CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11212|Reply: 2

[Tempatan] Wanita Kiciwa Dituduh Minta ‘MC’ Untuk Ponteng Kerja Oleh Doktor Klinik Kerajaan

[Copy link]
Post time 26-10-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
seorang wanita meluahkan ketidak puasan hatinya apabila berdepan situasi dituduh cuba menipu sijil cuti sakit dek kerana hanya lambat ke klinik.



Menerusi ciapan yang dikongsikan di akaun X @adlinakml, dia pada mulanya sangat gembira untuk pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan konsultasi dan siap berkongsi gambar resit RM1.

Namun selepas selesai sesi konsultasi dengan berkongsi apa yang dirasakan pada hari itu, dia pun mahu meminta MC kerana tidak dapat hadir ke tempat kerja.

Tapi respons yang diberikan oleh doktor tersebut sangat tidak membantu kerana enggan memberi MC kepada pesakit yang datang lewat.

“Kalau nak MC kenapa tak datang awal, kenapa sekarang baru datang,” katanya.

Wanita itu langsung mempertahankan dirin dengan mengatakan badannya baru rasa sedikit bertenaga pada waktu petang untuk datang ke klinik susulan mengikuti nasihat majikan.

Namun doktor tersebut masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan menuduh wanita berkenaan hanya memberi alasan untuk mendapatkan MC dengan mudah.

“Sekarang boleh bangun pulak. Larat pulak? Tu semua alasan je,” ujar doktor itu lagi.

Di dalam luahan tersebut, dia berkongsi lagi doktor terbabit gemar memotong percakapan sekaligus membuatkan wanita itu tidak dapat untuk berkomunikasi dengan efektif.

Bagaimanapun, doktor tersebut hanya memberikan MC selepas mengetahui latar belakang kerjanya iaitu sebagai barista yang tidak mengikut waktu pejabat biasa dan mempunyai fleksbiliti masa untuk bertugas.

Wanita terbabit turut bengang kerana pihak doktor tidak mahu mendengar keluhan atau penjelasan dari pesakit dan suka membuat andaian sendiri. Dia langsung memerli dengan mengatakan individu terbabit sepatutnya sebagai pekebun kerana tidak perlu berkomunikasi dengna manusia lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau jangan tunjuk bertenaga..
Kau tunjuk kau paling lemah di alam.semesta
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 26-10-2024 03:16 AM

Ada klinik doctor akan ask you kerja apa, terus bagi mc sbb doc faham kerja you itu stress dan penat x rehat jumpa doc pun dlm keadaan kusut dan letih mental fizikal burn out
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.033431 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list