CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1788|Reply: 7

[Tempatan] DUIT ZAKAT FITRAH

[Copy link]
Post time 18-6-2017 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Rahman_Mulhid at 19-6-2017 05:33 AM

Mohd Fauzi Mohd Azmi
3 hrs ·
DUIT ZAKAT FITRAH

Astro Oasis telah menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini. Beliau mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.

Beliau berkata “tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berdosa”

Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada pelajar-pelajar yang hendak ke Azhar Universiti atau mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.

Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja dan mereka2 kelakar akan digunakan utk memujuk org melayu utk meredzakan segala kemungkaran yg dilakukan olih pemimpin.

Wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit bukan saja masih gagal malah jauh dari dapat menebus maruah orang Islam di negara ini.

Masih ramai fakir miskin yang terbiar oleh kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif sebaliknya menunggu mereka datang meminta bantuan di pejabat dan menyusahkan pula mereka dengan keperluan mengisi berbagai borang dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.

Sepatutnya pegawai-pegawai zakat atau jabatan zakat bersikap pro aktif. Mereka bukan menunggu fakir miskin datang meminta bantuan tetapi mencari fakir miskin, menjalankan siasatan dan mencari orang Islam yang perlu diberikan bantuan.

Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing? Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?

Jika wartawan-wartawan boleh melakukan ini dan mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian? Adakah pejabat-pejabat zakat mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar.

Lebih buruk lagi ialah apabila penerima-penerima wang zakat ini disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang dipentaskan bagi tujuan politik yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Jika kesedaran seumpama ini dibangunkan sekian lama menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih bersih dari Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.

Pentadbiran melayu terkenal dengan perangainya macam paku dengan penukul sekali ketuk sekali dia bergerak masuk. Tak diketuk ia terbiar berkarat menyusahkan orang pula dengan perangai besinya.

Ada pula jenis melayu yang angkuh disuruhnya kita jangan campur urusan dia dan jika bercakap banyak dicadangkan pula kita bertanding PRU. Apa punya ‘swell headed’ jenis manusia macam ini hidup mahu menongkat langit.

Tolong sebarkan mudah2an dibaca kakitangan zakat maj agama

https://www.facebook.com/mohdfau ... ts/1346293312086837

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak pernah sekalipun bayar zakat dgn ppz. Bagi sendiri pada org susah yg Akak kenal. Orang Nak cop Akak ahli neraka sebab tak berzakat pun tak apa. Lagipun jika Akak bayar zakat kat ppz pun Akak tetap ahli neraka juga sebab tak bungkos kepala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2017 11:15 PM | Show all posts
white_musk replied at 18-6-2017 11:03 PM
Akak tak pernah sekalipun bayar zakat dgn ppz. Bagi sendiri pada org susah yg Akak kenal. Orang Nak  ...

deputy tohan mana kata kena bungkus kapala?  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 05:31 AM | Show all posts
https://youtu.be/iBWrPlkbzKQ
[youtube]iBWrPlkbzKQ[/youtube]

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 18-6-2017 11:03 PM
Akak tak pernah sekalipun bayar zakat dgn ppz. Bagi sendiri pada org susah yg Akak kenal. Orang Nak  ...

Aku bayar direct kat asnaf kat hulu2 kampung nun.... supaya aku tak terkilan bila tgk duit zakat aku digunakan oleh menteri umno tukang jaga agama islam gi main golf kat australia, bayar kos peguam bila kena saman buat fitnah, beli simulator golf, meeting hotel 5 bintang, upgrade bangunan zakat tahap canggih.. tapi yg miskin merintih2 dotendang sana sini bila mintak bantuan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Zakat kena bayar pd byk asnaf. Susah nak cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2017 11:31 AM | Show all posts
white_musk replied at 18-6-2017 11:03 PM
Akak tak pernah sekalipun bayar zakat dgn ppz. Bagi sendiri pada org susah yg Akak kenal. Orang Nak  ...

sama la sis, bg terus kt asnaf yg kte kenal, lgpon ada saudara yg ssah dan memerlukan, lbih baik bntu mereka dlu dri org lain kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 06:05 AM | Show all posts
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM

Penganut Zoroastrian


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).

“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).

dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).

dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).

Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).

Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).

dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.158578 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list