CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47727|Reply: 3

[Tempatan] Jangkaan Graduan Lepasan Diploma ini Terima Gaji RM5,000 diperlekehkan netizen

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pelajar lepasan ijazah dan diploma yang baru graduasi disoal berkenaan anggaran tawaran gaji yang diterima apabila mahu bekerja kelak.



“Berapa anggaran gaji yang anda rasa sesuai selepas konvokesyen ini?, soal individu kepada sejumlah graduan terpilih.

Di dalam video tersebut, rata-ratanya pelajar sedia menjangkakan tawaran gaji yang bakal diterima bermula sekitar RM2,500 sehingga RM4,000.

Bagaimanapun, terdapat respons sebahagian dari mereka yang menjadi perhatian netizen apabila mendakwa mereka layak menerima gaji permulaan setinggi RM5,000 sehingga RM6,000 dengan alasan kelayakan pelajaran yang tinggi serta skil dan pengalaman yang didapatkan sewaktu menuntut di universiti terbabit.

Susulan itu, rata-rata netizen yang memberi pesanan untuk mereka untuk berpijak di bumi yang nyata kerana terlalu banyak persaingan dan keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Sebahagian netizen turut mendedahkan pada ketika ini ramai graduan lepasan ‘master’ sekalipun belum tentu boleh mendapatkan gaji sebanyak itu biarpun lebih mahir secara mendalam untuk sesuatu perkara

Bahkan, ramai menjangkakan majoriti daripada mereka mungkin akan menerima sekitar RM2,500 sebagai gaji permulaan di sesebuah syarikat memandangkan tiada pengalaman yang relevan di dalam bidang pekerjaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekceli kalau engkau keje kat sg or o&g tak mustahil fresh grads gaji cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo keja biasa2 je ko kena hadap la gaji bwh rm3k.. kalo nk harap kelayakan dan skil ko tu tanpa pengalaman, jgn la nk berangan sgt.. kampeni lg suka org yg berpengalaman keja sbb takyah nk train sgt.. yg br nk grad tak penah keja ni carik la pengalaman dulu dlm 2-3 thn.. lepas tu boleh demand ye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 1-11-2024 06:49 PM

Mahu demand gaji untuk fresh grad... Kena ready dengan skillset and experience dalam field yang related... If bussiness... Engineering... Medical... Etc kena ada extra certification seperti AI.. Etc.. Untuk handling data... At least di tempat aku... Hanya diploma or bachelor ikut saja starting salary untuk fresh grad... Aku bukan mahu blame budak.. But tiada orang guide/navigate apa yang perlu... Nampak seperri cakap suka hati saja.. But reality lain hire person but job scope multitasking
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048113 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list