CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Kerajaan PH prihatin kesihatan rakyat sebab kenakan cukai soda. Cukai tak selesa

  [Copy link]
Post time 27-8-2018 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadeh... But i like to drink sprite, grape and zappel, though not all the time...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 27-8-2018 05:41 PM
Hadeh... But i like to drink sprite, grape and zappel, though not all the time...

zappel sedap woo
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
matkpop replied at 27-8-2018 06:04 PM
zappel sedap woo

Kan??? Easily one of my faves...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 08:37 PM | Show all posts
Jangan kenakan cukai terhadap minuman berkarbonat sahaja. Padahal minuman tin lain seperti kopi,minuman tenaga dan juga jus buah itu pun sebenarnya tinggi kandungan gula. Coca-cola sekarang pun dah keluarkan Coca-cola Zero, 0 kalori guna artificial sweetener. Namun begitu ia bukanlah juga minuman yang sihat.

Satu cara alternatif adalah kerajaan memaksa pengeluar mengurangkan kandungan gula dalam produk minuman mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 08:38 PM | Show all posts
insulin replied at 27-8-2018 02:32 PM
Ada baiknya kalau penjualan makanan dan minuman manis ni diharamkan. Biar sama level dengan dadah. B ...

Amboi. Mentang-mentanglah nick kau insulin


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 08:47 PM | Show all posts
Foxey replied at 27-8-2018 05:41 PM
Hadeh... But i like to drink sprite, grape and zappel, though not all the time...

Aku dulu minum satu tin coca-cola setiap malam..Sekarang dah bertaubat.Tapi sudah terlambat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus..
kau bayangkan klu pegi restoren makanan segera..air soda lbh murah drp jus or milo..siap boleh refill lagi..gila ke?

cukai soda lebih bagus drp kurangkan subsidi gula.. sbb nnt macai meroyan kerajaan menindas peniaga kuih akok..sbb yg buat air soda ni dh tentu la bukan makcik kampung..

semoga lps ni jus buah buahan bole direfill di restoran makanan segera
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adehh dah la seminggu dua ni i mmg kemaruk soda. Sebelum ni pandang pon tak. Harap2 kemaruk ni stop sblm soda kena cukai la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2018 11:07 PM | Show all posts
Cukai soda tak selesai masalah obesiti, kata badan penyelidikan
August 27, 2018



KUALA LUMPUR: Sebuah badan penyelidikan dasar awam menasihatkan kerajaan berhati-hati terhadap cadangan cukai soda kerana masalah obesiti tidak dapat diselesaikan dengan hanya bergantung kepada cukai memandangkan minuman soda bukan satu-satunya penyumbang terhadap masalah obesiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata, keluarga berpendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian wang ke atas minuman soda sebagai sumber tenaga murah akan terjejas dengan pelaksanaan cukai itu.

Katanya, kajian dan pengalaman di negara lain yang melaksanakan cukai sedemikian, seperti Chile, Mexico dan United Kingdom (UK), menunjukkan cukai soda mempunyai kesan jangka pendek serta panjang.

“Untuk jangka pendek, pengguna muda (berusia 13 hingga 30 tahun) dengan latar belakang sosial ekonomi berlainan kemungkinan besar akan mengurangkan pengambilan gula sehingga 80% berbanding purata pengguna, dengan beralih kepada minuman kurang gula.

“Orang lebih tua dan mereka yang mengamalkan diet bergula tinggi berkemungkinan tidak mengubah tabiat kerana mereka sudah mempunyai pilihan sendiri untuk gula dan tidak sensitif terhadap kenaikan harga.

“Dalam jangka panjang, situasi itu akan menjadi normal dan pengguna mungkin membeli minuman soda sama, tetapi membayar harga lebih mahal.”

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai soda bagi menggalakkan kehidupan lebih sihat dan mengurangkan pengambilan gula yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

Azrul berkata, cukai itu mungkin berjaya mencapai sasaran mengurangkan pengambilan gula bagi satu kumpulan khusus, tetapi kesannya tidak besar terhadap kumpulan lebih besar.

“Jika mereka beralih atau meningkatkan pengambilan minuman bergula seperti teh tarik atau kopi susu, maka kesannya mungkin hilang.

“Oleh itu, keberkesanan cukai soda dalam mengurangkan masalah obesiti bercampur-campur.”

Katanya, perniagaannya seperti kedai kopi dan runcit akan terjejas dalam jangka pendek, tetapi keadaan mungkin pulih selepas kenaikan kos diselaraskan dan menjadi normal.

Azrul mencadangkan cukai itu dilaksanakan ke atas pengeluar dan bukannya di peringkat peruncit, seperti di UK.

Katanya, minuman dengan kuantiti gula tertentu bagi setiap 100ml perlu dikenakan kadar cukai khusus untuk setiap liter.

“Ini akan mendapat hasil yang dikehendaki untuk pengeluar mengambil inisiatif dan mempunyai insentif mengurangkan kandungan gula dalam produk mereka untuk mengelak dikenakan cukai.

“Hasil pendapatan yang dikutip akan disalurkan untuk membiayai program kesihatan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), khasnya kencing manis dan faktor risiko seperti obesiti.”

Katanya, masalah obesiti tidak dapat diselesaikan dengan hanya bergantung kepada cukai kerana ada penyumbang lain terhadap masalah itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengutamakan pengetahuan kesihatan dan program pencegahan NCD untuk mendidik serta mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pilihan sihat dan tingkah laku berpengaruh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-8-2018 08:47 PM
Aku dulu minum satu tin coca-cola setiap malam..Sekarang dah bertaubat.Tapi sudah terlambat.

Kenapa terlambat? Fox takde la minum every day tapi bila craving memang nak minum je those three sodas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestuh air longkang bancuh dgn perisa Dan dijual di pasar malam bagai Tak kene tax ke?

Banyak study menunjukkan air soya, cincau etc jauh lebih byk gula dari air berkarbonat

Tanak cukaikan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 08:33 AM | Show all posts
meisapoya replied at 27-8-2018 09:17 PM
Adehh dah la seminggu dua ni i mmg kemaruk soda. Sebelum ni pandang pon tak. Harap2 kemaruk ni stop  ...

kan. tak tau kenapa tiba-tiba craving soda sejuk.. musim panas kut

pegi kedai angkut pepsi la, kickapoo la, 7up la..
coke kuat sangat, tak suka. f&n pun gas kuat, pedih perut
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 08:35 AM | Show all posts
makanya kita ramai ramai menantikan apakah yang akan naik harga lagi selepas ini....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kroit92 replied at 28-8-2018 08:33 AM
kan. tak tau kenapa tiba-tiba craving soda sejuk.. musim panas kut

pegi kedai angkut pepsi la,  ...

Aah. I pon x suka gas yg kuat2 ni. Balik rumah, boh ais & air. Syok aihhh panas2 nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2018 07:03 PM | Show all posts
'Cukai soda tak selesaikan masalah kesihatan'




KERAJAAN diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan cukai minuman ringan atau soda kerana ia dikhuatiri tidak membantu menyelesaikan masalah kesihatan di negara ini sebaliknya hanya memberi kesan terhadap individu berpendapatan rendah.

Pengerusi Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS), Dr Zaki Zamani Abdul Rashid berkata, pihaknya percaya masalah kesihatan tidak akan dapat diselesaikan dengan kaedah pengenalan cukai sebaliknya ia memerlukan program pendidikan dan kesedaran yang berterusan.

Beliau berkata, cukai soda adalah satu bentuk cukai regresif iaitu kadarnya akan menurun apabila pendapatan negara meningkat, sekali gus dibimbangi mempunyai kesan lebih besar terhadap individu berpendapatan rendah daripada mereka bergaji tinggi.

"Pengenalan cukai rokok sebelum ini ternyata tidak berjaya menyelesaikan masalah pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat.

"Malah ada kajian di Amerika Syarikat yang menyatakan cukai soda tidak membantu dalam perubahan gaya hidup sihat. Cukai rokok pun terbukti gagal menghalang orang dari merokok.

"Jadi kita kena tahu matlamat kerajaan sebenarnya semata-mata mengutip cukai atau mahu menggalakkan gaya hidup sihat, " katanya ketika ditemui di Alor Setar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan kerajaan sedang mempertimbangkan cukai minuman ringan bagi membendung masalah kesihatan.

Dasar itu dipromosikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membendung kegemukan, kencing manis dan masalah lain berkaitan gula.

Pada masa sama, Zaki Zamani berkata, rakyat berkemungkinan beralih kepada minuman bergula lain seperti teh tarik dengan penurunan harga gula yang dilaksanakan kerajaan kini.

Justeru katanya, masalah kesihatan memerlukan program pendidikan yang berterusan untuk membendungnya dalam jangka masa panjang.

"Selain itu, saya melihat tindakan kawalan terhadap jualan minuman soda dan rokok kepada kanak-kanak adalah lebih utama.

"Namun jika kerajaan tetap berhasrat untuk meneruskan juga pelaksanaan cukai terbabit, saya berharap hasilnya akan diperuntukkan untuk pelaksanaan program kesedaran kesihatan, " katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Obesiti tu bukan disebabkan minuman sahaja. Itu merangkumi gaya hidup. Jenis yg suka makan di luar sepanjang masa tu lebih terdedah. Zaman sekarang ni tengah malam pun orang boleh keluar ke kedai makan dan melahap nasi lemak dan teh tarik. Ini sebenarnya gaya hidup yang tidak sihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063799 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list