CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mutusamy

rockers melayu

[Copy link]
AdrianMutu This user has been deleted
Post time 14-5-2004 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 14-5-2004 01:18:
ok ni review sikit

dia sekeping je vcd
aku nengok pakai komputer
so starting...1st two minutes cam korang tengok tv lepas Negara Ku, takde siaran, cuma ada line kaler2 tu kan?
lepas 2 minit progrem start.

Intro dia ikut style Loudness ah...Search pun datang naik keta satu satu..
tapi aku agak Loudness punya kereta semua lagi luxury la...

so aku dah excited ni pasal sound dia macam bagus je...aku pakai earphone..
so memang ah, kamera angles semua best dan clear, sound power.

so , sedutan konsert KL 2004 tu dalam vcd ini ialah -
fantasia bulan madu
stage set up shots
pawana
pelesit kota
isabella
laila namamu...
di pintu sepi!!!! ( feveret )
isi dan kulit
stage set up shots
GADISKU ARGGGHHH!!!!!!!!!!!!!!!   happynye aku!!!!
pasti..


best ah!!

p.s - hk - for your info
p.p.s - yang lain sapa nak ni vcd, pls inform aku.

thanks again lolipop, aku betul2 hargai pemberian ko..
Ntah kenapa aku rasa frust semacam jer beli CD ni ... walaupun hari ni order the next day dah sampai, bila aku tengok VCD tu aku frust sangat coz aku expect something macam really mega konsert orang putih nyer ... yer la after how many years in this business, aku expect something gigantic from them ... as per video shooting, pun aku tak puas ... terlalu banyak close-up shots kat Lola, Amy dan Kid .... aku rasa camera man from TV3 la ... macam kat konsert-konsert yang selalu tayang kat TV3 masa time raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2004 04:40 PM | Show all posts
AM, vcd original dah keluar eh? Kene beli ni..

AM cuba review sikit, selain dari shooting dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2004 05:22 PM | Show all posts
lamanya tunggu AM...

Loli dah beli CD original tu...tak banyak beza...depan2 pun ada delay gak..sound sama, cuma clearer picture tu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2004 10:59 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 20-5-2004 05:22 PM:
lamanya tunggu AM...

Loli dah beli CD original tu...tak banyak beza...depan2 pun ada delay gak..sound sama, cuma clearer picture tu aje.



ooo ada ke? kira content sama la?

berapa ketul ko beli? kat mana eh?

packaging dia cantik tak? ada cd booklet ke apa ke?
Reply

Use magic Report

AdrianMutu This user has been deleted
Post time 21-5-2004 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 14-5-2004 16:40:
AM, vcd original dah keluar eh? Kene beli ni..

AM cuba review sikit, selain dari shooting dia..
Sorilah lambat jawab ... ori? Korang dok review bootleg or ori sebelum ni?  Actually, apa yang aku tengok tu sama ler dengan apa yang DEAF tengok ... ni aku beli from Internet, direct debit from my bank account ... harga murah jer, RM19 kot ... dah lupa.  

Kalau kau tanya tentang quality shooting, well aku rasa cameraman ni bukan expert dalam shooting concert la ... kalau korang harap quality macam konsert mat saleh memang jauh panggang dari api.
Reply

Use magic Report

AdrianMutu This user has been deleted
Post time 21-5-2004 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 20-5-2004 22:59:
ooo ada ke? kira content sama la?

berapa ketul ko beli? kat mana eh?

packaging dia cantik tak? ada cd booklet ke apa ke?

packaging cantik la ... cd booklet tarak ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2004 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 20-5-2004 10:59 PM:



ooo ada ke? kira content sama la?

berapa ketul ko beli? kat mana eh?

packaging dia cantik tak? ada cd booklet ke apa ke?


dobelas ketul deaf, beli kat muzika rekod.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2004 02:15 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 21-5-2004 11:42 AM:


dobelas ketul deaf, beli kat muzika rekod.



aku kalo terpaksa nak beli cd melayu, aku still avoid muzika ah...

pegi jb beli bleh save sikit.
muzika macam ketuk je...;);)

ko nengok Search kalo AM beli 19rm, tu pun dah campur delivery hantar rumah. Muzika $12, nak gi kedai dia lagi...hehehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2004 05:10 PM | Show all posts
deaf, 5 jun search buat konsert pat larkin. pegi tak? Loli nak pegi. tiket boleh beli pat kedai Gold DIsc larking bus station at rm28 and rm 48.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 24-5-2004 05:10 PM:
deaf, 5 jun search buat konsert pat larkin. pegi tak? Loli nak pegi. tiket boleh beli pat kedai Gold DIsc larking bus station at rm28 and rm 48.


Loli thanks for info...

exact location kat mana? kalo sebelah Larkin Interchange, senang aku nak balik tapi kena cek last bus 170 & SJE kul berapa je.....


ermmm...sapa ada mindisc sini yang ada line in microphone? aku nak bootleg ni show ah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:34 PM | Show all posts
pat stadium hoki larkin or something like that.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 02:47 PM | Show all posts
lolipop, ni news dia...

aku dah cek ngan TigCun..

dia bilang kalo jalan kaki distance from bas terminal 20 minit je...


Hiburan -


Search tidak mudah patah semangat
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


PENUNDAAN tarikh konsert di Pulau Pinang sebanyak tiga kali tidak mematahkan semangat kumpulan rock Search untuk terus mengadakan persembahan besar seperti itu di negara ini. Sebaliknya kumpulan berkenaan akan muncul dalam sebuah konsert lain pula di Johor Bahru.
I k l a n




Persembahan yang diberi nama Konsert Search Live in JB itu akan diadakan pada 5 Jun ini, bertempat di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Eunos, Larkin, Johor Bahru. Ia akan bermula pada jam 8.30 malam.

Menurut kumpulan terbabit, mereka sudah lama berada dalam dunia hiburan. Sehubungan itu mereka juga sudah biasa dengan kerenah birokrasi dan penundaan konsert seperti itu bukan kali pertama berlaku dalam sejarah kerjaya seni Search.

揔ita tidak boleh mudah patah semangat. Perkara seperti ini sentiasa terjadi. Walaupun ditunda sebanyak tiga kali, Search akan teruskan juga konsert di Pulau Pinang. Ia adalah untuk menampung kerugian yang berlaku akibat penundaan itu,
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-5-2004 02:47 PM:
lolipop, ni news dia...

aku dah cek ngan TigCun..

dia bilang kalo jalan kaki distance from bas terminal 20 minit je...


Hiburan -


Search tidak mudah patah semangat
Oleh Nurulhisha ...


tiket kat muzika jual $15 n $25
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 27-5-2004 09:05 AM:
okay lah tu..kira dorang amik untung sikit jer..

Loli pun belum sure lagi pegi ke tak sebab hubby kena keje pagi, balik kul 4..dia kata kalau nak masuk boleh cuma kena expect jam ajelah



loli aku dah beli ah,,, kat city square music valley.

45rm + 2 rm sevice charge..


hopefully dapat pegi ah next week hehehehe....standby tiket dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 27-5-2004 10:21 PM:



loli aku dah beli ah,,, kat city square music valley.

45rm + 2 rm sevice charge..


hopefully dapat pegi ah next week hehehehe....standby tiket dulu



diriku sedih sekali

hubby tak nak gi konsert....loli nak pegiii :cry: :cry: :cry:
deaf, nak itottttt
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2004 11:41 AM | Show all posts
ok IKLAN sikit :bgrin::bgrin:

kat bod Music Celebrities Malaysia

dah buat tiga topik baru pasal kumpulan2 Search, Wings & XPDC..:ah:

Search & Wings dah pun didigestkan... harap ni kali tak hilang lagi ah thread2 ni.

so korang peminat2 Search, Wings , XPDC bleh masuk sana memeriahkan lagi topik2 ni....


Search - http://forum.cari.com.my/viewthr ... ge=1&sid=jzNPI9

Wings - http://forum.cari.com.my/viewthr ... ge=1&sid=LjnSbX

XPDC - http://forum.cari.com.my/viewthr ... ge=1&sid=LjnSbX
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2004 01:50 PM | Show all posts

search jb 5 jun 04

Fii..Wiittt!!!

review aku pegi nengok Search live in stadium larkin 5 Jun 04.

tiket aku dah beli dah seminggu ah, takut last minit sold out.
kul 4,30 jumpa member aku kat Kranji mrt.lepas tu naik 170 sampai kastam
spore. clear kastam, Q bas semua panjang, :kant:
so kita jalan kaki seberang causeway..Kastam JB tak jem , nasib baik. lepas tu pegi Komtar makan sandwich Subway.:bgrin:
lepas makan, patah balik kastam jb naik 170.sampai larkin terminal. Malas nak jalan gi stadium:kant:, jadi naik teksi, 3rm.


Sampai, pegi entrance 45rm punya, tengok ada jual tshirt "live in JB", so tangkap sehelai, 15rm.
Aku tengok ramai orang pakai tshirt tu dah..
yang ada pakai tshirt "live in KL', lagi lawa ah "KL" punya design.Sapa ada extra? jual aku boleh? hehehe.
So masuk ikut entrance grandstand, ramai jugak orang lepak2 kat grandstand,tapi aku ngan member aku terus turun padang... tak ramai orang lagik..
pentas dia besar wooo...kiri kanan pentas ada giant screen dua..
video kamera punya staging aku nengok ada dua ah...
40 meter dari pentas tu ada buat cam pagar sementara gitu, untuk asingkan tiket2 28rm.


terus diri2 tengok2 sana sini, lampu padam...dah makin ramai orang ah...
Stage crew asyik test lampu je... tak habis2.. sampai kena kutuk ngan budak2!!:clap:
Light show tak cantik takpe, tapi sound mesti kena bagus beb.
Janji 8.30 start, takde apa2 pun, speaker asyik main arabic dance music je...
sampai satu jam diri je la tunggu, nasib baik kameraman zoom kat peminat2 ah...jadi kita semua nampak kat giant screen.
sapa2 yang tengah skandal dua2an kat grandstand:hug: teruk ah kena sorak...
Abang2 polis pun kena zoom jugak wakakaka!!
Ada jugak peminat2 pekik2 buat lawak, so terhibur sikit..
So makin lama dah makin resah ah, semua orang dah tahap boring...:gantuk:
Aku rasa tiket 45rm tu jam dah mungkin lebih 3 ribu penonton ada ah. Ada jugak pakcik makcik aku nengok, dorang
cool je diri kat belakang..
Tiket 28rm lagi ramai ah...sampai kat galeri duduk pun ramai. Ni malam mungkin peminat lebih 10 ribu at least.


So 9.25 lagu arab dance music stop.. ada stage crew pegi kat micropon,
" anda dah sedia? bla bla bla Search balik kampung bla bla..." dia intro sikit..
terus start video klip kat screen...
cam mtv video ah...footage perang ww2, sojer german baris, ww2 punya fighter aircrafts tengah 'aces high"
tapi bukan lagu omputeh, lagu swedish ke apa aku tak tahu...aku tahu lirik ada sebut "val halla" je.



9.30 So Search pun on stage...start...terus perasan cam dari belakang ada serbuan ramai2 semua asak2 pegi depan...
Suasana havoc terus ah...berhimpit2...
Aku rasa aku dalam lapisan ke 20 dari depan stage tapi dah padat ah, Ramai dah start headbang..
Amy pakai seluar ketat merah, singlet putih, luar baju long sleeve corak putih.
Lain semua pakai warna gelap/black.
Dari arah pandangan peminat, posisi Kid sebelah kanan, Din sebelah kiri, Yazid selalu diri sebelah Din, keybodman belakang Kid,
siap ada riser sendiri sama tinggi ngan riser Lola.

so ni setlist dia...:music::music:

1) Pelesit Kota - aku rasa ni malam special, pasal aku dah bukan kat depan, mungkin lapisan 20 dah dari depan tapi semua orang keliling
tengah rocking, so boleh dikatakan tu malam semua fans Search turun ah... semua tahu apa nak buat hehehe.
Lagu ni cam vcd "live in KL', Search stop kat tengah ,Amy kasi "feewiittt!!" maut satu,... baru terus sambung lagu balik.:pompom:

2) Pawana - . kalo starting first two songs dorang dah bawak lagu2 cam gini dah terang ni malam
mesti best.... Amy dah tak payah nyanyi ah... stadium dah nyanyi untuk dia.

Lagu habis... Amy kasi speech - "bla bla bla...tahun 1981 kami berhijrah ke KL, bla bla bla, malam ni,
SEARCH BALIK KAMPUNG OK!!!!!!!" ( cue stadium: loud cheers ) " JB bandar rock n roll ok!!!" ( lagi loud cheers )

3) Gadisku - baru masuk 1st chorus Amy dah releks, hulur mikropon kat penonton je, tolong nyanyikan.:pompom::pompom::pompom::pompom:
Ni ialah feveret moment aku ah!! Search kalo main lagu ni lima kali ulang2 pun aku tak kesah hehehe.

4) Gelora Cintaku - wooo tak sangka dorang main lagu ni.. Ni macam punya setlist ah aku suka,
Semua lagu old timer... Real ah peminat2, aku rasa semua orang tahu liriks keliling aku.. nyanyi sama2.

5) Balada Pemuzik Jalanan - power ah dorang main ni lagu, macam double trouble II.
"jeritan! akordian TUA!! merayap di udara!!!" happy ah aku!!:bodek:

6) Langit dan Bumi - adoooii wa bleh pengsan.. Tiap tiap lagu berturut2 semua feveret wa...
So cam biasa, satu stadium sing along. " ku dongak ke langit, aku tunduk ke bumi " klasik habis.

Lagu habis - Amy speech lagik - " bla bla bla, timakasey terutama pada peminat2 baru... yang baru kenal Search.
Dulu mak bapak mereka dengar Search, sekarang anak2 mereka pula" hehehe lawak ah part ni!!:cak:
lepas tu "bla bla bla konsert kedua selepas KL,Selepas ni kami akan sambung konsert satu Malaysia, Dan kami nak tengok negeri mana yang kasi sambutan paling hangat..
Jadi negeri yang
paling sambutan hangat, dipilih jadi negeri pembukaan bagi konsert "EMPIRE GARDEN" tahun depan."

7) Isabella - Lagu lembab boring dah mari,:gantuk::gantuk:  baru aku bleh relaks sikit... Peminat2 semua singalong siap lighter,
aku tak minat ah lagu jiwang ni so keluar pen & paper tulis setlist ni, takut lupa.. tulis cakar ayam dalam gelap hehe.

8) Meniti Titian Usang..  Tak silap aku masa intro lagu ni budak sebelah aku dah pekik ELLA!!
baru aku cam, intro dia nak sama ngan intro lagu "sembilu " hehehe..
Lagu ni feveret wooo. Singalong lagik...so far 8 lagu semua lagu old timer.
Part korus semua stadium yang nyanyi, Amy relaks hulur mikropon je.
Last part, pekik2 tu, Amy masih maintain seyyy, aku tak tahu apa "mesin" dia pakai atas stage, tapi dia pekik2 masih power
cam dalam album dulu2 tu..

9) Melastik ke Bintang.. woo semua suka..ramai dah lompat2, tapi best ah, walau cam sardin, tapi semua body movement
tak sampai kasi orang keliling problem..Just nice ah... Ada dah headbanging kecoh ah. Tapi dorang sama dorang, tak
kacau sapa2 hehehe.
Aku tak tahu lirik:hmm: so diam, tengok2 je.

10) Menara kesesatan- lagi satu laju punya...so semua orang happy hehehe.



bersambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2004 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 7-6-2004 01:50 PM:
Fii..Wiittt!!!

review aku pegi nengok Search live in stadium larkin 5 Jun 04.

tiket aku dah beli dah seminggu ah, takut last minit sold  ...


sambungan....


11) Mat Rock - lagi satu lagu aku tak sangka dorang main... Unsangkarable!!! :pompom::music::pompom::music::pompom:

Lagu habis - Amy speech lagik, "Orang kata kita tak betul, tapi agaknya mereka yang tak betul ( cue - satu stadium
sorak kuat gile)." bla bla bla , kerja keras dalam apa bidang anda mahu bla bla
jadi lawyer, jadi orang berjaya, respek ah Amy kasi nasihat pasal memang
ramai budak2 umur sekolah lagik dikalangan penonton, bla bla bla, pada malam ni, saya ada seorang tetamu yang beri saya semangat bla bla bla,"
( terus satu stadium, ramai dah pekik " nabilla, nabilla!! lawak ah, semua pekik2 nama nabilla )
"Dan tetamu tu ialah mak saya, dia duduk di grandstand , harap mak saya gembira malam ni" ( cue - satu stadium loud cheers ).
"Macam2 orang datang malam ni, orang KL, orang Trengganu, Orang Singapura, mungkin ada tak orang Indonesia?"
Aku tahu ada jugak orang Spore datang, aku jumpa budak sekolah aku zaman dulu, member aku pun kena tegur ngan satu budak zaman
sekolah dia. Masa balik kat kastam pun nampak lagik empat orang pakai tshirt Search. Lepas show, kat luar kereta parking banyak
pun ada nampak jugak satu dua plate Spore.


12) Cakap Memang Murah - ni lagu album Double Trouble 1st .. ramai jugak tahu liriks... kecoh ah masa ni lagu , maklum lagu laju..

Ada mamat belakang aku asyik pekik :pmuka::pmuka:, " malam!! " malam!! ", request lagu hehehehe!!

13) Isi dan Kulit - feveret semua orang ah!!Intro dia ada nasik tambah ah "yey! yey! yey! antara Amy ngan stadium.
   
14) Kejora -  :pompom::pompom:nak apa lagik ah... every song ni malam killer!! Cam biasa, satu stadium jadi vokalis.

15) Rozana - siot ah, ni malam patut buat rakaman, lepas tu jual as live album. Mesti orang beli.

lagu habis , stage gelap, video skrin main rakaman upacara agama Hindu kat Bali, yang cam dikir barat tu...
power ah selingan cam gini, kira intro next song, tapi tarik minat semua orang!!
  
16) Di Pintu Sepi -  Best ah,,, lagik satu feveret yang dorang main ni malam. Cam double trouble II.

17) Emmanuel - aku tak ingat lirik, so relaks kejap, tulis2 lagik setlist takut lupa..

18) Pasti - :pompom::pompom::pompom:
Lagu ni start je, apa aku nampak semua keliling aku dah naik sheikh dah, kepala turun naik!!
bila part korus,
Amy nyanyi, " kau lah mentari"
Stadium pulak balas, " AKU REMBULAN!!!!!!!!!!!!!!!!! "  
rock seyyy!!

Lagu tamat.
Search ke backstage. So semua relaks, cool down, tunggu encore.
Search naik stage balik, Amy intro sikit, terus -

19) Fantasia Bulan Madu - versi elektrik...semua gitar karen.

lagu habis. Stadium ramai2, " lagi satu!! lagi satu!!, lagi satu!!":clap:

so Search bual2 sesama sediri, so Amy cakap " ...lagi satu lagu " ( cue stadium loud cheers )

20) Bencana - lagu ni aku dah tak konsentret, dah tak nengok pentas pun pasal aku tengah taruk tangan atas kepala...
korang bayangkan la, dah beribu2 asak kat depan tu, ramai budak2 lambung botol mineral water kat langit:siok:
buang botol mineral dari satu hujung pegi satu hujung, meriah betul la, tapi dangerous wooo...ada dah duduk menyankung takut kena.
ada botol kosong, ada botol isi air tapi dah bukak tudung botol,so kalo kena pun basah je tapi,
ada botol belum bukak seal pun dorang campak2, lambung tinggi2...kena kepala sakit woo...:geram:
BUdak sebelah aku kena kat kepala, botol full, terus pungut bukak minum...lawak habis aku nengok!
Aku jaga punya jaga pun kena kat kepala, keletuk!!...botol kosong. siot betul!:siok::siok::siok: hehehe.

11.30 - terus lagu habis, Search thank you, Search pun backstage.
Search main dua jam genap. 20 lagu penuh! :clap:
Kita pun start beredar...lampu semua diterangkan terus aku nampak benda lawak ah...

Pagar asingkan tiket mahal/murah dah roboh, ni bukan roboh jatuh je, tapi dah siap macam scenario perang,:
kemek2, semua...mesti kena asak dahsyat punya..!! kelakar aku nengok!! Harap takde orang cedera.
Aku rasa show start je semua merusuh ke depan, tu pasal tiba2 semua padat je... Lagi best lah, konsert rock buat2
partition tiket ni tak best... True fans mesti kat depan, bukan pasal sapa bayar lebih sapa bayar kurang.

so keluar stadium, menapak nak gi Larkin terminal..terus jalan sikit, aku ngan member aku pikir naik teksi terus sampai kastam lagik baik...so jumpa teksi, pegi kastam , 5rm.

So sampai kastam, cop paspot, naik 170, pegi Spore cekpoint, clear fast game punya, naik 170 lagik
sampai Queen St... dah satu lebih, bas biasa semua dah tak lalu, dah habis servis,
aku tunggu night service NR7, malang betul!! Saturday night, semua lalu asyik penuh!!:cry::cry::cry::cry:
so at last kena naik teksi... terkopak duit wa.:kant:

Zaman rock gini dah takde lagik la...semua dah habis lama dah, tapi semalam betul2 punya kembalikan zaman dulu2 tu.
Majoriti lagu semua dari album 1st, 2nd dan 3rd. zaman gemilang rok melayu!


:solute::solute::solute:
Search, semalam korang best, setlist macam gini la hebat, takde hegeh2 tangkap sedih, takde medley2 setengah masak!!
Gadisku & Pawana korang main awal sangat... tukar taruk closing la.........
Isabella korang kasi drop boleh? lembab sangat, ganti ngan Gadis Misteri atau Mentari Merah Di Ufuk Timur hehehe.
Pembakar Perasaan pun alrite jugak kalo masuk setlist. Mesti gempak punya.
Kalo korang turun Spore untuk ni reunion tour, aku pergi lagik ok!! Tapi tiket tak mau mahal sangat lah!!:bodek::bodek:


the end.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2004 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 7-6-2004 02:26 PM:
:cry: :cry: :cry:

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gua nak pegi tak dapat!!! Tima kacih deaf atas laporan lintas langsung nie....terubat sikit hati gua....dapat g ...



lain kali ko pegi ah.... happening la....

Suasana dia betul2 meriah......
Cam gini punya cara, aku lagi prefer pergi nengok shows kat Msia dari kat Spore.


Tak boleh rasa suasana cam gini kat Spore....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2004 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 8-6-2004 12:20 AM:



lain kali ko pegi ah.... happening la....

Suasana dia betul2 meriah......
Cam gini punya cara, aku lagi prefer pergi nengok shows kat Msia dari kat Spore.


Tak boleh rasa suasana cam ...


Betul tu Deaf....:setuju:...

Pat sini, security is too tight. Susah nak enjoy yourself. Kalau gi indoor stadium, kenkadang berdiri pun diorang suruh duduk. Ni Linkin Park punya concert pat Padang tak tau amacam. My frens pegi masa diorang perform pat KL last year, diorang kata enjoy giler....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.314124 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list