|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
tu la... unfair kan... korang tgk slot cite Cina... kekadang aku terfikir gak.. 8tv ni mmg channel utk Cina ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahlam_nabiha at 10-5-2005 05:26 PM:
aha starting bulan mei nie citer jepun hanya ari sabtu jer..sedeh la..sekali seminggu jer..uhukss
memang konpem la nih...?? leceh tul la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dak_abu at 2005-5-11 09:19 AM:
tu la... unfair kan... korang tgk slot cite Cina... kekadang aku terfikir gak.. 8tv ni mmg channel utk Cina ke??
memang target market 8tv penonton berbahasa cina 35thn ke bawah... ada kat motto dorang... kalau dulu masuk kat forum 8tv memang byk org komplen... tapi aku tak tahan kat sana... forumer yg reply racist skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
kayla... ala... beli aje la CD dia.. mcm aku, dah beli dah.. tapi still aku nak tgk kat tv gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dak_abu at 12-5-2005 08:59 AM:
kayla... ala... beli aje la CD dia.. mcm aku, dah beli dah.. tapi still aku nak tgk kat tv gak..
dak_abu, cite lah sikit masa shunsuke jumpa x-fiance dia kat restoran tu... please...
rasanya cite jepun ni perlu penaja lah... barulah 8tv bagi muka sikit... tak de ke company jepun yg besar-besar tu nak menaja cite ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
To the One I Love Episode 7 (30/4/2005)
gomen ne minna! aku memang busy gila 2 minggu ni...nilah baru dapat menjengah Cari ni lama2 sikit...
kat rumah Shiki (Miho Kanno), dia try berborak dengan ayah dia tapi ayah dia buat tak tau je...Ai (Misaki Ito) suruh Shiki berterus terang je dengan ayah dia...Shiki cuba pujuk ayah dia lagi...Shiki cakap dia berbohong sebab tak nak ayah dia risau...Mitsuo (Mirai Moriyama) pulak ke sekolah tanpa makan nasi bila kakak dia tanya...Mitsuo teringatkan perbualan Shingo (Hiroshi Tamaki) dengan Shiki kat telefon hari tu...
Shunsuke (Naohito Fujiki) pergi jumpa doktor mata lagi...Shunsuke beritahu Dr. Furiya dia akan terima rawatan supaya boleh teruskan kerja dia...Shunsuke pergi jumpa budak2 kat wad...budak2 tu happy bila nampak Shunsuke...Shiki beritahu Dr. Furiya yg dia belum beritahu ayah dia lagi...Dr. Furiya cakap benda macam ni takkan boleh disembunyikan sampai bila2...
Shunsuke pergi jumpa bos dia kat studio gambar...Shunsuke nak berusaha hingga saat2 terakhir...Shunsuke cakap dia masih boleh ambil gambar dalam studio dan dia tak kisah walaupun bukan projek besar...bos dia cakap dia akan sokong Shunsuke dan akan cuba beri kerja pada Shunsuke...
bila Shiki balik rumah, dia nampak semua orang tengah makan...ayah dia dan Shingo still tak nak pedulikan dia...bila Ai marah Shingo, barulah Shingo ajak Shiki makan...Shiki perasan Mitsuo tak makan sama...Shingo cakap Mitsuo tak balik lagi...Ai cakap maybe Mitsuo ada masalah dalam pelajaran sebab berkelakuan aneh sejak akhir2 ni...ayah dia macam perli bila cakap anak2 dia buat dia risau...
Shiki: "Pernah tak kamu lihat air mata ayah? Pada hari ibu meninggal, untuk mengelakkan daripada kami nampak air mata ayah, ayah menangis seorang diri dalam bilik air. Setiap kali, bilik air cuma dipenuhi dengan air mata ayah. Ayah...saya masih belum pernah nampak air mata ayah."
pada masa tu, Mitsuo pergi jumpa Shunsuke...Mitsuo minta Shunsuke berpisah dengan kakak dia sebelum ayah dia dapat tahu...Mitsuo tunjukkan kain yg balut kotak bento pada Shunsuke...Mitsuo cerita yg mak dia dah meninggal selepas dia lahir, sebab tulah bento disediakan oleh ayah...ayah akan bangun pagi setiap hari untuk siapkan bento untuk dia dan Shiki bawa ke sekolah...tapi Mitsuo tak sukakan kain pembalut bento tu sebab kawan2 sekolah dapat kain pembalut yg comel yg dibuat oleh mak masing2...Mitsuo rasa malu dengan kain pembalut bento sendiri...jadi suatu hari, dia buang kain tu dalam perjalanan balik dari sekolah...tapi selepas tu, kakak dapat tahu dan tanya kenapa buat macam tu...ayah dah susah payah buat bento setiap hari...Mitsuo teruk kena marah dengan Shiki...Mitsuo cakap Shiki selalu bimbangkan hal ayah...walaupun selalu bergaduh, Shiki tetap paling sayangkan ayah dia...tapi kalau ayah dia tahu pasal dia dan Shunsuke, mesti ayah dia akan membantah...pada masa tu, Shikilah yg paling sengsara...
kat rumah Shiki, Shiki komen yg Kana makin lama makin menyerupai Ai...Ai cakap macam juga Shiki dengan ayah dia...Ai cakap dia bimbang pasal Shiki dengan Shunsuke...kedua2 Shiki dan ayah dia degil dan tak boleh bertolak ansur...kalau ayah Shiki dapat tahu, mesti akan jadi perang besar...
ayah Shiki pulak tengah minum2 dengan Shingo...ayah Shiki salahkan Shingo sebab sembunyikan hal Shiki dah ada boyfriend...ayah Shiki still nak Shiki kawin dengan Shingo...ayah Shiki suruh Shingo tolong dia...ayah Shiki nak Shingo rampas balik Shiki...ayah Shiki paksa Shingo mengaku yg dia sukakan Shiki...masa tu Shiki ternampak hal ayah dia dan Shingo...ayah dia tanya pasal hal di Nagasaki...masa tu tiba2 Mitsuo balik...bila ayah dia mula marah2 Mitsuo, Mitsuo minta maaf dan menyebabkan semua orang rasa pelik sebab Mitsuo tak bergaduh dengan ayah dia...
Shiki dan Shunsuke pergi cari hospital kat Kanagawa yg ada pengalaman dengan penyakit Behcet...Shunsuke berbual dengan sorang pesakit Behcet kat situ...orang tu cerita pengalaman dia jadi buta...mula2 memang dia rasa takut sebab tak dapat lihat orang di sisi, tapi yg penting, sama ada dia dapat percayakan orang di sisinya atau tak...benda ni adalah perkara yg sama antara orang yg nampak dan orang yg buta...Dr. Furiya kemudiannya cerita yg orang tu orang yg gilakan kerja sebelum jadi buta, tapi selepas jadi buta, dapat kembali ke sisi keluarga...bagi orang tu, hilang penglihatan tak semestinya hilang semua benda...Dr. Furiya suruh Shunsuke anggap jadi buta ni macam pergi ke negara asing, sebab kena belajar bahasa asing dan belajar adat resam yg asing...lepas tu Dr. Furiya minta Shunsuke ambil gambar untuk budak2 kat wad...
dalam perjalanan balik, Shunsuke tertanya2 apa rasanya dunia baru macam yg Dr. Furiya cakapkan...Shunsuke nak cuba balik ke Tokyo dengan tutup mata...masa Shunsuke mula2 tutup mata dan nak mula berjalan, dia terdengar siren keretapi jadi dia undur balik...masa tu dia teringatkan kata2 Dr. Furiya untuk percayakan orang di sisinya...masa tu Shiki pegang tangan Shunsuke dan bantu dia jalan...masa turun tangga, ada orang terlanggar Shunsuke dan dia hampir terjatuh tapi Shiki dapat sambut dia...bila Shiki cadangkan supaya berhenti setakat ni, Shunsuke cakap dia nak teruskan hingga akhir...dalam kereta api elektrik, Shiki beritahu Shunsuke apa yg dia boleh nampak kat luar...Shunsuke cakap selama ni kalau naik keretapi elektrik, dia tak pernah nak perhatikan perkara di luar tingkap...
akhirnya Shunsuke sampai ke rumah dia...masa tu dia panggil nama Shiki dan Shiki cakap dia ada kat situ...bila Shunsuke buka mata, dia nampak wajah Shiki sedang senyum pada dia...Shiki tanya apa rasanya dunia baru...Shunsuke tak pasti sama ada boleh lakukannya atau tak, tapi dia mesti akan dapat cari jalan...
Shunsuke: "Adik awak Mitsuo pernah datang..."
Shiki: "Eh?"
Shunsuke: "Dia nampaknya bimbang."
Shiki: "..."
Shunsuke: "Apa yg kita boleh buat?"
Shiki: "...Hari ni, saya dah dapat satu perkara yg saya boleh buat."
Shunsuke: "..."
Shiki: "Iaitu pegang tangan awak dengan kuat."
Shunsuke pegang tangan Shiki dan cium dia...
[ Last edited by whitedove on 12-5-2005 at 01:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 7...
esoknya Shingo ternampak Shunsuke kat sebuah kedai...Shingo perasan yg Shunsuke macam tak nampak...masa tu Shunsuke kena marah dengan tuan kedai sebab berdiri lama kat depan kedai...Shunsuke cakap penglihatan dia akan pulih tak lama lagi, tapi tuan kedai tu suruh dia pergi...Shingo yg bantu Shunsuke masa tu...Shunsuke beritahu Shingo yg dia makin kerap tak nampak, masa benda tu jadi pun dah tak tentu...Shingo mula tanya pasal hal masa depan dengan Shunsuke...Shingo mula marah2, cakap perkara sendiri pun belum selesai, macam mana nak bahagiakan orang lain...Shingo minta maaf dan cakap yg dia tak boleh setuju hal Shunsuke dengan Shiki...
kat rumah dia, Shiki tanya pasal hal Mitsuo pergi jumpa Shunsuke...tapi tiba2 je Mitsuo tanya Shiki pasal mak...maybe mak dia harap Mitsuo akan jadi orang yg ada belas kasihan dan memahami orang...Mitsuo cakap dia takkan maafkan orang yang buat kakak dia sengsara...Mitsuo cakap kalau Shiki tak bahagia, Mitsuo takkan mampu berdepan dengan mak dia...
ayah Shiki pulak makan dengan Dr. Furiya kat sebuah kedai...ayah Shiki tanya kenapa Dr. Furiya pun merahsiakan hal tu...bila ayah Shiki tanya sama ada Dr. Furiya kenal boyfriend Shiki tu ke tak, Dr. Furiya cakap budak tu memang budak baik...ayah Shiki cakap lepas isteri dia mati dan dia yg besarkan anak2, dia tak pernah lagi menangis hinggalah sampai satu saat nanti...
Shunsuke ambil gambar budak2 kat wad...Shunsuke beritahu Shiki dah cukup untuk buat gambar foto budak2 tu...lepas tu Shunsuke cakap dia nak jumpa ayah Shiki sebab tak boleh terus bersembunyi macam ni...Shunsuke nak beritahu segala2nya pada ayah Shiki termasuklah pasal penyakit dia...
Shunsuke: "Kalau masih tak boleh, memang dah tak ada cara lain lagi. Kalau ini akan menyedihkan orang2 di sisi awak, saya pun tak layak berada di samping awak."
kat rumah, Ai tengah ambil temperature Kana tapi Kana tak demam cuma sakit perut...ayah Shiki suruh Ai tunggu Shiki balik tapi Ai cakap Kana dah biasa macam tu...lepas tu bila Shiki balik rumah, Shiki beritahu ayah dia yg Shunsuke nak datang jumpa ayah dia...barulah ayah dia sedar yg Shunsuke adalah boyfriend Shiki...
masa Shunsuke datang ke rumah Shiki, ayah Shiki tanya dia soalan yg bukan2...tak lama lepas tu Shunsuke dan ayah Shiki mula berbual pasal memancing sebab Shunsuke ternampak buku pasal memancing kat tepi dinding...lepas makan, Mitsuo habis dulu dan Ai pun kata nak jenguk Kana...masa berbual tu, tiba2 je ayah Shiki bercerita pasal dulu masa datuk dan nenek Shiki yg tak sukakan dia...mak Shiki dah suruh jangan pedulikan diorang tapi ayah Shiki tahu betapa pentingnya berbaik dengan datuk nenek Shiki...ayah Shiki terpaksa pujuk datuk Shiki selama 8 tahun barulah dimaafkan dan akhirnya dapat minum bersama...ayah Shiki cakap dia betul2 gembira masa tu...tapi sekarang bukan zaman tu lagi...ayah Shiki bawakkan botol arak nak minum dengan Shunsuke...ini bermakna ayah Shiki dah terima Shunsuke...tapi sebelum minum, Shunsuke cakap dia mesti beritahu sesuatu pada ayah Shiki dulu...Shunsuke cakap yg dia dah disahkan menghidap penyakit Behcet...tapi belum sempat Shunsuke terangkan Behcet tu apa, tiba2 Mitsuo meluru turun dan panggil kakak dia...Ai pun turun dan cakap ada sesuatu jadi pada Kana...
Shiki periksa Kana dan beritahu yg Kana kena dibawa ke hospital cepat...bila Mitsuo nak panggil ambulans, Shiki cakap lebih cepat kalau memandu ke hospital dia...tapi Mitsuo cakap diorang tak ada kereta jadi macam mana nak bawak Kana...masa tulah Shunsuke angkat Kana dan berlari nak cari teksi ke hospital...Shiki pulak telefon doktor kat emergency ward supaya bersedia untuk Kana...
Shingo pun bergegas ke hospital...kat hospital, Shiki beritahu semua orang yg keadaan Kana dah stabil...Ai berterima kasih pada semua orang...ayah Shiki pulak berterima kasih pada Shunsuke...ayah Shiki puji yg Shunsuke memang tenang dalam hal2 macam ni, tapi Shunsuke cakap dia pun cemas jugak dalam hati...bila Kana sedar, semua orang pergi jenguk dia...Shiki dan Shunsuke berbisik yg diorang belum dapat beritahu ayah Shiki sekarang...Mitsuo pun berterima kasih pada Shunsuke...Shunsuke cakap dia pun sukakan ayah Shiki, jadi dia takkan buat hal yg akan menyakitkan hati ayah Shiki...
Shiki termenung kat rumah...Mitsuo ucapkan selamat malam pada Shiki...tapi tiba2 je Shiki panggil Mitsuo...belum sempat Shiki cakap apa2, Mitsuo cakap dia bukannya tak sukakan Shunsuke...masa berbual tu, diorang terdengar ayah Shiki kat bawah...ayah Shiki dah mabuk2 dan tengah berbual dengan gambar mak Shiki...ayah Shiki puji Shunsuke lelaki yg baik...ayah Shiki cakap kalau Shiki dah kawin nanti, dia pasti tak dapat tahan diri dari menangis...Shiki menangis bila dengar kata2 ayah dia...
Shingo melawat Kana kat hospital...Shingo tanya sama ada ayah Shiki dah tahu atau belum...Shiki cakap masa nak beritahu tu terjadi sesuatu pulak pada Kana...Shingo tak faham kenapa Shiki boleh terlalu yakin...Shingo cakap dia akan menunggu Shiki...masa tu Shunsuke sampai dan nak melawat Kana juga...Shunsuke terdengar kata2 Shingo...Shingo cakap walaupun Shiki tak sudi tapi dia tetap akan tunggu...
Shiki: "Pada masa tu, sekumpulan pelancong telah melalui musim panas dan kawasan gunung, melalui musim sejuk dan laut, mencari rumah yg dapat memanaskan hati. Hari pertama membaiki lantai, hari kedua mendirikan tiang, hari ketiga mengemaskan bahagian dalam, hari keempat mengecat hingga gilang gemilang...Hari kelima meninggalkan segala-galanya dan memulakan semula pelancongan. Sebab mereka sudah ada tempat perjanjian yang perlu mereka pergi selepas berjalan jauh..."
sementara tu, ayah Shiki pergi ke satu kedai buku dan baca majalah yg ada siarkan berita Shunsuke...masa ayah Shiki nak beli majalah tu, dia ternampak buku pasal penyakit Behcet...ayah Shiki teringat pasal hal yg Shunsuke pernah sebut masa datang rumah dia dulu...ayah Shiki ambil buku tu dan baca pasal penyakit Behcet...ayah Shiki akhirnya dapat tahu kesan penyakit Behcet iaitu boleh jadi buta... |
|
|
|
|
|
|
|
hi whitedove...
we all miss you....:hug:;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sizuka at 12-5-2005 02:22 PM:
hi whitedove...
we all miss you....:hug:;)
hai hai, arigatou! |
|
|
|
|
|
|
|
To the One I Love Episode 8 (7/5/2005)
Ai (Misaki Ito) melawat anak dia Kana yg ditempatkan kat wad kanak2 jagaan Shiki (Miho Kanno)...Shiki cakap budak2 kat situ ramai yg dah tenat tapi masih mampu bergembira dan beri galakan pada orang2 kat situ...Ai tanya macam mana dengan kerja Shiki kalau Shunsuke (Naohito Fujiki) dah jadi buta nanti...masa tu Kana ada kat sebelah dia...
ayah Shiki datang ke wad kanak2 dan jumpa dengan Dr. Furiya...ayah Shiki tanya pasal penyakit Behcet...Shunsuke pulak ambil gambar kat wad lagi...masa tu Kana tengok je dia...
ayah Shiki cakap kat Dr. Furiya pasal Shunsuke pernah beritahu yg dia ada penyakit Behcet...Dr. Furiya cakap selama ni memang pernah ada kes yg boleh jadi buta...ayah Shiki tanya lagi pasal mata Shunsuke...Dr. Furiya tak jawab pasal tu tapi dia cakap masa ni Shunsuke tengah ambil gambar kat wad...Dr. Furiya nak ayah Shiki tengok muka Shunsuke masa tengah bekerja...
Shunsuke beritahu Shiki yg dia dah minta syarikat carikan dia kerja tapi nampaknya tak berapa lancar...tapi Shunsuke dah cukup puas dapat ambil gambar budak2 kat situ...masa tu ayah Shiki datang dan terus jumpa Kana...lepas tu ayah Shiki ajak Shunsuke pergi minum...masa tu ada budak tanya pasal gambar yg pernah Shunsuke ambil dulu...Dr. Furiya cakap kat ayah Shiki yg Shunsuke selalu beritahu hal2 dunia pada budak2 kat wad tu...Shiki pulak rasa pelik sebab ayah dia dok tengok je kat Shunsuke...
masa makan2 kat kedai, Shunsuke dan ayah Shiki berbual pasal tempat2 yg Shunsuke pernah pergi...Shunsuke cerita yg dia pernah ambil gambar untuk kedai roti...masa tu walaupun tengah perang, tapi pakcik kedai roti tetap bukak kedai untuk teruskan hidup...Shunsuke cakap Shiki yg ajar dia supaya berusaha untuk terus hidup...lepas tu Shunsuke beritahu ayah Shiki yg dia mungkin tak lama lagi akan jadi buta...
Shunsuke: "Bagi saya yg dah kecewa dan balik ke Nagasaki, Shikilah yg berikan saya keberanian. Sekarang, bukan saja untuk saya, dan bukan hanya membalas budinya, saya nak berusaha hingga ke saat yg terakhir."
Ayah Shiki: "Yakah?"
Shunsuke: "Saya minta maaf kerana tak beritahu hal ini. Tapi percayalah pada saya. Sekarang, saya lebih mementingkan dia daripada semua orang."
air muka ayah Shiki dah berubah...tiba2 je dia bagi alasan yg dia dah terlupa nak hantar satu barang...lepas tu, dia pergi dari situ dan tinggalkan Shunsuke sorang...kat luar, ayah Shiki terjumpa Dr. Furiya...ayah Shiki marah sangat kat Dr. Furiya dan serang dia...ayah Shiki tanya kenapa Dr. Furiya tak beritahu dia hal Shunsuke akan jadi buta...lepas tu ayah Shiki cakap, kalaulah Shunsuke bukan orang yg jujur, pasti dia dah pukul Shunsuke...Dr. Furiya cakap Shiki serius dengan Shunsuke...tapi ayah Shiki cakap walau apa pun, dia tetap akan halang mereka...Dr. Furiya cuma mampu pandang ayah Shiki...
bila Shunsuke balik rumah, ada seseorang seolah2 sedang tunggu dia kat luar bangunan tapi Shunsuke tak perasan orang tu...
kat wad, Ana lukis gambar ayah dia...budak2 lain kat wad pun lukis gambar ayah...Ana cakap Father's Day dah dekat...masa tu ayah Shiki balik rumah dalam keadaan marah...dia asyik cakap yg dia mesti akan halang Shiki dan Shunsuke...Shiki pulak bergegas ke kedai lepas balik kerja...dia nak belikan baju untuk ayah dia...
masa makan kat rumah Shiki, semua orang tertanya2 mana ayah Shiki dah pergi...Ai tanya apa yg jadi lepas Shunsuke beritahu hal penyakit dia pada ayah Shiki...Shiki cakap ayah dia diam je...Shingo (Hiroshi Tamaki) dan Ai risau takut2 ayah Shiki akan jatuh sakit, lagipun sejak akhir2 ni dia banyak minum arak...lepas tu ayah Shiki balik dan bawak banyak barang...masa tu Shiki nak hadiahkan baju yg dia beli sempena Father's Day tapi ayah dia buat tak layan je...Ai cakap dia nak melawat Kana, Shingo pun nak ikut sama...ayah Shiki sibuk cari barang dan jumpa buku resepi mak Shiki...ayah Shiki cakap hari ni dia nak masak masakan mak Shiki...
Shunsuke pulak dah dapat kerja dari syarikat dia...bos dia cakap memang pelanggan tu sendiri yg nakkan Shunsuke...
ayah Shiki mula masak resepi mak Shiki...ayah Shiki cakap dia nak masak semua, lepas tu dia paksa anak2 dia tolong...masa tengah makan, ayah Shiki cakap masakan mak dia bukan macam tu...ayah Shiki cakap mak Shiki sedang melindungi Shiki dan Mitsuo (Mirai Moriyama)...ayah Shiki tanya sama ada Shiki dan Shunsuke dah ada janji nak kahwin...ayah Shiki tanya apa yg Shiki akan jawab kalau Shunsuke propose...Shiki cakap dia akan kahwin dengan Shunsuke...ayah Shiki cakap dia akan bantah kalau macam tu...masa tu Mitsuo mula nak pertahankan Shiki tapi kena marah dengan ayah Shiki...ayah Shiki cakap mengubati pesakit dan berkahwin dengan pesakit adalah 2 perkara yg berbeza, tapi Shiki cakap dia bukannya kasihankan Shunsuke...diorang mula bergaduh dan ayah Shiki bertegas takkan benarkan Shiki kahwin dengan Shunsuke...masa ayah Shiki nak tinggalkan meja makan, Mitsuo cuba halang...Mitsuo minta ayah dia cuba percayakan Shiki...Mitsuo bergaduh pulak dengan ayah dia...Mitsuo cakap penglihatan bukannya masalah, lagipun Shunsuke tu baik orangnya...ayah Shiki yg masih marah tampar Mitsuo...Mitsuo cakap dia dah salah, dia tak sangka ayah akan bantah...ayah Shiki cakap dia tetap takkan izinkan, sebab dia akan rasa malu depan mak Shiki...
Shiki letakkan hadiah yg dia beli untuk ayah dia kat atas meja...
kat hospital, doktor cakap kalau penglihatan Shunsuke semakin kerap jadi kabur, Shunsuke kena terima suntikan tiap2 hari...Shunsuke cakap dia tak kisah...
Dr. Furiya bawak Fumiya, budak yg ada cancer tu balik ke wad...Fumiya nampak happy je, tapi lepas tu Shiki perasan yg mak Fumiya tengah nangis...Dr. Furiya beritahu Shiki yg Fumiya cuma ada masa 3 bulan je lagi...
kat wad, Fumiya tanya pasal Shunsuke...masa tu Kana beritahu semua budak2 yg Shunsuke akan jadi buta...Kana dah terdengar masa mak dia tanya Shiki hari tu...
masa bagi briefing, Dr. Furiya beritahu yg Shiki bukan lagi doktor yg jaga Fumiya dan serahkan tugas tu pada doktor lain...Shiki tak faham kenapa dia tak boleh jaga Fumiya lagi...Dr. Furiya cakap sekarang adalah masa terpenting bagi Fumiya dan emosi Shiki pulak tak stabil...Shiki cakap sebagai doktor, dia takkan abaikan hal pesakit dia...tapi Dr. Furiya tanya macam mana kalau Shunsuke dah buta nanti...Shunsuke akan hilang kerja, dan bukanlah perkara yg senang kalau Shiki nak menyokong Shunsuke sepenuhnya...Shiki pun mungkin akan letak jawatan juga...Dr. Furiya suruh Shiki fikir baik2...
bila Shiki balik ke wad, dia nampak budak2 tengah berbincang sesuatu tapi bila Shiki tanya, budak2 cakap tak ada apa2...Shiki sangka yg Fumiya dah beritahu semua orang pasal penyakit dia...masa tu Shunsuke sampai dan budak2 pulak asyik pandang dia...lepas Shunsuke tunjuk benda yg dia bawak tu, barulah budak2 tu ada semangat balik...lepas tu Fumiya dan Ana berbincang berdua...Fumiya cakap dia ada satu cadangan yg baik...Shiki rasa pelik tengok kelakuan Fumiya dan Ana...
Shunsuke tanya apa yg tak kena dengan Shiki tapi Shiki cakap tak ada apa2...Shunsuke cakap dia kena balik bermesyuarat pasal kerja...Shiki rasa happy sebab Shunsuke akhirnya dapat kerja...Shunsuke cakap sekarang makin kerap dia jadi kabur dan kadang2 dia rasa macam betul2 dah buta pulak...tapi Shunsuke tahu tak guna rasa bimbang...yg penting dia kena menghrgai masa sekarang...Shiki cakap kalau hal macam tu berlaku lagi, dia harap Shunsuke akan telefon dia...
BERSAMBUNG... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai gak whitedove ngan sinopsisnya....
xsabo nk baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks whitedove........for the sypnosis |
|
|
|
|
|
|
|
whitedove, terima kasih untuk synopsis... busy busy pun, still boleh luangkan masa buat synopsis...thankyou from the bottom of my heart..... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 8...
Originally posted by whitedove at 13-5-2005 04:56 PM:
Ai (Misaki Ito) melawat anak dia Kana yg ditempatkan kat wad kanak2 jagaan Shiki (Miho Kanno)...Shiki cakap budak2 kat situ ramai yg dah tenat tapi masih mampu bergembira dan beri gal ...
bila Shunsuke balik rumah, orang yg selalu tunggu dia tu akhirnya munculkan diri...rupa2nya tu Ryoko, ex-fiancee Shunsuke...
Shiki pulak balik ke rumah dengan rasa tak tentu arah...Shiki teringatkan kata2 Dr. Furiya pasal kemungkinan dia akan letak jawatan juga kalau keadaan Shunsuke jadi bertambah teruk...masa Shiki hampir nak terlanggar tiang, Shingo jerit suruh berhenti jalan...
Shunsuke berbual dengan Ryoko kat satu kedai...Shunsuke beritahu Ryoko yg dia masih boleh nampak jadi Ryoko tak perlu risau...Ryoko beritahu yg dia nak kahwin dengan seorang jurugambar berasal dari Nagasaki...Shunsuke tahu Ryoko maksudkan dia...Ryoko cakap dia menyesal berpisah dengan Shunsuke sebab dia rindukan Shunsuke lepas tu...Ryoko cakap dia akhirnya sedar cuma dia saja yg boleh menyokong Shunsuke...tapi Shunsuke cakap dia tak keseorangan, sebab dia dah ada orang yg dicinta...
Shiki pulak berbual dengan Shingo...Shingo bercerita pasal hal Shiki yg bersungguh2 belajar nak jadi doktor dulu...Shingo tanya sama ada Shiki sanggup lepaskan kerja dia, dan kalau Shiki tak lepaskan, boleh ke Shiki handle kedua2 hal kerja dan hal Shunsuke...Shiki cakap dia cuma nak percaya, tapi bila Shingo minta jelaskan, Shiki tak jawab apa2...
Ryoko pulak tak puas hati...dia tanya sama ada orang yg Shunsuke cinta tu ada keupayaan dan kekayaan untuk jaga Shunsuke dan mak Shunsuke...Ryoko cakap dia akan letak jawatan dan jaga Shunsuke 24 jam...ayah dia pun akan tolong Shunsuke jadi Shunsuke tak payah risaukan apa2...Ryoko cakap cuma dia yg dapat tolong Shunsuke lebih banyak dari orang lain...tapi Shunsuke cuma geleng kepala dan ucap terima kasih pada Ryoko sebelum pergi...
kat ofis, bos Shunsuke beritahu dia yg kerja Shunsuke dapat tu Ryoko yg carikan...dengan keadaan Shunsuke sekarang, memang susah Shunsuke nak cari kerja...
kat rumah Shiki esok paginya, Shiki tengok ayah dia tak bukak pun hadiah sempena Father's Day tu...masa Shiki nak keluar rumah, ayah dia macam buat acuh tak acuh je...lepas tu ayah Shiki nampak macam tak sihat...
Shingo dan Ai jemput Kana kat hospital...masa naik kereta, Ai beritahu Shingo yg Shiki pun sebenarnya ragu2 tapi masih percaya dalam hati...iaitu percaya yg mata Shunsuke boleh sembuh dan semua orang akan mendoakan mereka bahagia...Ai cakap masa dia buat keputusan nak lahirkan Kana dulu, Shingo pun bantah juga...Ai cakap masa tu dia tak rasa Shingo melampau tapi sangat gembira sebab Shingo bimbang dan ambil berat hal dia...tapi sekarang Shingo dah tak pedulikan dia...Ai suruh Shingo menaruh perhatian yg lebih pada dia...Shingo terkebil2 je dengar Ai cakap macam tu...
kat hospital, Akiho cakap dia ada hal nak beritahu Shiki...dalam kereta pulak, Kana beritahu Ai yg dia nak duduk hospital lagi sebab semua budak2 nak beri hadiah pada Shunsuke...Akiho bawak Shiki ke satu bilik...budak2 yg lain dah ada kat situ...diorang mula nyanyi lagu Sakura...lepas tu Fumiya tanya sama ada Shiki tahu main lagu tu dengan piano...diorang cakap nak hadiahkan lagu tu pada Shunsuke...Fumiya beritahu diorang yg walaupun tak dapat lihat, tapi masih boleh dengar lagu diorang...sebab tu diorang nak menyanyi bersama2...barulah Shiki sedar diorang buat semua ni untuk Shunsuke dan bukan untuk Fumiya sendiri...Fumiya cakap diorang nak berterima kasih kat Shunsuke...budak2 mula berlatih dengan Shiki yg main piano...
Shunsuke pulak tengah ambil gambar kat studio...lepas ambil gambar, tiba2 je penglihatan Shunsuke jadi kabur...Shunsuke minta orang kat situ panggilkan dia teksi...
bila Ai, Shingo dan Kana balik rumah, diorang nampak ayah Shiki kat ruang tamu...ayah Shiki nampak macam tak sihat...masa tu dia tengah tengok barang2 lama Shiki...
kat hospital pulak, Dr. Furiya tengah cerita pengalaman dia masa jadi doktor pelatih dulu...masa tu dia berhadapan dengan kematian seorang perempuan dan rasa nak letak jawatan...tapi suami perempuan tu cakap kena tunggu anak perempuan dia besar dulu...kalau masa tu anak perempuan dia dah dapat kebahagiaan, tak perlulah lagi Dr. Furiya letak jawatan...perempuan yg dimaksudkan tu mak Shiki...malam tadi Dr. Furiya minum dengan ayah Shiki...ayah Shiki cakap Shunsuke memang pemuda yg baik dan Shiki pulak anak kebanggaannya, tapi dia tetap rasa tak rela...dia tak mampu nak rasa gembira untuk kedua2nya...Shiki sedang buat perkara yg baik...sebagai ayah, dia nak rasa gembira dan puji Shiki tapi tak boleh...
Ayah Shiki: "Kalau manusia ada hayat yg lain, maka kalau hayat pertama hidup demi seseorang, jadi hayat kedua hidup demi diri sendiri. Tapi hidup cuma sekali. Kalau hidup berkorban untuk seseorang, 10 atau 20 tahun yg akan datang pasti akan rasa menyesal. Pada masa tu, dia akan mula berdendam. Saya tak boleh biarkan anak saya hidup dalam kesunyian."
Dr. Furiya minta maaf pada Shiki pasal hal mak Shiki...Dr. Furiya dah sedar maksud ayah Shiki...ayah Shiki bukan saja nak melindungi Shiki yg sekarang tapi juga Shiki di masa depan...Dr. Furiya harap Shiki boleh dapat kebahagiaan...
ayah Shiki yg tengah kerja kat kedai beras pulak tiba2 jatuh sakit...
Shunsuke dah sampai ke rumah tapi dia masih tak nampak...bila telefon dia berbunyi, dia terus angkat dan panggil nama Shiki...Shunsuke cakap dah 3 jam dia tak nampak...bila dia panggil nama Shiki lagi, tak ada orang yg bercakap...
bila Shiki balik rumah, Ai beritahu dia yg ayah Shiki demam dan sekarang tengah tidur...Shiki terlanggar bungkusan hadiah sempena Father's Day...dia nampak bungkusan tu dah dibuka...Ai cakap ayah Shiki dah pernah cuba pakai tapi sebab ragu2, jadi dia letak balik...masa Shiki tengok ayah dia tidur, ayah dia mula meracau panggil nama dia...
Ai beritahu Shiki pasal ayah Shiki tengok barang2 lama dalam kotak...Shiki tengok barang2 tu dan terjumpa lukisan dan karangan pasal ayah yg dia buat masa kecik...masa Shiki baca karangan dia tu, dia flashback hidup Shiki dari kecik sampai besar...Shiki tulis dalam karangan tu dia nak cepat besar supaya ayah jadi gembira sebab Shiki paling sayangkan ayah...lepas baca karangan tu, Shiki rasa sedih dan masuk balik tengok ayah dia...Shiki minta maaf dengan ayah dia sambil menangis...
ada orang tekan loceng pintu rumah Shunsuke...Shunsuke yg masih tak nampak meraba2 cari pintu rumah...sebaik saja Shunsuke buka pintu dia terus panggil nama Shiki, tapi bukan Shiki kat depan rumah dia tapi Ryoko...masa tu Ryoko tak cakap apa2 dan terus peluk Shunsuke...
Shiki pulak rasa macam ada sesuatu yg tak kena... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 13-5-2005 11:49 PM:
whitedove, terima kasih untuk synopsis... busy busy pun, still boleh luangkan masa buat synopsis...thankyou from the bottom of my heart.....
takde apa2 tu... selamat menonton Itoshi Kimi e petang ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|