CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
Post time 18-1-2023 06:33 PM | Show all posts
tengok muka dia pun dah rasa menyampah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 06:34 PM | Show all posts
harap2 sangat dia terus masuk ke dlm.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:35 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:35 AM
jauhkan la sifat2 mcm tu

pada kita dan keluarga kita kan

ansib baik arini takde berita pasal dia dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:37 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:36 AM
rumah ayat x pe la biar sambung
pasal x de nak rate bagai

ya betul mira.
mgkn agaknya min nmpk selali bertukang rumah baru kot.
tu yg buat peraturan baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:38 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:37 AM
x pe zura
sama la kita ikut mood jugak nk moyan ni kan

itulah klu mood ok awalllah masuk
klu tak tu saja lambat2 masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:39 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:38 AM
x la zura

mira beli dekat2 sini je area ampang ni

nasib baik ada yg dekat2.
klu ke sg buloh tu jauh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 06:42 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:39 AM
kannn
tapi kalau nk sgt,terpulang la masing2 kan

mcm zura kena bln 9 thn lps yg nk masuk S.
zura dah bgtau booking awal tp dia dok leka.
bila booking last min dpt yg mahal rm300 1 apartment
pastu kena byr depo rm200.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:43 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:39 AM
kalau dua bilik dapat reramai seronok tu

mcm zura 5 beranak cukup2 je mira.
nasib baik kt hall ada sofa bed.
kt situ pun pun boleh tido.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 06:46 PM | Show all posts

pagi td zura bekpes kopi 3 in 1 dgn biskut.
asben zura ada goreng nasi.
dptlah di bawa bekal pagi td.
nasi goreng tu dah kul 1 lebih baru zura makan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:46 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:41 AM
ya betul

sama je kita kan

itupun rumah yg 1 tu klu takde yg tag zura tak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:48 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:42 AM
gorengan kan makan paling senang

tapi yg senang tu la mengundang penyakit

itulah.
klu boleh guna sekali je minyak tu.
klu guna kali kedua tu yg tak elok utk kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:50 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:44 AM
la knapa dia x guna

dh sibik dgn xtvt skola ke

sb dia main game kt hp je skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:51 PM | Show all posts
amiraira replied at 18-1-2023 07:46 AM
mira br mula mkn ubat ni

harap2 x lama la kan

harap2 boleh turun lg paras kolesterol mira.aamiin.

zura dah tak ingat dah berapa lama makan ubat kolesterol.
bertahun juga rasanya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:53 PM | Show all posts
alhamdulillah setel dah reply kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:56 PM | Show all posts
Aktiviti niaga Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak dihentikan

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI18 Januari 2023 06:39pm






Bomba sedang memadamkan api di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak dalam kejadian pagi Rabu.




GEORGETOWN - Semua aktiviti perniagaan di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak melibatkan 18 peniaga dihentikan serta-merta susulan kejadian kebakaran di kompleks tersebut pada awal pagi Rabu.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataannya berkata, arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan pihaknya akan menyediakan tapak sementara kepada semua peniaga terlibat untuk menjalankan perniagaan.

"Semua aktiviti perniagaan melibatkan 18 peniaga perlu dihentikan demi keselamatan. Arahan penutupan ini adalah untuk serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

"Semua orang awam dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," kata kenyataan itu pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi itu, sebuah kedai tomyam dan tujuh kedai makan di Kompleks Astaka Stadium Jalan Perak musnah selepas terbakar.

Selain kedai tomyam, antara lot gerai yang terlibat adalah kedai nasi campur dan kedai minuman.

Dalam kejadian terbabit, kedai tomyam berkenaan telah musnah 75 peratus manakala anggaran kemusnahan pada tujuh kedai lain adalah 50 peratus.

Menurut bomba, kebakaran berlaku pada bahagian dapur dan siling premis namun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.




Siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 06:58 PM | Show all posts
Sik kini persis Cameron Highlands

18 Januari 2023 06:30pm






Rosnani Harun dapat merasakan perubahan cuaca lebih sejuk berbanding biasa apabila memulakan kerja di kebun berkenaan seawal 7 pagi. - Gambar Astro AWANI




SIK - Suhu sejuk yang melanda daerah Sik ketika ini membawa penduduk di situ seolah-olah berada di pusat peranginan popular, Cameron Highlands.

Suhu 18 hingga 19 darjah celcius di beberapa kawasan di daerah ini pagi ini menyebabkan penduduk terpaksa mengenakan pakaian tebal untuk mengurangkan rasa sejuk.

Mohamad Wahab, 37, yang menternak lembu berkata, aktiviti hariannya berubah tidak seperti sebelum ini sehinggakan dia terpaksa keluar lewat sedikit ke kandang lembu kerana tidak tahan dengan suhu dingin itu.

Dia yang tinggal di Kampung Lubuk Tualang berkata, terpaksa memakai baju tebal yang sebelum ini hanya dipakai ketika mengunjungi Cameron Higlands atau Genting Higlands.

Kerana perubahan cuaca juga, Mohammad berkata, anaknya ragu-ragu dan bertanya apakah diletakkan ais di dalam kolah air kerana kesejukan air sangat berbeza berbanding sebelum ini.

“Pada awalnya, saya juga hairan dengan soalan anak saya apakah saya meletakkan ais di dalam koleh sehinggalah saya sendiri menyentuh air memang terasa sangat sejuk.

“(Bahkan) kabus (menyebabkan) pokok bukit tidak Nampak (semuanya nampak) putih, lindung bukit. (Semasa keluar) hantar anak sekolah pun air embun kena muka... basah. Kalau kita naik (pandu) buka wiper (pengilap cermin) nak bagi hilang kabus di cermin buka aircond (penghawa dingin) kabus lambat nak hilang sebab sejuk sangat di luar,” kata Mohammad.






Suhu 18 hingga 19 darjah celcius di beberapa kawasan di daerah ini pagi ini menyebabkan penduduk terpaksa mengenakan pakaian tebal untuk mengurangkan rasa sejuk.





Seorang lagi penduduk, Karnasiah Abdul Rahman, 63, berkata, dia terpaksa memakai pakaian lebih tebal berbanding sebelum ini untuk pergi menunaikan solat Subuh di masjid bersama suaminya menaiki motosikal.

Menurut suri rumah ini, dia akan mengenakan pakaian tebal sehingga pukul 11 pagi dan hanya selepas waktu itu, suhu akan kembali normal.

“Sejuk sungguh sampai menggigil, pergi masjid kena pakai sarung kaki, pakai seluar panjang pakai baju sejuk nak sembahyang... sejuk sungguh,” kata Karnasiah menggambarkan cuaca di Sik ketika ini.

Sementara itu, bagi pekerja di sebuah kebun timun di Kampung Charuk Damar, Rosnani Harun, 50, dia dapat merasakan perubahan cuaca lebih sejuk berbanding biasa apabila memulakan kerja di kebun berkenaan seawal 7 pagi.

Katanya, suasana pagi berkabus dan ada ketika dia memetik timun tidak tahan berlari masuk ke dalam pondok berdekatan untuk memanaskan badan seketika.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, cuaca sejuk di daerah itu adalah perkara biasa apabila negeri utara berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut (MTL).

Jelasnya, sepanjang tempoh ini kebiasaannya awan akan berkurangan di kawasan terbabit.

Muhammad Khalil berkata, kelazimannya juga bagi tempoh Januari hingga Mac, negeri di utara semenanjung akan menerima kurang taburan hujan. - Awani


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:01 PM | Show all posts
OPR dijangka naik 50 mata pada suku pertama - Bank Islam



18 Januari 2023 06:17pm





Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan OPR akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas (bps) pada suku pertama tahun ini. - Gambar hiasan




BANK Islam Malaysia Bhd menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas (bps) pada suku pertama tahun ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin meningkatkan kadar itu sebanyak 25 bps dalam mesyuarat pada esok (Khamis) dan 25 bps lagi melalui mesyuarat pada Mac nanti, sekali gus menjadikan OPR kepada kadar terminal baharu sebanyak 3.25 peratus, sejajar dengan standard industri.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, BNM akan menangguhkan seketika kenaikan itu dan OPR mungkin akan kekal tidak berubah sepanjang separuh kedua tahun ini.

"BNM mungkin akan menilai semula keadaan (mengetatkan kitaran kadar faedah) untuk melihat hala tuju ekonomi global, khususnya di kawasan Euro kerana adalah tidak selesa untuk ekonomi yang begitu besar akan terus mendatar sepanjang 2023 (Bank Dunia menjangkakan pertumbuhannya 0.0 peratus pada Januari 2023)," katanya kepada pemberita dalam pembentangan "Tinjauan Ekonomi 2023: Bila Harga Kukuh" di sini pada Rabu.

Pengekalan kadar OPR yang rendah untuk terlalu lama boleh menimbulkan ketidakseimbangan makroekonomi di tengah-tengah aktiviti pengambilan risiko yang berlebihan.

Kenaikan berturut-turut dalam kadar itu, tanpa mengambil kira impak ke atas kos pinjaman keseluruhan kepada ekonomi Malaysia, bertujuan menghapuskan akomodasi kewangan yang berlebihan secara beransur-ansur dan bukan mengurangi inflasi.

BNM telah menegaskan bahawa pengurangan tahap akomodasi monetari akan diukur secara beransur-ansur, katanya.

Firdaos ketika mengulas mengenai pertumbuhan berkata, Bank Islam mengunjurkan tahun kewangan 2022 Malaysia berada pada 8.1 peratus, melangkaui anggaran rasmi iaitu antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus, di tengah-tengah prestasi suku ketiga yang lebih kukuh daripada jangkaan.




"Bagaimanapun, melihat kepada rintangan pertumbuhan pada 2023, kami percaya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan menyederhana kepada 4.5 peratus tetapi lebih tinggi berbanding negara lain di rantau ini.

"Unjuran Bank Dunia pada Januari 2023 berkongsi pandangan yang sama, yang mana pertumbuhan Malaysia dijangka berada pada empat peratus tahun ini berbanding 7.8 peratus pada 2022," katanya.

Sementara itu, Bank Islam menyatakan inflasi Malaysia yang memuncak pada 2022 akan menyederhana di tengah-tengah kadar pertukaran dolar US-ringgit serta kesan asas yang lebih baik.

Bank itu meramalkan ringgit diniagakan pada RM4.28 berbanding dolar US menjelang akhir 2023 (2022: RM4.40) dengan disokong oleh pertumbuhan berdaya tahan serta pembukaan semula ekonomi China.

"Harga akan kekal tinggi pada 2023 (dan) bank mengunjurkan inflasi utama akan sederhana kepada purata tiga peratus pada 2023 (2022: 3.4 peratus) dengan andaian bahawa kerajaan mengekalkan subsidi bahan api semasa," kata Firdaos.

Bagaimanapun, inflasi pasti akan menunjukkan trend yang lebih tinggi daripada garis dasar bank sebanyak tiga peratus jika kerajaan meneruskan rasionalisasi subsidi pada tahun ini apabila harga minyak runcit meningkat.

"Bank menjangkakan Indeks Harga Pengguna (IHP) akan menokok sebanyak 0.42 peratus melebihi paras asas bagi setiap kenaikan 10 sen dalam RON95," katanya sambil menambah opsyen untuk mengurangkan perbelanjaan pada 2023 adalah terhad.

Beliau berkata dengan jangkaan perbelanjaan pembangunan yang lebih banyak, Bank Islam mengunjurkan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) akan lebih tinggi pada RM185 bilion berbanding RM175 bilion yang disaksikan semasa 2022.

"Penebusan ini dijangka mencecah RM83.3 bilion (2022: RM78.8 bilion).

"Selain itu, nisbah caj khidmat hutang yang lebih tinggi mungkin akan menyusul, menokok seiring dengan lonjakan kadar faedah," katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata, Bank Islam meramalkan hutang (MGS, GII dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, MITB) kepada nisbah KDNK semakin menghampiri had statutori hutang (65 peratus) pada 64.1 peratus pada tahun semasa (2022: 63.3 peratus). - Bernama



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:07 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-1-2023 06:06 PM
selamat petang mira
zura baru nk reply post mira kt sini

salam maghrib zura

mira pn br selesai kat PT jap ni

sambung kat sini lak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:08 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-1-2023 06:07 PM
itu mmg masalah.
derang nk shooting, shooting je la kan.
nape nk tutup tmpt awam.

tu la pasalnya

dh la pelakon pn x knal

lagak mcm pelakon popular lak tgh shooting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.108385 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list