CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NURRIEZ2u

DAN HATI PUN BERKATA ( Update 18/8/2011, 1 PM )

[Copy link]
 Author| Post time 12-8-2011 02:59 PM | Show all posts
Bab 13

"Kenapa akak tengok Irra sejak akhir-akhir ni asyik termenung saja? Irra ada masalah?" soal Kak Lina tengahari itu ketika mereka sedang menyiapkan hidangan untuk makan tengahari. Ada sedikit perubahan pada diri Adirra yang begitu ketara pada pandangan mata Kak Lina.

        Adirra gelengkan kepalanya lambat.

        "Irra tak puas hati dengan akak ke? Atau layanan akak pada Irra, kurang memuaskan hati Irra?’ soal Kak Lina lagi. bimbang juga kalau-kalau dia sekeluarga yang membuatkan Adirra begitu.

        "Tak adalah kak. Akak layan Irra dengan baik sekali. Sepatutnya akak tak perlu nak layan Irra macam ni. Irra dah menyusahkan hidup akak. Dahlah menumpang dengan akak!"

        "Jangan cakap macam tu Irra. Pada akak, Irra bukan setakat sepupu akak, tetapi akak dah anggap macam adik sendiri. Kalau Irra rasa layanan akak pada Irra tidak sempurna, akak minta maaf."
        "Akak ni, ke situ pulak. Irra runsingkan perkara lainlah." kata Irra sambil peluk erat bahu Kak Lina.

        "Irra rindukan papa Irra? Irra nak balik?"
        Adirra gelengkan kepalanya.

        "Buat apa Irra nak balik, kalau papa dah tak sayangkan Irra."

        "Jangan begitu Irra. Jangan ikutkan rasa hati yang marah. Lagipun akak rasa, Irra terlalu mengikut perasaan."

        "Entahlah kak, Irra rasa Irra perlukan masa untuk terima semua tu. Tapi sebenarnya Irra bukan runsingkan sangat pasal papa. Dah tentu papa hidup bahagia sekarang ni. Irra pun papa dah tak ingat!"

        "Kalau bukan pasal papa Irra, pasal apa lagi?" Kak Lina letak periok atas dapur. Hendak menggulai ikan keli.
        Adirra mengeluh berat. Teragak-agak hendak meluahkan rasa bimbang nanti sekadar menjadi bahan gelak Kak Lina.

        "Tak usahlah mengeluh begitu. Tak elok. Cuba beritahu akak, apa masalah yang Irra runsingkan sangat ni!"  desak Kak Lina. Makin bimbang dia melihatkan keadaan Adirra.
"Kak, kenapa benda yang kita tak suka, itulah yang datang dalam hidup kita? Lagi kita nak jauh, lagi dia dekat!" soal Adirra tiba-tiba.

Kak Lina tersenyum lebar. Sedikit tidak Kak Lina sudah tahu apa yang sedang merunsingkan Adirra. Masakan dia tidak tahu, bila saban pagi dan petang masa dihabiskan dengan lelaki yang Adirra kata meluat sangat dahulu. Hmm, tak sampai mana rupanya. Sekejap benar berubahnya.  

"Kenapa? Dah mula menyesal? Yalah, dulu bukan main tak sukanya. Kan akak dah cakap, jangan suka mengutuk. Nanti yang dikutuk itulah yang tak boleh lupa!"

Adirra kerutkan dahinya. Bagaimana Kak Lina tahu masalah yang menimpa Adirra. Adirra bercakap menggunakan bahasa kiasan, tetapi kenapa Kak Lina faham?

"Macam mana akak tahu, apa yang Irra runsingkan?" soal Adirra.

"Akak ni lebih dulu hidup daripada Irra. Bak kata pepatah, sekilas ikan di tasik, akak dah kenal jantan betinanya. Kalau tak pasal papa Irra apa lagi kalau bukan pasal lelaki tu, betul tak?"
Adirra ke tepi tingkap. Melihat permandangan di kaki bukit yang sangat cantik. Lapang sedikit perasaannya ketika melihat permandangan tersebut.

"Dulu Irra benci sangat dengan dia. Meluat betul. Tapi sekarang macam dah suka pun ada kat dia tu." jelas Adirra. Memang itulah yang dia rasa sejak akhir-akhir ini. Layanan Rashdan terhadapnya sangat istimewa. Dan sesungguhnya dia tidak boleh berkata tidak kepada lelaki seorang itu.  

Kak Lina ketawa kecil sambil menumis rempah kari. Baunya sudah bangkit.

"Layanan dia pada Irra cukup berbeza. Tu yang buat Irra tergoda!" Adirra senyum sedikit. Mula terbayangkan layanan yang Rashdan berikan kepada.

"Baguslah kalau Irra dah nampak kebaikkan dia. Irra harus beri peluang kepada dia dan diri Irra sendiri untuk mencipta bahagia. Akak doakan Irra akan memiliki kebahagian sendiri. Lagipun akak tengok lelaki tu macam baik saja. Memang muka boleh dipercayai!" Kak Lina beri pendapatnya.  

"Terima kasih kak. Tapi Irra nak berkawan dulu dengan dia. Nak tengok hati budi dia terlebih dahulu. Susah nak percaya lelaki ni. Kadang-kadang bertahun berkawan, tapi sekelip mata boleh berubah! " kata Adirra selepas itu. Sesungguhnya dia sendiri belum pasti lagi dengan apa yang berlaku. Pengalamannya dengan Zafril buat Adirra lebih berhati-hati untuk mengenali lelaki.

Petang itu Adirra mencari Rashdan di ladang ternakkan lembu. Selalu lelaki itu yang mencarinya. Kali ini biar dia pula yang mencari. Adillah begitu.

        Dari jauh Adirra melihat Rashdan sedang duduk di pagar kayu berhampiran sepohon pokok rendang sambil memerhatikan lembu-lembu meragut rumput.
Beberapa pekerja yang sedang menjaga lembut menunjuk ke arah Adirra memaksa Rashdan menoleh untuk melihat siapa yang datang. Langsung dia turun dari pagar kayu tersebut dan mendapatkan Adirra.

"Cari abang?" soal Rashdan sebaik sahaja Adirra datang dekat kepadanya.

"Habis abang ingat Irra nak jumpa lembu-lembu tu pulak ke?" soal Adirra dengan berani. Dah tahu kenapa dia ke situ masih nak tanya-tanya lagi. Saja nak buat Adirra naik angin saja.
Rashdan senyum. Tak boleh salah cakap langsung. Mulalah terasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2011 02:59 PM | Show all posts
"Kenapa cari  abang?" soal Rashdan kemudiannya

"Saja, tak boleh? Kalau tak boleh tak apalah. Irra balik saja!" Adirra berpatah semula. Nak balik kononnya.

"Hisy, gurau-gurau pun tak boleh." Terus Rashdan tarik tangan Adirra. Sebenarnya dia rasa pelik juga. Selalu-selalunya, dia saja yang mencari Adirra. Petang ini sudah terbalik. Adirra pula yang mencarinya. Ini sudah bagus, fikir Rashdan. Ada tanda-tanda positif yang membuatkan Rashdan bersungguh menaruh harapan. Harapannya kelak mungkin tidak akan sia-sia.

Adirra kembali duduk bersebelahan Rashdan sambil pandang padang ragut yang terbentang luas. Dia rasa cukup tenang ketika itu.

"Abang suka datang sini ke?’ Adirra bertanya bila Rashdan berdiamkan diri. Hanya melihat apa yang terhidang di hadapannya.

"Hmm… Abang suka. Tempat ni memang buat jiwa abang tenang."
Adirra anggukkan kepalanya. Setuju dengan cakap-cakap Rashdan itu. Kawasan Bukit Senyum itu sesungguhnya menyajikan satu permandangan yang cukup mendamaikan perasaan siapa saja yang berkunjung ke situ.

"Irra suka tempat ni?"
Adirra anggukan kepalanya sebagai tanda jawapan.

"Tu lah sebabnya abang ajak Irra tinggal kat sini saja!"

Adirra mengeluh panjang sambil melihat rumput-rumput yang menghijau.

"Susahlah bang..Irra pun menumpang rumah orang!" keluh Adirra.

"kalau macam tu, Irra kena carilah rumah sendiri. Hmm… rumah abang pun banyak lagi bilik kosong! Bolehlah Irra pindah rumah abang…"

"Mengadalah abang ni…" Adirra cubit perut Rashdan. Rashdan sambut dengan gelak sambil pegang perut yang tertinggal dengan kesan cubitan Adirra. Ada rasa pedih di situ, tetapi entah kenapa dia rasa bahagia pula.

"Apa pulak mengadanya. Abang cakap benda yang betul!"

"Abang ni, entah apa-apa. Boleh lagi fikirkan benda  macam tu. Tak logik betul."

"abang gurau ajelah. Itupun nak ambil hati."

"Tak adalah. Kalau ya pun nak buat gurau, agak-agaklah."

"Okey, abang minta maaf kalau kata-kata abang tadi dah menyinggung perasaan Irra. Janji, jangan marah abang!" Rashdan pandang tepat wajah Adirra yang comel dan keanakkan itu. Susahnya nak jaga hati dia. Cepat betul terasanya.

Adirra kembali senyum. Senang sekali bila mendengar orang mengaku salah.

        "Irra bukan marah, Irra tak suka abang sebut perkara yang bukan-bukan. Irra bosanlah!" Adirra berterus terang.

        Rashdan anggukkan kepalanya. Sedikit tidak dia tahu apa yang Adirra tidak suka dan masa-masa akan datang dia akan cuba mengelak dari bergurau begitu lagi.
        Kemudian masing-masing melihat wajah petang dengan rasa gembira. Sesekali ada juga mereka berbicara namun Rashdan cukup berhati-hati dengan tutur bicaranya kali ini. Tidak mahu mengundang rasa kurang senang Adirra.

        Bila hari beransur senja, barulah masing-masing bergerak ke destinasi masing-masing. Tetapi pertemuan mereka tidak berakhir di situ saja.
Beberapa hari kemudiannya, Rashdan rasakan Adirra semakin mesra dengannya. Walaupun adakalanya cakap-cakap kurang sopan terlepas daripada mulut Adirra, itu tidak langsung mengurangkan rasa minat Rashdan terhadap Adirra. Semakin dia suka pula.

Rashdan percaya dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Adirralah satu-satunya gadis yang berjaya mengusik hati lelaki Rashdan. Tinggal lagi dia harus memikirkan cara, bagaimana kebahagianan itu kekal menjadi hak miliknya. Tetapi Rashdan tidak akan berputus asa kali ini. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki Adirra.
Sehinggalah sekali lagi Zakuan menghubungi Rashdan sekali lagi.

"Ayah kau sakit teruk. Dah tak boleh bangun. Mak cik kau mintak aku hubungi kau. Mintak kau balik dengan kadar segera!" Kata-kata Zakuan seperti terdesak benar.

Namun Rashdan pula seperti sudah tidak rasa apa-apa ketika itu. Terperanjat tidak apatah lagi bimbang. Seperti yang dikhabarkan sakit itu bukan ayahnya.

"Baliklah Rashdan. Kalau kau marahkan sangat ayah kau, tak kanlah sampai kau tak boleh maafkan dia. Walau apapun dia tetap ayah kau." Desak Zakuan.

"Masalahnya aku memang dah tak ada hati nak balik. Kalau aku balikpun, buat tambah sakit orang tua tu buat apa!" jawab Rashdan selamba. Memang itulah yang dia rasa ketika itu.

"Kalau macam tu, kau baliklah sebab aku. Aku ini hanya kawan baik yang kau ada," pujuk Zakuan sehingga hati Rashdan menjadi sangat lemah.

"Tengoklah nanti. Kalau aku rasa nak balik, aku baliklah." Rashdan putuskan begitu. Harap-harap apa yang dia ucapkan itu akan disampaikan kepada ayahnya. Biar ayahnya tahu kenapa dia masih tidak mahu kembali.

Adirra rasa ada sesuatu yang tidak kena pada Rashdan. Dua tiga hari ini, Rashdan banyak termenung. Langsung tidak ceria seperti selalu.

        "Abang ada masalah?" soal Adirra ketima mereka duduk di tempat biasa.

"Hmm, abang nak balik KL esok," beritahu Rashdan dengan wajah sugul. Sudah berkali-kali Zakuan menghubunginya. Tak sampai hati pulak hendak menolak kali ini.  

"Dah habis musim merajuk abang?" Adirra tersenyum sambil melirik manja.

"Ikutkan hati, abang nak merajuk lagi. Tapi kesian pulak dengan kawan abang tu," keluh Rashdan.

"Baguslah macam tu. Eloklah abang balik!" kata Adirra lagi.
Rashdan menghela nafas panjang. Berat benar rasanya hendak tinggalkan Bukit Senyum. Kasihnya sudah tertumpah di sini. Oh! Tidak! Dia bukan jatuh cinta pada Bukit Senyum. Dia sudah cinta pada seorang gadis yang tinggal di Bukit Senyum, di mana senyumannya selalu saja buat Rashdan lupa diri. Ah! Ajaibnya kuasa jatuh cinta. Terasa dunia ini penuh dengan taman-taman indah.  

"Irra balik ikut abang, boleh?" Rashdan cuba-cuba memberi cadangan. Mana tahu boleh diterima.

"Tak naklah. Hati Irra masih belum terbuka nak balik KL," jawab Adirra pantas.

"Sudah-sudahlah tu merajuk. Jomlah ikut abang balik KL." pujuk Rashdan lagi.
‘Tengoklah nanti. Buat masa sekarang Irra lebih selesa tinggal di sini," balas Adirra sambil tersenyum.
        Rashdan tarik lagi nafas panjang. Dia gagal memujuk. Mungkin kelebihan memujuk itu tidak ada padanya. Atau mungkinkah usaha memujuk Adirra seperti tidak bersungguh?

"Kalau Irra tak mahu tinggal dengan papa Irra, carilah rumah lain. Nanti abang  tolong carikan rumah sewa dan kerja. Dengan kelulusan yang Irra ada,  abang rasa senang
untuk Irra dapat kerja." Rashdan menyambung usaha memujuk. Kalau boleh dia hendak juga bawa Adirra bersama.

"Nanti-nantilah. Biar hati Irra sejuk sikit. Kalau sejuk nanti, Irra baliklah." Tegas Adirra.

"Tapi buat masa sekarang, Irra belum fikir lagi nak balik. Irra rasa lebih baik Irra habiskan masa Irra di sini. Irra rasa aman tinggal kat sini. Langsung tak fikir apa-apa." tokok Adirra dengan yakin.  

"Kalau beginilah cara Irrra, sampai bilapun hati Irra tu tak akan sejuk."

"Sejuk nanti. Tapi bila hati Irra akan sejuk, Irra tak pasti lagi. Tak mungkin Irra nak tinggal kat sini selamanya. Irra perlu juga fikirkan masa depan Irra!"
Rashdan akur juga. Bukan senang hendak memujuk gadis bernama Adirra itu. Rashdan hanya perlu bersabar dan terus bersabar kalau betul-betul hendak memiliki hati Adirra. Tiada apa yang dia boleh lakukankan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 03:41 PM | Show all posts
makin romantik la cite ni..kan betul mel ckp..hanya rashdan je yg bole lenturkan irra ni..suke sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:03 PM | Show all posts
chaiyok...rashdan...chaiyok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 08:12 AM | Show all posts
sabar rashdan sabar.. budak lagi tu.. macam i.. ngeh ngeh ngeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 08:39 AM | Show all posts
yg penting nak IRRA ngan RASHDAN leh x?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2011 09:41 AM | Show all posts
morning....jengok-jengok....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:43 PM | Show all posts
mana n3 ari nih.. dah tak sabar nak tau nih,...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 09:55 PM | Show all posts
nak lagi, cepat sambung ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:53 AM | Show all posts
harap sangat ari nih ada n3... ala irra keje je la kat ladang tuh... tak yah balik kl tuh... wat sakit paler jek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:46 AM | Show all posts
slow2 Rashdan... Addira pun dah mula suka kat Rashdan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:01 PM | Show all posts
CIk TT akak dah terima novel DHPB siap dgn t/t lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 01:04 PM | Show all posts
sweet cerita nya
wpun mula2 tu mcm Irra ni mcm sengal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 02:24 PM | Show all posts
CIk TT akak dah terima novel DHPB siap dgn t/t lagi
qimi08 Post at 16-8-2011 13:01


wah ahkak jeles nih... kat mana qimi beli... begitu pantas sekali... alaa nak gak yg ada t/tangan TT..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 02:56 PM | Show all posts
CIk TT akak dah terima novel DHPB siap dgn t/t lagi
qimi08 Post at 16-8-2011 13:01



    mana akak beli?aritu mel carik kat mph takde lagi..
cari kat kedai buku biasa pun takde..akak beli kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:31 AM | Show all posts
Reply 115# melinda_gordon


Mel akak order online R15.00 aja harga pos laju percuma masuk web karyaseni.....
Akak dah  habis baca pun he he he he cerita memang menarik perangai manja adirra
buat rashdan cair ha ha ha ha perbualan mereka berdua buat kita senyum aja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 08:33 AM | Show all posts
Reply 114# asyriqa


Order je online dgn karyaseni...he he he he he
si rashdan yg garang macam singa tu blh cair dgn kemanjaan adirra....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:09 AM | Show all posts
Reply 116# qimi08


    ok2..thanks kak..ssyyyy..takmo cite ape jadi eh..nanti tak surprise..
ni yg buat tak sabar nak beli ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:19 PM | Show all posts
yg buat rashad cair bila adirra sebut " abang ni......."
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 08:16 AM | Show all posts
imma dah abis bace buku nie....dapat signature penulis lagi...hik2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075966 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list