tarak hormat mayat pun samdol...orang suruh jaga mayat...lu main pair plakkkk.
24 ditahan main judi di rumah orang mati
SABTU, 3 SEPTEMBER 2016 - 9:45AM POLIS menahan 24 kaki judi termasuk empat wanita yang bermain judi belangkas ketika upacara pengebumian di kawasan Paya Mat Insun, dekat Pendang, tengah malam tadi. - Foto ihsan PDRM ALOR SETAR: Sekumpulan 24 kaki judi termasuk empat wanita yang tergamak mengambil kesempatan bermain judi belangkas ketika upacara pengebumian di kawasan Paya Mat Insun, dekat Pendang, di sini, ditahan polis tengah malam tadi. Dalam serbuan itu jam 12.30 tengah malam di hadapan sebuah rumah berhampiran upacara pengebumian itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM35,000 serta pelbagai peralatan untuk judi belangkas termasuk pinggan serta dadu. Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pendang diketuai Inspektor Azman Adnan, hasil maklumat orang awam.
|