|
|
ff holesterol Teerak dapat perhatian media Thailand
Oleh Akmal Abdullah
SELEPAS tayangan perdana filem keluaran Malaysia khusus untuk wakil media dan jemputan khas di Thailand, Cholesterol Teerak membuktikan gaya arahan dan konsep komersial yang ditampilkan sebagaimana filem Malaysia turut diterima baik di kalangan penonton dari negara jiran itu.
Secara peribadi, ia juga adalah kejayaan terbaik bagi sutradaranya, Prof Madya Razak Mohaideen yang cuba melangkah dalam industri perfileman di Thailand, lebih-lebih filem sulungnya untuk versi negara itu harus bersaing dengan sekitar 50 hingga 60 judul filem cereka lain dalam setahun.
Razak membawa filem itu dalam genre romantik komedi, sesuatu yang agak lama tidak diperoleh dalam senarai filem cereka Thailand sejak kebelakangan ini, sekali gus mengundang tarikannya tersendiri lebih-lebih lagi menggunakan aktor popular, Watchara Tungkaprasert dan model nombor satu Thailand, Metinee Kingpayom.
Razak kelihatan lega apabila sesi tayangan khas untuk media dan warga filem Thailand mendapat maklum balas positif daripada kebanyakan wartawan dan karyawan filem yang hadir sambil ramai menyifatkan kehadiran Cholesterol Teerak sebagai satu persembahan yang tidak boleh dipandang kecil kerana filem itu mampu menepati selera ramai penonton di sana.
Namun, debaran tetap terasa Razak dan penerbit filem itu dalam memperlihat ujian sejauh mana sambutannya sejak ia itu ditayangkan 11 November lalu. Biasanya filem yang baik di pasaran negara itu mampu bertahan antara dua hingga tiga bulan di pawagam.
Lebih membanggakan, wakil media di sana memberikan tepukan gemuruh sebaik saja selesai tayangan filem itu, sambil yang lainnya memberikan standing ovation dan kelihatan ramai wakil stesen televisyen 憁enyerbu |
|