CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 6

Sudah 25 tahun hidup bermadu, alhamdulillah bahagia - Zarina Zainuddin

[Copy link]
Post time 20-3-2018 12:10 PM | Show all posts |Read mode



PELAKON Zarina Zainuddin, 48, mengakui dia sudah 25 tahun menjalani hidup bermadu dalam suasana harmoni dengan isteri pertama suaminya.

Ibu empat anak itu memberitahu dia setuju menjadi isteri kedua selepas bertemu dan meminta restu daripada isteri pertama untuk berkongsi suami.

"Saya dahulu, ketika mahu bernikah dengan suami tidaklah merampas hak orang. Sebaik suami ajak berkahwin, saya minta padanya untuk bertemu dengan isteri pertama.
"Ketika itu, niat saya mahu berkongsi kasih dan sudah jodoh dengan suami orang. Jadi, saya kena berani bertemu dengan isteri pertama suami untuk meminta restu.
"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam kedaaan baik," katanya.

Menurut pelakon drama Ku Kirim Cinta ini, pada awal perkahwinan dia dan suami pada usianya 22 tahun dahulu berpaksikan simpati.

"Saya berkahwin pada usia muda ketika nama masih di puncak dalam karier seni. Saya dan suami, kami tidak bercinta sakan.

"Suami hendak berkahwin dengan saya ketika itu kerana simpati. Itu pun, suami memberitahu saya selepas tiga bulan kami berkahwin," katanya.

Menurut Zarina lagi, dia tidak berkecil hati dengan pengakuan itu kerana yakin niat suaminya ikhlas walaupun harus bermadu.

Ujarnya, dia sangat bersyukur dipertemukan jodoh dengan suami. Malah, berkat kesabaran, sentiasa mengalah dan sedar diri sebagai isteri kedua, Allah SWT memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

"Adat menumpang kasih, saya harus tahu kedudukan diri. Apatah lagi, tiada wanita pun yang mahu berkongsi suami.

"Sejak dari dulu, saya sangat menghormati hak madu sebagai isteri pertama suami. Susah senang memang banyak mereka lalui bersama sebelum kemunculan saya.

"Apapun, indahnya kehidupan dijalani kini, saya dan madu tinggal berjiran. Rumah kami bersebelahan dan saling membantu di antara satu dengan lain termasuk berniaga pulut kuning bersama," katanya.

Zarina berkata dia dan madunya juga sering memasak bersama dan jika sibuk dengan penggambaran drama maka isteri pertama dan suami akan menjaga anak-anaknya.

Hasil perkongsian hidup Zarina dan suami, mereka dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12.


#kw Zarina sedar diri isteri kedua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 12:14 PM | Show all posts
hem bagus lah kalau bahagia okay saya adore je ketabahan akak jaga anak oku hem semoga syurga buatmu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually lpas tgk syurga yg kedua. Yg mak sabrina izinkan jd daud gatei tu nikah dgn rozy..aku rs mcm ok je.
At certain age..ko pun da x larat sgt da nk layan suami 24jam. Hahaha. Dgn syarat nafkah zahir cukup la eik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innih la contoh madu yang para bini pun tak sakit hati, sakit kepala segala. Kalau dpat madu macam
Jering ittew, maunya meroyan doplohpat jam bini pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:54 PM | Show all posts
ye la tu.....


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:59 PM | Show all posts
tp ingat lah. tak de sorg pn pmpn yg nk bermadu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 20-3-2018 12:47 PM
Actually lpas tgk syurga yg kedua. Yg mak sabrina izinkan jd daud gatei tu nikah dgn rozy..aku rs mc ...

Ai tgok crt malay ni
Suka sgt ezad.
Wlupun skip2 n fast 4wd ai mash anoyying tgok mulut herot rozy, byk kedut. Mata lebam yg hamat, pakai baju kurung tp eyelashes yg over, pggunaan ayt asyik ulg2.
Homaigad kronik ny acik ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063691 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list