CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3978|Reply: 48

[Tempatan] Projek pembaziran : Rakyat mahukan rumah, bukan dekoder percuma!

[Copy link]
Post time 8-6-2017 09:41 AM | Show all posts |Read mode
‘Rakyat mahu rumah, gaji setimpal bukan dekoder’


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub membidas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang mengumumkan pemberian dekoder percuma bagi siaran TV digital kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dalam satu kenyataan media, hari ini, Salahuddin mempersoalkan pihak yang akan menanggung kos dekoder bernilai RM199 setiap satu itu dan menempelak Najib yang dengan penuh bangga menyatakan Malaysia satu-satunya negara berbuat demikian.

“Najib perlu sedar, kenapa tiada negara lain buat tindakan sedemikian kerana hanya pemimpin yang tidak waras akan isu sebenar rakyat sahaja yang akan buat sedemikian.

“Saya nak tanya berapa kos yang telah dilibatkan dalam projek ini?”soalnya sambil berkata wang yang diperuntukkan itu sepatutnya disalurkan untuk menyelesaikan pokok permasalahan yang membelenggu rakyat.

Menurutnya, jika negara mampu menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang baik, rakyat boleh menyelesaikan keperluan lain mereka tanpa perlu kerajaan membelikan dekoder.

Bagi Salahuddin, tindakan Najib itu langkah terdesak untuk menjalankan "projek segera" menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Najib perlu sedar bahawa rakyat khususnya generasi muda mahu ialah peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

“Rakyat mahu GST dihapuskan, rakyat dambakan rumah mampu milik yang mencukupi, rakyat mahu harga barang keperluan dikawal, rakyat mahu biasiswa pendidikan tinggi tidak disekat dan sebagainya.

“Saya juga berharap kos dan tender yang terlibat dapat didedahkan kepada umum bagi mengelakkan kes-kes salah guna kuasa berulang,” katanya.

Najib pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview malam semalam mengumumkan 4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan.

Jumlah itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, yang mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.

MyFreeview adalah projek diterajui Kementerian komunikasi dan multimedia dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan televisyen dan siaran radio digital secara percuma.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 09:54 AM | Show all posts
“Najib perlu sedar, kenapa tiada negara lain buat tindakan sedemikian kerana hanya pemimpin yang tidak waras akan isu sebenar rakyat sahaja yang akan buat sedemikian


Hahahahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
betul kata nya.. nak buat rakyat jd bodoh n jadi miskin itulah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Btol.dekoder tu xpenting.mmbazir
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk tlg kroni dia la..projek kurg kan gawat ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Rancangan apalah agaknya yang ada nanti ..takut ada pukau-pukau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2017 10:03 AM | Show all posts
takkan rumah pun nak bg free...kete beso boleh plak beli...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sabar nak dapat sebiji rumah percuma bila pan ke putrajaya nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade gak yang xpham
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:06 AM | Show all posts
Better tak payah merdeka lar kalau dapat pemimpin bodo yang tak sensitif. Pukimak lar hape nak jadi dengan Malaysia dan Malaya neh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku takut kerajaan bg dekoder free kat rumah yg xde tv atau bg dekoder free kt umah yg xde electric mcm kes pemberian laptop percuma dulu.   Kepada penduduk kg nun dihujung ceruk banat,  kg org asli.  Yg mana kt kg tu.. Nk dpt letrik pun susah.  Last2 lappy simpan bawah bantal.  Pengalaman sebenar yer. ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:15 AM | Show all posts
nebulagazer replied at 8-6-2017 10:01 AM
Dia nk tlg kroni dia la..projek kurg kan gawat ni

dekoder tu boleh kenek ke wifi ka ? awat mahal gila ?
harga dah mcm beli android box.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:21 AM | Show all posts
tlg bagi pencerahan..
kat mana aku bole beli dekoder utk siaran digital ni..?
berapa RM..?
brand apa yg elok...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:23 AM | Show all posts
Kroni mana yang dapat kontrak supply dekoder tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekoder nie ada 2 jenis... 1 jenis harga rm99 nie yg basic.. lg satu plak harga rm199 yg nie ada option utk kita langgan siaran berbayar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 10:31 AM | Show all posts
pandai cakap...tapi...tak pakai otak...otak letak celah kelangkang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dpt decoder kang nak kena beli tiwi pastu bil api pun bertambah pastu abis masa depan tiwi pastu satu habuk kerja pun tak siap pastu manusia pun terlalai

Tah2 set2 br1m ni lagi canggih tgk siaran kat smartphone depa aje. Tak main dah tiwi2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 11:59 AM | Show all posts
ptg ke bg dekoder ni berbanding ngn buat projek lain yg lbh bnilai kpd rakyat??
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:02 PM | Show all posts
kena beli tv digital gak la..sebab siaran analog dh nak tutup
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:06 PM | Show all posts
chinta89 replied at 8-6-2017 11:59 AM
ptg ke bg dekoder ni berbanding ngn buat projek lain yg lbh bnilai kpd rakyat??

penting sgt la sis bole tgk bibir pink in full HD  berkilat tak mcm tgk in SD format bibir mcm pakai matt cream lipstick kusam sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.088697 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list