh ada gangguan?  Mak aku tanya, aku ada bawak balik apa-apa ke dari trip ke Gettysburg tu? Baru aku teringat, batu pagar Bloody Angle tu…

Batu tu masih elok terletak je atas meja tidur aku.  Mak aku bebel-bebel, kenapa gatal tangan amek batu tu dahlah batu tu bahan bersejarah.  Tadah telinga jelah. Pastu, mak aku paksa aku pulangkan balik batu tu, tapi takkan aku nak patah balik pergi sana dahle tempat tu jauh? Jadi mak aku cadangkan suruh pulang pakai pos je.

Bersama-sama batu tu, aku kirimkan sekali sepucuk surat.  Aku ceritalah yang aku kutip batu tu dari Bloody Angle.  Tapi aku tak ceritalah pasal gangguan tu, aku cuma cakap, aku rasa bersalah sebab batu tu pun sebahagian daripada sejarah Amerika. Kalau setiap pelancong yang datang tu bawak balik batu tu, lama-lama nanti takde dah pagar tu.  

Masa aku pos tu, aku tak harapkan pun ada apa-apa balasan dari Taman Negara Gettysburg.  Tapi akhirnya, takde dah gangguan tu. Yang aku dapat, cuma pesanan suara dari Taman Negara Gettysburg.  Ada seorang renjer telefon rumah aku, tapi takde orang jawab jadi dia tinggalkan pesanan suara jelah.  

“Hai, nama saya Renjer Sipolan dari Taman Negara Gettysburg.  Saya cuma nak ucapkan terima kasih sebab pulangkan batu tu.  Surat encik pun saya dah baca. Cuma…. saya rasa saya tahu kenapa encik pulangkan batu tu, tapi takpe, bukan encik sorang je yang ambil batu kat situ.  Ni pun bukan pertama kali orang pulangkan batu kat kami. Tapi, encik dan buat perkara yang sepatutnya.  Terima kasih encik”.  Dan panggilan pun terhenti di situ…..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 9-1-2021 08:35 PM
Beraninya mamat ni. Sengsorang diaa. Kalau pergi bertapa tu satu hal le

Erm tu la kan. Maybe diorang jenis tak percaya makhluk halus tu yang diorang berani je pegi sorang sorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 12:17 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-1-2021 11:32 PM
Erm tu la kan. Maybe diorang jenis tak percaya makhluk halus tu yang diorang berani je pegi sorang ...

Kalau 'depa' tu satu hal juga.
Kalau terserempak dgn manusia psycho ke? Hilang jejak sengsorang kang, takde sapa tau

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2021 08:49 AM | Show all posts
Kisah Abang Askar di Fort Irwin

Kisah ni berlaku semasa aku baru je selesai menjalani latihan ketenteraan peringkat permulaan.  Jadi aku pun diberikan penempatan pertama di Pusat Latihan Negara (NTC) di Fort Irwin.  Aku diberikan bilik sendiri, bilik ni untuk 2 orang, tapi masa ni teman sebilik aku tak sampai lagi.  Bilik aku dilengkapi dengan sebuah dapur kecil, ada meja makan, ada peti sejuk kecil, microwave.  Memang selesa sangatlah berbanding dengan berek yang aku tinggal sebelum ni.

3 hari pertama, aku terpaksa tidur dalam bilik untuk sorang diri.  3 malam jugaklah benda pelik berlaku dalam bilik tu.  Laci almari aku terbukak, microwave tiba-tiba terpasang sendiri,  gear askar aku tiba-tiba beralih tempat. Awalnya aku rasa macam ada orang prank aku je.  Aku tak terfikir benda ni paranormal, sebab masa aku kat kolej tentera keluar masuk hutan pun takde pulak jumpa entiti ke kene kacau ke, ni takkan kat Fort Irwin boleh ada hantu pulak.

Masuk hari keempat, kawan sebilik aku pun sampai. Awal-awal lagi aku dah pesan kat dia, bilik ni lain macam sikit, ada orang asyik prank aku tapi tak tau sape.  Malam tu, lepas aku dan kawan aku siap susun uniform dan gear kami, kami pun masuk tidur.  Esoknya 0530 kami ada PT jadi kena masuk tidur awal.  Tapi sebelum tidur tu memang aku yakin sangat kami dah kunci segala pintu yang boleh dikunci termasuklah kunci almari kami.

Pukul 0100 aku terjaga, sebab selimut aku terjatuh ke lantai. Aku terbangun sebab kesejukan, walaupun masa tu tengah musim panas kat selatan ni.  Masa aku nak ambil selimut tu, baru aku terperasan, almari aku terbukak. Aku pun kunci balik dan tidur balik jelah.

Pukul 0230, aku terjaga lagi.  Aku terjaga je, aku tengok barang-barang aku dan kawan sebilik aku bersepah atas lantai.  Aku pun kejutkanlah kawan aku tu.  Kawan aku marah giler, yelah tak pasal-pasal malam tu kitorang kena bersihkan bilik pulak.  Kali ni memang kitorang pastikan kunci almari kitorang masing-masing dikunci dengan ketat.

0337, aku terjaga sendiri, tapi kali ni, aku tidak keseorangan.  Kawan aku tengah tidur, sebab aku dengar dengkuran dia.  Aku duduk atas katil, dari posisi aku tu, aku mengadap dapur kecil aku.  Aku ternampak seseorang tengah membuka pintu peti sejuk aku.  Dari samar-samar cahaya dari peti sejuk tu, aku nampak seorang askar.  Askar tu lengkap berpakaian dengan gear sekali,  lampu suluh L di bahu dia, beg ALICE ada botol air dan pemegang peluru, kasut boot dan baju celoreng.  Tapi ada sesuatu yang pelik dengan bahagian kepala dia.  Bila aku amati, rupanya, sebahagian daripada topi keledar dan kepala dia dah robek.


Bila aku perasan, askar tu dah hilang sebahagian kepala dia, aku dah takut tak boleh cakap apa la.  Mustahil dia ni manusia, takde manusia boleh jalan-jalan dengan kepala pecah macam tu.  Dari kesan robekan tu, aku agak ni kecederaan akibat terkena bom.  Masa tu lah jugak lelaki tu tutup pintu peti ais, dan berpaling ke arah aku. Sah! Memang kepala dia pecah. Dengan selamba askar tu berjalan melintasi aku, bukak pintu bilik aku dan berjalan keluar.  Sebelum dia keluar tu, askar tu toleh kat aku, dan dia seolah-olah meninggalkan pesan, “Hati-hati kalau kat medan perang tu”.

Malam tu memang aku tak boleh tidur langsung.  Aku cuma mampu berbaring atas katil, nak kejutkan kawan aku pun aku tak berani.  Tutup mata je terbayang kepala pecah askar tadi.  Sampai 0530, kawan aku bangun, barulah aku berani nak bangun.  0630 dan rollcall dan start PT, masa ni semua tentera kena berbaris kat depan bilik masing-masing.  First Sergeant aku yang kena buat pemeriksaan pagi tu, tegur aku.  “Ko dah kenapa? Muka macam nampak hantu je”.  “Negatif. Saya sihat je Tuan. 1SG melaporkan diri”.  

Di pertengahan PT,  First Sergeant tarik aku ke tepi, dia tanya lagi, aku ni sihat ke ,kenapa dari tadi asyik menggeletar je.  Aku cakap aku ok je, cuma malam tadi aku tak boleh nak tidur.  Bukan First Sergeant aku je, kawan-kawan aku yang lain pun perasan aku lain macam hari ni, tapi aku cuma cakap aku ok.  

Lepas habis PT je, FS aku panggil aku lagi.  “Ko cakap betul-betul, apa yang dah terjadi kat kau ni?”.  Aku taknak ngaku sebab aku taknak dipanggil penipu. “Kau tau tak, ko ni muka macam nampak hantu je dari tadi”.  Dah FS aku cakap macam tu, aku pun ceritalah apa yang aku nampak malam tadi.  “Kau ni serius ke? Malam tadi ko hisap ganja ke?”.  FS aku macam marah bila aku citer pasal askar kepala pecah tu.  Tak pasal-pasal jugak aku kena denda dengan FS tu selama setengah jam.  Kene barrel roll, push ups, macam-macam la.  Sepanjang aku kena denda tu FS aku maki aku macam-macam. Eh nyesal pulak aku cerita kat orang tua ni.

Selesai je kene denda tu, FS aku tanya balik, “kau tengok mata aku, ko sumpah atas nama semua orang yang kau sayang, apa yang kau citer tu bukan penipuan”.  Ye memang betul, buat apelah aku nak tipu.  FS aku termenung jap pastu suruh aku ikut dia.

Aku di bawak ke sebuah pejabat, tapi aku tak penah sampai pun ke bahagian ni.  FS aku bawak aku melalui 3 pintu berkunci, dan 3 bilik berkunci, sampailah ke satu bilik. Atas bilik tu, ada sebingkai gambar.  Berderau darah aku bila aku perasan, gambar tu gambar askar yang datang ‘melawat’ aku malam tadi.  FS aku pun citerlah,  askar tu sebenarnya seorang askar berpangkat koperal.  Kebetulan jugak, dia ditugaskan di unit yang sama macam aku.  Dia mati akibat serangan IED di Iraq dengan keadaaan kepala dia pecah terkena letupan.  Dan bilik aku tu,adalah bilik korperal tu.  Dan akulah jugak tentera pertama yang diberikan bilik tu sejak kematian korperal tu.

FS aku mintak maaf kat aku sebab letak aku kat bilik tu.  Sebulan kemudian, aku pun ditugaskan ke unit lama korperal tu.  12 bulan aku berjuang di medan perang, dan entah berapa kali jugaklah kenderaan aku diserang dengan IED.  Setiap kali juga, nyawa aku macam di hujung rambut, tapi aku terselamat.  Aku tak tau samada ni cuma perasaan aku , tapi aku dapat rasakan yang korperal tu sedang melindungi aku. Tapi, tak semua orang dalam unit tu bernasib baik macam aku. Aku kehilangan 3 orang rakan dari unit tu.  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 10-1-2021 12:17 AM
Kalau 'depa' tu satu hal juga.
Kalau terserempak dgn manusia psycho ke? Hilang jejak sengsorang k ...

Dah diorang jenis berani mati kan. Tapi kat us diorang boleh bawak senjata. Tu yg diorg rasa selamat kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 8-1-2021 03:25 PM
Thanks TT sbb sudi translate cite2 seram dri reddit ni
Dah lama xde tred best kat bod seram

Hehehe sesama uols
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-12-2020 09:26 AM
Kisah Dari Brazil :  Misteri Kehilangan Lelaki

Aku dan girlfriend aku orang Brazil, tapi nene ...

Misteri sungguh hal tangga2 ni kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.521511 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list