View: 44502|Reply: 156
|
[Tempatan]
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
[Copy link]
|
|
Seorang pengguna Reddit dengan nama Superficial1234 baru-baru ini tular selepas berkongsi kejayaannya simpanan hampir RM2 juta dalam akaun KWSP pada usia 35 tahun.
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai kerana jumlah simpanan yang tinggi, apatah lagi apabila dicapai pada usia yang sangat muda bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Berdasarkan hantaran yang disertakan dengan tangkap layar baki simpanan KWSP, pengguna ini memiliki sejumlah RM1,918,580.36, yang terdiri daripada tiga akaun berasingan — Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.
Dalam perbincangan lanjut, beliau turut mendedahkan bahawa pendapatannya mencecah sekitar RM50,000 sebulan, tidak termasuk bonus tahunan antara RM200,000 hingga RM300,000.
Antara strategi yang dikongsikan olehnya adalah:
1. Tidak Bertukar Tempat Kerja
Pengguna ini tidak melakukan “job hopping” atau melompat kerja dan kekal di syarikat yang sama sejak tamat pengajian.
Melalui dedikasinya, beliau menikmati kenaikan pangkat dan kenaikan gaji berterusan.
2. Sumbangan Sendiri ke KWSP
Setelah menyedari kelebihan menyumbang secara peribadi ke dalam akaun KWSP, beliau mula memaksimumkan jumlah sumbangan sendiri hingga RM100,000 setiap tahun.
Ini adalah cara beliau meningkatkan simpanan persaraan dengan pantas.
3. Tidak Mengeluarkan Wang KWSP
Walaupun layak untuk membuat pengeluaran melebihi RM1 juta, beliau memilih untuk tidak menyentuh simpanan KWSP.
Tindakan ini membantu simpanannya terus berkembang melalui faedah dividen.
4. Faedah
Dengan tidak mengeluarkan wang, simpanannya bertambah dengan lebih pantas.
Dalam tempoh 10 tahun, beliau mencapai RM1 juta pertama, namun hanya memerlukan tambahan tiga tahun untuk menggandakan simpanan kepada RM2 juta.
Menariknya, beliau turut berkongsi bagaimana ramai orang secara automatik menganggapnya seorang lelaki hanya kerana jumlah pendapatan dan simpanan yang besar.
Beliau menyatakan bahawa wanita juga boleh mencapai pendapatan tinggi dan mengumpul kekayaan yang besar, sekaligus memecahkan stereotaip yang sering dikaitkan dengan jantina.
Kisah beliau menjadi inspirasi buat golongan muda yang bercita-cita untuk mencapai peringkat bebas kewangan pada usia muda.
Strategi seperti tidak bertukar kerja kerap, menyumbang sendiri ke KWSP, dan tidak mengeluarkan simpanan awal boleh menjadi langkah awal kepada mereka yang ingin menyusun kewangan dengan lebih baik. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak banyak majikan yang pandai menghargai pekerja yang setia. Kenaikan gaji tahunan selalunya tak tinggi berbanding adjustment atau ko demand gaji tinggi bila bertukar kerja. Tapi semua ni tak mustahil kalau korang kerja kat company bapak/mak korang.
2. Memang boleh carum sendiri ke kwsp cuma mungkin akan timbul masalah bila nak keluarkan duit sebab duit kwsp tak mudah nak dibawa keluar kecuali untuk pengeluaran yang dibenarkan. Kalau guna cara jangan memekikmekik maki kerajaan kalau tak boleh bawak keluar duit nanti.
3. Setuju maintain je duit dalam kwsp tu. Kalau bawak keluar selalunya habis ke tempat lain |
|
|
|
|
|
|
|
Strategi yg x asing pun :
Tidak bertukar kerja kerap
Tidak mengeluarkan simpanan awal
Mungkin part sumbang sendiri tu lah yg jarang org buat...... |
|
|
|
|
|
|
|
3. Tidak Mengeluarkan Wang KWSP
Walaupun layak untuk membuat pengeluaran melebihi RM1 juta, beliau memilih untuk tidak menyentuh simpanan KWSP.
Untuk yang masih muda, selain dari beli rumah janganlah keluarkan walaupun dibenarkan macam zaman abah kau dulu. Kerana duit itu kemungkinan besar akan habis dengan benda kurang berfaedah kecuali kalau sudah ada plan yang konkrit, lepas withdraw terus settle payment yang perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 1-11-2024 08:04 PM
ni kerja kt 711,uniqlo atau pusat urut???....eh! gaji rm50k sebulan...dia citer...ingatkan budok 7E.....macam ini olang pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya tak dpt subsidi petrol lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 1-11-2024 08:07 PM
untung la dia setia..company dia ok kot
i xblh setia..hari2 i bkk je jobstreet...
so kalau gaji dia 50k sebulan..dia strting gaji brapa???
abg i dr grad umo 23 sampai skrg umo dia 40..mmg xpernah tkr kerja..baru 3 thn lps 20k je..
skrg xtau la masih sama ke tak gajinya
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji 50 ribu, kenapa tak puji kerajaan? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 1-11-2024 08:08 PM
Gaji 50 ribu, kenapa tak puji kerajaan?
Puji watpe...bkn dpt subsidi...pung |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji 50k sebulan wau keje apa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 1-11-2024 08:58 PM
1) x bertukar kerja ini biasa anak/saudara somebody telah dijanjikan jawatan, x tukar company ni kau x tau selok belok sepak terajang di tempat lain boleh jadi ada ajaran sesat kaedah urus kerja pelik2
2) semua org duit terlebih mau simpan kwsp lebih, tapi umur 23-35 perlukan wang byk utk beli rumah travel bayr ptptn berfamili, lainlah kau makpak somebody dah siap2 bagi rumah kereta ptptn ada tolong dlm asb makpak dah kasi penuhkan
3) company lupa yg ada pekerja gaji 3000 tapi beban kerja 6000, company bagi gaji byk utk somebody atau org atasan, bila gaji x setimpal mereka gaji 3000 beban kerja 6000 x mampu beli rumah dan berjimat dlm hidup memberi kesan kpd masa tua dan anak2. Org kaya gaji banyak ada duit banyak2 emas byk2 utk kebanggaan saja x memberi kebaikan ekonomi tempatan kedai tiada pelanggan pekerja diberhentikan dan diganti pekerja asing sampai merayu2 peniaga suruh beli brg, org x berduit nak beli brg tapi gaji kecil manakala org yg berduit x mau berbelanja walau duit byk sampai byk kedai tutup dan diganti dgn bisnes pelacur dadah urut |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya gaji tu kene berkepuk tak kisah la apa method skalipun
btw, congrats keje dgn gaji sebegitu (assume dah lama gaji dia berpuluh K sbb baru 35 hampir cecah 2juta kwsp) |
|
|
|
|
|
|
|
Penat2 kumpul
Hujung2 nak pencen kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
.... duit bukan segala gala nya |
|
|
|
|
|
|
|
Meols kenal sorg mcm ni. Semua ciri2 di atas ada pd kenalan meols ni. Kagum gak la mcmana kerani lulusan SPM gred 3 pandai rolling duit byk simpanan dgn gaji mcm tu. Asb fully max. Ada umah sewa 6 pintu kat tanah sendiri. Ada umah kat Damansara.
Ujung2 skendal dgn boss. Hahaha mcmana meols tahu? Dia pi kwen dgn co worker dia jd bini no 2. Boss ni terkejut lah tros suruh serai. Nak serai boleh tapi bg la saguhati pada laki tu..baru leh jatuh talak. Boss pon bank in duit patu jatuh talak. Kwen pon bukan daftar pon.
Then lepas tu boss pon nikah lah. Bila dah nikah komplen pulak brg boss x leh naik hahaha.
Boss kwen pon sbb tanak harta jatuh kat tgn lelaki lain. Sama2 perangkap sesama sendiri.
Igtkan usaha sendiri (mmg diwar warkan) rupanya ada sugar dedi. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
thats why.. org kata manusia yg muda2 tp terlampau kaya tu mmg something fishy la.. unless die mmg anak orang kaya gilos cam anak vincent tan, anak2 naza robert kuok ke haper..
|
|
|
|
|
|
|
|
Citer hasanah di reddit ke ni? Umur 35, aku x rasa compounding interest semata xde side hustle buleh achieve 2mill savings dlm epf. kalu benar, tahniah kaka. Anda hebat |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..
walau pening sedikit ceritanya tp ending menerangkan segala-galanya hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|