|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
at last abis gak citer ni..happy ending..ader scene sedeh gak..anyaway citer ni memang besh & touching...ost dia semua sedap lak tu..nyum nyum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 28-5-2005 20:03:
tak ada sesiapa ke yg ada lagu Itoshi Kimi e yg slow tu....
aku ada jumpa tapi 45saat je... dan fail real player..
[url]rtsp://stream2.gekimedia.net/univmus/real/moriyama_naotaro/UPCH-1347_03 ...
Best lerr tapi boleh dengar online ajerk dan kejap sangat!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya shiki dan shunsuke bahagia......nasib baik ada doktor (ketua shiki) yg jadi cupid.......kalau tak mesti minggu depan ada lagi citer ni........
tak sabar rasanya nak tgk wonderful life......rindu kat cikgu onizuka(gto) |
|
|
|
|
|
|
|
tolong! tolong! aku sempat tengok the first half an hour je sampai shiki call family dia masa kat hotel n cakap yang shunsuke tak nak terima dia... lepas tu apa yek? tolong bagitau, ringkas2 je sementara nak tunggu synopsis daripada whitedove..... tolong yek... sape-sape.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 2005-5-29 06:22 PM:
tolong! tolong! aku sempat tengok the first half an hour je sampai shiki call family dia masa kat hotel n cakap yang shunsuke tak nak terima dia... lepas tu apa yek? tolong bagitau, ringkas2 je ...
aku bg ringkas utk ko...
ketua shiki.. doktor tu pegi jumpa shunsuke.. bagitau keadaan sebenar.. dan beritau mungkin ketika tu shiki yg lebih memerlukan sokongan shunsuke..
shunsuke terus pegi kejar shiki.. shiki dah naik bas ke keretapi tak prasan lak.. shunsuke terus jerit dan pandangan dia terus kabur.. tiba2 shunsuke nampak shiki berlari ke arah dia..
dorang berdua kawin.. lepas tu saat shunsuke betul2 hilang penglihatan shiki yg berada di depan dia & pandangan shunsuke yg terakhir adalah shiki..
dorang hidup bahagia & ada anak...
detail sinopsis.. tunggulah whitedove... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahagia..... tp sayangnya tak bleh nampak.... |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 nak dengar soundtrack dia g ikat www.songjapan.com
pegi kat male artis..pastu cari penyanyi moriyama naotaro...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka part bile shunsuke tau yg itu masa dia nak jadi buta dah, dia pegang tangan shiki & tarik shiki diri dpn dia & tgk muka shiki puas2... sedih:cry:... tapi best... :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
dah habes dah cite ni..
ending dia.... agak mendatar tapi happy ending, kira puas hati ar.. :ah:
sonok tgk akhirnya derang berjaya ada keluarga senirik..:clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 29-5-2005 09:11 PM:
aku bg ringkas utk ko...
ketua shiki.. doktor tu pegi jumpa shunsuke.. bagitau keadaan sebenar.. dan beritau mungkin ketika tu shiki yg lebih memerlukan sokongan shunsuke..
shunsuke terus ...
thank you terima kasih arigatou eyka....
buta juga akhirnya..... tak pelah asalkan diorg live happily ever after....:love: |
|
|
|
|
|
|
|
To the One I Love Episode 11: Final Episode (28/5/2005)
bila Shiki (Miho Kanno) sedar dia kat bilik rawatan, doktor beritahu dia yg dia dah pregnant...doktor tu beritahu Dr. Furiya yg kandungan Shiki akan gugur kalau terus macam ni...Dr. Furiya cakap orang yg bercinta dengan Shiki tu pesakit Behcet kat hospital tu......kat dalam bilik rawatan, Shiki asyik panggil nama Shunsuke (Naohito Fujiki)...Shunsuke yg kat Nagasaki pulak asyik termenung...
ayah Shiki dan Mitsuo (Mirai Moriyama) bergegas datang bila tahu sesuatu jadi pada Shiki...Dr. Furiya beritahu diorang yg Shiki dah pregnant...bila doktor yg merawat Shiki tu datang, ayah Shiki terus tanya keadaan anak Shiki...doktor tu cakap disebabkan kekasih Shiki berpenyakit dan kena makan ubat yg ada kesan sampingan, maka doktor tak tahu sama ada bayi tu akan sihat atau tak...
kat Nagasaki, mak Shunsuke perasan yg Shunsuke langsung tak tidur...Shunsuke cakap dia tak biasa dengan bantal kat situ...mak Shunsuke tahu Shunsuke tengah fikirkan Shiki, tapi Shunsuke cakap bukan macam tu...Shunsuke cakap eloklah kalau Shiki dah dapat lupakan dia dan dah bertemu kekasih baru...
kat hospital, Shiki akhirnya dah sedar...dia nampak ayah dia ada kat situ...bila Shiki tanya pasal kandungan dia, ayah dia geleng kepala...Shiki faham maksudnya anak dia dah tak ada...Shiki beritahu ayah dia yg dia bermimpi...masa tu ambil gambar dengan semua orang, ada ayah, Mitsuo, mak, mak Shunsuke, lepas tu ada bayi yg Shiki dukung...Shunsuke pulak dah pulih...semua orang tengah senyum, masa tu Shiki rasa sangat bahagia...Shiki sedar semua tu bukan kenyataan, dia mula menangis...
tak lama lepas tu, Shiki akhirnya dah balik rumah...kat rumah, Shiki asyik membebel je masa makan pagi...dia marah ayah dia, Mitsuo, Ai (Misaki Ito) pun dia tegur...bila dia nak marah Shingo (Hiroshi Tamaki), Shingo cakap dia tak duduk situ...lepas tu Shiki pun keluar rumah...Mitsuo cakap eloklah Shiki dah bersemangat balik, tapi Shingo cakap agaknya Shiki cuma paksa diri...
Shiki sibukkan diri kat hospital...rakan2 sekerja yg lain semua ambil berat pasal dia...lepas tu Shiki beritahu Dr. Furiya yg dia nak stay kat unit pediatrik...Dr. Furiya macam nak beritahu Shiki sesuatu, rasanya pasal apa yg Shunsuke cakap pada Fumiya hari tu, tapi akhirnya dia tak cakap apa2...Shiki pulak minta maaf sebab dah banyak menyusahkan Dr. Furiya, dia akan berusaha dalam kerja lepas ni...
kat Nagasaki, kesihatan Shunsuke jadi makin teruk...mak Shunsuke minta Shunsuke pergi ke hospital situ walaupun tak sebesar di Tokyo...Shunsuke cakap dah tak guna kalau pergi pun sebab dah hampir sampai masa...rupa2nya sejak balik ke Nagasaki, Shunsuke langsung tak makan ubat...Shunsuke cakap dia balik Nagasaki sebab tak nak jadi beban oang lain, tentulah dia pun tak nak jadi beban mak sendiri...mak dia tahu Shunsuke jadi tak bersemangat bila Shiki tak ada, tapi Shunsuke minta mak dia jangan sebut pasal Shiki lagi...
kat Tokyo, Shiki cuba tolong ayah dia kat kedai mengangkat beras...ayah dia suruh dia jangan tolong...lepas tu Shiki minta maaf dengan ayah dia sebab selalu buat ayah dia bimbang...ayah Shiki suruh Shiki jangan bersabar lagi dan pergi Nagasaki sekarang dan bawak Shunsuke balik...ayah Shiki nak beritahu Shunsuke yg dia dah banyak beri kenangan sedih pada Shiki...tapi Shiki cakap tak perlu buat macam tu sebab dia dah janji dengan ayah akan bahagia...tapi ada satu janji Shiki pada Shunsuke yg tak dapat dia penuhi, iaitu nak beri Shunsuke pemandangan terakhir yg Shunsuke nak lihat...tapi Shiki masih belum dapat fikirkan...
Ryoko cari Shiki kat hospital...Ryoko minta maaf sebab dah melampau cakap dengan Shiki hari tu...Shiki tiba2 ucap tahniah pasal perkahwinan Ryoko dengan Shunsuke...Ryoko rasa terkejut bila dengar pasal tu...mula2 Ryoko tak nak beritahu Shiki, tapi akhirnya Ryoko decide nak beritahu pasal diorang takkan kahwin...
Ryoko: "Saya dah tanya dia, kenapa tak nak balik ke pangkuan awak? Dia jawab..sebab dia cintakan awak. Sebab cintakan awak, barulah dia nak berpisah dengan awak. Dia langsung tak bersemangat. Hingga sekarang, dia masih tak senang hati."
Shiki beritahu Ai, Shingo dan Mitsuo yg dia nak ke Nagasaki dan temankan Shunsuke...Shingo bantah, dia suruh Shiki fikirkan diri sendiri dulu...
Shiki: "Semasa saya jatuh cinta dengan dia, saya sangka saya cuma bersimpati pada dia. Mungkinkah...saya cintakan dia sebab dia sakit?"
Shingo: "Bukan macam tu kan?"
Shiki: "Saya sangat gembira pada masa tu."
Mitsuo: "Kakak memang tak macam bercinta dengan pesakit, kan?"
Ai: "Tapi, bukankah dia tinggalkan tempat ni sebab fikir semuanya akan berakhir?"
Shiki: "Tak, saya tak fikir macam tu. Tak kira apa yang akan berlaku, saya tetap rasa gembira bila bersamanya. Walaupun dia kata dia tinggalkan saya sebab cintakan saya, tapi kerana cintakan dia, saya mahu bersamanya."
ayah Shiki pulak dah dengar semua tu dari luar... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 11
Shiki akhirnya sampai ke Nagasaki...cuma mak Shunsuke yg ada kat rumah...Shiki dah belikan banyak lagi pokok bunga...bila Shiki tanya keadaan Shunsuke, mak Shunsuke tipu Shiki dan cakap semuanya dalam keadaan baik termasuklah perkahwinan Shunsuke...Shiki tak cakap apa2 walaupun tahu tu semua tipu...mak Shunsuke minta diorang jangan berjumpa sebab tahu masing2 akan susah hati...Shiki masih nak berjumpa Shunsuke...
kat tepi pantai, Shunsuke terkenangkan masa pertama kali dia jumpa Shiki, masa dia ambil gambar Shiki tanpa kebenaran...tiba2 dia terdengar suara Shiki buat bunyi orang ambil gambar...
Shiki: "Apa yang awak tengah buat?"
Shunsuke: "...Memancing..."
Shiki: "Awak tak bawa apa2 pun."
Shunsuke: "Awak tak tahu apa2 pasal memancing."
Shiki: "Sekurang2nya saya tahu memancing gunakan joran."
Shunsuke: "Jadi apa pulak yang awak sedang buat?"
Shiki: "Memancing."
Shunsuke: "Awak tukar gaya rambut ke?"
Shiki: "Ah...Ya, sebab saya dah putus cinta."
Shunsuke: "Eh..."
Shiki: "Orang tu memang teruk....Tapi, saya dah tak ada apa2."
Shunsuke: "Awak dah dapat kekasih baru?"
Shiki: "Mana mungkin."
Shunsuke: "Saya pun rasa begitu."
Shiki: "Kenapa pulak?"
Shunsuke: "Sebab awak tak macam jenis yg disukai lelaki."
Shiki: "Awak memang tak sopan."
Shunsuke: "Takkan awak tak tahu?"
Shiki: "Saya memang tahu."
Shunsuke: "Lain kali awak kena cari lelaki yg baik."
Shiki: "Ya, saya akan cari yg bersopan."
Shunsuke: "Bukan yg bersopan, tapi yg boleh lihat."
Shiki: "...Boleh lihat atau tak boleh lihat tak berkaitan dengan percintaan...Langsung tak ada kaitan."
akhirnya Shunsuke tanya kenapa Shiki datang...Shiki tanya pasal kesihatan Shunsuke...Shunsuke cakap dah tak ada kaitan dengan Shiki...Shiki cakap dia nak temankan Shunsuke lihat pemandangan sekitar Nagasaki...Shunsuke cakap Ryoko akan sampai tak lama lagi...Shiki cuma minta sehari je bersama Shunsuke...Shiki minta Shunsuke beri sedikit masa untuk dia...tapi Shunsuke cakap tak baik kalau Ryoko nampak Shiki kat situ...bila Shunsuke tanya ada sebab lain ke untuk Shiki berada kat situ, Shiki tak cakap apa2...walaupun dah tahu kebenaran pasal Shunsuke dan Ryoko, Shiki masih tak cakap apa2...Shiki cuma beritahu yg dia nak jadi doktor pediatrik dan cuba sedaya upaya pulihkan kanak2...akhirnya Shiki tinggalkan Shunsuke kat pantai tu...Shunsuke pandang je Shiki dengan sayu...Shiki mula menangis dan terkenangkan saat2 dia bersama Shunsuke...
kat rumah, mak Shunsuke dah sediakan makanan untuk Shiki tapi Shiki tak balik dengan Shunsuke...mak Shunsuke sebenarnya berharap Shunsuke akan berbaik semula engan Shiki...mak Shunsuke tanya sama ada kemungkinan yg Shiki dah tahu pasal pembohongan Shunsuke...
Shiki pulak telefon ke rumah dari hotel...Shiki minta maaf sebab tak dapat bawak Shunsuke balik...ayah Shiki, Mitsuo, Ai, Kana dan Shingo masing2 bergilir sokong Shiki dan suruh Shiki balik cepat sebab semua orang pun akan tunggu Shiki...Shiki menangis sebab terharu dengan kasih sayang semua orang...
masa makan, Dr. Furiya datang ke rumah Shunsuke...Dr. Furiya serahkan gambar budak2 kat wad pada Shunsuke...Dr. Furiya cakap budak2 bimbangkan Shiki yg nampak tak bersemangat...Dr. Furiya cakap walaupun dia tak boleh cakap apa2 pasal hal Shiki, tapi dia dah tak dapat tahan...dia perlu beritahu Shunsuke juga...Shunsuke dapat rasa ada sesuatu yg tak kena pada Shiki...akhirnya Dr. Furiya beritahu Shunsuke, rasanya pasal Shiki keguguran...
Dr. Furiya: "Saya rasa dia mesti susah hati. Saya rasa dia mungkin cuma nak berada di sisi kamu, dan memegang tangan kamu."
Shunsuke teringatkan hal kat pantai petang tadi...dia beritahu Dr. Furiya tentang tu...Shiki datang kerana bimbangkan Shunsuke dan langsung tak sebut tentang hal sendiri...tapi dia pulak halau Shiki pergi...
Dr. Furiya: "Azumi-san, hal yg berlalu takkan dapat diubah. Hal yg telah berlaku juga tidak akan lenyap. Tapi manusia tak macam tu."
Shunsuke: "..."
Dr. Furiya: "Kegembiraan dapat hilangkan kesedihan, senyuman dapat hapuskan air mata."
Shunsuke: "Tapi saya dah..."
Dr. Furiya: "Walaupun kamu dah tak nampak lagi, bukankah kamu dah dapat cari benda yang paling penting? Jangan hampakan dia. Bukankah cuma kamu seorang yang dapat menebusnya?"
lepas Dr. Furiya balik, Shunsuke duduk tengok gambar2 yg Dr. Furiya beri pada dia...ada gambar yg dia ambil untuk budak2, dan ada satu gambar yg Kentai ambil untuk Shiki dan Shunsuke...Shunsuke asyik tenung je gambar dia dengan Shiki...Shunsuke mula menangis bila teingatkan Shiki...
Shunsuke akhirnya lari ke bandar nak cari Shiki...Shunsuke cari Shiki kat hotel tapi Shiki dah keluar...Shunsuke mula cari Shiki merata tempat...mata dia tiba2 jadi kabur, lepas tu dia jatuh...tapi niat dia nak cari Shiki tu kuat dan dia terus berlari keliling bandar...tiba2 Shunsuke nampak Shiki tengah tunggu bas dari jauh...Shunsuke jerit nama Shiki tapi Shiki macam tak dengar...bila Shiki dah naik bas, Shunsuke cuba kejar bas tu tapi mata dia jadi makin kabur dan akhirnya tak nampak...dalam dia tak nampak tu, dia jerit nama Shiki kuat2...tapi tiba2 dia nampak Shiki berlari ke arah dia...Shunsuke pun lari ke arah Shiki dan akhirnya diorang berpelukan...
Shunsuke cakap dia dah banyak beri kenangan sedih pada Shiki...Shiki cakap dia dah dapat fikir pemandangan terakhir yg dia nak beri Shunsuke lihat, iaitu hari esok...Shunsuke cakap hari esok dia dan Shiki...
Shunsuke ke hospital dan beritahu doktor tentang keadaan mata dia yg semakin teruk...Shunsuke minta disuntik sebab ada banyak benda lagi yg dia nak buat sebelum dia betul2 jadi buta...
ayah Shiki, Mitsuo, Ai, Shingo, Kana dan Dr. Furiya dah sampai ke Nagasaki dengan berpakaian cantik...Dr. Furiya cakap hari ni bolehlah tengok ayah Shiki menangis...diorang sampai ke church dan mak Shunsuke tengah tunggu diorang...
Ai suruh ayah Shiki masuk tengok Shiki...ayah Shiki masuk bilik dengan teragak2 dan tengok anak dia berpakaian pengantin...ayah Shiki keluarkan gambar mak dia, suruh mak dia tengok...ayah Shiki menangis sambil cakap anak dia dah jadi pengantin pada gambar mak Shiki...Shiki dan ayah dia menangis sama2...akhirnya Shiki dan Shunsuke kahwin...
masa makan malam, ayah Shiki dah mula mabuk...Mitsuo nak bawak ayah dia pergi baring tapi ayah Shiki cakap dia masih ada urusan...ayah Shiki berterima kasih pada Dr. Furiya dan nak minum dengan Dr. Furiya...Shiki dah bahagia jadi Dr. Furiya dah tunaikan janji...
Ai dan Shingo main basketball kat luar...Shingo tanya Ai tak cemburu ke tengok wedding dress Shiki...Ai tak pernah ada peluang pakai wedding dress...Shingo cakap lepas ni giliran Ai pulak untuk bahagia...Shingo beri Ai satu patung kristal dari sepasang yg dia dah beli...Ai cakap dia pun dah beli sepasang...Shingo suruh simpan je untuk Kana dan beri pada dia lepas 10 tahun bila Ai cerita pasal percintaan diorang nanti...Ai cakap Shingo kenalah bersedia untuk manjakan dia...
Shunsuke beritahu Shiki dia rasa dah sampai masa...
lepas semua dah balik Tokyo, mak Shunsuke tulis surat pada ayah Shiki...
"Saya terfikir sesuatu bila tengok perkahwinan mereka hari tu...Kalaulah Shunsuke tak jatuh sakit, Shiki dan Shunsuke akan ada hidup masing2 dan kebahagiaan masing2. Tapi kerana sakit, Shiki dan Shunsuke ada teman untuk teruskan masa depan. Saya dah banyak salahkan diri sendiri keran kehilangan banyak benda berharga dalam hidup, tapi saya dah sedar bahawa dalam dunia ni tak ada jalan mati, cuma ada jalan untuk terus hidup. Sekarang, senyuman Shiki dan Shunsuke dah buktikan segala2nya. Saya rasa saya dah dapat kebahagiaan seumur hidup."
Shiki terus temankan Shunsuke melawat sekitar Nagasaki...masa lihat pemandangan dari atas bukit, Shunsuke tiba2 terasa dia akan jadi buta...Shunsuke pegang tangan Shiki kuat2 dan pandang Shiki...dia bawa Shiki berdiri depannya supaya dia dapat lihat Shiki sepuas2 hati...wajah Shiki adalah perkara terakhir yg Shunsuke dapat lihat...
kat atas meja kat rumah, ada gambar Shiki dan Shunsuke, dan ada sorang baby yg Shiki pegang...
THE END |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih le whitedove... kau lah penyelamat aku sejak aku miss last episode cite the great white tower.... :tq::tq:
based on kau punya synopsis, nampaknye 8tv banyak potong episode kali ini.... |
|
|
|
|
|
|
amali This user has been deleted
|
domo arigato whitedove for the synopsis |
|
|
|
|
|
|
|
TQ so much whitedove... I missed the last episode!!!! :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
happy ending... but still back to reality yg shunsuke tu buta gak...
overall cite ni aku bagi 4 star out of 5 |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya drama ni dah habis. citer best tapi tak larat slow sangat. bahagia juga akhirnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|