CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5795|Reply: 56

Gangguan Suami Orang

  [Copy link]
Post time 4-11-2020 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rararania at 4-11-2020 12:07 PM

Alkisahnya aku baru bertukar kerja awal tahun lepas dekat satu company ni. After that adalah teambuilding office dalam seminggu jugaklah teambuilding tu. To cut the story short ada satu mamat ni dia approach aku tanya mana satu nombor phone aku dalam group whatsapp teambuilding tu. Aku takdelah syak apa-apa sebab aku tak pernah berbual apa pun dengan dia. Pastu dia pun takdelah gaya nak mengacah minta nombor ke apa so aku assume niat dia genuine je masa tanya tu. Also, sebagai macam menghormati dia yang agak lama bekerja dalam company tu so aku cakaplah nombor aku yang ni sekian sekian.
Lepas 2 hari tu dia text aku privately cakap kenapa tak turun makan apa semua. Aku reply jelah sebab first conversation kan? Lama tu dia macam pelik-pelik (gaya mengayat) apa semua duk memuji aku melangit tapi gambar dp whatsapp tetaplah maintain berpelukan dengan wife. Apo? Lepas lepas tu aku tak melayan. Kalau aku rasa nak reply aku reply kalau tak aku tak reply lah. Tapi dia setiap hari dok text aku sampai call aku berpuluh kali ye BERPULUH kali dalam sehari nak suruh aku angkat.

Lepas dah missed call dia berpuluh kali aku ignore dia text pepanjang apa semua siap kata nak start all over again gaya macam orang desperate frust gila bayang gitulah. Oh, wife dia kerja satu tempat dengan ktrg jugak. So, aku macam dah fed up mamat ni tak henti henti buat camtu aku ugut lah dia kata aku nak report kat bini dia siap dengan screenshot apa semua aku tunjuk. Company aku ni banyak branch aku kat HQ dia kat branch lain dan bini dia branch lain. Dia sgt creepy ye gambar atau pergerakan aku kat ofis dia tahu je.


So aku decide block dia kat semua platform yang ada phone semua aku block nombor dia. Tapi keluar notification yang dia call setiap jam. Aku memang tak faham betul dia dah kenapa. Lepastu sebabkan aku block semua dia reach pulak kolig aku tanya aku macam mana. Eeee bikin sebal. Sebabkan aku tanak orang berandai andai kenapa dia cari aku macam tu so aku unblock whatsapp sahaja supaya dia tak menggila cari aku through orang lain. So dia boleh katakan setiap hari buat whatsapp group aku dengan dia sahaja untuk test aku block dia ke tak. Lepas dia add aku dia delete group tu dan esok dia buat benda sama sampai lebam. dan cubaan video call dan call whatsapp sampai lebam. Benda ni berlarutan sampailah ke tahun ni. So dah masuk 2 tahun dia macam ni. Aku nak report kat management merasakan kesian bini dia dan dia yang kerja lama kat sini. Nilah dilema mangsa macam aku pulak yang buat salah.

So what say you guys?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah benar ke ni? Mental nya orang tu.. Rasanya report kat upper management.. And then uols tukar la nombor tpon..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 12:19 PM | Show all posts
Mungkin report kt wife dia..tunjuk bukti semua.

Tapi takut jgk lelaki tu ada niat jahat. Kan dia pusing cerita, atau santau.
Sori ye TT. Overthinking lak
Deal dgn org physco ni bahaya gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 12:19 PM | Show all posts
Missterry replied at 4-11-2020 12:15 PM
Kisah benar ke ni? Mental nya orang tu.. Rasanya report kat upper management.. And then uols tukar l ...

Ye kisah benar. Tulah yang buatkan tak report tu sebab kesian and nak tukar nombor tu yang dah guna sejak sekolah menengah semata sebab dia huhuhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 12:20 PM | Show all posts
MoonRise replied at 4-11-2020 12:19 PM
Mungkin report kt wife dia..tunjuk bukti semua.

Tapi takut jgk lelaki tu ada niat jahat. Kan dia  ...

Iye sis dia siap delete semua conversation dia so ada yang tak sempat iols nak screenshot dia dah delete. Kampret!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 12:30 PM | Show all posts
u screenshot semua bukti notification yang kata ada missed call from nombor dia everytime and bukti yang u dah block dia sekian lama..
then approach hr untuk minta dia stop ganggu u..
and juga bukti dia buat group tu..
u kena pantas la screenshot tiap kali..
bila dah cukup bukti-bukti, then pergi hr tu..
tak payah nak fikir kesian ke apa..
kalau dia fikir nak jaga periuk nasi dia, dia takkan buat masalah kat tempat dia cari makan..
terus ke hr ye..
tak perlu nak consult bini dia..
kalau hr u professional, kes ni boleh settle diam-diam tanpa kecoh satu company..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2020 12:38 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-11-2020 12:30 PM
u screenshot semua bukti notification yang kata ada missed call from nombor dia everytime and bukti  ...

Oh sis iols keje gomen actually. So nak terminate dia tu memang taklah kan? Kalau tu pun i think setakat amaran je kalau kena pun. I ada je semua bukti bukti bergambar apa semua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 12:47 PM | Show all posts
rararania replied at 4-11-2020 12:38 PM
Oh sis iols keje gomen actually. So nak terminate dia tu memang taklah kan? Kalau tu pun i think s ...

kalau gomen takleh nak kata apa la..segala bawang besar kecik merah putih holland semua ada u try approach ketua jabatan u dulu untuk berbincang tengok macam mana..
or u warn dia yang u akan report ketua jabatan or polis atas alasan harasment..

kalau dia masih berdegil, then u print segala bukti, report to ketua jabatan..
at this level kalau nak kecoh, bukan salah u lagi..
u dah warn dia tapi dia yang nak cari pasal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 12:47 PM | Show all posts
bagitaw kt unit integrity.. sbb dia dah ganggu ko.. biar dia kne panggil dan dicuci otaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 12:54 PM | Show all posts
rararania replied at 4-11-2020 12:38 PM
Oh sis iols keje gomen actually. So nak terminate dia tu memang taklah kan? Kalau tu pun i think s ...

yg aku nampak ni tukar no fon je.
i mean ko beli no baru. so hapdet la kawan2 dlm kontek no lama yg ko dh tuka nombor. dh pakai sebulan 2 no baru then terminate la no lama tu.
u may choose la sayang no fon lama dr sekolah tu ke nak hidup aman2 (kalau aman lah) je tanpa gangguan mamat tu. tp agak susah sbb uols satu jabatn. thanks god bukan satu opis satu bumbung tu. tp tetapla akan jumpa skali sekala kan..

or u just hire/mtk tlg mana2 kawan lelaki(eloknya sedara ko ke yg bkn 1 opis) jwp call tru ur fon. jerkah2 sket mamat tu n ckp ur bf or tunang.

mine dulu case bkn dgn laki orgpon. mamat ni skoolmate my sista. dia dtg raya umh n ternampak sis masa tu. asalnya keliatan normal sbb dia add di FB. so sis layankan je. pastu x tau dr mana dia dpt number fon. dia keep on wassap. calling. x layan/reply dia tukar apps lak telegram la. name it apa2 apps tu.

sis blocked dia sbb ade aritu tu sis nak final exam paper yg sgt serabut sbb sis x score subjek tu. sis wassap my so-called bf time tu ckp sis nak off fon the whole day pagi2 buta n pesan siap2 mebi berlarutan 2-3 ari sbb stress dgn mamat yg suka kacau tu.

tapi mcm biasa la. mamat psiko tu keep on calling acah2 caring. owh dia single but not my taste n sis sgt stress n serabut dgn cara dia nampak desperate sgt duk kontek2. tu. sis bio je  sampailah mamat tu nak nikah (alhamdulillah sgt wei dia jumpe jodoh x kacau dah kita)dia msg pakai no lain n perli2 sis ckp ooo u blocked i ye sblm ni. sis x reply satu apa msg dia.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 12:56 PM | Show all posts
Edited by CocoCily at 4-11-2020 12:58 PM

I percaya cerita ni sebabnya kes ni pernah terjadi kat office I. Laki orang tak sedar diri (gambar dp whatsapp peluk wife & anak, ok). Just dia tak kacau I la (sebab I garang). But dia mulut bukan main geli mendengarnya. Yang dia kacau budak lain still single..jenuh la I kena teman budak ni makan hari hari

Btw, budak yang di kacau screenshot segala benda, dah blocked pun still kacau guna line office etc. I siap warningkan..if still go on, i akan print hantar ke wife dia & email sekali
Since kerja private, jantan tu akhirnya di suruh resign.


Harassment kat office ni kena cakap kat boss. If dapat boss baik akan dapat protection accordingly. If boss pun sama naik, jika ada option to leave, just leave.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 01:29 PM | Show all posts
Report ja wey.. Xyah bagi muka. Dia xkesian kat diri dia.
Cuols pun dah warning kan. tetap degil dan kemaruk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 02:31 PM | Show all posts
mmg patoto ko skrin shot text bg kat wife dia
lps repot ..blok balik
mcm jntn gila jek
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 03:37 PM | Show all posts
gi HR report harassment
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 04:31 PM | Show all posts
Report je la harassment makan tahun dah ni... psycho gamaknya mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 06:43 PM | Show all posts
this is off limits - yups do something , be assertive about it. aiyoo....apa ni kacau wanita lain ni.

u take care .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar no phone tak selesai jgak,sebab boleh jer cari no baru sebab dia orang lama situ.Baik cari pakwe yang sesuai,tunjukkan kat laki bodow tu.biar dia faham.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 02:47 PM | Show all posts
awak tak payah layan......biarlah dia text....call....tapi jangan balas.....sampai dia bosan...paling mudah buat bodoh aje....anggap tak ada apa apa......ibarat kalau org hendak mengail...taruk umpan yang sedap sedap apa pun....kalau ikan taknak makan...tak akan dapat.

kedua boleh buat dia jelous......macam bergambar dgn lelaki lain, atau awak buat buat gambar bertunang, atau keluar dgn bf.....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lumrah orang cantik mcm printer jugak dan pronter rasa tt cantik mcm printer. Memang ada yang berkenan. Tapi setakat nak main cinta kosong je, laki orang pulak tu. Lain la dia bagitau terus terang kat isteri yang dia dah angau lat tt dan mntk restu isterinya baru lah lelaki sejati.

Hati hati te tt. Tarik rambut dalam bedak sejuk. Rambut tak putus, bedak sejuk sentiasa sejuk. Takut kasar kasar nanti dibomohkan pulak atau nanti putus pulak tangan tt.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 11:22 AM | Show all posts
rararania replied at 4-11-2020 12:38 PM
Oh sis iols keje gomen actually. So nak terminate dia tu memang taklah kan? Kalau tu pun i think s ...

ala... heol nak berkawan je tu kot?
bak kata pepatah "...berkawan biar beribu"
setakat wasap apa la sgt. layan aje la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.079792 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list